Monday, May 6, 2013

Perlu badan khas lindungi tanah warisan Melayu di bandar

From: Mohd Zamri Muda
Subject: Perlu lindung tanah warisan Melayu di bandar
To: forum@utusan.com.my
Date: Tuesday, 7 May, 2013, 1:18 AM

7-05-2013 lindung hartanah melayu bandar

Perkara : Perlu pembangunan hartanah Melayu di kawasan bandar dilindungi

Perkembangan terkini politik tanahair hasil PRU2013 begitu merisaukan tentang nasib arah tuju keselamatan kepentingan Melayu khasnya dan bumiputera lain amnya dalam geopolitik. Walaupun masih dalam keadaan bertahan namun pendekatan proaktif perlu di ambil segera untuk melindungi dan memperkasakan aset-aset yang dipusakai oleh orang Melayu di kawasan bandar terutamanya.

Di kawasan ibu negeri penulis sendiri iaitu Kuala Terengganu terdapat berpuluh ekar tanah Melayu bandar baru sahaja dikosongkan untuk tujuan pembangunan semula. Dan ini menjadi bahan momokan politik pihak tertentu menyebabkan rakyat menjadi resah dan marah walaupun semua sudah sedia maklum bahawa setiap pemilih tanah sudah mendapat pampasan sewajarnya daripada pihak kerajaan

Namun apa yang lebih merisaukan lagi adalah nasib tanah warisan tersebut apabila tempat itu dibangunkan untuk pembangunan komersial. Begitu juga hal ini boleh diaplikasikan kepada pembangunan semula Kampung Baru di Kuala Lumpur.

Maka itu pihak kerajaan perlu segera menubuhkan satu badan khas yang diamanahkan untuk memegang hakmilik dan melindungi tanah warisan Melayu di bandar. Badan ini boleh dinamakan sebagai Lembaga Pembangunan Tanah Warisan ( LPTW ). Badan khas ini mungkin boleh diletakkan di bawah lindungan Sultan bagi negeri yang beraja manakala di naungan yang Dipertuan Agong bagi Wilayah Persekutuan dan negeri selat. Di Sabah dan Sarawak pula mungkin Lembaga Pembangunan Tanah Adat Anak Negeri boleh ditubuhkan untuk tujuan tersebut.

Jika mekanisme ini tidak dapat dilaksanakan di peringkatr pusat, mungkin diperingkat negeri boleh melaksanakannya. Tugas utama badan khas LPTW adalah untuk menyelaraskan pembangunan semula semua jenis tanah warisan Melayu di kawasan bandar. Maka semua projek pembangunan tanah warisan yang dijalankan oleh kerajaan negeri dipantau oleh LPTW. Apa yang paling penting adalah nasib hartanah tersebut selepas dibangunkan. Jika premis dijadikan ruang niaga maka peniaga bumiputera perlu diutamakan. Bagi yang bukan bumiputera mungkin hanya mendapat hak untuk menyewa pada tempoh maksimum 10-15 tahun sahaja.

Manakala jika dijadikan premis kediaman, hanya pemilikan bumiputera dan pertukaran kepada bumiputera sahaja dibenarkan. Bukan bumiputera yang berpendapatan rendah masih dibenarkan untuk menyewa premis kediaman tersebut jika perumahan itu berkategori rumah rakyat.

Diharapkan cadangan ini dapat dipertimbangkan segera agar nasib tanah warisan Melayu dapat segera dimajukan dan kepentingan perwarisan hartanah dapat dilindungi sepenuhnya.

Oleh : Zamri Muda , Desa Rawai , Marang

Www.ramzamuda.blogspot.com

Info ;

I.c. 740102-11-6391
Alamat - Lot 1727 Padang Pak Wan
Kampung Rawai , Bukit Payong,
21400 Marang Terengganu

Saturday, February 16, 2013

Tabung Khas Sewa Beli Rumah




130213 tabung sewa beli hartanah

Wujudkan Badan Khas Untuk Membeli Hartanah Bantu Golongan Berpendapatan Rendah

Berbanyak ucapan  terimakasih kepada pihak kerajaan kerana berjaya membantu rakyat untuk hidup lebih selesa di hari ini berbanding dengan tempoh 4 tahun sebelum ini. Formula baru ekonomi yang hampir meliputi manafaat keseluruh lapisan masyarakat dapat merasainya. Walaupun tidak lagi menikmati ‘’kemakmuran ekonomi’’ disegi kos bahan asas yang rendah seperti mana tempoh sebelum 2004. Dengan pendekatan terkini, rakyat Malaysia tidak berasa gusar dan takut sedikitpun dengan naik-turun harga minyak dunia malah dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih yakin dan tenang.

