Saturday, August 15, 2009

Ramz...Rerelease 2..... lanjut di ramzissuessolution.blogspot.com

skip to main | skip to sidebar
Ramzamuda 1 Artikel Awam

Malaysia Malaysian issue issues solution directory idea ideas public article
Wednesday, October 15, 2008
Artikel awam 2 Ramzamuda
Senarai direktori artikel Ramzamuda yang sudah siap ;
[ Sila klik interlink yang disediakan ] - Berbanyak ucapan terima kasih kepada pihak akhbar Berita Harian dan akhbar Utusan Malaysia kerana sudi menyiarkan sebahagian artikel saya ini!

Senarai idea kasar..... RamzDirektori^3 [ mula Julai 2007 ] , RamzDirektori^2 , RamzDirektori^1

Terkini......

95-

94-

93-

92-

91- Kerakusan kapitalis Amerika punca keruntuhan ekonomi Amerika Sept 2008 , siap 30-09-2008 .......AmerikaHancur

90- Pelan kontengensi menghadapi bencana elektromagnet melampau daripada matahari bagi mengelakkan kemusnahan data digital dan dunia maya internet, siap 31-08-2008 [ untuk tidak disiarkan ] ....... Emsuria2

89- Risiko tsunami gelombang elektromagnet daripada suria, siap 19-08-2008 ....... EMSuria

88- Kaedah menurunkan kos sara hidup dikala kenaikan harga bahanapi dunia, siap 04-08-2008 ...... TurunKosHidup

87- Malaysia masih mampu menyediakan ruang untuk penanaman bijirin dengan beberapa kaedah, siap 02-08-2008 ....... LonjakBijirin

86- Isu mebina empangan air - pandangan positif disudut pemuliharaan alam sekitar untuk kebaikan jangka masa panjang dan kedudukan teknologi tersebut sebagai teknologi wahyu, siap 01-08-2008 ......... EmpanganSekitar

85- Kerajaan perlu menurunkan kadar faedah pinjaman hartanah untuk kebaikan rakyat dan merangsang ekonomi, siap 29-07-2008 ........ TurunFaedah

84- Penggunaan tenaga sumber biomass perlu dilebih-utamakan daripada penggunaan teknologi nuklear diatas beberapa sebab, siap 24-07-2008 ......... UtamaBiomas

83- Pelan kecemasan penanaman padi negara, siap 05-04-2008 .......BerasKecemasan

82- Hikmah disebalik Pilihanraya 2008, siap 09-03-2008 ........... Hikmah2008

81- Elak negara Malaysia jadi negara boneka Barat, siap 11-02-2008 .......... NegaraBoneka

80- Perencanaan semula bentuk pemberian subsidi dengan kaedah peranjakan paradigma, siap 12-01-2008 ............ Subsidi-Baru

79- Tugas besar menanti Proton selepas pembatalan kerjasama dengan multinasional asing oleh pihak kerajaan Malaysia , siap 24-11-2007 ...........ProtonTugas

78- Pengawasan CCTV perjalanan pilihanraya dan keselamatan peti undi perlu dijadikan agenda berikutnya untuk SPR jalankan, siap pada 16-11-2007 ...... cctvSPR

77- Penggunaan tenaga asing baru diambil dari wilayah Nusantara Utara lebih baik daripada apa yang ada sekarang, siap ditulis 12-11-2007 ....... TenagaAsingBaru

76- Pertanian paradigma baru untuk diamalkan di Malaysia yang mempunyai keluasan tanah tani yang terhad, siap pada 16-10-2007 ....... TaniBaru

75- Menyelamat Proton dengan menjadikannya anak syarikat Petronas dengan wawasan baru, siap pada 10-06-2007 ...... ProtonPetronas

74- Memulihkan Proton dengan penyelarasan imej baru bagi varian lama, siap ditulis pada 03-06-2007, disiarkan di BH 05-06-2007 ...... PulihProton

73- Menyelamatkan industri beras negara dengan kaedah drastik, siap 15-01-2007......Beras2

72- Hidupkan kembali pembinaan landasan berkembar keretapi bagi mencapai matlamat Wawasan 2020, siap pada 25-09-2006 .........LandasanBerkembar

71- Masalah Gula : Simpanan gula mentah Malaysia banyak, siap ditulis pada 27-06-2006 ....... GulaSimpanan

70- Kaedah menang-menang jika tidak bina Jambatan Indah, siap ditulis pada 27-06-2006 ...... JambatanMenang

69- Masalah gula : Beberapa kebaikan disebalik isu, siap ditulis 20-06-2006 .......GulaKebaikan

68- Masalah gula : Meningkatkan sumber bekalan gula mentah dari sumber alternatif pohonan palma, siap ditulis 13-06-2006 ..........GulaPalma

67- Malaysia perlu pro-aktif membina Tebing dan Terusan Selatan bagi elak kesan negatif penambakan di Selat Johor, siap ditulis pada 12-04-2006 .......TebingTerusanSelatan

66- Memulih-semula penggunaan teks Jawi dengan penggunaan bacaan santai di media massa, siap ditulis pada 09-03-2006 ......JawiBacaanSantai

65- Pakej khas menyelamat akhbar Jawi - Utusan Melayu dan Utusan Zaman, ditulis semula pada 08-03-2006 .......UtusanJawiBaru

64- Lonjak pertanian negara dengan bantuan terus kepada petani akar-umbi disegi bantuan jentera, siap pada 18-02-2006. Disiarkan di BH ..........LonjakTani

63- Malaysia perlu membantu negara Afrika mencapai potensi diri, siap 19-11-2005. Disiarkan di BH..........Afrika-potensi

62- Penubuhan Institut Kanser Negara sebagai wadah perangi kanser secara habis-habisan, siap 29-10-2005. Disiarkan di BH .....PerangKanser

61- Alternatif rawatan kanser dengan menggunakan virus rabies, siap 22-10-2005. Rujukan Utusan Malaysia keluaran 23-10-2005 ...........VirusBunuhKanser

60- Proton perlu betul-betul berubah untuk terus kekal relevan di mata rakyat Malaysia, siap 20-10-2005 .........ProtonBerubah

59- Flat Pekeliling boleh diguna semula dengan beberapa langkah baru, siap 15-10-2005........PekelilingSemula

58- Astro patut menyiarkan bahan arkib siaran tempatan untuk lonjak jatidiri dan patriotisme rakyat Malaysia, siap 02-09-2005 ..........AstroSiarArkib

57- Melonjakkan industri tani negara dengan beberapa kaedah paradigma baru, siap 17-08-2005 .......... LonjakTaniNegara

56- Memperkasakan pertanian di negeri Terengganu dengan beberapa kaedah baru, siap 13-08-2005. Rujukan Berita Harian keluaran 15-08-2005 ......PerkasaTaniTRG

55- Bersama perangi jerebu habis-habisan, siap 12-08-2005 .......PerangJerebu

54- Re-release isu rawat dadah songsang no.47, update 18-04-05 ......RawatDadahSongsang

53- Sarikata pintar/berkembar pemangkin rakyat Malaysia berkebolehan multi-bahasa, siap 28-03-2005 .....SarikataBerkembar

52- Majikan prihatin tidak merugikan syarikat, siap 21-02-2005 ....MajikanPrihatin

51- Pengunaan baju pelampung perlu dijadikan budaya di Malaysia apabila berurusan dengan jasad air, siap 30-12-2004. Rujukan Berita Harian dan Utusan Malaysia keluaran Selasa tarikh 04-01-2005 .....BudayaBajuLampung

50- Spesifikasi pusat perlindungan bencana alam di bawah Program NUHH [ Nyawa Umat Untuk Hidup ke masa Hadapan ], siap 29-12-2004 .....P.U.S.B.A_N.U.H.H.

49- Susulan ombak besar akibat gempa-bumi di Sumatera, langkah proaktif menghadapi bencana alam perlu dilaksanakan, siap 27-12-2004. Rujukan Berita Harian keluaran Selasa tarikh 28-12-2004 ....ProAktifBencanaAlam

48- Sokong cadangan kerajaan tubuh bank benih tanaman, siap 12-12-2004. Rujukan Berita Harian keluaran Isnin, 13-12-2004 ....BankBenihTanaman

47- Formulasi paradigma ekstrem perangi dadah, siap 10-12-2004 .......EkstremPerangDadah

46- Kawasan bermasalah bekalan air patut dibina loji air mini, siap 09-12-2004. Rujukan Berita Harian keluaran Selasa, 14-12-2004 .......LojiAirMini

45- Pilihan lain cara membayar saman/denda trafik di Kuala Lumpur dengan membayar nilaian setara tiket/kupon pengangkutan awam rel dan bas, siap 07-12-2004. Rujukan Berita Harian keluaran Jumaat 10-12-2004 ........samantiket

44- Kempen tambang separuh bagi sistem pengangkutan rel dan bas di KL perlu diadakan, siap 06-12-2004 ..........murahrapid

43- Kaedah-kaedah yang boleh dipertimbangkan oleh KL bagi menangani masalah pelupusan sampah, siap 27-11-2004. Rujukan Berita Harian keluaran 29-11-2004 ........ KLsampahLupus

42- Mengurang kemalangan di lebuhraya dengan menurun-taraf lorong kecemasan, siap 21-11-2004. Rujukan Berita Harian keluaran 24-11-2004 .........LorongCemas

41- Penubuhan stesen TV digital terestrial yang baru ( ala Mega-TV ) bagi memikul beban tugas agenda budaya Malaysia, siap 16-11-2004. Rujukan Berita Harian keluaran 18-11-2004 ..........TVdigitalterestrial

40- Potensi biometanol sebagai salah satu produk biopetroleum di Malaysia, siap 06-11-2004. Rujukan Berita Harian keluaran 08-11-2004 ..........BioMetanol

39- Bahanapi alternatif terbaik masa kini - metanol, siap 20-10-2004. Rujukan Berita Harian keluaran 21-10-2004 .............Metanolpilihan

38- Penyalahgunaan sistem pembesar suara untuk azan perlu dihentikan, siap 18-10-2004 ......... PembesarSuara

37- Relevan penubuhan syarikat petroleum kedua negara, siap 16-10-2004 ..........PetrodMalaysia

36- Kaedah undi terbuka dalam perlantikan naib presiden dan majlis tertinggi Umno dilakukan di peringkat cawangan Umno, siap 03-10-2004 ......... UndiTerbukaUmno

35- Ekoran kenaikkan harga minyak melambung di pasaran dunia, Malaysia wajar memajukan sumber tenaga bio, siap 02-10-2004 ............ TenagaBio

34- Mensifar guna tenaga asing dengan strategi guna tenaga kerja yang baru, siap 20-09-2004. Rujukan Berita Harian keluaran Selasa, 28-09-2004 ...........StrategiTenagaKerja

33- Alternatif pilihan keluar kepada makanan ternak import mahal, siap 19-09-2004. Rujukan Berita Harian keluaran Selasa, 21-09-2004 ..........BijirinTernak

32- Langkah tambahan mengelakkan penularan wabak selsema burung dari Kelantan, siap 15-09-2004. Rujukan arkib Berita Harian keluaran Jumaat, 17-09-2004 dan UtMal keluaran Isnin, 20-09-2004 ....... TularWabakAvian

31- Tanah masam punca hasil tani bumiputra rendah, siap 02-09-2004 ..........TanahMasam

30- Senarai produk baru digital keluaran Malaysia, siap 01-09-2004. Sila rujuk arkib Berita Harian keluaran Jumaat, 03-09-2004 ..........ProdukDigital

29- Senarai inovasi baru rancangan di RTM, siap 30-06-2004. Sila rujuk arkib Berita Harian keluaran Jumaat, 02-07-2004 ..........RTMBaru

28- Punca segala gejala masalah dalam masyarakat adalah bahan psikotropik, siap 29-06-2004. Sila rujuk arkib Berita Harian keluaran Khamis, 01-07-2004 .........DadahPulihPunca

27- Langkah proaktif mengurangkan risiko panahan petir kepada orang ramai, siap 05-05-2004. Sila rujuk akhbar Berita Harian keluaran Jumaat, 07-05-2004 ............ BencanaPanahanKilat

26- Negara Islam membantu Palestin dengan melakukan penambakan pintar laut cetek dan pembinaan komplek gergasi Baitul Maqdis Baru, siap 29-04-2004 ..........SempadanBaruPalestin

25- Potensi penanaman kabung dan nipah untuk mengantikan penanaman tebu secara komersil yang mencemarkan alam sekitar , rujuk Arkib BH keluaran Isnin, 19-04-2004 ............KabungNipah

24- Astro disyorkan untuk mengadakan siaran televisyennya secara prabayar, rujuk UtMal keluaran edisi Rabu, 07-04-2004 ........PrabayarAstro

23- Akhbar utama tempatan disyorkan untuk mewujudkan Talian Aduan Terbuka Tingkah-laku pelajar tanpa menyembunyikan identiti asal sekolah mereka, rujuk Arkib BH keluaran Selasa, 06-04-2004 ........AduanTerbukaPelajar

22- Menangani dan mengenalpasti gejala pengundi hantu dengan Sistem Maklumat Ketelusan Tinggi Peribadi Pengundi [MKTPP] oleh SPR, rujuk Arkib BH keluaran Khamis, 25-03-2004 ............PengundiHantu

21- Umno disyorkan menubuhkan dana persendirian [ Dana Bantuan Mikro Umno ] untuk memajukan orang Melayu tanpa perlu lagi 'mekanisme tongkat' tetapi beralih kepada 'mekanisme mata-kail', sila rujuk Arkib BHarian keluaran Jumaat, 09-04-2004 ...........Edisi DBMU 2004 dan ..... Edisi Asal DBMU 2000

20- Cadangan satu sistem pengundian secara elektronik menggunakan internet untuk pilihanraya edisi 2008/2009, rujuk UtMal keluaran Isnin, 08-03-2004 ..............InternetUndi

19- Fasiliti Perwaja Kedah diguna semula untuk memproses kaca dan besi terbuang .........Besi-Kaca

18- Pakej bantuan menyelamatkan Zoo Negara dengan beberapa langkah unik seperti pengwujudan dana tabung warisan, pelancongan murid sekolah dll, rujuk Arkib BH keluaran hari Jumaat, 05-03-2004 ...............ZooNegara

17- Cadangan strategi baru pembangunan Terengganu yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan BN jika berjaya menawan semula Terengganu dalam pilihanraya 2004, rujuk UtMal keluaran Khamis 04-03-2003 ............BNkuasaTerengganu

16- Pembinaan rumah rakyat mampu milik berkos rendah dengan konsep pembinaan rumah nukleus, rujuk UtMal keluaran Rabu, 18-02-2004 .............RumahNukleus

15- Tindakan pro-aktif menangani isu merokok ialah menukarkan fungsi biologikal pokok tembakau sebagai pengeluar produk biokimikal, rujuk Arkib BH keluaran edisi Selasa, 24-02-2004 & UtMal keluaran edisi Rabu, 25-02-2004 ............TembakauBiologi

14- Langkah proaktif yang boleh dibuat oleh rakyat biasa dan kerajaan Malaysia dalam menangani kemungkinan wabak selsema burung melanda [setakat 08 Feb 2004], sila rujuk Arkib BH keluaran edisi Jumaat, bertarikh 30-01-2004 ...........SelsemaBurung

13- Potensi penggunaan gelombang mikro untuk membunuh dan memusnah virus selsema burung, virus Sars, prion penyakit lembu gila dan sebagainya, rujukan UtMal keluaran Rabu, 11-02-2004 ms7 ...........MikroBunuhVirus

12- Orang Melayu boleh menzahirkan kekayaan tersembunyi RM 60 billion yang berupakan simpanan barang kemas peribadi kepada simpanan dana seperti dana ASB,ASN. Rujuk Arkib BH keluaran 22-12-2003, 27-11-2003 ...........EmasDuit

11- Penilaian hukuman kasi perogol disudut perundangan hudud asal .........Hududkasi

10- Formula-formula unik untuk memartabatkan semula Akhbar Utusan Melayu, ditulis siap pada 08-02-2004 ..........UtusanMelayuBaru

09- Menukar Pertubuhan Negara-negara Islam menjadi badan yang praktikal dengan pembentukan pasukan keamanan dan majlis keamanan, rujuk Arkib BH 23-03-2004 ...........PengamanIslam

08- Kerajaan perlu mensaratkan aktiviti riadah anak muda untuk elak gejala lumba motor haram yang semakin berluasa seperti aktiviti bakat bola, tinju siam- Rujuk Arkib BH keluaran 07-02-2004 .................LumbaMotorHaram

07- Harga tiket pengangkutan rel dan bas yang rendah merupakan kata kunci utama penyelesaian masalah kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur, rujuk Arkib BH 20-12-2003, 11-12-2003 ............TiketRelBas

06- Mengsifar kemalangan jalanraya dengan penggunaan tag elekronik kenderaan, rujuk Arkib BH edisi 03-12-2003 & UtMal keluaran 24-12-2003 .........TagElektronik

05- Menangani masalah industri beras negara dengan pengenalan dasar beras yang baru dimana harga padi tinggi dan harga beras kawalan amat rendah, rujukan UtMal keluaran 14-01-2004 ..............Beras

04- Penggunaan struktur semi-terowong di kawasan risiko tinggi tanah runtuh, rujuk Arkib BH keluaran edisi bertarikh 16-12-2003, 02-12-2003 & UtMal keluaran 29-12-2003......SemiTerowong

03- Malaysia patut menerajui dunia dalam teknologi bio-diesel yang menggunakan bahan etanol-sawit, rujukan UtMal 30-10-2003 ..............Etanol-sawit

02- Malaysia patut terlibat dalam pembinaan Terusan Segenting Kra, fakta-fakta utama dan rahsia disebalik peranan kuasa barat di rantau Asia Tenggara, rujukan UtMal keluaran 30-07-2003 dan Arkib BH 06-10-2003 .............TerusanKra

01- Pembinaan Terusan Pinggiran gergasi di Kuala Lumpur untuk menangani secara total masalah banjir kilat, rujukan UtMal keluaran 16-06-2003 ..............TerusanPinggiran

Berkongsi Idea Untuk Kesejahteraan Negara Tercintaku........





Saudara Pengarang,

Wujudkan semula siaran digital terestrial ala Mega-TV untuk memupuk agenda budaya Malaysia.

Kesan-kesan negatif daripada pengaruh dunia tanpa sempadan begitu dirasai dengan kewujudan siaran televisyen berbayar daripada luar negara dan rangkaian sistem komputer berinternet. Anak muda kita hari ini seolah-olah telah hilang jati diri budaya sendiri dan lebih berbangga dengan budaya luar. Kita setiap hari diserang bertubi-tubi dengan nilai-nilai budaya luar dengan penyiaran rancangan drama, filem dan muzik terutamanya dari negara barat.

Bagaimanakah caranya untuk melawan semua ini bagi menegakkan jati diri budaya sendiri tanpa sebarang paksaan kepada generasi muda masa kini? Anda tentu mempunyai pendapat sendiri bagi menjawab persoalan tersebut. Pada hemat saya, nilai jati diri yang kuat boleh dipupuk kepada generasi muda masa kini dengan menggunakan cara yang sama pengaruh luar mudah meresap masuk kepada mereka iaitu melalui siaran televisyen. Melalui siaran TV jugalah semua nilai-nilai positif boleh disemai. Maka itu saya mencadangkan agar sebuah stesen televisyen terestrial digital ala stesen Mega-TV ditubuhkan untuk memikul tanggungjawab besar tersebut bagi mewawarkan agenda budaya Malaysia.

Agenda budaya Malaysia boleh ditakrifkan sebagai pemupukan nilai-nilai budi-pekerti satu bangsa dinamakan Malaysia, menyemai rasa kebanggaan kepada budaya bangsa sendiri, menitikberatkan ilmu pengetahuan sains, penghayatan pengajaran agama yang mulia dan mempunyai nilai moral tinggi. Semua itu sebenarnya boleh dipupuk dengan penyiaran semula khazanah budaya dan hiburan yang pernah disiarkan di negara ini. Penyiaran semula khazanah seni negara meliputi siaran drama, rancangan hiburan, rancangan budaya, filem dan dokumentari yang pernah diterbitkan oleh RTM dan stesen TV swasta yang lain. Maka itu memerlukan satu stesen TV yang mengkhususkan kepada penyiaran bahan tersebut dimana melakukan penyiaran berkala yang konsisten.

