Tuesday, May 17, 2011

Wajar wujudkan semula stesen MegaTV stail baru


Saudara pengarang ,

Wujudkan semula khidmat stesen MegaTV tapi bentuk baru

Dikala rakyat Malaysia disarankan menyahut cabaran untuk menjadi masyarakat bermaklumat tanpa sempadan, namun terdapat monopoli ketara di segi siaran kandungan televisyen antarabangsa, rakyat kebanyakan tidak mempunyai pilihan alternatif dalam melanggani siaran tersebut. Ramai yang terhimpit, apatah lagi dengan kos-kos kehidupan lain yang semakin meningkat manakala penyedia perkhidmatan tv satelit mengubah semula pakej langganan dengan semakin meningkat dan bukannya menurun tidak seiring dengan kuantiti pelanggan baru yang bertambah.

Maka itu perlunya diwujudkan semula perkhidmatan siaran MegaTV sebelum ini tetapi dalam bentuk baru yang lebih kompetitif dan menarik. Bentuk baru konsep perhidmatan siaran MegaTV adalah seperti berikut;

a) Kaedah langganan dan pembayaran secara prabayar, disarankan aktivasi siaran untuk sebulan cuma pada RM 20 sebulan manakala caj langgan siaran pada kadar 20 sen setiap jam.

b) Spektrum siaran MegaTV dianggarkan boleh memuatkan sehingga 30 saluran TV yang mungkin juga boleh digunakan sebagai saluran komunikasi digital dua hala atau sebagai jalur lebar internet juga.

c) Disarankan satu saluran di stesen menumpukan siaran semula bahan arkib siaran tv tempatan secara berjadual tetap yang mana ia boleh merangsang pembudayaan dan patriotisme dikalangan generasi muda.

Jika spektrum siaran MegaTV yang dahulu sudah tidak releven untuk diguna pada keadaan sekarang, maka pendekatan baru boleh digunakan seperti teknologi siaran Wimax tanpa memerlukan perantaraan satelit. Jika negara kita mengubahsuai talian grid elektrik kepada talian hibrid maklumat boleh mencapai kecekapan gentian optik, ia boleh diselaraskan untuk menjadi perantaraan pusat server maklumat dengan stesen pemancar Wimax.

Pendekatan ini juga boleh digunakan oleh pihak RTM dalam usaha menyahut cabaran penyiaran secara digital. Diharapkan kewujudan semula sebuah stesen ala MegaTV tetapi dalam bentuk yang tidak membebankan pelanggan dapat menyumbang sedikit jasa memudahkan rakyat memperolehi hiburan dan maklumat.

Oleh : Mohd Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.

Maklumat tambahan;
No. I/C : 740102-11-6391
No. Tel : 019 902 50 15
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan, Kampung Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu Darul Iman.
Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web : www.ramzamuda.blogspot.com

No comments:

Post a Comment