Thursday, November 24, 2011

Sungai Terengganu Perlu Saliran Tambahan

Sungai Terengganu Perlu Saliran Tambahan

Perubahan cuaca dunia masa kini amat sukar sekali diramalkan, kejadian cuaca yang keterlaluan sudah menjadi perkasa biasa dewasa ini. Banjir besar yang melanda negara Thailand baru-baru ini selama sebulan begitu memberi kesan kerosakan kepada ekonomi keseluruhan negara tersebut.
Manakala kita di Malaysia terutama di Pantai Timur Semenanjung sudah pun mulai menerima taburan hujan musim tengkujuh. Kerisauan akan risiko kejadian banjir yang melampau amat dirasai terutamanya bagi penduduk Terengganu yang juga mempunyai tasik empangan buatan manusia terbesar di Asia Tenggara hampir bersaiz negara Singapura. Sekiranya ianya berlaku, ketinggian air banjir boleh mencecah 10 meter di sepanjang sungai dan menyapu bersih rumah penduduk lembah sungai.
Kejadian banjir besar yang melanda Bangkok baru-baru ini perlu diambil iktibar bersama bagi mempertimbangkan perancangan jangka panjang akan keselamatan rakyat Terengganu di kawasan Lembah Sungai Terengganu terutama sekali apabila mengambil kira kejadian hujan yang amat luar biasa dan mengakibatkan risiko Empangan Kenyir akan pecah.

Tentu sekali rakyat Terengganu tidak mengundang sama sekali kejadian tersebut daripada berlaku namun apabila mempertimbangkan ketidakstabilan cuaca global masakini. Maka itu, usaha untuk mengurangkan risiko empangan pecah perlu dijalankan daripada sekarang sebelum terlewat. Kaedah termudah dan paling tidak menganggu fizikal alam sekitar adalah dengan cara pembinaan saliran gergasi alternatif keluar sekurang-kurangnya dua. Saliran alternatif keluar ini akan membawa secara terus limpahan luar biasa air empangan terus ke laut tanpa melalui Sungai Terengganu yang berliku-liku.
Pembinaan dua saliran gergasi tersebut disarankan dibuat sebelum Bandar Kuala Berang dan mempunyai penghujung di kawasan pantai Kuala Terengganu Utara dan kawasan pantai Marang. Rekabentuk terperinci dan saiz saliran itu adalah terserah kepada arkitek kejuruteraan awam yang lebih mengetahui anggaran limpahan air tersebut.

Saliran itu juga sebenarnya boleh memainkan peranan sebagai pengurang risiko banjir di sepanjang kawasan tersebut diluar waktu bencana utama. Selain itu, kawasan saliran alternatif boleh digunakan sebagai penternakan ikan, udang galah dan tiram mutiara secara komersil ketika aman. Malah ianya boleh dijadikan sebagai santuari tuntung sungai yang berstatus hampir pupus. Ingatlah perihal kata pepatah Melayu lama, beringat sebelum kena, sediakan payung sebelum hujan dan bersusah-susah dahulu, bersenang-lenang kemudian.

Nukilan - Ramzam Muda, Rawai,Marang.

Maklumat Peribadi;
Nama : Mohd. Zamri B. Muda
Alamat : 1727, Padang Pak Wan,
Jalan Rawai Pasir Tinggi,
Bukit Payung,
21400 Marang , Terengganu No i.c : 740102-11-6391
website - www.ramzamuda.blogspot.com

No comments:

Post a Comment