Thursday, November 24, 2011

Saran NFC Tanam Betari Manis

Saran NFC Tanam Betari Manis

Sejak sebulan kebelakangan ini, terdengar beberapa suara sumbang yang mengkritik hebat perjalanan operasi sebuah entiti syarikat persendirian dalam usaha memajukan penternakan lembu pedaging negara. Kedengaran pada mulanya bagaikan satu perniagaan ambil untung atas angin yang hanya indah khabar dari rupa namun rupa-rupanya merupakan daya usaha penternakan yang agak bersungguh-sungguh dan berjejak di bumi nyata. Tahniah buat pihak NFC.

Apa yang penulis mahu ketengahkan dalam penulisan artikel ini bukannya berkenaan cara teori pengurusan penternakan tetapi sekadar ingin memberi idea tambahan berkenaan penyediaan sumber makanan ternak untuk lembu-lembu itu.

Sepertimana kita maklum, cuaca tropika di negara kita begitu baik untuk pertumbuhan rumput pelbagai spesies yang menjadi makanan standard untuk penternakan lembu. Manakala daun pelepah kelapa sawit yang diracik halus dengan mesin khas juga amat digemari oleh lembu. Apatah lagi jika disediakan dalam bentuk silaj, tentu sekali menambah tarikan selera makan haiwan ruminan itu. Kelebihan silaj pula menambah daya tahan sumber makanan hingga beberapa bulan. Namun demikian salah satu bahan yang mahal untuk menyediakan silaj adalah gula molases, mengakibatkan kos kurang efektif jika menyediakan silaj.

Maka itu disarankan agar pihak NFC untuk mencuba menanam sejenis bijirin serbaguna yang dinamakan betari manis ( Sweet Sorghum ) iaitu satu spesies tanaman sekoi jambak boleh dimakan biji buahnya manakala batangnya pokoknya bergula manis seperti tebu. Maka dengan penanaman betari manis ini boleh mengantikan penggunaan bahan molases import.

Pokok betari itu sendiri boleh terus dijadikan silaj atau dicampurkan kepada rumput pada peratusan tertentu, hal yang sama boleh diaplikasikan terhadap penggunaan daun kelapa sawit untuk dijadikan silaj. Pilihan lain adalah dengan cara mengekstrakkan air manisan daripada batangnya terlebih dahulu dan kemudian dicampurkan kepada rumput lain.

Selain boleh menghasilkan manisan setelah pokok matang 120 hari, biji buahnya boleh digunakan sebagai makanan ternak ayam-itik yang berkos rendah. Khasiat bijirin betari hampir menyamai makanan yang lengkap dengan kandungan kanji, protein dan vitamin yang tinggi.

Nukilan - Ramzam Muda, Rawai,Marang.

Maklumat Peribadi;
Nama : Mohd. Zamri B. Muda
Alamat : 1727, Padang Pak Wan,
Jalan Rawai Pasir Tinggi,
Bukit Payung,
21400 Marang , Terengganu No i.c : 740102-11-6391
website - www.ramzamuda.blogspot.com

No comments:

Post a Comment