Saturday, September 26, 2009

Menghadapi gelombang kedua H1N1

Saudara pengarang,

Pelan Kecemasan Menghadapi Darurat H1N1 Pusingan Kedua

Kemungkinan berlaku jangkitan pusingan kedua wabak H1N1 sememangnya tidak boleh ditolak, ini kerana saki-baki jangkitan pusingan pertama berkemungkinan telah disebarkan secara meluas ke seluruh lokasi dalam negara. Kes-kes kematian dan jangkitan yang berlaku ketika fasa pusingan pertama berakhir dianggap sebagai kes terpencil tidak boleh diambil ringan. Kesedaran orang ramai terhadap langkah keselamatan juga berkurangan apabila wabak pertama diistiharkan berakhir turut memainkan peranan besar bagi penularan jangkitan fasa kedua secara senyap-senyap. Maka itu jangkitan kedua berlaku serentak dengan momentum yang besar dan menyeluruh.

Jika jangkitan pertama, dianggarkan kurang 10% populasi penduduk Malaysia berisiko tinggi untuk menerima jangkitan. Jangkitan pusingan kedua dijangka dapat memberikan impak risiko bahaya kepada populasi sekitar lebih 60%.

Maka itu, langkah-langkah keselamatan daripada jangkitan masih perlu dilakukan untuk tempoh 2 bulan selepas wabak diistiharkan berakhir. Orang ramai perlu sentiasa diingatkan untuk melaksanakan langkah-langkah keselamatan berikut selain daripada memakai topeng muka dan membersih tangan, iaitu;

1- Mencuci basmi kuman di tempat-tempat sensitif kuman seperti;


i-tombol pintu
ii-permukaan meja
iii-butang lif
iv-permukaan kabinet kaca
v-perabut kerusi
vi-tong sampah
vii-kaunter-kaunter pembayaran bank, pasaraya dan hotel
viii-mesin-mesin ATM


dan tempat-tempat yang selalu disentuh oleh orang awam pada kadar sekali sejam sekurang-kurangnya dengan menggunakan cairan antikuman seperti dettol ( sukatan setengah tudung dengan setengah liter air ).

2- Lantai lobi premis perniagaan dan koridor siar kaki perlu dibasmi kuman sekurang-kurangnya sekali sehari dengan cairan peluntur pakaian seperti klorox bleach dan kao bleach ( jika kao bleach - guna sukatan 3 tudung dengan baldi mop medium ).

3- Udarakasa sekitar kawasan tumpuan awam perlu dibasmi kuman dengan kaedah pembuihan air. Kaedah ini secara mudahnya seperti memasang sistem udara untuk ikan akuarium tetapi airnya telah ditambah bahan antikuman seperti dettol ( pada kadar anggaran sekurang-kurangnya setengah tudung untuk sebaldi air ) untuk basmi kuman H1N1 di udara. Air perlu ditukar selepas 2,3 hari atau ditambah dettol pada hari berikutnya. Dianggarkan setiap ruang 10x10x10 meter padu memerlukan 3 unit pembuihan udara yang menggunakan pengepam udara berkembar berkuasa 5 watt hanya dijual pada harga RM 15 sebiji.

4- Unit pendingin-hawa perlu juga dicucikan penapisnya pada kadar yang lebih kerap daripada biasa, ini untuk mengelakkan pengumpulan partikel virus.

Perlakuan pembasmian kuman adalah langkah yang amat penting bagi mengurangkan dan menghapuskan virus kerana bahan antikuman mampu merosakkan molekul-molekul protein pada partikel virus daripada berfungsi untuk tugasan normal. Maka virus itu tidak boleh menjangkiti sel perumah. Sayugia diingatkan, tidak ada penawar sempurna untuk menangani virus deman 'tiada maaf bagimu' ini, kita hanya mampu untuk mengurangkan kesan serangannya dan kepekatan dos partikel virus agar tidak mencapai tahap lethalitinya.

Bersegeralah kita bersama berdoa agar wabak ini berakhir untuk selama-lamanya.


Oleh : Mohd Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.

Tarikh : 18-09-2009 12am

Maklumat tambahan;
No. I/C : 740102-11-6391
No. Tel : 019 902 50 15
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan, Kampung Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu Darul Iman.
Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web : www.ramzamuda.blogspot.com