Komponen agenda budaya Malaysia juga meliputi penyiaran rencana-rencana dokumentari berasaskan sains, teknologi, warisan ketamadunan Islam, sejarah kemanusiaan dan alam. Manakala filem-filem dan drama-drama yang bertemakan kemanusiaan daripada negara-negara Islam yang lain boleh dipertimbangkan untuk mengisi siaran.

.

Selain daripada itu, stesen tersebut masih boleh berfungsi secara komersial dimana mempunyai saluran-saluran yang menyiarkan rancangan-rancangan dan filem-filem luar terkini dari Hollywood, Hong Kong atau Bollywood. Akses untuk melanggan siaran TV kabel tersebut disyorkan dengan menggunakan kaedah kad prabayar tanpa had tempoh. Sekiranya langganan TV satelit, pengguna sanggup membayar kira-kira RM 100 sebulan atau pada kadar harga RM 3.33 bagi tempoh 24 jam. Penguna tentunya tidak keberatan untuk menanggung kos dua kali ganda daripada itu iaitu pada kadar RM 6 bagi penggunaan 24 jam tetapi masih boleh berjimat kerana penguna hanya perlu membayar tempoh masa yang sebenar digunakan. Malah penguna tidak dibebani dengan bil caj bulanan yang terkumpul lagi.

Stesen TV digital terestrial walaupun tidak sehebat stesen TV satelit yang boleh mempunyai sehingga ratusan saluran tetapi masih bermampuan untuk menyiarkan kira-kira 30 saluran. Saluran-saluran lebihan boleh digunakan untuk membantu syarikat penerbitan tempatan bagi tujuan menerbitkan dokumentari, cerekarama, filem, rancangan kartun dan lain-lainnya yang terkini. Kewujudan stesen ini juga memberi faedah royalti jangka panjang kepada artis-artis dan karyawan yang terlibat dengan pembikinan sesuatu rancangan di masa lalu dimana jasa dan khidmat mereka dihargai. Diharapkan ada pihak swasta berminat untuk menjalankan tugas tersebut.

Oleh : Ramzam Muda, Bukit Payong, Marang.

Maklumat Peribadi;
Nama : Mohd Zamri B- Muda
No. i.c. : 740102-11-6391
Alamat : 131, Kg.Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu
No. telefon : 019 902 50 15
Web rujukan : www. Geocities.com/ramzamuda
16-11-2004


Saudara Pengarang,

Kemalangan di lebuhraya utama: Faktor peranan lorong kecemasan perlu dikaji

Kematian sekeluarga akibat dilanggar ketika sedang menukar tayar yang pancit di lorong kecemasan begitu mendukacitakan kita semua. Kejadian ini boleh dijadikan kayu pengukur yang paling baik apabila memperkatakan tentang sikap pemandu di negara kita. Terdapat sebahagian daripada pemandu di negara kita menjadikan jalanraya sebagai tempat untuk melepaskan geram atau tekanan hidup mereka. Apa yang amat menyedihkan sekali ialah mereka yang liar, buas dan ganas itu terlepas tetapi mereka yang tidak berdosa dan tidak bersalah menerima nasib yang malang. Itulah hakikat yang amat pahit sekali untuk diterima di negara kita yang aman, damai dan makmur ini.

Walauapapun yang telah berlaku, kita semua perlu bermuhasabah untuk bersama-sama mengurangkan kadar kemalangan di jalanraya di negara kita. Kejadian kemalangan di lorong kecemasan tempoh hari sebenarnya memperlihatkan salah satu unsur penting yang boleh menyumbang berlakunya kemalangan iaitu penyalahgunaan fungsi lorong kecemasan. Hal ini begitu ketara sekarang ini sehinggakan terdapat iklan raya yang menyentuh tentang perkara itu secara tidak langsung ( ingatkah : berbaris tunggu giliran anda!).

Di negara kita yang mempunyai prasarana bertaraf negara maju tetapi sikap majoriti penduduknya masih bersikap negara membangun. Lorong kecemasan adalah lorong yang disediakan khas bukan untuk tujuan memecut atau memintas maka kefungsian itu harus diutamakan. Maka itu, saya mencadangkan agar ciri-ciri lorong kecemasan di jalan besar diturun-taraf supaya tidak boleh disalah-gunakan. Kaedah paling mudah ialah membina lorong kecemasan yang dibuat daripada bancuhan bermutu rendah simen atau konkrit, mempunyai permukaan kasar berlekuk dan paras permukaan rendah sedikit dari permukaan jalan sedia ada.. Manakala di jalan yang lebih kecil, sempadan tanah berumput boleh digazetkan untuk menjadi lorong kecemasan.

Pembinaan lorong kecemasan berciri baru ini juga boleh mengurangkan kadar lalulintas dimana lorong kecemasan sedia ada yang asal boleh ditukar fungsi sebagai lorong tambahan untuk laluan lori, bas atau kereta yang berkelajuan rendah. Diharapkan kaedah baru ini boleh dilaksanakan untuk seberapa segera di kawasan laluan lurus yang mempunyai kadar kemalangan yang tinggi. Kajian terperinci masih perlu dilakukan untuk mengukur tahap keberkesanan kaedah ini. Jika berlaku pengurangan ketara kadar kemalangan, maka ia boleh dijadikan ciri kemestian bagi setiap pembinaan jalanraya baru.

Sememangnya jawapan sebenar kepada kadar kemalangan tinggi di negara kita memerlukan perubahan sikap para pemandu. Kerajaan juga boleh mempertimbangkan untuk menaik taraf lebuhraya negara dengan menambah lorong menjadi 10 atau 12 lorong iaitu membahagikan laluan kepada 3 laluan berasingan iaitu laluan motorsikal, laluan kereta/van/trak dan laluan lori/bas. Pernahkah anda berjumpa dengan situasi dimana deretan kenderaan kecil mengekori sebuah lori besar yang sarat dengan muatan? Tentu sekali anda biasa dengan keadaan sebegitu. Jika ada yang tidak sabar tentunya kemalangan ngeri boleh berlaku.

Diharapkan penukaran ciri lorong kecemasan boleh mengurangkan sedikit kadar kemalangan.

Oleh : Mohd.Zamri Muda, Bukit Payong, Marang.

Maklumat;

i/c : 740102-11-6391

alamat: 131, Kg.Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu.

No. tel: 019 902 50 15

Rujukan web di geocities.com/ramzamuda
Tarikh : 21-11-2004



<>Saudara Pengarang,
Kuala Lumpur patut segera guna loji insinerator untuk lupuskan sampah

<>Masalah pengurusan sisa sampah domestik negara merupakan satu masalah yang tidak berkesudahan ceritanya. Isunya menjadi hangat apabila tapak pelupusan sampah hampir penuh dan menjadi senyap semula apabila tapak baru dijumpai sehinggalah beberapa tahun kemudiannya. Kepada pencipta alam sekitar, penggunaan tapak pelupusan sampah secara konvensional tidak bersifat mesra alam kerana sisa bertoksik masih boleh melarut-resap ke sistem air bawah tanah. Sisa bertoksik merbahaya kepada manusia kerana boleh membawa risiko kematian secara langsung, kegagalan fungsi organ, kecacatan baka genetik keturunan dan penyebab penyakit kanser yang kronik.

<>Kuala Lumpur sebagai negeri termaju di Malaysia seharusnya mempunyai dasar yang lebih komprehensif dan paling moden dalam menangani masalah pelupusan sampah setaraf dengan bandaraya tersohor dunia seperti Tokyo, Paris dan New York. Maka itu dicadangkan Bandaraya Kuala Lumpur mencuba untuk menggunakan pelbagai modul teknologi insinerator dari beberapa negara maju seperti Jepun, Jerman, Perancis dan Sweden. <>Untuk tempoh jangka pendek, loji insinerator amat diperlukan untuk melupuskan jisim sampah dan boleh digunakan juga untuk menjana tenaga elektrik. Tetapi bagi tempoh jangka panjang, teknologi insinerator masih mempunyai kelemahan iaitu pelepasan gas bertoksik. Demi untuk menghasilkan satu sistem insinerator sempurna perlu sentiasa dicari maka Kuala Lumpur dicadangkan supaya menaja penyelidikan pembakaran sampah sempurna tanpa pencemaran oleh IPT atau mengadakan pertandingan yang memberi ganjaran lumayan, katakan RM 50 juta kepada IPT yang menang. <>

Sememangnya pencarian kaedah terbaik untuk menangani masalah pelepasan gas bertoksik perlu sentiasa digerakkan sehingga dapat menghasilkan pencemaran sifar demi kesejahteraan generasi akan datang. Idea bodoh saya dalam menangani sisa gas bertoksik dengan cara melarutkan gas bertoksik itu ke dalam air kumbahan atau enapan teraktif ( activated sludge) dan kemudian dibiarkan jutaan biodiversiti mikrob menjalankan tugasnya sama ada menyerap atau menukar bahan toksik itu kepada bahan tidak merbahaya. Selepas proses pertukaran bentuk itu, barulah mendapan mikrob dikering dan kemudian dibakar menghasilkan abu mineral sahaja. <>

Alternatif lain adalah mengadakan program mengitar semula yang paling komprehensif di dunia dengan menganggap sampah adalah sumber. Sisa sampah aluminium, kertas dan kaca tidak mempunyai masalah untuk diproses semula kerana kilang terlibat sudah sedia ada. Sisa makanan mudah reput, rumput dan daunan perlu menjalani proses pereputan untuk dijadikan baja kompos. Bekas-bekas logam yang tiada nilai komersial boleh dijadikan sebagai pasu semaian pokok buah atau tanaman hutan dan dibiarkan mereput ketika pokok membesar di ladang. Sisa bahan plastik dan tayar getah memerlukan kilang pemerosesan khas yang boleh melebur semula, menukarkan bahan-bahan itu kepada bahan api metanol atau diracik untuk menjadi medium tanah tambahan untuk tanaman hiasan dalam pasu. <>

Masalah pelupusan sampah oleh Kuala Lumpur pada waktu kini merupakan cermin pembayang utama kepada masalah yang akan melanda di seluruh negara di waktu akan datang. Sebagai wilayah termaju di dalam Malaysia maka terpulanglah kepada kebijaksanaan Kuala Lumpur sendiri untuk menanganinya samaada masih memilih cara-cara lama atau mencuba kaedah-kaedah luarbiasa yang baru.<>
Oleh: Mohd.Zamri Muda, Bukit Payong, Marang, Terengganu.

Maklumat;
<>i/c : 740102-11-6391
alamat: 131, Kg.Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu.
No. tel: 019 902 50 15
Rujukan web di geocities.com/ramzamuda Tarikh : 27-11-2004



Saudara Pengarang,

Kempen besar-besaran guna kenderaan awam dengan harga tambang separuh

Tahniah kepada kejayaan Kuala Lumpur kerana dapat jua menzahirkan impian sistem pengangkutan awam ibu negara yang lebih efisien dengan pelaksanaan Rapid KL. Tetapi sayangnya projek besar ini tidak akan menjadi berkesan jika jaringan jalanraya di Kuala Lumpur dipenuhi oleh kenderaan persendirian yang tidak sepatutnya contohnya satu kereta digunakan oleh satu orang sahaja terutamanya ketika waktu-waktu utama. Manakala lorong-lorong khas yang disediakan untuk laluan bas masih tidak dapat diguna dengan sepenuhnya oleh bas-bas tersebut. Maka itu saya mencadangkan agar kempen tambang separuh pengangkutan awam merangkumi sistem rel dan bas diadakan untuk tempoh terhad bagi melihat sebarang kemungkinan akan perubahan corak penggunaan kenderaan.

Saya percaya kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur boleh diatasi secara total jika mengikut formulasi; Perjalanan dekat, penguna majoriti menggunakan sistem pengangkutan bas manakala perjalanan jauh pula penguna menggunakan sistem pengangkutan rel seperti LRT, monorel dan komuter. Maka itu, kos tambang perlu diturunkan bagi memberi daya penarik kepada pengguna majoriti untuk mennggunakan rangkaian pengangkutan awam. Kos tambang yang rendah merupakan kata kunci utama yang teramat penting selepas faktor kecepatan rangkaian pengangkutan. Kerugian kos akibat perlaksanaan tambang rendah tidak perlu dibangkitkan disini kerana pembaziran berbilion ringgit wang rakyat biasa bagi membayar kos petrol bagi kenderaan mereka sendiri dengan diiringi berlakunya kesesakan lalulintas yang melampau sering menghantui setiap hari.

Apatah lagi, golongan rakyat biasa terpaksa menangung kos pembaikan tidak wajar beberapa kali dalam setahun ( akibat selalu menunggu dalam kesesakan ) kenderaan mereka sendiri dan kenyataan separuh daripada hidup mereka setiap hari di jalanraya walhal waktu itu sepatutnya mereka menikmati masa-masa berkualiti berada bersama keluarga masing-masing. Penggunaan sistem pengangkutan secara meluas dapat mengurangkan kadar kemalangan dan kadar kematian akibat kemalangan kerana golongan rakyat biasa kurang menggunakan kenderaan sendiri yang berisiko tinggi seperti motorsikal. Dengan kos tambang yang murah juga boleh menggalakkan rakyat untuk berbelanja lebih seumpamanya membeli pakaian, komputer, sayur-sayuran dan buah-buahan lebih berkhasiat untuk anak. Malah untuk digunakan membiayai kos kelas tuisyen anak-anak serta boleh pergi melancong bersama keluarga.

Selain daripada pilihan tambang murah rangkaian pengangkutan awam, Kuala Lumpur juga boleh mengurangkan separuh aliran trafik ( terutamanya pengguna kereta persendirian ) dengan melaksanakan sistem giliran menggunakan kenderaan iaitu dengan mengilirkan kenderaan berplat nombor ganjil berpadanan dengan bilangan minggu ke berapa. Tetapi kenderaan lain yang membawa bilangan pengguna melebihi 3 orang dikecualikan. Jika 2 orang sahaja mungkin dikenakan denda dengan membeli nilaian RM 50 kupon atau tiket prabayar sistem pengangkutan bas atau rel. Jika seorang sahaja mungkin dikenakan denda kena membeli nilaian kupon/tiket dengan membeli nilaian RM 150. Dengan itu akan mengalakkan orang ramai untuk berkongsi kenderaan dan denda kupon itu boleh digunakan oleh orang lain contohnya anak pemandu ( pergi ke sekolah ) atau isteri pemandu ( untuk pergi ke pasar, membeli belah ).

Saya amat berharap idea ini boleh direalisasikan walau untuk tempoh sekejap sahaja, katakan untuk 2 minggu sahaja. Berilah peluang kepada pengguna majoriti menunjukkan kuasanya bagi mengubah keadaan. Tetapi tidak tahulah apa yang akan terjadi jika cadangan ini dapat dilaksanakan dengan sikap orang Malaysia yang aneh dan pelik itu.

Teropong dari jauh- Rayan Kalai, Kuala Terengganu.


Maklumat;

Nama : Mohd.Zamri Muda.
<>i/c : 740102-11-6391

alamat: 131, Kg.Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu.

No. tel: 019 902 50 15

Rujukan web di geocities.com/ramzamuda
Tarikh : 06-12-2004




Saudara Pengarang,

Menukar cara bayaran saman kesalahan lalulintas kepada nilai kupon tiket pengangkutan bas atau rel di Kuala Lumpur

Disini saya ingin mengesyorkan kaedah pembayaran saman bagi kesalahan trafik ( oleh pihak polis ) atau bayaran denda parkir ( oleh majlis bandaran ) ditukar kepada nilaian tiket atau kupon prabayar sistem pengangkutan awam setempat seperti bas, monorel, LRT Putra dan Komuter ( di Kuala Lumpur ). Melalui kaedah ini berkemungkinan dapat memberi beberapa faedah jangka panjang dimana apabila tiket/kupon ini terpaksa digunakan, maka akan mengurangkan secara tidak langsung penggunaan kenderaan persendirian. Sebagai contohnya, jika seorang pemandu itu lelaki tentunya selepas membayar denda dengan membeli tiket prabayar pasti akan memberikan kepada isterinya ( yang mana akan mengunakan untuk pergi ke pasar atau pergi membeli-belah ) atau si anak pemandu ( yang mungkin boleh mengunakannya untuk pergi ke sekolah atau ke perpustakaan ).

Kaedah bayaran denda dengan nilaian tiket prabayar pengangkutan awam juga boleh diaplikasikan jika Kuala Lumpur mahu melaksanakan kempen pengurangan kenderaan persendirian daripada memasuki kawasan bandaraya. Dua kaedah boleh dipertimbangkan untuk digunakan untuk tujuan tersebut. Pertama, dengan hanya membenarkan kereta persendirian mempunyai bilangan 3 orang penumpang ke atas memasuki KL. Jika dua orang sahaja, bayaran denda mungkin boleh dikenakan sebanyak RM 50 tetapi jika hanya pemandu sahaja, mungkin boleh dikenakan denda berganda umpamanya RM 150 nilaian tiket prabayar.

Kaedah kedua pula ialah dengan mengilirkan setiap minggu penggunaan kereta berplat ganjil dan genap dengan mengikut bilangan nombor minggu ganjil genap. Kereta yang tidak ikuti peraturan tidak dikenakan denda jika membawa lebih 3 orang. Jika hanya 2 orang atau pemandu sahaja, bayaran denda adalah sama dengan kaedah pertama. Kaedah kedua ini dapat mengurang akan separuh pengguna kereta persendirian. Cara ini juga dapat merapatkan silaturrahim sesama jiran atau rakan sekerja dimana mereka perlu bermuafakat dan merancang giliran mengunakan kenderaan mereka. Malah mereka akan lebih terdorong menawarkan khidmat menumpang kereta bagi memenuhi kuota minima contoh dengan menumpangkan anak-anak jiran ke sekolah atau jiran ke tempat kerja.

Pembayaran denda atau saman secara nilaan tiket prabayar sistem pengangkutan awam sememangnya tidak boleh memberi pendapatan secara langsung kepada pihak polis atau majlis bandaran tetapi kesan jangka panjang adalah amat baik kerana dapat mengurangkan aliran trafik di dalam bandaraya dan mengurangkan kadar kemalangan. Ia juga dapat menghapuskan paradigma liat membayar kerana beranggapan wang para pembayar hangus begitu sahaja apabila membayar saman.

Oleh : Mohd Zamri Muda, Bukit Payong, Marang.

Maklumat Peribadi;
Alamat : 131 Kg. Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu.
No. i/c : 740102-11-6391
Tel. no : 019 902 50 15
Rujukan web : www.geocities.com/ramzamuda
Tarikh 07-12-2004




Saudara Pengarang,

Cara mudah untuk atasi masalah bekalan air dengan membina loji air mini.

Di negara kita yang kaya dan makmur dengan sumber air semulajadi masih lagi mempunyai tempat yang mempunyai masalah kronik dimana tidak mendapat sumber bekalan air bersih dan berterusan. Kebanyakan tempat yang bermasalah itu mempunyai ciri, berkedudukan terlalu jauh ke pendalaman, tiada tekanan air kerana berada di tempat tinggi atau sistem saluran air yang terlampau uzur.

Saya berasa begitu bersimpati dengan segelintir penduduk di tanahair yang masih menghadapi masalah tersebut maka saya terasa terpanggil untuk memikirkan cara penyelesaian paling mudah dan murah yang boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Isu ini mengingatkan saya tentang bahan arkib yang pernah tersiar di RTM dimana ketika zaman sebelum merdeka ( darurat ) dan awal kemerdekaan Malaya dahulu, kerajaan giat membina telaga awam bagi mengelakkan rakyat mengunakan air sungai yang tercemar dengan kuman taun. Sesetengah telaga dikategori sebagai telaga tiub dan dipamkan dengan mengunakan kuasa kincir angin.

Maka konsep sebegitu masih boleh diaplikasikan juga kepada keadaan sekarang dimana pihak berkuasa tempatan boleh membina logi air mini bagi membekalkan air bersih secara terus kepada penduduk di tempat yang bermasalah. Pada masa sekarang, konsep itu digunapakai dengan membina telaga dalam atau telaga tiub, sistem pengepam automatik dan tangki air mini di kawasan terbabit. Kaedah jangka pendek ini adalah lebih murah daripada mengadakan sistem saluran air berpusat yang sangat berkos tinggi. Langkah ini lebih memudahkan penduduk daripada pihak berkuasa menghantar lori tangki kerana logi air mini ini boleh terus menggunakan sistem saluran paip sedia ada di kawasan yang bermasalah.

Diharapkan kaedah ini dapat digunapakai seberapa segera di kawasan bermasalah di Kelantan dan Pahang.

