Tuesday, April 11, 2017

Pelan kecemasan hadapi bencana bumi April 2017





Pelan kecemasan menghadapi Bencana Besar Bumi [ BBB ]
12 april 2017

Jika anda perhatikan filem filem barat ada mengutarakan tema selepas bencana kemanusiaan rentetan zaman perang dingin yang memungkinkan bencana nuklear.

Diluar sedar kita, beberapa bentuk bencana mega boleh berlaku kepada kita;

a- Perang nuklear akibatkan letusan mega nuklear
b- Hentaman Asteroid / komet / jasad angkasa
c- Suar / Bahang dari letusan matahari dan angin suria luar jangka
d- Pertukaran paksi bumi secara tiba tiba

Akibat daripada bencana mega tersebut akan berlaku fenomena berikut;

a- Lampau haba kepanasan plasma dialami di daratan bumi akibatkan kemusnahan total di titik terus bencana

b- Tiada bekalan sumber air, makanan malah udara bersih

c-  Kiamat digital dan elektronik dimana semua peranti alat letrik mengalami aruhan mega magnet dan terus meletus litar

Maka itu langkah pra persediaan menghadapi bencana total perlu diambil seperti berikut;

1- Kubu perlindungan suhu haba tinggi atau super taufan [ binaan bawah tanah atau dilindungi tanah liat / penebat haba ]

2- Struktur perlindungan boleh terapung atau tenggelam dalam air untuk sekurangnya 10 hari jika berlaku tsunami super [ tangki silinder angkutan petroleum / kotak bas dilitup ]

3- Bekalan makanan untuk setahun

4- Bekalan benih bijirin purba [ padi huma / sekoi / betari ]

5- Benih tanaman sayuran [ jenis baka asli / natural / organik/ heirloom ], tebu [ sumber gula ] , kapas/kekabu [ untuk pakaian ] dan ubi-ubian [ ubikayu, keladi,keledek ]

5- Haiwan ternak kecil seperti ayam itik, puyuh, merpati dan arnab

6- Kultur yis, ragi [ untuk penghasilan bahanapi etanol n antiseptik ]

7- Sistem rumah hijau mini tertutup untuk bekalan oksigen bersih didalam tempat perlindungan

Monday, April 4, 2016

Potensi padi huma di zaman ultra moden [ unofficial ]

Potensi luar biasa warisan Alam Melayu

Tahukah anda bahawa orang Melayu mempunyai dua sumbangan besar kpd manusia di planet bumi.. Iaitu padi huma Dan gobek api.. Seperti mana yg kita ketahui bahawa enjin piston kenderaan bermotor adalah daripada leluhur piston api dari alam Melayu. 

Manakala padi huma adalah hasil biakbaka padi kering rantau alam Melayu sejak 45ribu tahun dahulu dgn kelebihan ketahanan menghadapi kemarau. Kelebihan baka asli padi huma tinggi khasiat anti oksidan pelbagai menyumbang kpd pemakanan kesihatan bernilai tinggi. 

Manakala padi huma diracik halus boleh menjadi sumber makanan bajet murah utk ternak ayam itik yg berkomposisi lengkap berkhasiat tinggi. Kos nilai bijirin racik ini boleh ditetapkan dibawah nilai 50sen sekilogram.

Cuba bayangkan semua tanah terbiar, tanah baru bertanam sawit getah Dan juga sawahpadi di musim kering bertanam padihuma.. Agaknya berapa juta tan sumber makanan ternak kita boleh dihasilkan. Saintis barat n geografis barat sering menanam paradigma bijirin padi takder protein walhal sekam n kulit selaput padi adalah sumber protein lengkap

Monday, May 6, 2013

Perlu badan khas lindungi tanah warisan Melayu di bandar

From: Mohd Zamri Muda
Subject: Perlu lindung tanah warisan Melayu di bandar
To: forum@utusan.com.my
Date: Tuesday, 7 May, 2013, 1:18 AM

7-05-2013 lindung hartanah melayu bandar

Perkara : Perlu pembangunan hartanah Melayu di kawasan bandar dilindungi

Perkembangan terkini politik tanahair hasil PRU2013 begitu merisaukan tentang nasib arah tuju keselamatan kepentingan Melayu khasnya dan bumiputera lain amnya dalam geopolitik. Walaupun masih dalam keadaan bertahan namun pendekatan proaktif perlu di ambil segera untuk melindungi dan memperkasakan aset-aset yang dipusakai oleh orang Melayu di kawasan bandar terutamanya.