Namun terdapat beberapa isu terlepas pandang selama ini seperti perumahan rakyat untuk golongan berpendapatan rendah dan pertengahan patut diberikan perhatian segera terutama yang bekerja sendiri dan bekerja disektor swasta. Bagi rakyat termiskin, kerajaan negeri sudahpun mempunyai peruntukan khas untuk menyediakan  rumah subsidi manakala golongan berpendapatan RM 3000 keatas dan pekerja kerajaan mudah mendapat pinjaman bank. Apa yang menjadi dilema adalah mereka yang berpendapatan bawah RM 1000 sehingga RM 2999 yang mana tidak mudah mendapat pinjaman daripada bank konvensional kerana ditolak diatas beberapa faktor.

Pelbagai faktor dan syarat-syarat minimum perlu dipenuhi oleh peminjam jika memohon pinjaman bank tidak memungkinkan kelulusan walau pemohon mampu untuk membayar secara bulanan. Perihal ini amat menyulitkan golongan tersebut untuk mempunyai hartanah sendiri dan pilihan yang ada adalah dengan cara menyewa rumah sehingga ke akhir hayat. Maka itu terdapat keperluan untuk mengwujudkan satu badan khas memberi pembiayaan dan pinjaman bagi membela golongan ini agar mendapat peluang sama rata untuk mempunyai hartanah tanpa dianaktirikan.  Badan ini mempunyai fungsi sebagai bank dan dicadangkan berciri campuran konsep operasi PTPN, Tabung Haji dan skim pembelian secara sewa-beli yang mudah.

Badan ini boleh dinamakan sebagai Tabung Pembiayaan Sewa Beli Hartanah - TPSBH. Konsep operasi TPSBH dicadangkan seperti berikut;

1- Membiayai pembelian rumah atau tanah untuk rakyat Malaysia yang berpendapatan bawah RM 3000 sebulan terutama yang bukan bekerja kerajaan atau bekerja sendiri.

2- Nilai hartanah tersebut tidak melebihi RM 300 ribu.

3- Pembayaran semula berkonsepkan pembiayaan sewa-beli.

4- Dipermulaan pinjaman, pemohon perlu membayar cengkeram yang rendah cuma antara  RM 500 hingga RM 3000 maksimum mengikut nilai pembiayaan keseluruhan. Bukannya seperti operasi bank yang memperuntukan peratusan tinggi untuk bayaran muka.

5- TPSBH cuma mengenakan caj pengurusan kepada peminjam, contohnya pada nilaian 2% untuk tempoh 10 tahun pembayaran balik, tambahan 1% setiap tambahan 10 tahun, maka kalau tempoh pinjaman 20 tahun adalah 3%. Bukan seperti bank yang mengenakan bunga tahunan yang tinggi keatas pinjaman.

6- Peminjam boleh membayar secara berlebihan jika mempunyai pendapatan lebih atau  boleh mengambil balik wang bayaran yang terlebih dari nilai pembayaran berjadual semasa seperti operasi simpanan Tabung Haji.

7- Had umur maksimum tiada, pembayaran semula pinjaman secara automatik menjadi tanggungan perwaris harta.

8- Nilai pembayaran bulanan dan tempoh bayar balik adalah mengikut kemampuan ekonomi pemohon.

9- Individu yang berjaya melangsaikan pinjaman kali pertama dengan berekod baik boleh diberikan kelonggaran untuk membeli hartanah untuk kali kedua pada nilaian maksimum dua kali ganda iaitu pada RM 600 ribu.
Oleh : Ramzam Muda, Desa Rawai , Marang

Tarikh : 16 februari 2013

Maklumat tambahan;
Mohd Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.
No. I/C : 740102-11-6391
No. Tel : 019 902 50 15
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan, Kampung Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu Darul Iman.
Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web : www.ramzamuda.blogspot.com