Oleh : Mohd.Zamri Muda, Bukit Payong, Marang.

Maklumat;

i/c : 740102-11-6391

alamat: 131, Kg.Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu.

No. tel: 019 902 50 15

Rujukan web di geocities.com/ramzamuda

Tarikh : 07-12-2004





Saudara Pengarang,

Paradigma ekstrem perangi hapuskan dadah

Memperkatakan tentang masalah dadah di negara kita merupakan satu isu yang tidak mempunyai kesudahan. Bukan sahaja di negara kita malah ianya sudah menjadi lumrah biasa yang dihadapi oleh negara-negara dunia miskin dan membangun yang lain. Perang najis dadah adalah perang yang tiada penamatnya maka itu sewajarnya pihak kerajaan mempertimbangkan alternatif lain yang luar biasa untuk menghapuskannya.

Strategi baru menghapuskan dadah memerlukan kaedah pintar menangani dua faktor utama penyebab masalah dadah iaitu pengguna dadah tegar dan tarikan harga pasaran tinggi dadah. Kaedah unik yang luar biasa dicadangkan adalah dengan mewujudkan satu komuniti dadah yang terkawal dengan persekitaran tertutup contohnya di penempatan pulau terpencil. Komuniti ini berfungsi secara berdikari di segi sumber makanan dan keperluan utama penagih itu sendiri iaitu pokok dadah! Ya, dikomuniti ini, mereka dibenarkan menanam dan mengguna dadah. Pokok dadah meliputi pokok ganja, ketum, marijuana, koka dan popi.

Di komuniti ini, penghuninya dibenarkan menggunakan dadah secara terkawal, dimana dosnya memerlukan nasihat doktor pakar iaitu sekadar menghilangkan rasa ketagihan dan dosnya dikurangkan dari masa ke semasa serentak dengan penggunaan penganti dadah seperti ketum, bupenorphine dan methadone. Atau penagih yang tidak mahu pulih boleh memilih sukatan dos yang disukainya asalkan dia melakukan tugasan seperti mengerjakan kebun tanaman untuk keperluan masyarakat mereka.

Rasional konsep ini dikemukakan ialah untuk menjatuhkan harga pasaran dadah sekurang-kurangnya di negara kita. Sepertimana kita tahu, permintaan dadah secara haram di Malaysia mempunyai nilai kira-kira RM 3 bilion setiap tahun manakala dianggarkan RM 1 bilion lagi adalah untuk kegunaan halal seperti ubat di hospital, klinik dan farmasi. Itu belum lagi dikira kerugian tambahan disebabkan dadah secara tidak langsung seperti kehilangan tenaga kerja produktif kira-kira sejuta orang, kerugian akibat kes jenayah ( contoh : ragut, curi dan rompak ) sebanyak RM 2 bilion dan kecederaan malah kehilangan nyawa manusia angkara perbuatan penagih. Apabila kita mewujudkan komuniti dadah yang mempunyai keperluan dadahnya sendiri maka tiadalah permintaan pasaran dadah untuk negara ini dan mengakibatkan pengedar dadah antarabangsa akan gulung tikar. Bahan dadah yang dihasilkan oleh komuniti ini juga boleh digunakan untuk kegunaan halal maka tidak perlulah Malaysia mengimport lagi.

Kewujudan masyarakat dadah yang terkawal berkemungkinan akan dapat menarik penagih-penagih tegar untuk menyerah diri kerana di sana mereka tidak perlu berbelanja sesen pun untuk memenuhi keperluan naluri mereka. Maka berbondong-bondonglah mereka menyerah diri. Di sana bagaikan syurga mereka boleh meneruskan aktiviti kesukaan mereka setiap hari sampailah ke akhir hayat mereka. Saya percaya apabila hal itu terlalu menjadi kebiasaan dan dadah sudah menjadi sesuatu benda yang tiada harga sesen pun, maka berkemungkinan sebahagian daripada mereka akan menjadi bosan dan mereka akan kembali ke pangkal jalan dengan memilih jalan hidup sebagai manusia berjejak di bumi realiti dan bukan menjadi hamba khayal dadah.

Semua yang disyorkan oleh saya merupakan bersifat teorikal sahaja yang dijana dengan melakukan wacana pemikiran paradigma ekstrem jauh berbeza dengan penyelesaian cara konvensional. Kemungkinan jika ianya berkesan maka konsep ini boleh digunakan oleh negara membangun lain yang menjadi mangsa dadah. Saya percaya perniagaan dadah dunia akan hancur. Keberkesanan kempen memerangi dadah sentiasa memerlukan strategi baru mengikut perkembangan semasa. Jika kaedah konvensional tidak dapat membanterasnya dalam tempoh 30 tahun akan datang, maka di tahun 2034 nanti gunakanlah formulasi unik yang disyorkan ini.

Oleh : Rayan Kalai, Kuala Terengganu.

( artikel ini menyentuh isu sensitif tetapi demi untuk mengongsikan idea penyelesaian kepada umum, terimakasih kerana menggunakan id samaran saya )

Maklumat Peribadi;

Nama : Mohd Zamri Muda

Alamat : 131 Kg.Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu

No. i/c. : 740102-11-6391

No. telefon : 019 902 50 15

Rujukan laman web geocities.com/ramzamuda

Update 18-12-2004



Saudara Pengarang,

Paradigma ekstrem perangi dadah

Memperkatakan tentang masalah dadah di negara kita merupakan satu isu yang tidak mempunyai kesudahan. Bukan sahaja di negara kita malah ianya sudah menjadi lumrah biasa yang dihadapi oleh negara-negara dunia miskin dan membangun yang lain. Perang najis dadah adalah perang yang tiada penamatnya maka itu sewajarnya pihak kerajaan mempertimbangkan alternatif lain yang luar biasa untuk menghapuskannya.

Strategi baru menghapuskan dadah memerlukan kaedah pintar menangani dua faktor utama penyebab masalah dadah iaitu pengguna dadah tegar dan tarikan harga pasaran tinggi dadah. Kaedah unik yang luar biasa dicadangkan adalah dengan mewujudkan satu komuniti dadah yang terkawal dengan persekitaran tertutup contohnya di penempatan pulau terpencil. Komuniti ini berfungsi secara berdikari di segi sumber makanan dan keperluan utama penagih itu sendiri iaitu pokok dadah! Ya, dikomuniti ini, mereka dibenarkan menanam dan mengguna dadah. Pokok dadah meliputi pokok ganja, ketum, marijuana, koka dan popi.

Di komuniti ini, penghuninya dibenarkan menggunakan dadah secara terkawal, dimana dosnya memerlukan nasihat doktor pakar iaitu sekadar menghilangkan rasa ketagihan dan dosnya dikurangkan dari masa ke semasa serentak dengan penggunaan penganti dadah seperti ketum dan metrodone. Atau penagih yang tidak mahu pulih boleh memilih sukatan dos yang disukainya asalkan dia melakukan tugasan seperti mengerjakan kebun tanaman untuk keperluan masyarakat mereka.

Rasional konsep ini dikemukakan ialah untuk menjatuhkan harga pasaran dadah sekurang-kurangnya di negara kita. Sepertimana kita tahu, permintaan dadah secara haram mempunyai nilai kira-kira RM 3 bilion setiap tahun manakala dianggarkan RM 1 bilion lagi adalah untuk kegunaan halal seperti ubat di hospital, klinik dan farmasi. Apabila kita mewujudkan komuniti dadah yamg mempunyai keperluan dadahnya sendiri maka tiadalah permintaan pasaran untuk negara ini dan mengakibatkan pengedar dadah antarabangsa akan gulung tikar. Bahan dadah yang dihasilkan oleh komuniti ini juga boleh digunakan untuk kegunaan halal maka tidak perlulah Malaysia mengimport lagi.

Kewujudan masyarakat dadah yang terkawal berkemungkinan akan dapat menarik penagih-penagih tegar untuk menyerah diri kerana di sana mereka tidak perlu berbelanja sesen pun untuk memenuhi keperluan naluri mereka. Maka berbondong-bondonglah mereka menyerah diri. Di sana bagaikan syurga mereka boleh meneruskan aktiviti kesukaan mereka setiap hari sampailah ke akhir hayat mereka. Saya percaya apabila hal itu terlalu menjadi kebiasaan dan dadah sudah menjadi sesuatu benda yang tiada harga sesen pun, maka berkemungkinan sebahagian daripada mereka akan menjadi bosan dan mereka akan kembali ke pangkal jalan dengan memilih jalan hidup sebagai manusia berjejak di bumi realiti dan bukan menjadi hamba khayal dadah.

Semua yang disyorkan oleh saya merupakan bersifat teorikal sahaja yang dijana dengan melakukan wacana pemikiran paradigma ekstrem jauh berbeza dengan penyelesaian cara konvensional. Kemungkinan jika ianya berkesan maka konsep ini boleh digunakan oleh negara membangun lain yang menjadi mangsa dadah. Saya percaya perniagaan dadah dunia akan hancur. Keberkesanan kempen memerangi dadah sentiasa memerlukan strategi baru mengikut perkembangan semasa. Jika kaedah konvensional tidak dapat membanterasnya dalam tempoh 30 tahun akan datang, maka di tahun 2034 nanti gunakanlah formulasi unik saya ini.

Oleh : Rayan Kalai, Kuala Terengganu.

( artikel ini menyentuh isu teramat sensitif, terimakasih kerana menggunakan id samaran saya )

Maklumat Peribadi;

Nama : Mohd Zamri Muda

Alamat : 131 Kg.Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu

No. i/c. : 740102-11-6391

No. telefon : 019 902 50 15

Rujukan laman web geocities.com/ramzamuda






Saudara Pengarang,

Sokong penubuhan bank biji benih negara

Cadangan kerajaan melalui Kementerian Pertanian baru-baru ini untuk menubuhkan bank biji benih untuk kegunaan sendiri adalah satu langkah yang amat dialu-alukan. Pada pendapat saya, langkah ini amat bersesuaian sekali jika kita menghalusi konsep penjajahan kuasa barat secara halus termasuklah di segi perbekalan biji benih tanaman komersial dunia. Pernahkan anda cuba menanam semula biji benih yang anda perolehi dari tanaman yang anda tanam dengan menggunakan biji benih import dibeli dari kedai contohnya seperti tanaman jagung, sawi, tomato dan tembikai. Tentunya jawapannya, pokoknya kerdil terbantut, buah dihasilkan amat kecil dan kemungkinan tidak ada hasil langsung.

Itu adalah kerana fenomena yang dipanggil kesan resesif genetik yang zahir pada generasi kedua pokok kacukan. Dan itulah yang akan terjadi jika kita terus menggunakan baka biji benih import, tidak hairan suatu hari nanti akan terjadi semua pokok di kebun dihasilkan dari benih import. Jika tidak menggunakan biji benih import maka hasil tidak menjadi. Seterusnya satu dunia miskin masih perlu tunduk dengan membeli benih dari dunia barat. Di situlah keuntungan barat kerana menguasai teknologi.

Malaysia sebagai negara membangun yang paling maju harus mengetuai usaha-usaha untuk mempertahankan dan memelihara khazanah biodiversiti tempatan termasuk semua jenis tanaman sayur-sayuran dan bijirin. Malaysia teramat bernasib baik kerana secara tidak langsung telah ada usaha-usaha awal ke arah ini dengan adanya bank khas biji benih padi tempatan dan tanaman komoditi lainnya seperti kelapa sawit, getah, koko, kopi dan kelapa.

Malaysia mempunyai kelebihan apabila mempunyai bank sumber benih sendiri jika dilihat disudut daya saing dan survivaliti. Ini kerana kalau berlaku bencana perang besar atau wabak penyakit tumbuhan yang teruk di tempat lain, Malaysia masih boleh menghasilkannya sendiri. Di atas sebab itu juga, konsep penyediaan benih tersebut disyorkan berdasarkan penghasilan benih baka tulen dan bukannya benih kacukan sepertimana proses komersial biasa digunakan oleh firma negara barat. Kegagalan untuk mempunyai stok benih tanaman baka tulen yang asli menidakkan hak generasi manusia akan datang dimana hak eksklusif benih tanaman dipunyai oleh firma-firma tertentu sahaja.

Contoh potensi besar bank benih adalah tanaman padi natif Malaysia seperti varieti padi huma dan padi sawah yang lainnya. Varieti padi huma contohnya, menawarkan genetik ketahanan padi untuk tumbuh tanpa air yang banyak di samping senarai khasiat yang masih belum dikaji. Di zaman akan datang, berkemungkinan dunia dilanda gejala kemarau atau kekurangan sumber air maka varieti padi huma boleh digunakan untuk menyelamatkan manusia di kawasan tropika. Di samping itu juga varieti padi huma membolehkan tanaman itu mudah ditanam dan diselenggarakan sama seperti tanaman bijirin gandum di kawasan hawa sederhana.

Manakala padi sawah natif Malaysia yang lain masih berpotensi untuk ditanam semula bagi memenuhi pasaran pengguna yang mementingkan rasa nasi yang tersendiri. Malah kesemua baka padi tempatan mempunyai nilai pasaran dunia yang tinggi apabila ianya dijadikan makanan untuk tujuan kesihatan atau makanan organik. Maka potensi pasaran makanan padi organik yang bernilai berbilion ringgit di peringkat global boleh disahut cabaran oleh penanam padi tempatan.

Oleh : Mohd Zamri Muda, Bukit Payong, Marang.

Maklumat Peribadi;

Alamat : 131 Kg.Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu

No. i/c. : 740102-11-6391

No. telefon : 019 902 50 15

Rujukan laman web geocities.com/ramzamuda

12-12-2004




Saudara Pengarang,

Inisiasi program pro-aktif hadapi bencana alam

Kejadian ombak besar melanda ke kawasan pantai di utara semenanjung baru-baru ini sememangnya berlaku di luar jangkaan kita semua. Kehilangan sebegitu ramai nyawa dan kerosakan harta benda begitu mendukacitakan kita semua, bukan sahaja di negara kita malah di kesemua negara yang menghadap lautan Hindi dan Andaman. Kejadian sebegini memberikan peringatan kepada kita untuk bersedia awal menghadapi bencana alam di luar jangkaan. Kejadian ombak besar tempoh hari hanya memberikan impak kurang daripada 1% daripada keseluruhan negara kita tetapi bagaimana kita untuk menghadapi impak bencana yang memberikan kesan kemusnahan 100% atau 200%. Contoh pertama bencana luar jangka yang dahsyat adalah impak komet dimana pernah berlaku di akhir Zaman Jurassik memusnahkan kesemua spesies dinasour besar. Contoh kedua adalah bencana buatan manusia sendiri iaitu letusan nuklear.

Maka tidak hairanlah ada rakyat di negara Jepun sanggup berhabiskan wang berjuta yen untuk membina tempat perlindungan peribadi daripada bencana nuklear di samping kerajaan mereka memperuntukkan pembinaan tempat perlindungan bawah tanah bagi menghadapi perang atau bencana nuklear. Langkah yang sama juga turut diikuti oleh negara jiran Singapura.

Maka itu, Malaysia seharusnya ke hadapan dengan membuat beberapa langkah proaktif bagi mengelakkan kejadian bencana luar jangka untuk keselamatan generasi akan datang. Langkah proaktif tersebut terbahagi kepada dua kategori iaitu untuk jangka masa pendek dan untuk masa jangka panjang.

Untuk tempoh jangka pendek, kita perlu menangani risiko terkini dan masa hadapan iaitu kesan ombak besar yang diakibatkan oleh kejadian gempa bumi berpunca dari kawasan Indonesia dan Filipina. Dicadangkan stesen-stesen kecil yang boleh membunyikan siren amaran kecemasan dibina di tepi pantai yang menjadi tumpuan orang ramai berkelah atau berpendudukan tinggi. Manakala boya keselamatan di kawasan sempadan laut negara perlu dilengkapi sensor pengesan arus ombak yang boleh memberi amaran dalam lingkungan 10-30 minit sebelum kesan ombak besar sampai ke pantai.

Untuk jangka masa panjang pula bagi menghadapi risiko bencana luar jangka seperti impak komet dari angkasa atau kejadian letusan nuklear memerlukan pembinaan tempat perlindungan yang kukuh. Namun begitu, tempat perlindungan tidak boleh dibina menggunakan konkrit dan mengikut struktur menyerupai dewan besar kerana risiko impak gegaran tetapi dalam bentuk struktur binaan kukuh tertentu. Disyorkan pembinaan ( seperti mana bentuk seberkas lidi penyapu ) mengikut struktur kon lebah memanjang atau silinder bulat memanjang diperbuat daripada logam dilapisi bahan tahan haba dan dilindungi kemudiaannya oleh lapisan tanah liat setebal 100-200 meter yang boleh menahan haba impak.

Program perlindungan untuk melindungi nyawa orang ramai daripada bencana yang lebih besar ini boleh dinamakan sebagai Program NUHH atau Nyawa Untuk Hidup ke masa Hadapan. Program ini amat penting untuk menyelamatkan waris negara di masa akan datang, sekurang-kurangnya untuk melindungi 1% daripada populasi negara dan kemudian boleh dipertingkatkan perlahan kepada 10% dan kemudian 25% atau lebih tinggi lagi. Ketika aman, tempat ini boleh dijadikan tempat penginapan, seminar, kem cuti sekolah atau sebagai produk pelancongan,

Bagi golongan yang tidak terpilih untuk berlindung di pusat-pusat perlindungan Program NUHH boleh membina tapak perlindungan sendiri menggunakan pendekatan konsep tersebut. Populasi haiwan dan tumbuhan tempatan juga perlu dimasukkan dalam pelan kecemasan tersebut bagi melindungi kelangsungan spesies.Langkah jangka panjang tersebut tidak perlu dilakukan secara tergesa-gesa tetapi sekadar menjadi agenda yang perlu dilaksanakan sedikit-sedikt secara berperingkat.

Nukilan : Mohd.Zamri B- Muda, Bukit Payong, Marang.

( Artikel di atas hanya memaparkan fakta-fakta penting sahaja yang perlu diberikan perhatian utama. Perkara-perkara lebih terperinci boleh dihurai oleh pakar-pakar dalam bidangnya )

Maklumat Peribadi;

Alamat ( baru ) : 1727 Padang Pak Wan, Jalan Rawai-Pasir Tinggi, Bukit Payong, 21400 Marang.

i/c : 740102-11-6391

No tel : 019 902 50 15

Rujukan web di geocities.com/ramzamuda



Spesifikasi
P.U.S.B.A. [ PUSsat Perlindungan Bencana Alam ]
Program
N.U.H.H [ Nyawa Umat Untuk Hidup Ke Masa Hadapan ]

Satu Komplek Pusba Nuhh boleh juga dipanggil B.A.H.T.E.R.A. iaitu akronim kepada BAngunan Berangkai dan Bersepadu Berlindung Bencana Bahana Haba TErmo / Radiasi Nuklear atau Jasad Angkasa.

Nilaian hanya berdasarkan anggaran daripada andaian firasat penulis sahaja.

Untuk saiz minimum satu unit P.U.S.B.A. N.U.H.H.

Muatan manusia : Sekurang2nya 10 ribu orang.
Kos pembinaan : tidak dapat dijangkakan...

Ciri ketahanan:

1- Tahan gegaran gempa setinggi 12 richter.
2- Tahan kepanasan plasma ( hasil dari impak komet ).
3- Tahan ditenggelami air.
4- Kalis pancaran radioaktif.

atau tahap ketahanan bencana seperti berikut;
1- 1 minggu
2- 1 bulan
3- 12 bulan
4- 2 tahun
5- 5 tahun
6- 10 tahun
7- 20 tahun
8- 50 tahun
9- 100 tahun

Panduan ciri rekabentuk:

- Terdiri daripada struktur kon lebah attau silinder yang memanjang dan saling boleh hubung.

-Perumpamaan mudah bentuk semulajadi sepperti sebatang penyapu lidi gergasi yang diikat kemas.

- Keseluruhan struktur dilindungi oleh llapisan tanah liat tulen setebal 100 meter hingga 200 meter dan mestilah berada di lokasi ketinggian 1000 meter di atas paras laut.

- Strukturnya yang terdiri dari unit keccil adalah untuk mengelakkan risiko keruntuhan dan meninggikan kebarangkalian untuk mangsa hidup jika berlaku kegagalan fungsi satu unit atau tahap kemusnahan bencana melebihi jangkaan.

- Unit-unit kecil setiap PUSBA mempunyaii fungsi berlainan.