Di kawasan ibu negeri penulis sendiri iaitu Kuala Terengganu terdapat berpuluh ekar tanah Melayu bandar baru sahaja dikosongkan untuk tujuan pembangunan semula. Dan ini menjadi bahan momokan politik pihak tertentu menyebabkan rakyat menjadi resah dan marah walaupun semua sudah sedia maklum bahawa setiap pemilih tanah sudah mendapat pampasan sewajarnya daripada pihak kerajaan

Namun apa yang lebih merisaukan lagi adalah nasib tanah warisan tersebut apabila tempat itu dibangunkan untuk pembangunan komersial. Begitu juga hal ini boleh diaplikasikan kepada pembangunan semula Kampung Baru di Kuala Lumpur.

Maka itu pihak kerajaan perlu segera menubuhkan satu badan khas yang diamanahkan untuk memegang hakmilik dan melindungi tanah warisan Melayu di bandar. Badan ini boleh dinamakan sebagai Lembaga Pembangunan Tanah Warisan ( LPTW ). Badan khas ini mungkin boleh diletakkan di bawah lindungan Sultan bagi negeri yang beraja manakala di naungan yang Dipertuan Agong bagi Wilayah Persekutuan dan negeri selat. Di Sabah dan Sarawak pula mungkin Lembaga Pembangunan Tanah Adat Anak Negeri boleh ditubuhkan untuk tujuan tersebut.

Jika mekanisme ini tidak dapat dilaksanakan di peringkatr pusat, mungkin diperingkat negeri boleh melaksanakannya. Tugas utama badan khas LPTW adalah untuk menyelaraskan pembangunan semula semua jenis tanah warisan Melayu di kawasan bandar. Maka semua projek pembangunan tanah warisan yang dijalankan oleh kerajaan negeri dipantau oleh LPTW. Apa yang paling penting adalah nasib hartanah tersebut selepas dibangunkan. Jika premis dijadikan ruang niaga maka peniaga bumiputera perlu diutamakan. Bagi yang bukan bumiputera mungkin hanya mendapat hak untuk menyewa pada tempoh maksimum 10-15 tahun sahaja.

Manakala jika dijadikan premis kediaman, hanya pemilikan bumiputera dan pertukaran kepada bumiputera sahaja dibenarkan. Bukan bumiputera yang berpendapatan rendah masih dibenarkan untuk menyewa premis kediaman tersebut jika perumahan itu berkategori rumah rakyat.

Diharapkan cadangan ini dapat dipertimbangkan segera agar nasib tanah warisan Melayu dapat segera dimajukan dan kepentingan perwarisan hartanah dapat dilindungi sepenuhnya.

Oleh : Zamri Muda , Desa Rawai , Marang

Www.ramzamuda.blogspot.com

Info ;

I.c. 740102-11-6391
Alamat - Lot 1727 Padang Pak Wan
Kampung Rawai , Bukit Payong,
21400 Marang Terengganu

Saturday, February 16, 2013

Tabung Khas Sewa Beli Rumah




130213 tabung sewa beli hartanah

Wujudkan Badan Khas Untuk Membeli Hartanah Bantu Golongan Berpendapatan Rendah

Berbanyak ucapan  terimakasih kepada pihak kerajaan kerana berjaya membantu rakyat untuk hidup lebih selesa di hari ini berbanding dengan tempoh 4 tahun sebelum ini. Formula baru ekonomi yang hampir meliputi manafaat keseluruh lapisan masyarakat dapat merasainya. Walaupun tidak lagi menikmati ‘’kemakmuran ekonomi’’ disegi kos bahan asas yang rendah seperti mana tempoh sebelum 2004. Dengan pendekatan terkini, rakyat Malaysia tidak berasa gusar dan takut sedikitpun dengan naik-turun harga minyak dunia malah dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih yakin dan tenang.

