Thursday, November 24, 2011

Sungai Terengganu Perlu Saliran Tambahan

Sungai Terengganu Perlu Saliran Tambahan

Perubahan cuaca dunia masa kini amat sukar sekali diramalkan, kejadian cuaca yang keterlaluan sudah menjadi perkasa biasa dewasa ini. Banjir besar yang melanda negara Thailand baru-baru ini selama sebulan begitu memberi kesan kerosakan kepada ekonomi keseluruhan negara tersebut.
Manakala kita di Malaysia terutama di Pantai Timur Semenanjung sudah pun mulai menerima taburan hujan musim tengkujuh. Kerisauan akan risiko kejadian banjir yang melampau amat dirasai terutamanya bagi penduduk Terengganu yang juga mempunyai tasik empangan buatan manusia terbesar di Asia Tenggara hampir bersaiz negara Singapura. Sekiranya ianya berlaku, ketinggian air banjir boleh mencecah 10 meter di sepanjang sungai dan menyapu bersih rumah penduduk lembah sungai.
Kejadian banjir besar yang melanda Bangkok baru-baru ini perlu diambil iktibar bersama bagi mempertimbangkan perancangan jangka panjang akan keselamatan rakyat Terengganu di kawasan Lembah Sungai Terengganu terutama sekali apabila mengambil kira kejadian hujan yang amat luar biasa dan mengakibatkan risiko Empangan Kenyir akan pecah.

Tentu sekali rakyat Terengganu tidak mengundang sama sekali kejadian tersebut daripada berlaku namun apabila mempertimbangkan ketidakstabilan cuaca global masakini. Maka itu, usaha untuk mengurangkan risiko empangan pecah perlu dijalankan daripada sekarang sebelum terlewat. Kaedah termudah dan paling tidak menganggu fizikal alam sekitar adalah dengan cara pembinaan saliran gergasi alternatif keluar sekurang-kurangnya dua. Saliran alternatif keluar ini akan membawa secara terus limpahan luar biasa air empangan terus ke laut tanpa melalui Sungai Terengganu yang berliku-liku.
Pembinaan dua saliran gergasi tersebut disarankan dibuat sebelum Bandar Kuala Berang dan mempunyai penghujung di kawasan pantai Kuala Terengganu Utara dan kawasan pantai Marang. Rekabentuk terperinci dan saiz saliran itu adalah terserah kepada arkitek kejuruteraan awam yang lebih mengetahui anggaran limpahan air tersebut.

Saliran itu juga sebenarnya boleh memainkan peranan sebagai pengurang risiko banjir di sepanjang kawasan tersebut diluar waktu bencana utama. Selain itu, kawasan saliran alternatif boleh digunakan sebagai penternakan ikan, udang galah dan tiram mutiara secara komersil ketika aman. Malah ianya boleh dijadikan sebagai santuari tuntung sungai yang berstatus hampir pupus. Ingatlah perihal kata pepatah Melayu lama, beringat sebelum kena, sediakan payung sebelum hujan dan bersusah-susah dahulu, bersenang-lenang kemudian.

Nukilan - Ramzam Muda, Rawai,Marang.

Maklumat Peribadi;
Nama : Mohd. Zamri B. Muda
Alamat : 1727, Padang Pak Wan,
Jalan Rawai Pasir Tinggi,
Bukit Payung,
21400 Marang , Terengganu No i.c : 740102-11-6391
website - www.ramzamuda.blogspot.com

Saran NFC Tanam Betari Manis

Saran NFC Tanam Betari Manis

Sejak sebulan kebelakangan ini, terdengar beberapa suara sumbang yang mengkritik hebat perjalanan operasi sebuah entiti syarikat persendirian dalam usaha memajukan penternakan lembu pedaging negara. Kedengaran pada mulanya bagaikan satu perniagaan ambil untung atas angin yang hanya indah khabar dari rupa namun rupa-rupanya merupakan daya usaha penternakan yang agak bersungguh-sungguh dan berjejak di bumi nyata. Tahniah buat pihak NFC.

Apa yang penulis mahu ketengahkan dalam penulisan artikel ini bukannya berkenaan cara teori pengurusan penternakan tetapi sekadar ingin memberi idea tambahan berkenaan penyediaan sumber makanan ternak untuk lembu-lembu itu.

Sepertimana kita maklum, cuaca tropika di negara kita begitu baik untuk pertumbuhan rumput pelbagai spesies yang menjadi makanan standard untuk penternakan lembu. Manakala daun pelepah kelapa sawit yang diracik halus dengan mesin khas juga amat digemari oleh lembu. Apatah lagi jika disediakan dalam bentuk silaj, tentu sekali menambah tarikan selera makan haiwan ruminan itu. Kelebihan silaj pula menambah daya tahan sumber makanan hingga beberapa bulan. Namun demikian salah satu bahan yang mahal untuk menyediakan silaj adalah gula molases, mengakibatkan kos kurang efektif jika menyediakan silaj.