Ciri tambahan Pusba:

- Mempunyai bekalan air, makanan dan udaara bersih untuk kegunaan beberapa bulan.

- Boleh menghasilkan bekalan makanan senndiri jika tahap kemusnahan bencana melampau di atas muka bumi.

Ciri-ciri setiap unit Pusba Nuhh:

1- Unit penempatan manusia.
2- Unit storan bekalan air, udara dan makanan.
3- Unit biosfera untuk penghasilan makanan .
4- Unit Bandar Metropolis.
5- Unit ilmu dan penyelidikan.
6- Unit perlindungan spesies fauna flora.

Kegunaan Pusba Nuhh ketika aman;

1- Pusat penyelidikan menangani variasi jenis bencana.

2- Penghasilan tanaman hawa sederhana daripada persekitaran terkawal biosfera Pusba bawah tanah.

3- Penginapan peserta kem musim panas untuk murid sekolah.

4- Penginapan dan tempat seminar peserta program kerajaan.

5- Pakej pelancongan.

6- Unit pemuliharaan dan storan biodiversiti fauna flora.

7- Inkubator teknologi alternatif penerokaan manusia ke angkasa jika bumi selepas bencana tidak boleh selamat dihuni lagi.

8- Inkubator maklumat data elektronik penduduk Malaysia.

Nukilan Ramzamuda 29 Disember 2004
kemaskini 01-01-2005
end


Saudara pengarang,

Prosedur memakai baju pelampung keselamatan ketika berususan dengan jasad air patut dijadikan budaya di Malaysia.

Malaysia pernah dikatagorikan sebagai negara maritim oleh sarjana barat di masa lalu tetapi situasi itu sudah jauh berbeza dengan Malaysia di hari ini. Kini, majoriti rakyat Malaysia tidak lagi bekerja berkaitan dengan kelautan. Rakyat negara maritim dikatakan amat pandai dan mahir berenang di jasad air seperti sungai dan laut. Jasad air sekali-sekala boleh membawa berita duka dan pilu apabila ada insan yang kecundang terutamanya ketika banjir besar dan siapa sangka kini negara kita dilanda badai tsunami yang sungguh dahsyat.

Kejadian tsunami pada 26 Disember 2004 merupakan kejadian terburuk di Asia Tenggara selepas peristiwa tragedi yang hampir sama iaitu letupan Gunung Berapi Krakatua lebih seratus tahun dahulu. Diharapkan banyak pengajaran berguna boleh diambil iktibar oleh semua pihak untuk masa hadapan yang lebih selamat tetapi dalam sedar atau tidak sedar kita semua begitu mengambil enteng sahaja bila berhadapan dengan jasad air dengan tidak menggunakan jaket keselamatan atau baju pelampung.

Sudah tiba masanya penggunaan baju pelampung dijadikan amalan biasa oleh semua orang ( nelayan mahir dikecualikan ) ketika berhadapan dengan jasad air tidak kira masa, untuk tujuan apa dan ketika. Selain kegunaan wajib dipakai ketika berada dalam bot pengangkutan atau menggunakan jetski, baju pelampung mestilah dipakai juga apabila pergi memancing atau bermain di pinggiran jasad air terutamanya bagi golongan kanak-kanak. Selain daripada itu, setiap kenderaan dan rumah perlu menyimpan baju pelampung sekiranya berlaku kejadian di luar jangkaan. Manakala setiap pantai rekreasi utama perlu mempunyai pondok pengawal yang menempatkan pengawal pantai, tiub pelampung dan baju pelampung. Jika berlaku kes lemas, pemakaian baju pelampung atau tiub pelampung harus diutamakan juga oleh para penyelamat.

Untuk menjadikan baju pelampung sebagai suatu perkara yang lazim maka harganya mestilah berada di tahap yang amat berpatutan mungkin cuma RM 10 untuk saiz dewasa manakala RM 5 untuk saiz kanak-kanak malah lebih murah dari itu. Industri yang terlibat dengan pembuatan baju pelampung perlu digalakkan. Kaedah termurah untuk menghasilkan baju pelampung iailah dengan mempertimbangkan pengunaan kitar semula bahan polisterina. Maka itu, disyorkan setiap negeri di Malaysia perlu mempunyai anak syarikat kerajaan negeri yang dipertanggungjawabkan untuk melebur semula bahan polisterina dan kemudian dihantar ke kilang industri kecil untuk dijahit. Disyorkan juga pembuatan baju pelampung dijadikan industri kecil di desa-desa nelayan dimana ramai isteri nelayan berkemahiran menjahit boleh melakukannya. Selain daripada itu, kerajaan perlu mengadakan pertandingan rekabentuk baju pelampung di mana desa-desa yang terlibat dengan pembuatan baju tersebut boleh mengambil bahagian.

Membudayakan penggunaan baju pelambung perlu disahut oleh semua. Pihak kerajaan juga boleh memperuntukan aspek perundangan bagi tujuan tersebut demi untuk meningkatkan keselamatan rakyat jelata. Seterusnya wawasan ini perlu diperluaskan kepada negara jiran kita juga. Kita tidak sanggup lagi terlampau kerap sangat mendengar berita sedih tentang kehilangan nyawa berkaitan dengan jasad air lagi.

Nukilan : Mohd.Zamri B- Muda, Bukit Payong, Marang.

Disebalik artikel : Saya berasa amat ralat kerana idea ini telahpun muncul pada 15-12-2004 iaitu sehari selepas peristiwa seorang kakak dibawa arus ketika berada dalam kereta di Terengganu. Saya tidak bersungguh untuk membawa kepada pengetahuan umum. Rujuk no.53 senarai direktori idea ke-2 di www.geocities.com/ramzamuda/ramz2.html - Saya berasa ralat kerana hanya menjadikan ia sebagai koleksi idea sahaja bagi mencukupkan direktori saya sahaja.

Maklumat Peribadi;

Alamat ( baru ) : 1727 Padang Pak Wan, Jalan Rawai-Pasir Tinggi, Bukit Payong, 21400 Marang.

i/c : 740102-11-6391

No tel : 019 902 50 15

Rujukan web di geocities.com/ramzamuda
30-12-2004 dikemaskini semula 01-01-2005.


Saudara Pengarang,

Sarikata berkembar di televisyen pemangkin rakyat Malaysia berkebolehan pelbagai bahasa.

Saya mengesyorkan agar semua pengendali stesen televisyen memulakan satu langkah praktikal yang unik bagi mempercepatkan proses kebolehan rakyat Malaysia untuk menguasai bahasa asing bukan sahaja setakat bahasa Inggeris malah bahasa-bahasa utama dunia yang lain dengan cara penyiaran sarikata berkembar atau boleh juga dipanggil sarikata pintar.

Apa yang dikatakan sebagai sarikata berkembar atau pintar itu adalah tambahan kepada sarikata berbahasa Melayu adalah sarikata ejaan rumi dalam bahasa asalnya tidak kira bahasa Inggeris, Arab, Perancis, Jepun, Korea, Hindi, Mandarin, Kantonis, Tagalog, Thai dan sebagainya. Pada ketika ini, sarikata hanya memaparkan terjemahan sahaja tidak merangsangkan penonton untuk mendekati bahasa asing tersebut dan jalan cerita diikuti melalui terjemahan sepenuhnya. Sarikata berkembar tidak memerlukan ruang lebih kerana dua baris terjemahan sedia ada boleh digunakan.

Penggunaan sarikata berkembar perlu diperluaskan tidak kira apa jua program daripada rancangan kartun untuk budak-budak sekolah tadika, rencana sains, telenovela, filem malah program agama. Dengan cara sedemikian, bahasa asing boleh dipelajari dengan lebih berkesan malah lebih menyeronokkan tanpa sebarang tekanan. Jika kaedah ini terbukti berkesan, sarikata berkembar boleh juga digunakan untuk mendekatkan semula masyarakat menggunakan tulisan jawi apabila terjemahan Melayu ditulis hanya dalam tulisan jawi tetapi sarikata dalam bahasa asal masih dalam tulisan rumi.

Diharapkan idea cadangan ini boleh dipraktikkan secepat mungkin oleh mana-mana stesen televisyen yang prihatin dalam permasalahan rakyat ini untuk menguasai bahasa asing.

Oleh : Mohd Zamri Muda, Bukit Payong, Marang.

Maklumat Peribadi;

Alamat ( baru ) : 1727 Padang Pak Wan, Jalan Rawai-Pasir Tinggi, Bukit Payong, 21400 Marang.

i/c : 740102-11-6391

No tel : 019 902 50 15
Rujukan web di geocities.com/ramzamuda

28 mac 2005





Saudara Pengarang,

Sarikata berkembar di televisyen pemangkin rakyat Malaysia berkebolehan pelbagai bahasa.

Saya mengesyorkan agar semua pengendali stesen televisyen memulakan satu langkah praktikal yang unik bagi mempercepatkan proses kebolehan rakyat Malaysia untuk menguasai bahasa asing bukan sahaja setakat bahasa Inggeris malah bahasa-bahasa utama dunia yang lain dengan cara penyiaran sarikata berkembar atau boleh juga dipanggil sarikata pintar.

Apa yang dikatakan sebagai sarikata berkembar atau pintar itu adalah tambahan kepada sarikata berbahasa Melayu adalah sarikata ejaan rumi dalam bahasa asalnya tidak kira bahasa Inggeris, Arab, Perancis, Jepun, Korea, Hindi, Mandarin, Kantonis, Tagalog, Thai dan sebagainya. Pada ketika ini, sarikata hanya memaparkan terjemahan sahaja tidak merangsangkan penonton untuk mendekati bahasa asing tersebut dan jalan cerita diikuti melalui terjemahan sepenuhnya. Sarikata berkembar tidak memerlukan ruang lebih kerana dua baris terjemahan sedia ada boleh digunakan.

Penggunaan sarikata berkembar perlu diperluaskan tidak kira apa jua program daripada rancangan kartun untuk budak-budak sekolah tadika, rencana sains, telenovela, filem malah program agama. Dengan cara sedemikian, bahasa asing boleh dipelajari dengan lebih berkesan malah lebih menyeronokkan tanpa sebarang tekanan. Jika kaedah ini terbukti berkesan, sarikata berkembar boleh juga digunakan untuk mendekatkan semula masyarakat menggunakan tulisan jawi apabila terjemahan Melayu ditulis hanya dalam tulisan jawi tetapi sarikata dalam bahasa asal masih dalam tulisan rumi.

Diharapkan idea cadangan ini boleh dipraktikkan secepat mungkin oleh mana-mana stesen televisyen yang prihatin dalam permasalahan rakyat ini untuk menguasai bahasa asing.

Oleh : Mohd Zamri Muda, Bukit Payong, Marang.

Maklumat Peribadi;

Alamat ( baru ) : 1727 Padang Pak Wan, Jalan Rawai-Pasir Tinggi, Bukit Payong, 21400 Marang.

i/c : 740102-11-6391

No tel : 019 902 50 15
Rujukan web di geocities.com/ramzamuda

28 mac 2005





Saudara Pengarang,

Kaedah songsang rawat dadah perlu dicuba

Saranan seorang Ahli Parlimen baru-baru ini yang mencadangkan penagih dadah ditempatkan di pulau terpencil dan diberikan 'makanan' dadah sebanyak mungkin disokong saya walaupun tidak sepenuhnya. Cadangan tersebut boleh dikategorikan sebagai idea pemikiran paradigma terbalik berlainan daripada kaedah konvensional sedia ada tetapi berkemungkinan boleh membawa kesan yang dikehendaki. <>Memperkatakan tentang masalah dadah di negara kita merupakan satu isu yang tidak mempunyai kesudahan. Bukan sahaja di negara kita malah ianya sudah menjadi lumrah biasa yang dihadapi oleh negara-negara dunia miskin dan membangun yang lain. Perang najis dadah adalah perang yang tiada penamatnya maka itu sewajarnya pihak kerajaan mempertimbangkan alternatif lain yang luar biasa untuk menghapuskannya.<> <>

Saya menyokong penggunaan kaedah songsang merawat dadah itu tetapi dengan beberapa pendekatan bijak mengabungkan beberapa kaedah sedia ada. Strategi baru menghapuskan dadah memerlukan kaedah pintar menangani dua faktor utama penyebab masalah dadah iaitu pengguna dadah tegar dan tarikan harga pasaran tinggi dadah. Kaedah unik yang luar biasa dicadangkan adalah dengan mewujudkan satu komuniti dadah yang terkawal dengan persekitaran tertutup contohnya di penempatan pulau terpencil. Komuniti ini berfungsi secara berdikari di segi sumber makanan dan keperluan utama penagih itu sendiri iaitu pokok dadah! Ya, dikomuniti ini, mereka dibenarkan menanam dan mengguna dadah. Pokok dadah meliputi pokok ganja, ketum, marijuana, koka dan popi.

Di komuniti ini, penghuninya dibenarkan menggunakan dadah ( mentah atau separuh proses ) secara terkawal, dimana dosnya memerlukan nasihat doktor pakar iaitu sekadar menghilangkan rasa ketagihan dan dosnya dikurangkan dari masa ke semasa serentak dengan penggunaan penganti dadah seperti ketum, bupenorphine dan methadone. Atau penagih yang tidak mahu pulih boleh memilih sukatan dos yang disukainya asalkan dia melakukan tugasan seperti mengerjakan kebun tanaman untuk keperluan masyarakat mereka.

Rasional konsep ini dikemukakan ialah untuk menjatuhkan harga pasaran dadah sekurang-kurangnya di negara kita. Sepertimana kita tahu, permintaan dadah secara haram di Malaysia mempunyai nilai kira-kira RM 3 bilion setiap tahun manakala dianggarkan RM 1 bilion lagi adalah untuk kegunaan halal seperti ubat di hospital, klinik dan farmasi. Itu belum lagi dikira kerugian tambahan disebabkan dadah secara tidak langsung seperti kehilangan tenaga kerja produktif kira-kira sejuta orang, kerugian akibat kes jenayah ( contoh : ragut, curi dan rompak ) sebanyak RM 2 bilion dan kecederaan malah kehilangan nyawa manusia lain yang tidak bersalah angkara perbuatan si penagih. Apabila kita mewujudkan komuniti dadah yang mempunyai keperluan dadahnya sendiri maka tiadalah permintaan pasaran dadah untuk negara ini dan mengakibatkan pengedar dadah antarabangsa akan gulung tikar di negara ini. Bahan dadah yang dihasilkan oleh komuniti ini juga boleh digunakan untuk kegunaan halal maka tidak perlulah Malaysia mengimport lagi.

Kewujudan masyarakat dadah yang terkawal berkemungkinan akan dapat menarik penagih-penagih tegar untuk menyerah diri kerana di sana mereka tidak perlu berbelanja sesen pun untuk memenuhi keperluan naluri mereka. Maka berbondong-bondonglah mereka menyerah diri. Di sana bagaikan syurga mereka boleh meneruskan aktiviti kesukaan mereka setiap hari sampailah ke akhir hayat mereka. Saya percaya apabila hal itu terlalu menjadi kebiasaan dan dadah sudah menjadi sesuatu benda yang tiada harga sesen pun, maka berkemungkinan sebahagian daripada mereka akan menjadi bosan dan mereka akan kembali ke pangkal jalan dengan memilih jalan hidup sebagai manusia berjejak di bumi realiti dan bukan menjadi hamba khayal dadah.
<>Semua yang disyorkan oleh saya merupakan bersifat teorikal sahaja yang dijana dengan melakukan wacana pemikiran paradigma ekstrem jauh berbeza dengan penyelesaian cara konvensional. Kemungkinan jika ianya berkesan maka konsep ini boleh digunakan oleh negara membangun lain yang menjadi mangsa dadah. Saya percaya perniagaan dadah dunia akan hancur. Keberkesanan kempen memerangi dadah sentiasa memerlukan strategi baru mengikut perkembangan semasa. Jika kaedah konvensional tidak dapat membanterasnya dalam tempoh 30 tahun akan datang, maka di tahun 2034 nanti gunakanlah formulasi unik yang disyorkan ini.

Oleh : Rayan Kalai, Kuala Terengganu.

( artikel ini menyentuh isu sensitif tetapi demi untuk mengongsikan idea penyelesaian kepada umum, terimakasih kerana menggunakan id samaran saya )
<>Maklumat Peribadi;

Nama : Mohd Zamri Muda

Alamat : 131 Kg.Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu

No. i/c. : 740102-11-6391

No. telefon : 019 902 50 15

Rujukan laman web geocities.com/ramzamuda






Saudara pengarang,

Bersama perangi jerebu habis-habisan

Sekali lagi negara kita diselubungi jerebu yang teruk
setelah lapan tahun ianya tidak memunculkan diri.
Kebakaran hutan tidak terkawal di negara jiran patut
dipersalahkan dalam hal ini tetapi tahap partikel
pencemaran di udarakasa negara kita yang sedia ada
sudah pun tinggi tidak lagi dapat menyerap jerebu dari
negara jiran itu juga perlu diambil perhatian.

Melihatkan visual jerebu yang melanda di kawasan ibu
negara yang sudah berada di tahap membimbangkan
tersebut maka saya mengesyorkan agar kaedah
penyemburan air daripada bangunan tinggi
dikuatkuasakan semula. Cara ini pernah disarankan oleh
pihak kerajaan ketika masalah jerebu 1997-1998 dahulu.
Selain daripada bangunan pencakar langit, bangunan
yang melebihi 4 tingkat juga patut turut serta
melakukannya. Pihak berkuasa tempatan boleh memberikan
inisiatif potongan cukai jika pemilik bangunan
melakukan aktiviti penyemburan air ke udara.

Manakala pihak berkuasa tempatan dan individu
persendirian boleh menambahkan lagi aktiviti
penyemburan air ke udara di kawasan kolam dan tasik
rekreasi malah di sungai-sungai sekitar bandar-bandar
besar dengan memasangkan alat khas bagi mewujudkan
pancuran air gergasi.

Untuk tujuan ini, kita semua rakyat Malaysia
seharusnya bersatu tenaga dengan melakukan beberapa
langkah iaitu;
a) Mengurangkan penggunaan air yang tidak perlu
seperti membasuh kereta.
b) Mengurangkan pengunaan elektrik tidak wajar seperti
menggunakan suhu pendingin-hawa kurang dari 24 ºC dan
lampu rekreasi taman.

Diharapkan saranan ini dapat mengurangkan sedikit
keadaan jerebu yang teruk melanda negara kita dikala
ini, selain mengharapkan turunnya hujan semulajadi
yang belum tentu hadirnya.

Mohd.Zamri Muda,
Bukit Payung, Marang.

Maklumat;
I.c. no. : 740102-11-6391
Alamat : Lot 1727, Jalan Rawai-Pasir Tinggi,
Kg. Padang Pak Wan, Bukit Payung,
21400 Marang, Terengganu.
Rujukan web : www.geocities.com/ramzamuda
Tarikh : 12-08-2005



__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com

1




Saudara pengarang,

Perkasakan pertanian di negeri Terengganu dengan cara baru

Menyebut aktiviti pertanian di negeri Terengganu, ramai yang beranggapan negeri Terengganu adalah satu lokasi yang tidak beberapa sesuai untuk tujuan aktiviti tersebut. Ini kerana paradigma orang ramai sudah dibelenggu dengan gambaran keseluruhan negeri ini ditenggelami banjir setiap kali musim tengkujuh.

Sebenarnya kawasan yang bermasalah banjir dianggarkan hanya meliputi 5% daripada luas keseluruhan tanah pertanian di negeri ini kerana kebiasaan majoriti penduduknya suka menetap di kawasan muara dan pinggiran sungai. Manakala majoriti 95% lagi tanah pertanian yang terlindung banjir sebenarnya terdiri daripada tanah kebun tua yang telah lama diusahakan dengan tanaman buah-buahan yang tidak produktif dan kebun getah tinggal.

Maka strategi pertanian yang baru boleh diperkenalkan bagi menghasilkan perolehan maksimum setiap ekar tanah yang diusahakan iaitu sistem penanaman produktiviti tinggi dimana tanah sempadan pagar timur-barat ditanam pokok balak, tanah di bahagian tepi ditanam tanaman kekal seperti getah/kelapa sawit/buah-buahan manakala bahagian tengah dibiarkan kosong untuk penanaman jangka pendek seperti tanaman bijirin ( padi huma/sekoi/betari ) atau tanaman kontan ( nenas/pisang/betik ) atau tanaman sayur-sayuran atau hanya sebagai padang rumput.