Namun terdapat beberapa isu terlepas pandang selama ini seperti perumahan rakyat untuk golongan berpendapatan rendah dan pertengahan patut diberikan perhatian segera terutama yang bekerja sendiri dan bekerja disektor swasta. Bagi rakyat termiskin, kerajaan negeri sudahpun mempunyai peruntukan khas untuk menyediakan  rumah subsidi manakala golongan berpendapatan RM 3000 keatas dan pekerja kerajaan mudah mendapat pinjaman bank. Apa yang menjadi dilema adalah mereka yang berpendapatan bawah RM 1000 sehingga RM 2999 yang mana tidak mudah mendapat pinjaman daripada bank konvensional kerana ditolak diatas beberapa faktor.

Pelbagai faktor dan syarat-syarat minimum perlu dipenuhi oleh peminjam jika memohon pinjaman bank tidak memungkinkan kelulusan walau pemohon mampu untuk membayar secara bulanan. Perihal ini amat menyulitkan golongan tersebut untuk mempunyai hartanah sendiri dan pilihan yang ada adalah dengan cara menyewa rumah sehingga ke akhir hayat. Maka itu terdapat keperluan untuk mengwujudkan satu badan khas memberi pembiayaan dan pinjaman bagi membela golongan ini agar mendapat peluang sama rata untuk mempunyai hartanah tanpa dianaktirikan.  Badan ini mempunyai fungsi sebagai bank dan dicadangkan berciri campuran konsep operasi PTPN, Tabung Haji dan skim pembelian secara sewa-beli yang mudah.

Badan ini boleh dinamakan sebagai Tabung Pembiayaan Sewa Beli Hartanah - TPSBH. Konsep operasi TPSBH dicadangkan seperti berikut;

1- Membiayai pembelian rumah atau tanah untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan bawah RM 3000 sebulan terutama yang bukan bekerja kerajaan atau bekerja sendiri.

2- Nilai hartanah tersebut tidak melebihi RM 300 ribu.

3- Pembayaran semula berkonsepkan pembiayaan sewa-beli.

4- Dipermulaan pinjaman, pemohon perlu membayar cengkeram yang rendah cuma antara  RM 500 hingga RM 3000 maksimum mengikut nilai pembiayaan keseluruhan. Bukannya seperti operasi bank yang memperuntukan peratusan tinggi untuk bayaran muka.

5- TPSBH cuma mengenakan caj pengurusan kepada peminjam, contohnya pada nilaian 2% untuk tempoh 10 tahun pembayaran balik, tambahan 1% setiap tambahan 10 tahun, maka kalau tempoh pinjaman 20 tahun adalah 3%. Bukan seperti bank yang mengenakan bunga tahunan yang tinggi keatas pinjaman.

6- Peminjam boleh membayar secara berlebihan jika mempunyai pendapatan lebih atau  boleh mengambil balik wang bayaran yang terlebih dari nilai pembayaran berjadual semasa seperti operasi simpanan Tabung Haji.

7- Had umur maksimum tiada, pembayaran semula pinjaman secara automatik menjadi tanggungan perwaris harta.

8- Nilai pembayaran bulanan dan tempoh bayar balik adalah mengikut kemampuan ekonomi pemohon.

9- Individu yang berjaya melangsaikan pinjaman kali pertama dengan berekod baik boleh diberikan kelonggaran untuk membeli hartanah untuk kali kedua pada nilaian maksimum dua kali ganda iaitu pada RM 600 ribu.
Oleh : Ramzam Muda, Desa Rawai , Marang

Tarikh : 16 februari 2013

Maklumat tambahan;
Mohd Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.
No. I/C : 740102-11-6391
No. Tel : 019 902 50 15
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan, Kampung Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu Darul Iman.
Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web : www.ramzamuda.blogspot.com

Saturday, December 10, 2011

Pusat Wifi Desa

Segera Wujudkan Taman Belia

Di era kemajuan teknologi maklumat masakini, masih terdapat jurang besar tidak celit ICT di kalangan belia dan remaja di kawasan pinggir bandar dan luar bandar iaitu di kawasan pekan kecil, perkampungan tradisional dan juga tanah rancangan Felda. Memang tidak dinafikan sudah ada kawasan tersebut disediakan kemudahan internet wifi namun masih mendapat sambutan dingin gara-gara suasana suram dan tidak memungkinkan golongan muda untuk berkumpul secara santai. Suasana tempat itu lebih berupa seperti suasana sebuah perpustakaan atau tempat berkumpul penuh dengan protokol peraturan yang ketat.

