Monday, November 21, 2011

Beri insentif kepada pembaca meter jika lapor kerosakkan

Saudara pengarang,

Perkara : Beri insentif kepada pembaca meter jika lapor kerosakkan

Sebagai orang awam tentu kita sering kali ternampak akan kerosakkan kepada sistem utiliti meliputi bekalan air, letrik dan kabel telefon. Kadang- kadang kita sering bertanya kepada diri sendiri, mengapa kerosakkan itu tidak dilaporkan, paling kurang sebulan sekali pekerja pembaca meter akan datang berkunjung, takkan tidak menyedari masalah kerosakkan yang berbulan-bulan lamanya.

Takkan kerosakkan itu menunggu ke tahap mengorbankan nyawa orang ramai barulah ada tindakan sewajarnya oleh syarikat utiliti. Sewajarnya syarikat utiliti mempunyai mekanisme dalaman bagi menangani masalah kerosakkan kemudahan utiliti mereka, maka itu disarankan pihak syarikat mengamalkan sistem pemberian insentif elaun tambahan setiap laporan kerosakkan pada sistem mereka.

Bagi mengelakkan sebarang penipuan akan setiap laporan itu atau berlaku 'kemalasan' kakitangan yang bertugas maka setiap petugas pembaca meter digilirkan ke lokasi berbeza setiap bulan, penjimatan kos ke atas setiap pembaikan kerosakkan lebih besar nilainya berbanding dengan nilai insentif elaun tersebut.

Selain daripada kakitangan, para pelanggan juga boleh diberi insentif jika melaporkan kerosakkan. Insentif boleh diberi dalam bentuk rebet dalam akaun pelanggan sebagai tanda terimakasih syarikat.


Oleh : Mohd Zamri Muda, Desa Rawai , Marang.

Alamat : Lot 1727 , Kampung Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang , Terengganu.

No i/c : 740102-11-6391
No tel :019 902 50 15
e-mel : ramzamuda@gmail/yahoo.com
Laman web: ramzamuda.blogspot.com

No comments:

Post a Comment