Manakala kawasan tanah paya terbiar atau kawasan tanaman padi tidak produktif ditukarkan menjadi kawasan petanian kekal dengan kaedah pembinaan struktur terusan-daik dimana kawasan daik boleh dijadikan tempat penanaman kekal seperti getah, kelapa sawit dan sebagainya manakala kawasan terusan berair boleh dijadikan tempat penternakan ikan air tawar, penanaman rumput paya dan rumpai-air. Pendekatan konvensional kini iaitu kaedah pengeringan kawasan berair tidak dilakukan kerana risiko kebakaran gambut dan meningkatkan lagi pemuliharaan reservoir air tawar dan pengekalan ekologi semulajadi fauna-flora setempat.

Kawasan tanah beris berpasir tepian pantai sesuai dijadikan kawasan penanaman bijirin kering seperti sekoi/betari. Manakala di kawasan tanah sempadan, pokok gelam dan kelapa sesuai ditanam secara meluas untuk perusahaan pengeluaran madu kerana pembungaan kedua jenis tanaman ini hampir sepanjang tahun. Kawasan ini juga sesuai untuk dijadikan kawasan penanaman pokok sumber biomass seperti buluh, akasia dan kenaf.

Manakala pengeluaran buah-buahan tempatan perlu diambil inisiatif dikormersialkan oleh Syarikat Pertima Terengganu. Contohnya seperti duku, rambutan, durian belanda, nangka, cempedak dan limau manis sesuai dijadikan minuman jus manakala buah kelapa dan kabung sesuai untuk dijadikan minuman isotonik. Pengeluaran perikanan Terengganu seperti sotong dan ikan juga sesuai dikomersialkan ditinkan mengikut resepi masakan tempatan seperti masak kisap, singaman atau masak merah.


Maklumat;
I.c. no. : 740102-11-6391
Alamat : Lot 1727, Jalan Rawai-Pasir Tinggi,
Kg. Padang Pak Wan, Bukit Payung,
21400 Marang, Terengganu.
Rujukan web : www.geocities.com/ramzamuda
Tarikh : 12-08-2005






Artikel 24-08-2005


Saudara pengarang,

Melonjakkan pengeluaran makanan tempatan berkos rendah dengan beberapa cara paradigma baru

Di ambang kenaikan harga minyak dunia yang tidak boleh dibendungkan lagi, semua harga barangan pengguna turut sama menerima bahang kenaikan. Jika di era 1997-1998 dahulu, harga barang melambung kerana serangan penyangak matawang ke atas nilai ringgit yang menjunam jatuh. Tetapi kali ini kenaikan bahan api dunia yang tidak boleh dielakkan lagi memerlukan kita mengubah perpektif kita dalam banyak perkara sebagai sebuah negara yang berdaya-tahan menempuh walau apa musibah yang melanda.

Salah satu aspek yang perlu diberi perhatian khusus ialah tanggungan bil import makanan yang berbilion ringgit dimana lebih separuh dari import itu adalah bijirin makanan ternak. Ia adalah komponen yang amat penting apabila kita memperkatakan tentang kelangsungan atau daya-tahan negara ketika saat darurat. Bersediakah negara kita memberi makanan yang cukup untuk rakyatnya apabila berlaku keadaan darurat perang?

Kepada kebanyakan orang, soalan sedemikian agak mustahil untuk ditangani memandangkan saiz negara kita yang amat kecil disamping peratusan besar saiz tanah negara disimpan untuk pemuliharaan alam-sekitar. Terdapat dua kaedah penyelesaian iaitu bagi tempoh jangka pendek dan jangka panjang. Untuk penyelesaian jangka pendek, sudah tiba masanya syarikat multinasional negara yang bertaraf GLC melakukan pelaburan industri pengeluaran makanan khasnya bijirin gandum, jagung dan soya di kawasan berkos rendah seperti di Asia Tengah dan Amerika Selatan.

Manakala penyelesaian jangka panjang menumpukan usaha membangunkan industri pertanian tidak mengikut cara sistem konvensional yang ada sekarang ini. Kita mesti mengubah cara bercucuk-tanam yang ada sekarang ini dengan cara baru yang lebih sesuai untuk abad ke-21 kini. Kita tidak boleh lagi menerima sistem penanaman terkhusus atau sistem monokultur tetapi sistem integrasi yang fleksibel dalam memajukan industri tani disamping mempertimbangkan aspek pemuliharaan ekosistem setempat dan lebih mesra alam.

Tanah sawah padi dan kawasan berpaya terbiar tidak produktif ditukar struktur menjadi unit tanah yang terdiri dari binaan daik dan terusan. Di kawasan berdaik boleh dijadikan kawasan penanaman kekal seperti getah atau kelapa sawit selain untuk aktiviti tani biasa seperti kebun buahan-buahan. Kawasan terusan boleh dijalankan penternakan air tawar atau penanaman rumput paya. Kaedah terusan-daik sesuai digunakan kerana dapat mengelakkan kebakaran gambut disamping dapat memelihara ekosistem fauna flora air setempat dan menjadi ‘reservoir’ air negara.

Tanah pertanian yang terlindung dari kesan banjir perlu dipecahkan kepada petak-petak tanah yang lebih kecil untuk memudahkan pengurusan. Saiz setiap petak tanah yang ideal adalah sekitar 2 hingga 5 ekar. Petak tanah ini dinamakan unit tanah berproduktiviti tinggi.

Di kawasan sempadan menganjur dari timur barat ditanam dengan spesies tanaman balak diselangi dengan pokok spesies belukar tempatan. Manakala di bahagian tepian tanah ditanam dengan tanaman kekal seperti getah atau kelapa sawit. Manakala tanah sempadan yang menganjur dari utara-selatan ditanam dengan tanaman kontan atau tanaman kekal yang bersaiz rendah.

Dan satu ruang tanah lapang dibiarkan berada di bahagian tengah boleh berfungsi untuk pelbagai kegunaan mengikut keperluan semasa. Unit tanah produktiviti tinggi mempunyai ciri-ciri unik tersebut kerana mempertimbangkan keseimbangan ekosistem asal dengan aktiviti komersial berbanding dengan sistem monokultur yang mudah kehilangan kesuburan tanah. Pendekatan lain boleh diambil-kira seperti penanaman organik yang mesra alam.

Ruang tanah lapang di setiap unit tanah produktiviti tinggi boleh digunakan untuk penanaman jangka pendek seperti sayur-sayuran, pokok kontan ( nenas, betik,pisang ), kekacang, bijirin atau hanya sebagai padang rumput sahaja. Malah padi sawah juga boleh ditanam di tanah kering ini dengan menggunakan kaedah penyiraman basah oleh sistem irrigasi pancuran mekanikal setiap hari di lewat petang atau awal pagi. Musim penanaman diselangi dengan penanaman tanaman bijirin yang lain seperti sekoi dan betari. Kedua jenis bijirin tropika ini amat sesuai untuk diproses dijadikan bijirin makanan ternak yang amat murah dan berkhasiat untuk kegunaan penternakan ayam-itik.

Untuk tanah yang bercerun curam atau berbukit, penamanan monokultur juga tidak digalakkan tetapi hendaklah berkonsepkan integrasi antara tanaman komersial, pokok balak dan tanaman herba. Penanaman secara integrasi dapat mengurangkan hakisan tanah di kawasan bercerun. Tanah pantai yang berpasir sesuai untuk penanaman pokok kelapa dan gelam. Kedua tanaman ini adalah sumber bunga untuk penternakan lebah. Di samping itu, penanaman pokok biomass seperti buluh dan akasia boleh juga dijalankan secara giat di kawasan ini. Pokok sumber biomass boleh digunakan untuk menjana kuasa elektrik yang murah dengan kaedah insinerasi.

Bagi penternakan ruminan seperti lembu, kerbau, kambing dan bebiri, sumber makanan seperti daun kelapa sawit yang diracik halus oleh mesin boleh dijadikan menu utama makanan harian. Maka itu, para pekebun kecil perlu mendapat akses memperolehi dengan mudah mesin tersebut.

Di samping mempraktikkan cara pertanian berparadigma baru, setiap desa yang terlibat dengan industri tani perlu mudah mendapat akses jentera pertanian seperti trak pengangkut, traktor pembajak, jentolak dan jentuai bijirin. Setiap desa seharusnya unit kejuruteraan sendiri yang boleh membaiki jentera yang rosak, golongan belia yang berkemahiran dalam bidang mekanik perlu diberi sokongan modal untuk mendirikan bengkel sendiri. Pendek kata, perusahaan tani di peringkat akar umbi diuruskan bagai sebuah syarikat swasta.

Diharapkan beberapa langkah cara bertanam berparadigma baru boleh dipraktikkan seberapa segera dan dapat melonjakkan industri tani negara ke tahap baru.


-Mohd Zamri Muda, Bukit Payong, Marang.<

Maklumat;
I.c. no. : 740102-11-6391
No. tel : 019 902 50 15
Alamat : Lot 1727, Jalan Rawai-Pasir Tinggi,
Kg. Padang Pak Wan, Bukit Payung,
21400 Marang, Terengganu.
Rujukan web : www.geocities.com/ramzamuda
Tarikh : 24-08-2005

Di sebalik artikel : Beberapa idea cara pertanian yang baru membolehkan Malaysia mampu menghasilkan makanan sendiri yang cukup untuk rakyatnya, selain dari itu untuk menunjukkan kepada dunia bahawa orang Melayu mampu untuk berfikir lebih bijak, cekap dan produktif daripada orang Barat atau bangsa Jepun. Banyak lagi khazanah kebijaksanaan orang Melayu yang masih belum diteroka sepenuhnya.



Saudara Pengarang,

Astro perlu siar bahan arkib penyiaran untuk pupuk
budaya Malaysia.

Sejak kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan
tentang terhakisnya semangat jatidiri dan budaya orang
Malaysia khususnya di kalangan orang Melayu sendiri.
Walaupun penghayatan terhadap agama dikatakan telah
bertambah baik tetapi penghayatan terhadap semangat
patriotik, budaya dan jatidiri amat tipis di kalangan
generasi muda.

Pemupukan semangat jatidiri dan patriotisme tidak
boleh diperolehi dengan segera daripada sesi ceramah
atau bacaan buku tetapi ia memerlukan satu proses
pembelajaran dan pengalaman yang lama barulah ia
tersemai kemas di jiwa. Salah satu kaedah yang boleh
dipertimbangkan untuk menyemai semangat jatidiri dan
patriotik secara tidak langsung ialah melalui
penyiaran bahan-bahan arkib lama seperti drama, filem,
dokumentari, persembahan seni dan sebagainya. Bahan
arkib penyiaran tersebut boleh diperolehi daripada
simpanan pihak RTM, TV3, Filem Negara malah simpanan
pihak Astro sendiri. Bahan arkib penyiaran boleh
ditakrifkan sebagai bahan penyiaran terbitan tempatan
yang diterbitkan semenjak atau sebelum negara merdeka
sehinggalah ke tempoh masa 3 tahun kebelakangan ini.

Bahan-bahan arkib penyiaran tempatan yang pernah
diterbitkan semenjak negara kita merdeka sebenarnya
amat berharga kerana mengandungi nilai jatidiri tinggi
dan mampu memupuk rasa bangga, megah dengan apa saja
nilai yang patut diwarisi sebagai rakyat Malaysia.
Contohnya, penayangan filem-filem Allahyarham Tan Sri
P.Ramlee yang masih relevan sehingga ke hari ini
apabila membicarakan tentang isu-isu semasa. Malah
setiap padah dialog filem-filemnya menjadi sebutan
dalam kehidupan seharian baik di dalam iklan atau
perbualan orang biasa. Pengajaran-pengajaran dari
filem P.Ramlee sudahpun menjadi nilai jatidiri rakyat
Malaysia dan ianya boleh digandakan jika bahan-bahan
arkib penyiaran lain dipertontonkan semula kepada
umum.

Penyiaran secara berjadual bahan arkib penyiaran boleh
dipertanggungjawabkan kepada pihak Astro kerana
kemampuannya untuk menambah bilangan rangkaian
siarannya dengan mudah. Secara tidak langsung, kuota
siaran berbahasa Melayu Astro boleh bertambah dengan
berganda. Jenis rangkaian yang boleh diwujudkan adalah
seperti berkaitan seni budaya asli, muzik,
dokumentari, drama/filem/teater dan hal ehwal wanita.
Maka nama-nama rangkaian yang boleh dikeutarakan
seperti Adiseni, Muzika, Fokus Ilmu, Citra dan Suri.

Penyiaran semula bahan arkib tidak bermakna kita tidak
mahu menerima kemajuan dan masih berfikiran kolot
tetapi semaju mana kita menjadi, kita tetap mempunyai
jiwa dan kesedaran sepertimana generasi yang
terdahulu. Malah di negara maju sekalipun seperti
Amerika, masih lagi menyiarkan bahan arkib penyiaran
di televisyen kabelnya. Setiap filem atau siri
televisyen mereka telah diterima sebagai ikon budaya,
malah sebagai identiti jiwa semangat mereka sebagai
sebuah negara.

Diharapkan cadangan ini dapat memberikan sedikit impak
positif dalam usaha kita untuk membina sebuah negara
yang kuat dan berdaulat dimana rakyatnya mempunyai
semangat patriotisme dan jatidiri yang tinggi

Nukilan : Mohd Zamri Muda

Maklumat;

I.c. no. : 740102-11-6391
Alamat : Lot 1727, Jalan Rawai-Pasir Tinggi,
Kg. Padang Pak Wan, Bukit Payung,
21400 Marang, Terengganu.
Rujukan web : www.geocities.com/ramzamuda
Tarikh : 02-09-2005






Saudara Pengarang,

Mengguna-semula Flat Pekeliling dengan beberapa langkah baru

Terharu rasanya saya apabila membaca artikel tentang nasib terkini yang menimpa kepada bangunan rumah flat awam yang telah menabur bakti kepada warga KL hampir 4 dekad lamanya. Apatah lagi sebelum ini pernah disiarkan dalam dokumentari TV tentang keperitan dan ketidakselesaan para penghuni flat tersebut yang telah menginap di situ bertahun-tahun lamanya.

Perancangan pembangunan semula kawasan Flat Pekeliling yang melebihi RM 1 billion bukanlah satu jawapan yang tepat bagi menangani masalah ‘bangunan usang’. Kaedah musnah dan bina semula yang biasa diamalkan di Amerika tidak sesuai dipraktikkan di negara kita kerana kurang daripada satu perempat dari peruntukan tersebut boleh diguna untuk memulih semula sepenuhnya bangunan tersebut. Selagi kekukuhan struktur bangunan terjamin, seeloknya Flat Pekeliling dikekalkan tetapi dengan beberapa penyesuaian.

Berikut adalah beberapa kaedah mengguna-semula bangunan flat tersebut. Pertama, flat tersebut boleh dijadikan sebagai penginapan kuarters bagi kakitangan kerajaan yang bertugas di KL atau kediaman pelajar IPT yang menuntut di sekitar KL dan Selangor. Ruangan sempit satu petak rumah tersebut diluaskan dengan cara mengabungkan dua rumah menjadi satu. Dengan itu, perlu dilakukan penebukan pintu utama. Jadi satu unit rumah terdiri daripada 4 bilik tidur dan 2 bilik air.

Kedua, ruang balkoni rumah yang selalu digunakan untuk menyidai pakaian perlu ditutup dengan bingkai kerangka konkrit bermotifkan bentuk geometri Islamik dan meninggalkan ruang lepas keluar seluas 1 meter persegi. Dengan cara ini, tiada lagi pandangan pakaian bersidai yang mencacatkan permandangan mata. Selain daripada itu, kerajaan boleh mewujudkan pusat dobi setempat untuk kegunaan penghuni flat atau menyediakan mesin pengering pakaian di setiap rumah secara percuma.

Ketiga, suasana persekitaran flat perlu ditambahkan lagi kehijauan floranya dengan lanskap taman dan pohonan besar. Ruang padang hijau lebih luas perlu diwujudkan dengan menukarkan konsep padang parkir konkrit/tar kepada parkir bawah tanah sepertimana Dataran Merdeka atau mewujudkan bangunan parkir bertingkat. Sekiranya pembinaan bangunan parkir bertingkat dipilih, bahagian bumbungnya boleh dijadikan padang permainan tenis, badminton atau futsal.

Keempat, tahap keselamatan penduduk dipertingkatkan dengan pembinaan tembok konkrit dan sistem pengawasan berpusat menggunakan kamera litar tertutup. Para penghuni bebas keluar-masuk tetapi sentiasa dipantau rapi oleh pihak keselamatan. Seeloknya kawasan perumahan ini mempunyai sebuah balai polis mini.

Kelima, keselesaan penghuni perlu disokong dengan pengunaan lif baru berkuasa tinggi.

Diharapkan pendekatan baru yang dicadang itu dapat menyelamatkan salah satu kesan rancangan pembangunan Malaysia yang pertama. Bangunan Flat Pekeliling tidak bersalah di atas ketidakselesaan penghuninya tetapi perancangan, amalan dan pengurusan manusia yang tidak betul menjadikannya tidak relevan dan ketinggalan zaman tetapi dengan sedikit pengubahsuaian fizikal dan sikap manusia, flat tersebut masih boleh diguna untuk tempoh 50 tahun lagi.

- Mohd Zamri Muda, Bukit Payong, Marang..

Maklumat;
I.c. no. : 740102-11-6391
Alamat : Lot 1727, Jalan Rawai-Pasir Tinggi,
Kg. Padang Pak Wan, Bukit Payong,
21400 Marang, Terengganu.
Rujukan web : www.geocities.com/ramzamuda
Tarikh : 15-10-2005 5:45pm






Saudara pengarang,

Proton perlu betul-betul berani berubah untuk terus kekal relevan

Kemelut rumit yang melanda pemegang entiti tunggal automobil negara kini memerlukan beberapa langkah drastik dilaksanakan seberapa segera. Terdapat dua sudut pandangan tambahan yang perlu diambilkira oleh pihak Proton iaitu kos enjin/komponen dan keseragaman aliran rekabentuk model.

Kos enjin dan komponen kereta nasional sedia ada perlu diturunkan lagi jika tidak produk akhir akan menjadi tidak kompetitif untuk bersaing ke pasaran tempatan dan seterusnya ke pasaran dunia. Sekiranya Proton tidak mampu menurunkan kos enjin buatan sendirinya, Proton boleh mengimportnya dari mana-mana pengeluar kereta yang mampu menghasilkan komponen enjin yang lebih rendah. Manakala, enjin tempatan yang lebih mahal lebih sesuai digunakan pada kereta Proton yang berkuasa tinggi atau jenis ‘tune-up’.

Manakala keseragaman aliran rekabentuk setiap model perlu juga diberi perhatian. Boleh dikatakan aliran rekabentuk model Proton tidak konsisten dan terlalu lambat untuk menyesuai mengikut aliran semasa. Ini menyebabkan para pengguna menjadi jemu dan tidak teruja untuk menggunakan model Proton. Ambil contoh ketika Waja dilancarkan, konsep imejnya perlu menjadi tunjang utama kepada model-model keluaran seterusnya tetapi sayang imej konsep kereta Proton bercampur aduk dengan ketara apabila Juara dan Gen-2 dilancarkan. Walhal imej Waja boleh dikaitkan dengan metamorfosis model Iswara ( Saga sebelumnya ). Berbanding dengan model kereta luar yang konsisten disegi imej dan konsep malah satu jenama siri model bertahan lebih 25 tahun dengan perubahan imej setiap 2 atau 3 tahun.

Kesimpulannya, setiap jenis model Proton perlu diteruskan kesinambungannya dengan perubahan imej mengikut aliran semasa disamping mengekalkan rekabentuk asasnya. Disamping itu, trend terkini rekabentuk kereta yang semakin tinggi dan pengenalan model kategori MPV atau pacuan 4 roda perlu juga diberi perhatian oleh pihak Proton jika mahu Proton terus relevan di mata rakyat Malaysia.

Oleh; Ramzam Muda, Desa Rawai, Bukit Payung, Marang.