Memandangkan tahap ekonomi global semasa yang kurang memberangsangkan, penggunaan khidmat internet secara berbayar tentu sekali pilihan terakhir oleh golongan anak muda. Lagipun adalah lebih baik anak muda berkumpul secara santai dan melakukan aktiviti positif bersama.

Maka itu kewujudan pusat wifi yang lebih santai dan terbuka kepada umum terutamanya anak muda peringkat belia dan remaja perlu diadakan. Beberapa nama boleh digunakan untuk tempat ini seperti taman santai, taman belia, dewan santai, dewan info belia atau info sentral desa. Saya sendiri lebih suka menggunakan istilah Taman Belia kerana sangat sesuai dengan peranannya untuk menarik minat anak muda bawah umur 40 tahun berkumpul.

Beberapa ciri asas Taman Belia adalah seperti berikut ;

a) Tempat tersebut adalah dalam bentuk terbuka tanpa dinding sama ada ia dibina secara mudah pasang seperti rumah gudang berkerangka besi atau sebagai bumbung tambahan bangunan JKKK, Perpustakaan Desa atau balairaya kampung. Tidak perlu kemudahan pendingin hawa, cuma sistem kipas syiling sudah memadai.

b) Mempunyai bilangan kerusi meja yang boleh menampung sekurang-kurangnya 100 orang.

c) Selain berfungsi sebagai pusat wifi desa, kawasan sekeliling taman belia itu boleh ditempatkan warung gerai pelbagai yang diusahakan oleh warga desa itu sendiri seperti menjual burger, masakan panas dan sebagainya.

d) Tutorial penggunaan aplikasi ICT percuma boleh diadakan di tempat itu atau mungkin mana-mana IPT atau syarikat multinasional SBK boleh menjadikan ia sebagai projek khidmat masyarakat.


Diharapkan usaha untuk mewujudkan pusat ICT dapat digandakan dalam tempoh terdekat ini bagi mencapai tahap celik ICT sebanyak 95%.

Thursday, November 24, 2011

Sungai Terengganu Perlu Saliran Tambahan

Sungai Terengganu Perlu Saliran Tambahan

Perubahan cuaca dunia masa kini amat sukar sekali diramalkan, kejadian cuaca yang keterlaluan sudah menjadi perkasa biasa dewasa ini. Banjir besar yang melanda negara Thailand baru-baru ini selama sebulan begitu memberi kesan kerosakan kepada ekonomi keseluruhan negara tersebut.
Manakala kita di Malaysia terutama di Pantai Timur Semenanjung sudah pun mulai menerima taburan hujan musim tengkujuh. Kerisauan akan risiko kejadian banjir yang melampau amat dirasai terutamanya bagi penduduk Terengganu yang juga mempunyai tasik empangan buatan manusia terbesar di Asia Tenggara hampir bersaiz negara Singapura. Sekiranya ianya berlaku, ketinggian air banjir boleh mencecah 10 meter di sepanjang sungai dan menyapu bersih rumah penduduk lembah sungai.
Kejadian banjir besar yang melanda Bangkok baru-baru ini perlu diambil iktibar bersama bagi mempertimbangkan perancangan jangka panjang akan keselamatan rakyat Terengganu di kawasan Lembah Sungai Terengganu terutama sekali apabila mengambil kira kejadian hujan yang amat luar biasa dan mengakibatkan risiko Empangan Kenyir akan pecah.

Tentu sekali rakyat Terengganu tidak mengundang sama sekali kejadian tersebut daripada berlaku namun apabila mempertimbangkan ketidakstabilan cuaca global masakini. Maka itu, usaha untuk mengurangkan risiko empangan pecah perlu dijalankan daripada sekarang sebelum terlewat. Kaedah termudah dan paling tidak menganggu fizikal alam sekitar adalah dengan cara pembinaan saliran gergasi alternatif keluar sekurang-kurangnya dua. Saliran alternatif keluar ini akan membawa secara terus limpahan luar biasa air empangan terus ke laut tanpa melalui Sungai Terengganu yang berliku-liku.
Pembinaan dua saliran gergasi tersebut disarankan dibuat sebelum Bandar Kuala Berang dan mempunyai penghujung di kawasan pantai Kuala Terengganu Utara dan kawasan pantai Marang. Rekabentuk terperinci dan saiz saliran itu adalah terserah kepada arkitek kejuruteraan awam yang lebih mengetahui anggaran limpahan air tersebut.