Maka itu disarankan agar pihak NFC untuk mencuba menanam sejenis bijirin serbaguna yang dinamakan betari manis ( Sweet Sorghum ) iaitu satu spesies tanaman sekoi jambak boleh dimakan biji buahnya manakala batangnya pokoknya bergula manis seperti tebu. Maka dengan penanaman betari manis ini boleh mengantikan penggunaan bahan molases import.

Pokok betari itu sendiri boleh terus dijadikan silaj atau dicampurkan kepada rumput pada peratusan tertentu, hal yang sama boleh diaplikasikan terhadap penggunaan daun kelapa sawit untuk dijadikan silaj. Pilihan lain adalah dengan cara mengekstrakkan air manisan daripada batangnya terlebih dahulu dan kemudian dicampurkan kepada rumput lain.

Selain boleh menghasilkan manisan setelah pokok matang 120 hari, biji buahnya boleh digunakan sebagai makanan ternak ayam-itik yang berkos rendah. Khasiat bijirin betari hampir menyamai makanan yang lengkap dengan kandungan kanji, protein dan vitamin yang tinggi.

Nukilan - Ramzam Muda, Rawai,Marang.

Maklumat Peribadi;
Nama : Mohd. Zamri B. Muda
Alamat : 1727, Padang Pak Wan,
Jalan Rawai Pasir Tinggi,
Bukit Payung,
21400 Marang , Terengganu No i.c : 740102-11-6391
website - www.ramzamuda.blogspot.com

Monday, November 21, 2011

Cadang ABN Guna Kemudahan 4G

Cadang ABN Guna Kemudahan 4G

Menjelang tahun 2012, rakyat Malaysia mempunyai dua akses alternatif hiburan dan maklumat, pertamanya melibatkan syarikat separuh kerajaan iaitu Unifi oleh TM manakala satu lagi adalah ABN sebagai penyedia akses siaran kabel gentian optik. Diharapkan kedua syarikat berkenaan dapat memperkenalkan beberapa pakej yang menarik dan menjimatkan pengguna.

Apa yang amat menarik perhatian ramai adalah keberanian syarikat ABN menyahut cabaran sebagai penyedia akses tv kabel yang mana sudah pun ada syarikat sebelum ini telah cuba nasib dalam bidang ini namun gagal. Mungkin juga pakej yang diperkenalkan itu tidak mesra pengguna atau tidak berbaloi setiap sen yang pengguna bayar dengan kadar penggunaan.

Maka itu, faktor tidak mesra pengguna atau terlampau berkos tinggi merupakan satu taboo dalm dunia pasaran bebas kini kerana penggunalah yang memainkan peranan dalam menentukan untung rugi satu syarikat dalam jangka panjang. Perkhidmatan yang berkos rendah mengundang bilangan pengguna yang berganda dan menguasai populariti. Manakala jika harga perkhidmatan ditawarkan berkos tinggi, keuntungan syarikat hanya terhad dengan bilangan pengguna yang kecil dan memungkinkan syarikat tersebut terpaksa menggulung tikar dan projek itu dicatatkan sebagai projek gajah putih dalam lipatan sejarah.

Beberapa jalan keluar boleh dilakukan oleh pihak ABN bagi menangani masalah untuk menarik perhatian rakyat Malaysia melanggan lebih ramai. Pertamanya, adalah dengan cara memperkenalkan konsep prabayar yang minima seperti caj aktivasi perkhidmatan sebulan cuma sebanyak RM 20 manakala dicadangkan caj penggunaan perkhidmatan servis siaran ABN dicajkan sekitar 50 sen sejam, jika purata bulanan penggunaan servis siaran ABN selama 100 jam sebulan, maka keseluruhan perlu dibayar cuma RM 70 sahaja. Nilai caj yang disyorkan tersebut cumalah sebagai contoh, berkemungkinan kadar yang lebih murah dapat diperkenalkan di alam nyata mengikut populariti rangkaian yang ditawarkan.

Keduanya adalah masalah liputan perkhidmatan siaran yang terhad kerana ABN menggunakan jalur lebar kabel optik. Sebagai langkah jangka pendek dan sederhana, disarankan pihak ABN bekerjasama dengan penyedia jalur lebar 4G sedia ada untuk mengadakan keluasan liputan siaran servis ABN. Lagipun prasarana 4G sehingga kini amat kurang digunakan oleh rakyat Malaysia, masih terdapat banyak ruang kosong dalam spektrum 4G yang boleh diisi selain daripada komunikasi internet. Teknologi siaran tanpa wayar 4G boleh dianggap sebagai siaran ''satelit terestrial'' yang jauh lebih cekap dan berkesan daripada teknologi siaran tv satelit sedia ada dimana masih menggunakan teknologi lama pertengahan 1990an. Manakala pemeringkatan teknologi kepada 4.5G dan 5G adalah mungkin diwaktu terdekat ini menawarkan perkhidmatan jalur hiper hampir setaraf dengan kelajuan laser optik. Diucapkan selamat berjaya kepada syarikat ABN.