Maklumat Peribadi
Mohd Zamri Bin Muda
131 Kg Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu
i.c. 740102-11-6391
No tel : 019 902 50 15
Sila Lawat: www.geocities.com/ramzamuda
20-Oktober-2005






Saudara pengarang,

Wajar istihar perang terhadap kanser

Selain daripada penyakit jantung dan diabetes, penyakit kanser adalah peragut nyawa utama di negara kita. Sudah beratus-ribu insan tersayang telah tewas pergi meninggalkan kita semua tidak kira tua atau muda. Jumlah pesakit kanser semakin bertambah dari tahun ke setahun dengan bebanan kos rawatan yang amat tinggi ditanggung secara individu maupun oleh pihak kerajaan secara tidak langsung. Maka itu, penubuhan Institut Kanser Negara ( IKN ) amat bertepatan sekali bagi tujuan perawatan kos rendah dan penyelidikan penawar alternatif penyakit kanser.

Penubuhan IKN memang tepat pada waktunya dimana sewajarnya kita mengistiharkan perang habis-habisan terhadap penyakit kanser. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk membuka sedikit minda tentang pilihan-pilihan pencegahan dan rawatan kanser. Sebagaimana yang kita ketahui, sel kanser terjadi akibat perubahan sedikit maklumat genetik dalam sel badan biasa. Apabila terbentuk sel kanser, ia akan mudah berganda tanpa dapat dikawal oleh badan dan seterusnya mengancam organ badan lain untuk berfungsi normal.

Perubahan maklumat genetik pada sel badan yang menyebabkan sel menjadi kanser adalah disebabkan oleh agen radikal bebas atau bahan toksik seperti logam berat dan sedikit sekali disebabkan faktor warisan genetik. Maka makanan dan persekitaran memainkan peranan yang amat penting terhadap faktor terjadinya kanser. Agen radikal bebas hanya boleh dineutralkan oleh bahan anti-oksida dimana bahan anti-oksida amat tinggi kandungannya dalam ulam-ulaman segar, pokok herba, akar-kayu perubatan tradisional, sayuran dan buahan.

Makanan yang tinggi kandungan radikal bebas penyebab kanser adalah bahan berkanji atau daging yang separuh hangus mengandungi bahan accrilamide manakala minyak masak yang diguna lebih dari sekali mengandungi asid lemak teroksida yang amat toksik. Maka makanan seperti kentang goreng, roti bakar, ikan bakar, daging bakar, sate dan penggunaan minyak yang telah tengik perlu disusuli dengan memakan ulam, sayur atau buah-buahan. Kegagalan untuk berbuat demikian meninggikan risiko cenderung kanser. Kajian terkini saintis Barat mendapati terdapat satu jenis sayuran yang boleh mendorong sel kanser untuk ‘membunuh diri’ atau apoptosis adalah keluarga pokok bayam ( spinach ).

Manakala perawatan alternatif yang lebih murah perlu djalankan oleh pihak IKN seperti teknologi penggunaan perubatan tradisional kampung yang melibatkan penggunaan herba dan akar-kayu dimana bahan tersebut mengandungi tinggi kandungan anti-oksida. IKN perlu mendapatkan dos yang sesuai daripada kajian kes pesakit yang berjaya sembuh setelah menjalani rawatan tersebut. Bagi pesakit kanser peringkat kronik yang tidak memungkinkan sebarang rawatan konvensional seperti radiasi atau kemoterapi masih mempunyai harapan akhir dengan kaedah penggunaan virus tertentu untuk membunuh sel kanser.
Kajian rawatan kanser menggunakan virus pernah dijalankan di Amerika Syarikat sekitar 1940an tetapi tidak dikembangkan kerana dikatakan rawatan radiasi dan kemoterapi lebih cekap dan berkesan menghapuskan kanser. Berkemungkinan juga rawatan kanser menggunakan virus menggurangkan kadar untung pusat rawatan menyebabkan mereka lebih mengesyorkan rawatan berkos tinggi. Maka itu, pihak IKN wajar membuka cabang pengkajian penggunaan virus sebagai mesin nano untuk membunuh sel kanser. Kejayaan kajian teknologi-teknologi alternatif ini memungkinkan penurunan kos rawatan kanser dan Malaysia boleh muncul menjadi pusat rawatan kanser tumpuan dunia.


Oleh : Zamri Muda, Bukit Payong, Marang.

Maklumat Peribadi;
Nama : Mohd. Zamri B- Muda
No i/c : 740102-11-6391
Alamat : 1727, Jalan Rawai-Pasir Tinggi,
Kg. Padang Pak Wan, Bukit Payong,
21400 Marang,
Terengganu.
No. tel : 019 902 50 15
Sila lawat web wwww.geocities.com/ramzamuda untuk rujukan lanjut.




Saudara pengarang,

Malaysia perlu bantu Afrika temui potensi diri

Afrika di masa kini dan lampau adalah benua yang terdaif di muka bumi. Isu kemiskinan dan kebuluran sentiasa menghantui manusia di benua ini menyebabkan kita semua tertanya-tanya apakah yang dapat kita lakukan untuk menolong penduduk benua ini. Kesuburan tanah dan cuaca bukan menjadi punca utama pemasalahan mereka tetapi pergolakan politik dan perang saudara adalah jawapan yang sebenarnya.

Kedaifan penduduk Afrika sebenarnya dibayangi oleh kekayaan sumber biodiversitinya. Sebagai contoh, kelapa sawit, kacang gajus, betari dan bijirin sekoi adalah tanaman asli benua ini yang memberi sumbangan kepada komoditi tanaman dunia. Tetapi gelaran penanam komoditi terbesar tidak dipegang oleh mereka. Penanam utama kelapa sawit dipegang oleh Asia Tenggara, kacang gajus oleh negara India manakala penanaman bijirin betari dan sekoi dipelopori oleh Amerika Syarikat.

Kekayaan sumber biodiversiti Afrika sebenarnya tidak diguna sepenuhnya oleh mereka sendiri malah mengabaikannya. Cuba anda bayangkan jika kelapa sawit menjadi tanaman utama di kawasan tropika khatulistiwa benua ini, pengeluarannya boleh mencapai sepuluh kali ganda daripada Asia Tenggara. Menjelang 2020, minyak kelapa sawit berkemungkinan boleh mengantikan penggunaan petroleum, cuba bayangkan kuasa tawar-menawar yang dimiliki oleh negara pengeluarnya pada ketika itu.

Manakala kawasan subtropika di Afrika berpotensi sebagai jelapang tanaman bijirin alternatif seperti sekoi dan betari. Majoriti kawasan ini diguna secara tidak betul dengan penternakan binatang ruminan yang tidak produktif dimana keluasan kawasan tidak berpadanan nilai pengeluaran ternakan. Bijirin alternatif ini sebenarnya berpotensi untuk menjadi makanan lengkap ternakan ayam-itik kerana kaya dengan sumber protein selain karbohidrat boleh mengalahkan makanan ternak keluaran Amerika yang berasaskan soya dan jagung. Sisa tanaman bijirin kering dan basah juga boleh dijadikan makanan ternakan ruminan mereka. Nilai pengeluaran bijirin alternatif ini boleh mencapai lima kali ganda daripada pengeluaran Amerika Syarikat jika dijalankan secara giat. Sekaligus meranapkan penguasaan monopoli negara Barat dalam pembekalan makanan ternak dunia. Strategi serampang dua mata ini juga boleh mengurangkan penerokaan tanah lapang Savana yang kaya dengan kehidupan liar Afrika.

Kawasan gurun Sahara dan sub-Sahara sebenarnya boleh direformasi semula menjadi kawasan hijau tetapi memerlukan sokongan modal yang amat tinggi. Projek mega penghijauan semula gurun Sahara boleh menjadi keajaiban dunia di alaf baru. Projek penghijauan ini meliputi usaha menguna semula air muara dua sungai besar di benua ini iaitu Sungai Nil dan Sungai Niger dengan mengunakan terusan pengairan yang panjangnya beribu kilometer. Manakala sistem pam elektrik kuasanya dijana dengan menggunakan kincir kuasa angin.

Projek mega penghijauan semula gurun Sahara merupakan satu aspirasi kemanusiaan yang teragung dalam menangani masalah pemanasan global dimana kawasan gurun ini yang berkeluasan sebesar benua Australia mampu menyerap gas karbon dioksida. Kita tidak menjangkakan projek penghijauan ini menukarkan terus gurun Sahara menjadi hutan tebal tetapi setakat cukup basah untuk pokok-pokok separa gurun tumbuh subur seperti kaktus, kurma, buluh, eukaliptus dan akasia.Tumbuhan separa gurun tersebut boleh menjadi sumber biomass yang dapat diguna untuk menjanakan tenaga elektrik. Kejayaan menghijaukan gurun Sahara mampu memperbaiki kualiti udara global ke paras sebelum tanun 1990 yang menjadi petanda Perjanjian Kyoto. Selain daripada itu, gurun Sahara yang hijau boleh menjadi padang rumput Savana yang baru untuk kehidupan liar Afrika.

Diharapkan beberapa wawasan ini dapat membuka cabaran baru untuk negara kita membantu negara Afrika menemui potensi sebenar mereka.

Oleh : Zamri Muda, Bukit Payong, Marang.

Maklumat Peribadi;

Nama : Mohd. Zamri B- Muda

No i/c : 740102-11-6391

Alamat : 1727, Jalan Rawai-Pasir Tinggi,

Kg. Padang Pak Wan, Bukit Payong,

21400 Marang,

Terengganu.

No. tel : 019 902 50 15

Sila lawat web wwww.geocities.com/ramzamuda untuk rujukan lanjut.






Saudara pengarang,

Lonjak pertanian dengan bantuan jentera ke peringkat desa

Negara kita sehingga ke hari ini masih belum mampu mencapai tahap sara diri dari segi pengeluaran bahan makanan secukupnya untuk penduduknya. Kos bil import makanan sebanyak RM 10 billion masih perlu ditanggung oleh pihak kerajaan bagi menampung keperluan makanan. Pihak kerajaan tidak boleh menyalahkan rakyat kerana kurang berminat dengan bidang pertanian kerana kos ( jentera pertanian ) yang tinggi perlu ditanggung oleh para pengusaha disamping harga borong di peringkat ladang yang amat rendah akibat ambil untung tinggi oleh orang tengah.

Para petani kecil di peringkat desa yang mungkin mewakili kira-kira 60% pengeluaran makanan negara perlu dibantu secara langsung dengan bantuan jentera dan pemasaran. Maka itu, setiap desa yang terlibat aktiviti pertanian berhak mendapat sekurang-kurangnya sebuah jentera pembajak serbaguna, jentolak, stesen mini diesel subsidi dan sebuah lori kecil untuk tujuan pemasaran. Jika lebih banyak aktiviti pertanian maka lebih banyak unit jentera diperuntukkan. Manakala unit kejuruteraan bagi menyelenggarakan jentera tersebut boleh diberi tanggungjawab kepada unit bengkel membaiki kereta-motor oleh anak muda kampung.

Dengan adanya peruntukkan jentera pertanian tersebut, petani di desa dapat menggunakan kemudahan itu dengan harga yang lebih rendah maka lebih banyak aktiviti pertanian dapat dilakukan. Jentera jentolak pula diperlukan untuk mereformasi fungsi tanah yang tidak produktif kepada yang lebih menguntungkan. Ambil contoh, sawah padi tidak produktif boleh dijadikan kolam ikan komersial dan sistem saliran mengawal banjir. Manakala lori kecil dapat digunakan oleh mereka untuk membawa sendiri hasil keluaran mereka terus kepada penguna atau pasar tani berdekatan.

Dianggarkan jika RM 1 bilion setahun diperuntukkan untuk menyediakan bantuan jentera tersebut, sebanyak RM 2 bilion dapat dijimatkan disegi kos mengimport makanan negara. Bagi tahun-tahun berikutnya bagaikan satu ‘teori domino’ hasil pertanian akan terus meningkat sehingga negara mampu menjadi negara pengeksport bersih makanan dunia.

Ramzam Muda, Bukit Payung, Marang.

Nama : Mohd Zamri Muda

Alamat : Lot 1727, Jalan Rawai-Pasir Tinggi,

Kg.Padang Pak Wan, Bukit Payung, 21400 Marang. Terengganu

i/c : 740102-11-6371

Tarikh : 18-02-2006 3:10pm
1




Kepada;
Ruangan Pendapat Utusan Malaysia.

Saudara Pengarang,

PAKEJ KHAS UNTUK MENYELAMAT UTUSAN MELAYU

Tulisan jawi tidak lagi dominan di hati umat Melayu di Malaysia namun ianya amat diperlukan untuk menunjukkan ciri-ciri Melayu yang asal. Walau ianya tidak akan menjadi tulisan kegunaan seharian, sekurang-kurangnya ianya perlu berada dekat di hati insan bernama melayu. Kelebihan mengunakan jawi boleh dijadikan alat kerahsiaan dalam memperkatakan strategi pemikiran melayu, mengubah dasar ekonomi dan menobatkan umat Melayu sebagai bangsa antara terbaik di dunia.

Pada pendapat saya, Utusan Melayu dan tenaga kerjanya sudah terlalu ‘uzur’ untuk menjadi akhbar harian tetapi sebenarnya kematangan Utusan Melayu dan kakitangannya lebih diperlukan untuk memberikan pandangan setiap isu terkini yang melanda. Sebelum tragedi Januari 2003 dan kini 'kematian'nya di tahun 2006 kini, saya telah pun mengumpulkan idea-idea unik untuk memartabatkan semula Utusan Melayu semenjak awal tahun 2000 lagi. Berikut adalah strategi baru yang unik untuk mengembalikan semula Utusan Melayu yang bertulisan jawi;

PAKEJ KONSEP UNTUK UTUSAN MELAYU

- Utusan Melayu berfungsi seperti akhbarr mingguan tabloid terbitan sekali atau dua kali seminggu, mempunyai ciri penekanan kepada teks yang kaya dan kurang disegi gambar visual, imej gambar majoriti hitam putih dan kecil bersaiz tabloid. Harga dicadangkan kurang RM 1.50 atau dijadikan sisipan percuma Utusan Malaysia seminggu sekali.

- Akhbar menumpukan pengulasan berita seecara mingguan sementara segmen yang lain menumpukan artikel keilmuan sesegi keagamaan, sejarah, ekonomi, geografi, budaya seni dan sains teknologi.

- Artikel ilmiah disertakan terjemahan IInggeris yang bertulisan rumi, ini adalah strategi serampang dua mata untuk meningkatkan kebolehan anak muda Melayu berbahasa Inggeris. Saiz teks Inggeris kurang 75% dari teks Jawi. Cara ini juga boleh menarik perhatian bukan Islam atau mualaf memahami teks mengenai Islam tanpa perlu tahu berbahasa Melayu. Tenaga kerjanya boleh diambil para graduan Universiti Islam yang fasih berbahasa Inggeris dan berpendidikan bahasa Arab berkemahiran tinggi menulis Jawi.

- Manakala iklan dibenarkan dalam tulisaan rumi berbahasa Melayu atau Inggeris, ini untuk meningkatkan nilai komersil dan menghasilkan sumber pendapatan akhbar. Langkah ini hanya untuk sementara, jika jumlah naskah jualan tinggi dan stabil maka iklan boleh digunakan tulisan jawi sepenuhnya.

PAKEJ KONSEP UNTUK UTUSAN ZAMAN

- Utusan Zaman berfungsi sebagai majalahh bulanan yang diterbitkan sekali sebulan, pengisian majalah lebih menumpukan kepada pengulasan isu semasa secara bulanan. Artikel-artikel lain menumpukan kepada sosio-budaya Melayu-Islam dimana liputan majalah menumpukankan aspek visual dengan imej gambar yang banyak, besar dan berwarna-warni. Harga dicadangkan dibawah RM 2 atau dijadikan sisipan Utusan Malaysia sebulan sekali.
- Yang lain bersamaan dengan Utusan Melaayu.

Cadangan Terperinci Pengisian Utusan Melayu Baru ( kandungan minima ) ;

1- Muka Depan- gambar berwarna memaparkan isu semasa.

2- Penterjemahan al-Quran- ruangan tetap, mempunyai terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 2 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 03

3- Penafsiran al-Quran- ruangan tetap, mempunyai terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 2 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 05

4- Hadis Nabi yang sahih- ruangan tetap, mempunyai terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 2 mukasurat. Mukasurat terkumpul – 07

5- Sejarah lengkap Nabi Muhammad- ruangan tetap, mempunyai terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 2 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 09

6- Sejarah Lengkap Nabi dan Rasul lain- ruangan tetap, mempunyai terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 2 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 11

7- Sejarah Lengkap Para Sahabat- ruangan tetap, mempunyai terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 12

8- Sejarah Lengkap Empayar Islam- ruangan tetap, mempunyai terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 2 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 13

9- Sejarah Temadun Manusia secara ringkas- ruangan tetap, mempunyai terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 2 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 15

10- Sejarah Tanah Melayu daripada zaman Melaka- ruangan tetap, mempunyai terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 2 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 17

11- Pengetahuan Geografi setiap Negara Islam- ruangan tetap, mempunyai terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 18

12- Artikel Sains Gunaan seperti kimia,fizik dan biologi secara am- ruangan tetap, mempunyai terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 19

13- Biodata saintis Islam dahulu kala- ruangan tetap, mempunyai terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 20

14- Biodata pemimpin dan negarawan Malaysia zaman pra-merdeka- ruangan tetap, mempunyai terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 21

15- Artikel berkenaan alam-sekitar- ruangan tetap, mempunyai terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 22

16- Artikel berkenaan teknologi terkini- ruangan tetap, mempunyai terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 23

17- Ruangan belajar dengan ringkas bahasa Arab-Mandarin-Tamil-Inggeris-Perancis- peruntukan 1 mukasurat Mukasurat terkumpul - 24

18- Pengalaman dan latar belakang warga emas- peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 25

19- Resepi masakan- peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 26

20- Panduan berkebun dan lanskap- peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 27

21- Hiasan dalaman dan fesyen busana terkini- peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul -28

22- Segmen warisan meliputi alat-perkakas lama- peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 29

23- Lokasi Pelancongan- peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 30

24- Lokasi tempat makan- peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 31

25- Kumpulan hadis lemah disertakan penjelasan dan hujah kelemahan hadis, terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 2 mukasurat. Mukasurat terkumpul – 33

26- Teks Hikayat Melayu Purba- ruangan tetap, peruntukan 2 mukasurat disertakan terjemahan Rumi-Inggeris. Mukasurat terkumpul - 35

27- Teks Sastera Melayu moden seperti siri novel masyhur yang melebihi usia 20 tahun, ruangan tetap, peruntukan 2 mukasurat dan disertakan terjemahan Rumi-Inggeris. Mukasurat terkumpul - 37

28- Muka belakang sekali- gambar permandangan bertemakan Islam, manusia dan alam sekitar, sumbangan orangramai, berwarna. Mukasurat terkumpul – 36

Maka diharapkan penambahan inovasi ini dapat mengembalikan Utusan Melayu ke majoriti rumah orang Melayu. Inovasi-inovasi baru tersebut secara tidak langsung akan mendekatkan tulisan Jawi kepangkuan orang Melayu di negara kita. Saya cuma mencadangkan idea sahaja, terpulanglah kepada pihak pengurusan Utusan Melayu untuk membuat beberapa perubahan demi kelangsungan Utusan Melayu.

Sumbangan – Mohd Zamri Muda, Bukit Payung, Marang.

Kemaskini semula artikel yang pernah ditulis pada 08-02-2004
Sila lawat:www.geocities/ramzamuda untuk rujukan lanjut.

Maklumat Peribadi:
Nama : Mohd Zamri Bin Muda
I/c : 740102-11-6391
Alamat : 131 Kampung Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang Terengganu
No.tel.: 019 902 50 15 1




Saudara pengarang,

Martabatkan tulisan Jawi dengan kaedah bacaan santai di media massa

Tulisan Jawi semakin tidak mendapat di hati kita kerana ianya sudah tidak menjadi relevan dalam kehidupan kita seharian. Kita semua sudah menjadi begitu malas untuk membaca apa-apa teks yang bertulisan Jawi, apatah lagi untuk membeli apa-apa produk buku dan majalah yang bertekskan Jawi. Walhal kedudukan tulisan Jawi sebenarnya amat tinggi kerana ia adalah tulisan rasmi negara. Tulisan Jawi digunakan dalam warkah rasmi perlantikan Yang Dipertuan Agong, Sultan-sultan dan Perdana Menteri. Kita semua tidak kira tua atau muda perlu bersama-sama berfikir dan mencari jalan keluar bagi menyelamatkan tulisan warisan negara kita kerana siapa lagi kalau tidak kita sendiri.

