Friday, January 7, 2011

Tambah Seri Sisipan Utusan Melayu

Saudara pengarang,

Cadang Tambah Seri Utusan Melayu Sisipan

Kehadiran sisipan Utusan Melayu sekali seminggu cukup membawa nolstalgia silam kepada kita semua, ia merupakan satu-satunya warisan persuratan Melayu-Jawi yang beroperasi kini.

Versi pertama sisipan ini setelah dihidup-semula mempunyai ruangan berita teknologi tetapi telah ditiadakan dalam keluaran terkini. Walhal ruangan tersebut mampu menjadi daya tarikan kepada ramai orang untuk membacanya termasuklah diri penulis sendiri.

Bagi penulis, ruangan berita teknologi tersebut amat relevan dengan perkembangan dunia terkini malah kadangkala memberi maklumat lebih awal daripada berita teknologi akhbar inggeris. Ruangan itu selayaknya mendapat peruntukan dua mukasurat dan bukannya diberhentikan. Sememangnya ketiadaan ruangan tersebut memberikan tarikan sifar untuk membaca sisipan Utusan Melayu.

Apa yang dipaparkan pada sisipan terkini hanya berkisar kepada isu semasa sebagai mana yang ada dalam paparan puluhan akhbar Melayu Rumi yang lain mengakibatkan hambar untuk membacanya.

Sisipan Utusan Melayu boleh memaparkan biodata pemimpin tempatan era sebelum zaman merdeka atau tokoh-tokoh negarawan yang pernah berjasa kepada negara. Ruangan itu boleh ditambah-baikan dengan disediakan terjemahan Rumi-Inggeris sebagai kaedah pembelajaran dwi-bahasa secara santai, mampu menarik minat kanak-kanak malah orang dewasa sendiri.

Topik-topik lain yang boleh diutarakan ke dalam sisipan adalah seperti pensejarahan lengkap temadun Islam, temadun-temadun dunia yang lain, biodata pemimpin dunia [ masa lampau atau terkini ] dan sejarah kelahiran sesebuah negara moden. Kalau boleh ruangan tersebut boleh dibuat secara konsep dwibahasa juga.

Jika beberapa langkah tersebut dapat dilaksanakan, mungkin dapat serba- sedikit menambah seri kandungan sisipan Utusan Melayu untuk lebih menarik minat orang-ramai membacanya.

Prabayar Internet Mobil

Saudara Pengarang,

Tajuk : Cadang pakej mampu guna internet mobil

Syarikat telekomunikasi swasta diharap dapat memperkenalkan segera pakej prabayar mampu guna internet mobil pada kadar berpatutan RM 20 untuk aktivasi talian selama sebulan kerana masih ramai diluar sana menanti peluang untuk menyahut cabaran masyarakat bermaklumat. Manakala kadar penggunaan tidak mengapa dicajkan mahal sedikit pada lingkungan kadar RM 1 hingga RM 2 sejam.

Talian internet mobil yang terlibat untuk pakej ini cumalah talian gprs dan bukannya capaian jalur lebar 3G. Keperluan capaian internet gprs perlu dijadikan pakej mampu guna adalah untuk memudahkan akses orang ramai kepada e-mel, komunikasi mesej berteks, melayari laman web dan sebagainya pada tahap rendah sahaja.

Untuk mengelakkan talian tersebut menjadi lembab gara-gara akses pornografi dan muat turun bahan cetak rompak, format audio mp3 dan video kualiti tinggi mpeg,avi dan mp4 dijadikan senarai hitam disekat daripada mengunakan talian ini. Manakala format video dan audio berkualiti rendah seperti 3gp dan amr dibenar untuk kegunaan komunikasi secara online.

Kewujudan pakej prabayar ini mungkin dapat meningkatkan kadar celik ICT pada tahap 95% daripada populasi negara disamping itu dapat melonjakkan jualan produk tekomunikasi seperti produk telefon bimbit berinternet, komputer riba dan komputer peribadi buatan tempatan.

Oleh Ramzam Muda, Desa Rawai, Marang

Maklumat peribadi;
Nama : Mohd. Zamri B. Muda
No. ic : 740102-11-6391
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan, Kampung Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu
Laman Web : www.ramzamuda.blogspot.com

Published with Blogger-droid v1.6.5

Tuesday, January 4, 2011

salam tahun baru... 2011

Salam ini via mesin tablet android klon versi 1.6 ..... menggunakan widget Blogger-droid yg simple interface, harap lepas ni boleh buat copy paste teks drpd notepad tablet ni.....
Published with Blogger-droid v1.6.5