Nukilan - Ramzam Muda, Rawai,Marang.

Maklumat Peribadi;
Nama : Mohd. Zamri B. Muda

Alamat : 1727, Padang Pak Wan,
Jalan Rawai Pasir Tinggi,
Bukit Payung,
21400 Marang , Terengganu
No i.c : 740102-11-6391

Perlu Terusan Pintasan Jika Tidak Jadi Bina Jambatan Terbuka Selat Tebrau

Perlu Terusan Pintasan

Suasana Pantai Tanjung Putri berhampiran Tambak Johor yang suram dengan limpahan air selat yang terkepung agak kurang sesuai untuk aktiviti rekreasi malah tidak sesuai langsung bagi tujuan penternakan hasil laut. Apatah lagi jika kita mempertimbangkan lokasi Selat Tebrau sebagai salah satu habitat haiwan mamalia dugong yang paling jarang dijumpai di mukabumi kerana status hampir pupus.

Jika usaha pembinaan jambatan terbuka mengantikan tambak terus dilanda kebuntuan, dicadangkan agar pihak kerajaan untuk mempertimbangkan pembinaan sebuah terusan pintasan sebagai penyelesaian jangka pendek dan sederhana. Ciri-ciri struktur terusan adalah seperti berikut;

a- Permulaan pembukaan terusan bermula pada jarak anggaran setengah kilometer atau satu kilometer dari tambak sedia ada.

b- Pengakhiran terusan seeloknya berhampiran dengan pelabuhan Tanjung Pelepas.

c- Kelebaran dan kedalaman terusan hendaklah boleh menampung dua kapal kontena terbesar di dunia bergerak serentak dari dua hala berbeza.

Dengan kewujudan terusan pintasan tersebut diharapkan kualiti air Selat Terbau boleh dipulihkan sehingga tahap terbaik sesuai untuk populasi kehidupan haiwan dugong dan penternakan akuakultur.

Disatu sudut lain pula, pembinaan terusan pintasan tersebut membolehkan pembinaan penempatan perumahan eksklusif menghadap terusan , merangsang pembinaan marina untuk semua kapal persiaran di kawasan selat dan penjimatan besar disegi membina tambah jalan baru hanya perlu ditambah penambakan tanah. Malah laluan boleh ditambah kepada jalan 12,16, malah 24 lorong sekali pun dengan kos amat rendah berbanding dengan kos membina jambatan standard.

Nukilan - Ramzam Muda, Rawai,Marang.

Maklumat Peribadi;

Nama : Mohd. Zamri B. Muda
Alamat : 1727, Padang Pak Wan,
Jalan Rawai Pasir Tinggi,
Bukit Payung,
21400 Marang , Terengganu
No i.c : 740102-11-6391
website - www.ramzamuda.blogspot.com

Beri insentif kepada pembaca meter jika lapor kerosakkan

Saudara pengarang,

Perkara : Beri insentif kepada pembaca meter jika lapor kerosakkan

Sebagai orang awam tentu kita sering kali ternampak akan kerosakkan kepada sistem utiliti meliputi bekalan air, letrik dan kabel telefon. Kadang- kadang kita sering bertanya kepada diri sendiri, mengapa kerosakkan itu tidak dilaporkan, paling kurang sebulan sekali pekerja pembaca meter akan datang berkunjung, takkan tidak menyedari masalah kerosakkan yang berbulan-bulan lamanya.

Takkan kerosakkan itu menunggu ke tahap mengorbankan nyawa orang ramai barulah ada tindakan sewajarnya oleh syarikat utiliti. Sewajarnya syarikat utiliti mempunyai mekanisme dalaman bagi menangani masalah kerosakkan kemudahan utiliti mereka, maka itu disarankan pihak syarikat mengamalkan sistem pemberian insentif elaun tambahan setiap laporan kerosakkan pada sistem mereka.

Bagi mengelakkan sebarang penipuan akan setiap laporan itu atau berlaku 'kemalasan' kakitangan yang bertugas maka setiap petugas pembaca meter digilirkan ke lokasi berbeza setiap bulan, penjimatan kos ke atas setiap pembaikan kerosakkan lebih besar nilainya berbanding dengan nilai insentif elaun tersebut.

Selain daripada kakitangan, para pelanggan juga boleh diberi insentif jika melaporkan kerosakkan. Insentif boleh diberi dalam bentuk rebet dalam akaun pelanggan sebagai tanda terimakasih syarikat.


Oleh : Mohd Zamri Muda, Desa Rawai , Marang.

Alamat : Lot 1727 , Kampung Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang , Terengganu.

No i/c : 740102-11-6391
No tel :019 902 50 15
e-mel : ramzamuda@gmail/yahoo.com
Laman web: ramzamuda.blogspot.com