Saliran itu juga sebenarnya boleh memainkan peranan sebagai pengurang risiko banjir di sepanjang kawasan tersebut diluar waktu bencana utama. Selain itu, kawasan saliran alternatif boleh digunakan sebagai penternakan ikan, udang galah dan tiram mutiara secara komersil ketika aman. Malah ianya boleh dijadikan sebagai santuari tuntung sungai yang berstatus hampir pupus. Ingatlah perihal kata pepatah Melayu lama, beringat sebelum kena, sediakan payung sebelum hujan dan bersusah-susah dahulu, bersenang-lenang kemudian.

Nukilan - Ramzam Muda, Rawai,Marang.

Maklumat Peribadi;
Nama : Mohd. Zamri B. Muda
Alamat : 1727, Padang Pak Wan,
Jalan Rawai Pasir Tinggi,
Bukit Payung,
21400 Marang , Terengganu No i.c : 740102-11-6391
website - www.ramzamuda.blogspot.com

Saran NFC Tanam Betari Manis

Saran NFC Tanam Betari Manis

Sejak sebulan kebelakangan ini, terdengar beberapa suara sumbang yang mengkritik hebat perjalanan operasi sebuah entiti syarikat persendirian dalam usaha memajukan penternakan lembu pedaging negara. Kedengaran pada mulanya bagaikan satu perniagaan ambil untung atas angin yang hanya indah khabar dari rupa namun rupa-rupanya merupakan daya usaha penternakan yang agak bersungguh-sungguh dan berjejak di bumi nyata. Tahniah buat pihak NFC.

Apa yang penulis mahu ketengahkan dalam penulisan artikel ini bukannya berkenaan cara teori pengurusan penternakan tetapi sekadar ingin memberi idea tambahan berkenaan penyediaan sumber makanan ternak untuk lembu-lembu itu.

Sepertimana kita maklum, cuaca tropika di negara kita begitu baik untuk pertumbuhan rumput pelbagai spesies yang menjadi makanan standard untuk penternakan lembu. Manakala daun pelepah kelapa sawit yang diracik halus dengan mesin khas juga amat digemari oleh lembu. Apatah lagi jika disediakan dalam bentuk silaj, tentu sekali menambah tarikan selera makan haiwan ruminan itu. Kelebihan silaj pula menambah daya tahan sumber makanan hingga beberapa bulan. Namun demikian salah satu bahan yang mahal untuk menyediakan silaj adalah gula molases, mengakibatkan kos kurang efektif jika menyediakan silaj.

Maka itu disarankan agar pihak NFC untuk mencuba menanam sejenis bijirin serbaguna yang dinamakan betari manis ( Sweet Sorghum ) iaitu satu spesies tanaman sekoi jambak boleh dimakan biji buahnya manakala batangnya pokoknya bergula manis seperti tebu. Maka dengan penanaman betari manis ini boleh mengantikan penggunaan bahan molases import.

Pokok betari itu sendiri boleh terus dijadikan silaj atau dicampurkan kepada rumput pada peratusan tertentu, hal yang sama boleh diaplikasikan terhadap penggunaan daun kelapa sawit untuk dijadikan silaj. Pilihan lain adalah dengan cara mengekstrakkan air manisan daripada batangnya terlebih dahulu dan kemudian dicampurkan kepada rumput lain.

Selain boleh menghasilkan manisan setelah pokok matang 120 hari, biji buahnya boleh digunakan sebagai makanan ternak ayam-itik yang berkos rendah. Khasiat bijirin betari hampir menyamai makanan yang lengkap dengan kandungan kanji, protein dan vitamin yang tinggi.

Nukilan - Ramzam Muda, Rawai,Marang.

Maklumat Peribadi;
Nama : Mohd. Zamri B. Muda
Alamat : 1727, Padang Pak Wan,
Jalan Rawai Pasir Tinggi,
Bukit Payung,
21400 Marang , Terengganu No i.c : 740102-11-6391
website - www.ramzamuda.blogspot.com