Maka itu, saya ingin mencadangkan satu kaedah mudah untuk merelevankan penggunaan teks Jawi dengan menjadikannya sebagai tulisan bacaan santai di media cetak dan televisyen. Apa yang dimaksudkan sebagai tulisan bacaan santai adalah penggunaannya untuk membaca teks yang berupa bacaan ringan berisikan ilmu pengetahuan atau sekadar terjemahan daripada rancangan televisyen berbahasa asing.

Bacaan santai bertulisan Jawi boleh digabungkan dengan penggunaan tulisan Rumi yang berbahasa Inggeris maka ianya boleh saling membantu pembaca mengenali tulisan Jawi secara langsung malah ianya amat membantu generasi muda untuk mendekati tulisan Jawi sekaligus membiasakan diri dengan nahu Bahasa Inggeris yang betul. Kita mempunyai ramai lulusan Sekolah Menengah Agama dan graduan Universiti Islam Malaysia yang amat mahir menggunakan tulisan Jawi dan berkebolehan tinggi berbahasa Inggeris boleh ditugaskan untuk tujuan tersebut.

Sebagai contoh mudah, surat khabar harian biasa boleh menerbitkan sisipan berisi bacaan santai secara mingguan yang bertekskan Jawi. Penerbitan sisipan ini boleh ditaja oleh mana-mana syarikat korporat negara. Banyak topik boleh diketengahkan seperti ulasan isu semasa secara mingguan, terjemahan Al-Quran, terjemahan Hadis, riwayat Nabi dan Rasul-rasul, riwayat Tokoh Islam, sejarah empayar Islam, sejarah Malaysia, biografi pemimpin negara, hikayat Melayu lama dan novel Melayu moden.

Manakala stesen televisyen tempatan boleh menggunakan sarikata berkembar iaitu Bahasa Melayu bertekskan Jawi dan Bahasa Inggeris bertekskan huruf rumi. Sarikata berkembar itu tidak memakan ruang skrin kerana dua barisan sarikata sedia ada boleh digunakan untuk tujuan ini. Rancangan yang amat sesuai adalah siri drama dan filem berbahasa asing termasuk berbahasa Inggeris. Bagi rancangan yang berbentuk ilmiah seperti rencana sains perlu dikecualikan kerana melibatkan istilah teknikal yang berat. Bagi program keluaran tempatan - teks tajuk dan nama pengacara boleh digunakan teks Jawi tetapi disertakan teks rumi yang bersaiz lebih kecil di sebelah bawah atau tepinya. Program berita juga boleh mengambil pendekatan sarikata berkembar apabila menyiarkan ucapan berbahasa asing.

Diharapkan cadangan-cadangan tersebut dapat mengembalikan relevan dan sedikit populariti tulisan Jawi dalam kehidupan kita masakini.

Sumbangan – Mohd Zamri Muda, Bukit Payung, Marang.

Sila lawat:www.geocities/ramzamuda untuk rujukan lanjut.

Maklumat Peribadi:
Nama : Mohd Zamri Bin Muda
I/c : 740102-11-6391
Alamat : 131 Kampung Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang Terengganu
No.tel.: 019 902 50 15
Tarikh : 09-03-2006






Saudara Pengarang,

Malaysia Perlu Bina Tebing dan Terusan Pintasan Bagi Menghadapi Penambakan Singapura di Selat Johor

Perancangan negara jiran di sebelah selatan tanahair membina struktur penambakan perlu ditangani dengan langkah lebih proaktif di pihak kita. Malaysia tidak perlu melatah atau panik tetapi harus menerima kemungkinan projek tambakan itu akan diteruskan selepas keputusan tribunal antarabangsa keluar kelak. Fenomena Selat Johor yang akan menjadi separuh lebar jika mengambilkira semua sempadan terdalam akan ditambak di sebelah pulau sana. Ini tentunya akan mengakibatkan pantai sebelah Johor terhakis teruk kerana pertambahan kekuatan ombak di kawasan selat. Kesan ombak besar yang disebabkan oleh pengecilan selat hanya boleh ditangani dengan pembinaan tebing konkrit bercerun sepanjang selat. Struktur ini saya cadangkan dinamakan sebagai Tebing Selatan. Struktur ini perlu dibina untuk melindung serta memelihara khazanah hutan bakau dan kawasan penempatan rakyat Johor di tepi selat.

Selain itu, sebuah Terusan Pintasan perlu dibina daripada Pasir Gudang ke Tanjung Pelepas berlokasi 5 kilometer daripada kawasan pantai. Kelebaran terusan ini (dicadangkan berstruktur konkrit juga) berukuran 500 meter dan berkedalaman 20 meter. Selain berfungsi mengalirkan air kotor dari Sungai Johor, terusan ini amat strategik untuk menjadikan Malaysia sebagai laluan kapal utama di dunia. Kapal antarabangsa yang menggunakan Pelabuhan Pelepas dari sebelah timur tidak perlu melalui perairan Singapura untuk berulang-alik. Diharapkan juga pembinaan Tebing Selatan dan Terusan Pintasan ini dapat memberikan pengalaman dan latihan berguna kepada kontraktor Malaysia jika Malaysia ingin terlibat sama untuk membina Terusan Dunia yang baru di Segenting Kra yang bersaiz 200 kali ganda besarnya.

Diucapkan Selamat Berjaya kepada Malaysia.

Oleh; Ramzam Muda, Desa Rawai, Bukit Payung, Terengganu

Maklumat Peribadi
Mohd Zamri Bin Muda
131 Kg Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu
i.c. 740102-11-6391
No tel : 013 952 29 18
Sila Lawat: www.geocities.com/ramzamuda
Dikemaskini pada 12-04-2006
daripada artikel pernah ditulis pada 09-0ktober-2003

Disebalik : Artikel idea yang pendek ini dikeluarkan pada ketika ini 8:30pm 12-04-2006 bagi memberi idea jalan keluar kepada Malaysia kepada alternatif pembatalan Gerbang Selatan.

1







Date: Tue, 13 Jun 2006 01:07:38 -0700 (PDT)
From: "Mohd Zamri Muda" Add to Address Book Add to Address Book Add Mobile Alert
Subject: Tingkat bekalan gula mentah dari sumber alternatif pohonan palma
To: bhsurat@bharian.com.my
Saudara Pengarang,
Meningkatkan stok gula mentah negara dengan menggunakan sumber alternatif nira pohonan palma
Fenomena kekurangan gula pasir dalam pasaran tempatan amat menghairankan kita semua. Kita semua sedia maklum bahawa harga gula pasir di pasaran antarabangsa bernilai RM 2000 setan manakala harga borong gula pasir di pasaran tempatan cumalah sekitar RM 1400 setan, tidak menghairankan jika berlaku pengaliran keluar gula tempatan secara besar-besaran tanpa disedari oleh kita semua.
Tujuan saya menulis di sini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak yang sepatutnya dipertanggungjawabkan ke atas kejadian kekurangan gula tetapi untuk membuka pemikiran rakyat Malaysia semua bahawa negara kita sebenarnya mempunyai simpanan stok gula mentah yang teramat besar daripada sumber tanaman palma seperti kelapa, kabung, nipah dan berkemungkinan juga pokok kelapa sawit. Sudah tiba masanya untuk kita mengerakkan penghasilan gula mentah secara komersial daripada pohonan palma yang sememangnya mempunyai nilai kesihatan yang lebih baik daripada gula tebu.
Gula mentah daripada sumber pohonan palma boleh diproses dan diguna secara tradisional atau digunakan sebagai sumber molasses mentah oleh kilang gula konvensional. Bagi tujuan tersebut, petani di desa dan nelayan di tepi pantai boleh digembelengkan tenaga untuk mengekstrak air nira manisan dari sumber tanaman palma di kawasan mereka. Mereka sendiri boleh melakukan pra-pemerosesan secara tradisional dengan cara memasak air nira untuk menjadi gula merah. Gula merah tersebut boleh terus dijual kepada orang ramai atau dikumpulkan oleh pihak FAMA bagi tujuan pemerosesan di kilang penapisan gula konvensional sebagai bahan molasses mentah.
Pokok kelapa sawit yang juga sejenis palma mungkin boleh menghasilkan air nira manisan seperti mana pokok kelapa biasa tetapi memerlukan kajian penyelidikan lanjut. Sekiranya ia berkebolehan untuk menghasilkan gula mentah maka kita dapat menambah secara berganda simpanan gula mentah negara. Penghasilan air nira kelapa sawit hanya boleh ditumpukan kepada kelapa sawit muda yang ketinggian kurang daripada 2 meter atau pokok yang baru belajar berbuah selepas ditanam di ladang.
Untuk perancangan jangkamasa panjang, penanaman palma khusus sebagai penghasil gula mentah boleh dikembangkan secara komersial seperti tanaman kabung dan nipah ( dikawasan paya masin ) Tanaman kabung boleh diselang-seli dengan tanaman getah atau kelapa sawit di mana ia tidak memerlukan cahaya tinggi. Pokok kabung juga boleh ditanam secara ladang dan diselangi dengan tanaman rumput untuk makanan ternak. Diharapkan dengan penghasilan gula mentah secara besar-besaran daripada sumber palma boleh mengantikan penanaman pokok tebu secara konvensional bagi penghasilan gula. Semoga di suatu hari nanti tiada lagi berlaku pencemaran udara akibat pembakaran ladang tebu.
Oleh : Ramzamuda, Desa Rawai, Marang, Terengganu
Maklumat;
Nama : Mohd Zamri Muda
I.C. No : 740102-11-6391
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan,
Desa Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu.
Alamat websit : www.geocities.com/ramzamuda
Tarikh : 11-06-2006
__________________________________________________
Do You Yahoo!? 1



Date: Tue, 20 Jun 2006 06:31:37 -0700 (PDT)
From: "Mohd Zamri Muda" Add to Address Book Add to Address Book Add Mobile Alert
Subject: Krisis gula bawa beberapa kebaikan
To: bhsurat@bharian.com.my
Saudara Pengarang,
Krisis Gula Membawa Beberapa Kebaikan
Krisis kekurangan bekalan gula pada masa kini dapat menyedarkan kita akan kepentingan sebenar bahan makanan yang manis itu kepada kita. Sudah tiba masanya untuk kita tidak berlebihan dalam penggunaan manisan gula dalam makanan kita, selain itu kebaikan krisis membawa kepada beberapa implikasi positif dalam pembinaan kekuatan mandiri negara kita seperti pengkomersialan gula alternatif yang lebih berkhasiat dari sumber palma dan kanji, pengkajian semula pemerosesan molasses mentah kepada gula putih yang lebih sihat dan menstrategi semula kaedah pengeluaran gula untuk kegunaan sendiri.
Mulai saat ini kita tidak boleh lagi leka dan alpa terhadap keperluan mandiri atau survivaliti negara kita dalam penghasilan bahan makanan. Krisis gula adalah contoh kecil sahaja jika dibandingkan dengan kesusahan yang bakal kita hadapi saat darurat seperti perang dunia. Berkenaan dengan gula, sebenarnya negara kita amat kaya dengan sumber asli yang boleh digunakan sebagai penganti gula tetapi akibat manipulasi pasaran dan orang tengah, sumber asli tersebut dipinggirkan dan menjadikan manisan gula pasir sebagai sumber utama pemanis di dalam negara kita. Sumber asli manisan boleh diperolehi daripada tebu biasa dan air nira pelbagai pokok palma seperti kelapa, kabung dan nipah. Di negara Arab, pokok kurma juga boleh diguna untuk menghasil manisan gula. Dan berkemungkinan besar, pokok kelapa sawit juga berpotensi untuk digunakan untuk tujuan yang sama.
Monopoli penggunaan gula pasir boleh dikurangkan jika harga pasaran gula alternatif dijual lebih rendah daripada gula pasir. Ini boleh dilakukan melalui mekanisme kawalan harga kerajaan. Sebagai contoh, katakan harga kawalan bagi gula kabung, gula melaka dan gula merah ( yang tidak dibungkus di kilang ) ditetapkan berharga RM 1.20 sekilogram. Ini akan memberi daya tarikan kepada pengguna untuk menggunakan gula alternatif dalam masakan dan makanan. Manakala pengeluaran sumber tersebut di peringkat desa akan berganda secara automatik memberi hasil lumayan kepada petani desa. FAMA boleh bertindak sebagai pengedar dan agen utama pengumpulan sumber gula asli tersebut. Lama-kelamaan, pengeluaran sumber gula asli boleh menjadi perusahaan desa yang menguntungkan kerana tingginya permintaan di pasaran. Petani desa tidak akan kehampaan jika menjadikan tanaman kelapa, kabung, nipah dan tebu biasa sebagai tanaman sara diri. Manakala tanah terbiar akan digunakan sepenuhnya.
Pengunaan proses bioteknologi – kanji ditukarkan menjadi manisan gula juga boleh dilakukan jika terdapat keperluan kearah itu. Asas teknologi tersebut sememangnya sudah ada dalam amalan budaya asli kita dimana teknologi itu dipraktikkan dalam penghasilan tapai beras dan tapai ubi kayu yang sudah berusia beratus tahun diturunkan zaman berzaman. Penyelidikan lanjut untuk mengekstrakkan sumber pemanis dalam bentuk gula hablur perlu dilakukan. Sumber gula daripada proses fermentasi asli dipercayai amat berkhasiat dan berpotensi untuk menjadi produk makanan organik yang bernilai tinggi.
Diharapkan beberapa pencadangan ini boleh merevolusikan teknologi dan kuasa pasaran sebenar yang ada ditangan kita semua sebagai pengguna dan pengeluar.
Oleh : Ramzamuda, Desa Rawai, Marang, Terengganu
Maklumat;
Nama : Mohd Zamri Muda
I.C. No : 740102-11-6391
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan,
Desa Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu.
Alamat websit : www.geocities.com/ramzamuda

Saudara Pengarang,
Meningkatkan stok gula mentah negara dengan menggunakan sumber alternatif nira pohonan palma
Fenomena kekurangan gula pasir dalam pasaran tempatan amat menghairankan kita semua. Kita semua sedia maklum bahawa harga gula pasir di pasaran antarabangsa bernilai RM 2000 setan manakala harga borong gula pasir di pasaran tempatan cumalah sekitar RM 1400 setan, tidak menghairankan jika berlaku pengaliran keluar gula tempatan secara besar-besaran tanpa disedari oleh kita semua.
Tujuan saya menulis di sini bukan untuk menyalahkan mana-mana pihak yang sepatutnya dipertanggungjawabkan ke atas kejadian kekurangan gula tetapi untuk membuka pemikiran rakyat Malaysia semua bahawa negara kita sebenarnya mempunyai simpanan stok gula mentah yang teramat besar daripada sumber tanaman palma seperti kelapa, kabung, nipah dan berkemungkinan juga pokok kelapa sawit. Sudah tiba masanya untuk kita mengerakkan penghasilan gula mentah secara komersial daripada pohonan palma yang sememangnya mempunyai nilai kesihatan yang lebih baik daripada gula tebu.
Gula mentah daripada sumber pohonan palma boleh diproses dan diguna secara tradisional atau digunakan sebagai sumber molasses mentah oleh kilang gula konvensional. Bagi tujuan tersebut, petani di desa dan nelayan di tepi pantai boleh digembelengkan tenaga untuk mengekstrak air nira manisan dari sumber tanaman palma di kawasan mereka. Mereka sendiri boleh melakukan pra-pemerosesan secara tradisional dengan cara memasak air nira untuk menjadi gula merah. Gula merah tersebut boleh terus dijual kepada orang ramai atau dikumpulkan oleh pihak FAMA bagi tujuan pemerosesan di kilang penapisan gula konvensional sebagai bahan molasses mentah.
Pokok kelapa sawit yang juga sejenis palma mungkin boleh menghasilkan air nira manisan seperti mana pokok kelapa biasa tetapi memerlukan kajian penyelidikan lanjut. Sekiranya ia berkebolehan untuk menghasilkan gula mentah maka kita dapat menambah secara berganda simpanan gula mentah negara. Penghasilan air nira kelapa sawit hanya boleh ditumpukan kepada kelapa sawit muda yang ketinggian kurang daripada 2 meter atau pokok yang baru belajar berbuah selepas ditanam di ladang.
Untuk perancangan jangkamasa panjang, penanaman palma khusus sebagai penghasil gula mentah boleh dikembangkan secara komersial seperti tanaman kabung dan nipah ( dikawasan paya masin ) Tanaman kabung boleh diselang-seli dengan tanaman getah atau kelapa sawit di mana ia tidak memerlukan cahaya tinggi. Pokok kabung juga boleh ditanam secara ladang dan diselangi dengan tanaman rumput untuk makanan ternak. Diharapkan dengan penghasilan gula mentah secara besar-besaran daripada sumber palma boleh mengantikan penanaman pokok tebu secara konvensional bagi penghasilan gula. Semoga di suatu hari nanti tiada lagi berlaku pencemaran udara akibat pembakaran ladang tebu.
Oleh : Ramzamuda, Desa Rawai, Marang, Terengganu
Maklumat;
Nama : Mohd Zamri Muda
I.C. No : 740102-11-6391
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan,
Desa Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu.
Alamat websit : www.geocities.com/ramzamuda
Tarikh : 11-06-2006
_________________________________ 1


Saudara pengarang,

Hidupkan Kembali Projek Landasan Keretapi Berkembar Seberapa Segera

Berdasarkan perkembangan semasa dan untuk kebaikan negara di masa hadapan, saya amat berharap pihak kerajaan Malaysia untuk mempertimbangkan semula pelaksanaan pembinaan landasan keretapi berkembar yang telah ditangguhkan sekian lamanya. Kepentingan projek ini boleh membawa impak berganda kepada negara di sudut ekonomi maupun sosial. Kita sebenarnya teramat memerlukan satu sistem pengangkutan massa yang murah, efisien dan menepati waktu dalam menuju matlamat negara untuk mencapai taraf negara maju. Ianya sepatutnya secara tidak langsung menjadi salah satu komponen penting dasar Persyarikatan Malaysia untuk menjadi lebih cekap. Dan kita sudah kesuntukan masa kira-kira 14 tahun sebelum mencapai matlamat Wawasan 2020.

Perlaksanaan semula projek berkembar semenanjung tidak setakat dengan apa yang pernah dirancangkan sebelum ini tetapi perlu diperkembangkan lagi jaringannya hingga ke utara ( Perlis ) , selatan ( mungkin setakat Kluang ) dan jika boleh diperkembangkan ke pantai timur ( mungkin setakat Kuala Krai ) malah mungkin ke negeri Terengganu ( boleh diguna laluan Gua Musang - Kenyir - Kuala Terengganu ). Perjalanan pantai timur boleh disingkatkan dengan penggunaan terowong bawah tanah ( jentera pengorek terowong KL RM 1/2 bilion yang telah dibersarakan boleh diguna untuk tujuan tersebut ) dan laluan sesuai adalah Mentakab- Karak - Batu Caves - Rawang.

Pembinaan landasan berkembar membolehkan aliran keretapi dalam dua arah berlainan dan membolehkan kecekapan pengangkutan dua kali ganda daripada landasan tunggal, kebaikan lain adalah penurunan kos pengangkutan kargo. Di sudut lain pula di segi sosial, pembinaan landasan berkembar membolehkan pekerja-pekerja di bandar besar di Lembah Kelang tinggal jauh dari tempat kerja iaitu dalam jarak perjalanan keretapi satu setengah jam perjalanan keretapi komuter biasa. Malah jarak ni bertambah dua kali ganda lagi apabila keretapi dinaiktaraf kepada penggunaan keretapi ultra-pantas. Pembinaan keretapi berkembar tidak sedikitpun menjejaskan pengangkutan awam lain seperti bas dan teksi kerana pengangkutan lain menjadi boleh pelengkap transit penguna dari stesen nod keretapi ke tempat kerja atau rumah. Ia juga tidak menjejaskan penggunaan atau pemilikan kereta persendirian ( terutama kereta nasional ) kerana para pekerja masih perlu mengunakannya ( disebabkan terlalu jauh untuk berjalan kaki atau rimas untuk menaiki bas transit ) untuk transit dari rumah ke stesen keretapi terdekat.

Di sudut ekonomi pula, landasan berkembar juga boleh merangsang ekonomi makro negara kerana setiap stesen utama keretapi boleh berkembang menjadi bandar besar manakala stesen nod kecil menjadi bandar kecil dan penempatan penduduk yang berkos rendah dan selesa. Diharapkan perlaksanaan semula pembinaan landasan berkembar membolehkan kita untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 dengan lebih cepat.
Oleh : Mohd Zamri Muda, Desa Rawai, Marang, Terengganu.

Maklumat Lain;
No. I.C : 740102-11-6391
Alamat : Lot 1727 Padang Pak Wan, Kampung Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu.
No. Tel : 019 902 50 15
Lawat websit www.geocities.com/ramzamuda

Artikel ini adalah untuk menyokong tindakan kerajaan Malaysia secara tidak langsung iaitu tidak laksana landasan kembar ke Johor Bharu yang mengutungkan Singapura di samping untuk menyemai paradigma baru kepada penduduk Malaysia iaitu kepentingkan projek landasan berkembar lama ( yang tertangguh ) yang lebih menguntungkan Malaysia di segi sosial dan mencapai matlamat wawasan 2020 dengan lebih bermakna.









start
Saudara Pengarang,

MENGGEMPUR MASALAH INDUSTRI BERAS NEGARA DENGAN DIPERKENALKAN DASAR BARU YANG DRASTIK

Isu kembali berbangkit tentang makanan ruji rakyat Malaysia iaitu beras. Seperti biasa isu beras akan hangat seketika selama seminggu dua dan ia akan senyap semula tanpa tindakan drastik dan tegas yang perlu diambil oleh kerajaan. Saya percaya ketika para penanam padi menuai hasil di beberapa musim akan datang pastinya berkenaan rendahnya jualan padi dan sekali lagi masalah beras seludup akan diperkatakan.Pernah menjadi isu hangat dimana para pegilang padi swasta yang kelebihan stok beras telah menyebabkan padi tempatan mengalami lambakan dan kini isu beras kembali diperkatakan akan masa depan industri ini di mana kos beras import daripada Amerika hanya bernilai RM 0.50 setiap kilogram beras jika berlaku pengecualian cukai import.

Maka di sini saya ingin mencadangkan idea yang unik dan drastik bagi menangani permasalahan industri padi dan beras negara. Masalah penyeludupan beras bertitik tolak dari kos yang rendah dan kualiti tinggi yang diperolehi oleh pengguna maka mewujudkan permintaan yang teramat besar kepada beras seludup. Manakala kelebihan stok padi tempatan merupakan rentetan daripada lambakan daripada beras seludup di pasaran. Pendekatan konsep subsidi kepada harga padi mentah dan harga beras jualan dikedai harus diberi perhatian dan ditangani oleh pihak kerajaan secara langsung melalui agensi penuh milik kerajaan kerana beras merupakan aset strategik negara yang teramat penting untuk masa hadapan. Masalah tersebut adalah tempias daripada masalah yang melanda dunia sekarang. Ada segelintir daripada rakyat kita sanggup bersubahat untuk menyeludupkan beras secara haram dan memperoleh keuntungan puluhan juta manakala industri beras negara menjadi tidak berdaya saing akibat daripada perbuatan mereka.

Gejala global sebenar bertitik-tolak daripada peranan kuasa Barat yang mengusai pengeluaran bijirin dunia termasuk beras. Pemberian subsidi kerajaan diamalkan di Amerika Syarikat dan Eropah walaupun negara besar tersebutlah melaungkan konsep globalisasi dan ekonomi pasaran bebas. Ini ibarat ‘lontar batu sembunyi tangan’ atau ‘…mengata orang, dia yang lebih’, maka itu harga pasaran bijirin seperti gandum, jagung dan kacang soya malah beras keluaran Amerika teramat rendah sehinggakan produk tersebut jika dikeluarkan oleh negara membangun di benua Afrika, Amerika Selatan dan Asia tidak akan berdaya-saing. Disebalik pemberian subsidi kerajaan Amerika tersembunyi agenda besar iaitu menguasai monopoli pengeluaran bijirin dunia untuk tujuan politik dunia dan memeras ugut negara kecil dan miskin di masa akan datang. Tidak ada yang merugikan mereka akan nilai subsidi pertanian yang bernilai beberapa puluhan billion dollar dengan keuntungan laba bertrillion dollar pengeksportan mereka diatas nama k-ekonomi, alat teknologi IT dan persenjataan moden.

Berbalik dengan itu, harga beras yang ditawarkan oleh negara jiran kita menjadi lebih murah kerana tekanan penawaran harga bijirin antarabangsa yang dikuasai oleh kuasa unipolar. Dengan beras kualiti tinggi yang sudah diketahui umum, beras tersebut mendapat permintaan ramai yang luar biasa. Untuk itu saya mencadangkan agar satu dasar baru dibentuk iaitu Dasar Beras Negara (DBN) diwujudkan. Kerajaan perlu mewujudkan semula instrumen seperti LPN dan tidak melibatkan penanam beras tempatan dengan sistem komersial kerana ini pasti akan meranap dan memusnahkan aktiviti penanaman padi tempatan untuk jangka masa panjang.

Persoalan kuasa pasaran komersial dan penawaran bukan soalan utama tetapi jaminan hidup dan pendapatan para penanam padi adalah hal yang perlu diutamakan. Kita tentu tidak mahu melihat sawah kosong tidak diusahakan dan negara ini tidak langsung mengeluarkan beras sendiri kerana ianya kurang berdaya-saing atau tidak memberikan pendapatan setimpal dengan kos pengeluaran. Tetapi apakah yang akan berlaku kepada kita jika berlaku bencana alam di luar jangkaan di kawasan penanaman di negara luar atau hasil monopoli beras dunia oleh kuasa asing memberikan kelebihan kuasa kepada mereka untuk mengugut dan mencampuri dasar negara kita.

Beberapa unsur penting dalam DBN ialah skim pemberian subsidi atau essentif harga padi yang tinggi kepada penanam padi, contohnya RM 1.50 setiap sekilogram padi berkualiti tinggi. Subsidi harga yang tinggi ini dapat memberi faktor pendorong penting kepada penanam padi tempatan untuk sentiasa meningkatkan kuantiti dan kualiti padi yang dihasilkan dan seolah-olah memberikan gaji kepada setiap kilogram padi dihasilkan.

Manakala harga jualan kepada pengguna diberi subsidi cuma RM 1 setiap sekilogram beras bagi gred tertinggi. Saya mencadangkan beras yang terlibat dengan skim DBN ini dinamakan sebagai ‘Beras Kampung’ yang cuma mempunyai tiga gred kualiti beras. Dua gred lagi adalah sederhana yang berharga RM0.80 sekilogram dan gred biasa dengan peratus hancur tinggi RM 0.60 sekilogram. Saya percaya penyeludupan beras akan gulung tikar terus. Pengeluaran beras komersial yang lain masih diteruskan harganya seperti biasa. Saya percaya dalam tempoh beberapa tahun industri beras negara akan berkembang kukuh. Dan apabila kerajaan sudah berkeyakinan untuk membenarkan penurunan cukai import beras Amerika, harga pasaran beras premium keluaran tempatan boleh diturunkan pada sekitar RM 0.45 hingga RM 0.49 setiap kilogram. Manakala para penanam padi diberi essentif tambahan lagi sekitar RM 1.50 hingga RM 2.50 setiap kilogram padi.

Tindakan drastik perlu dilakukan oleh kerajaan sekarang, penanam padi tempatan perlu diberikan essentif berganda untuk meningkatkan hasil beras demi untuk kemandirian ‘survival’ negara di masa akan datang. Kita tentu sekali tidak mahu melihat sawah bendang kosong manakala pembekalan beras negara dimonopoli oleh orang asing. Dan cuba bayangkan jika berlaku bencana luar jangka seperti bencana nuklear atau hentaman komet besar yang memusnahkan separuh permukaan bumi. Bertanyalah kepada diri kita sendiri dimana simpanan makanan kita berada diketika itu. Tidak ada apa yang merugikan negara dengan perolehan pendapatan kasar negara kita Malaysia sebanyak RM400 billion setahun.

Nukilan- Ramzam Muda, Desa Rawai, Bukit Payung, Marang.
Diubahsuaisemula dari artikel dikeluarkan pada 11-Januari-2004

Maklumat Peribadi;

NAMA ; MOHD ZAMRI BIN MUDA
I.C ; 740102-11-6391
ALAMAT ; 131 KG RAWAI,BUKIT PAYUNG,21400 MARANG,TERENGGANU.
TEL ; 013 952 29 18









Saudara pengarang,

Kejatuhan Proton akibat melupakan akar-umbinya

Kerugian Proton tahun ini akibat merudumnya jumlah jualan keretanya sememangnya sudah dapat diduga. Kerugian tersebut sebenarnya boleh dielak jika Proton lebih proaktif menjaga hati pelanggan sedia ada atau bakal pembelinya. Proton juga disaran bermuhasabah diri untuk mencari jawapan terbaik Keadaan berbeza ketika era 1984 hingga 1994 ( sebelum kelahiran Perodua ) dimana Proton memegang monopoli pasaran kereta tempatan dan berharga paling kompetitif pada masa itu. Kejatuhan ekonomi Asia pada 1997-1998 menyebabkan lambakan kereta keluaran Asia mengakibatkan harga ditawarkan tersangat rendah berbanding kereta Proton. Pada ketika itu, peralihan minat pembeli kereta tidak begitu ketara kerana kerajaan masih melindungi Proton dengan cukai tinggi dikenakan terhadap kereta import.

Selepas tahun 2000, keadaan ekonomi negara yang semakin pulih mendorong rakyat untuk mula berbelanja membeli kereta namun mereka sudah mulai kurang tertarik untuk membeli kereta Proton. Rakyat Malaysia sebenarnya sudah dilanda sindrom 'bosan atau jemu' melihat model Proton yang masih ditakuk lama manakala model yang baru dilancar lebih untuk golongan berada menyebabkan rakyat semakin tidak mampu memiliki kereta Proton.Golongan berpendapatan rendah tidak mempunyai pilihan selain dari membeli kereta Perodua manakala golongan menengah dan atas yang mempunyai pendapatan lebih kukuh lebih menyukai kereta import yang lebih ranggi dan bergaya sebagai kereta pertama. Bertambah memburukkan keadaan, golongan berada lebih menyukai untuk memiliki kereta Perodua sebagai kereta kedua atau ketiga di atas sebab ia lebih menjimatkan petrol dan sesuai untuk kegunaan remaja atau surirumah. Akibatnya Proton tersepit ditengah jalan dan semakin dilupakan.

Pengeluaran model baru Proton tidak memadai untuk Proton menguasai pasaran kerana model baru lebih mahal untuk dimiliki manakala varian kereta lama Proton ( Saga, Tiara, Putra dan Iswara ) telah diberhentikan pengeluaran. Varian lama sepatutnya dikekalkan bagi memenuhi segmen pasaran berbeza dan naik taraf rekabentuk kosmetik hanya melibatkan penambahan kos yang sedikit daripada harga model sebelumnya.Kita sepatutnya tidak malu untuk mempunyai model varian lama kerana syarikat kereta antarabangsa contohnya masih mengekalkan varian lama walaupun sudah berusia lebih 30 tahun. Manakala aliran imej utama kereta Proton seharusnya diseragamkan, imej edisi pertama Proton Waja sepatutnya dijadikan contoh utama imej kereta Proton kerana menepati formula transformasi terbaik daripada Saga ke Iswara dan Waja. Berikut adalah beberapa idea imej untuk varian lama kereta Proton;

1- Model Proton Saga - edisi terbaru boleh dinamakan sebagai Proton Saga Millenia 2.0, edisi sedan boleh ditawarkan dibawah harga RM 30 ribu. Rekabentuk badan sporty sepertimana edisi terhad Saga Aeroback yang masih dikeluarkan kini tetapi dengan lampu depan yang besar dan bersegi empat seperti asalnya. Manakala bahagian grill berupa seperti Waja edisi pertama.

2- Model Proton Iswara - edisi terbaru juga boleh dinamakan sebagai Proton Iswara Millenia 2.0, edisi sedan boleh ditawarkan diatas harga RM 30 ribu. Rekabentuk badan sporty dengan lampu depan yang sepet dan berlekuk seperti Gen-2 dengan grill seperti Waja edisi asal.

3- Model Proton Tiara - edisi terbaru dikeluar sebagai Proton Tiara X edisi 2.0, edisi baru menggunakan enjin petrol atau enjin diesel biasa yang bukan berteknologi Perancis. Imej Tiara yang baru boleh dikatakan merupakan edisi mini aeroback bagi Proton Waja asal. Model Tiara ini boleh menjadi model kereta Proton termurah dengan harga tawaran dibawah RM 25 ribu.

4- Model Proton Juwara - model baru van ini perlu dikurangkan imej bentuk kotaknya manakala grill dan lampu depan berbentuk seakan Proton Waja. Dikeluarkan dalam 3 saiz iaitu saiz asal dikategori sebagai saiz mini, saiz sederhana untuk kegunaan perniagaan komersial dan saiz besar untuk kegunaan sebagai bas mikro.

5- Model Proton Waja - mengekalkan rekabentuk lampu depan tetapi grill ditambah-besar iaitu bilangan sisir sedia ada ditambah. Jika model asal mempunyai 5 sisir grill maka model terbaru mungkin ditambah 3 atau 4 lagi. Imej sebegini akan menambah keterampilannya sebagai kereta eksekutif

6 - Model Proton Wira - mengekalkan badan aerodinamiknya tetapi lebih tinggi dari model asal, bentuk grill seakan edisi Waja asal manakala lampu depan sepet,panjang dan berlekuk seperti BMW.

7- Model Proton Perdana - mengekalkan bentuk badannya sedia ada tetapi dengan grill Waja yang ditambah besar dan lampu depan sepet,panjang dan berlekuk seperti BMW. Imej sebegini sesuai untuk kegunaan VVIP atau keluarga diraja.

Diharapkan beberapa idea cadangan ini boleh membuka jalan keluar keatas kemelut yang tidak berkesudahan dialami oleh syarikat perusahaan nasional.


Oleh; Ramzam Muda, Desa Rawai, Bukit Payung, Marang.

Maklumat Peribadi
Mohd Zamri Bin Muda
131 Kg Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu
i.c. 740102-11-6391
No tel : 019 902 50 15
Sila Lawat: www.geocities.com/ramzamuda
02-Jun-2007

1










Saudara pengarang,

Petronas boleh selamatkan Proton

Perundingan yang sedang berjalan diantara Syarikat Proton dengan Volkswagen AG ( VW) di New York masih menjadi tanda tanya kepada kita semua. Jika pihak VW bersetuju menjadi rakan niaga Proton, kita masih meragui apakah hala tuju yang bakal menimpa salah satu entiti nasional kita ini. Dimanakah kedudukan Proton di tahun 2020 atau 50 tahun akan datang? Apakah nasib satu-satunya gergasi pembuat kereta di negara membangun setelah dua dekad ditubuhkan?

Proton sebenarnya telah melupakan fungsi asalnya untuk mengeluarkan kenderaan untuk rakyat kebanyakan dan bukannya untuk menjadi syarikat kereta premium. Kekukuhan seketika pasaran kereta Proton sekitar tahun 1990an telah mengaburi pembuat dasar syarikat. Kekukuhan jangka pendek tersebut memberi peluang palsu untuk Proton bercita-cita meneroka pasaran kereta premium. Setelah kegawatan ekonomi Asia menjelang alat baru, pasaran kereta yang merudum mengakibatkan Proton dilanda sindrom - 'yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran'.

Sekiranya masih belum terlambat, syarikat Proton masih boleh dipulihkan. Sebagai langkah jangka pendek, ia boleh diserap masuk ke dalam Syarikat Petronas yang lebih kukuh. Nilai jualan kereta Proton yang amat rendah boleh dipertingkatkan kembali dengan mempekenalkan semula model 'level-entry' ( Saga, Iswara dan Tiara ) dengan perubahan kosmetik yang bersesuaian. Proton sepatutnya mengungguli pendekatan 'kereta-rakyat', sekiranya Proton tidak berupaya melakukannya maka ia bermakna Proton tidak mampu untuk menyahut cabaran globalisasi. Dikhabarkan bahawa harga sebuah kereta sedan keluaran negara Asia Timur boleh dibeli dengan harga dibawah RM 25 ribu jika tiada halangan cukai oleh pihak kerajaan.

Proton sebenarnya mempunyai pakej keupayaan yang sudah cukup hebat kerana telah mampu berdikari dan mendapat sokongan padu dari pembuat komponen kereta, aksessori tambahan, alat ganti dan servis selepas jualan. Pakej lengkap yang dipunyai oleh Proton ini boleh dieksport ke luar negara. Proton tidak perlu menumpu pasaran ke negara maju tetapi negara-negara sahabat membangun yang lain dimana masih terdapat ruang pasaran besar bagi jenis kereta murah di negara membangun iaitu meliputi dua pertiga populasi dunia. Proton boleh mengambil peluang untuk menjadi kereta-rakyat negara membangun yang terunggul.

Di bawah naungan Petronas, bebanan pengurusan organisasi dan kewangan yang ditanggung Proton boleh dikurangkan. Syarikat Lotus boleh dipisahkan daripada Proton, Lotus boleh dijadikan makmal penyelidikan rekabentuk kereta Formula Satu untuk Petronas. Proton juga boleh ditugaskan untuk melaksanakan agenda yang lebih global selain menjadi kereta rakyat negara membangun, Proton boleh ditugaskan untuk menyelidik penggunaan enjin bahanapi-bio seperti bio-diesel dan bio-petrol. Enjin-enjin baru ini boleh digunakan untuk kegunaan enjin kereta masa-hadapan.

Potensi penggunaan bahanapi-bio dimasa hadapan amatlah hebat yang tidak dapat dibayangkan dimana bio-diesel dihasilkan dari kelapa sawit dan buah jatropha manakala bio-petrol yang berasal daripada etanol yang boleh dihasilkan daripada gula nipah, kabung dan tebu. Kesemuanya adalah tumbuhan tropika dan negara bakal menjadi pengeluarnya di masa depan adalah negara-negara membangun di kawasan tropika itu sendiri. Tidakkah Proton dan Petronas nampak peluang keemasan ini untuk menjadikan dunia ini lebih makmur?

Diharapkan nukilan ini boleh membantu sedikit sebanyak dilema yang dihadapi oleh Proton.


Oleh: Zamri Muda, Desa Rawai, Bukit Payung, Marang.

Maklumat Peribadi;
Mohd Zamri Bin Muda
131 Kg Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu
i.c. 740102-11-6391
No Tel : 019 902 50 15
Sila Lawat: www.geocities.com/ramzamuda
10 Jun 2007 7:25 pm



Saudara pengarang,

Melonjakkan pengeluaran makanan tempatan berkos rendah dengan beberapa cara paradigma baru

Di ambang kenaikan harga minyak dunia yang tidak boleh dibendungkan lagi, semua harga barangan pengguna turut sama menerima bahang kenaikan. Jika di era 1997-1998 dahulu, harga barang melambung kerana serangan penyangak matawang ke atas nilai ringgit yang menjunam jatuh. Tetapi kali ini kenaikan bahan api dunia yang tidak boleh dielakkan lagi memerlukan kita mengubah perpektif kita dalam banyak perkara sebagai sebuah negara yang berdaya-tahan menempuh walau apa musibah yang melanda.

Salah satu aspek yang perlu diberi perhatian khusus ialah tanggungan bil import makanan yang berbilion ringgit dimana lebih separuh dari import itu adalah bijirin makanan ternak. Ia adalah komponen yang amat penting apabila kita memperkatakan tentang kelangsungan atau daya-tahan negara ketika saat darurat. Bersediakah negara kita memberi makanan yang cukup untuk rakyatnya apabila berlaku keadaan darurat perang?

Kepada kebanyakan orang, soalan sedemikian agak mustahil untuk ditangani memandangkan saiz negara kita yang amat kecil disamping peratusan besar saiz tanah negara disimpan untuk pemuliharaan alam-sekitar. Terdapat dua kaedah penyelesaian iaitu bagi tempoh jangka pendek dan jangka panjang. Untuk penyelesaian jangka pendek, sudah tiba masanya syarikat multinasional negara yang bertaraf GLC melakukan pelaburan industri pengeluaran makanan khasnya bijirin gandum, jagung dan soya di kawasan berkos rendah seperti di Asia Tengah dan Amerika Selatan.

Manakala penyelesaian jangka panjang menumpukan usaha membangunkan industri pertanian tidak mengikut cara sistem konvensional yang ada sekarang ini. Kita mesti mengubah cara bercucuk-tanam yang ada sekarang ini dengan cara baru yang lebih sesuai untuk abad ke-21 kini. Kita tidak boleh lagi menerima sistem penanaman terkhusus atau sistem monokultur tetapi sistem integrasi yang fleksibel dalam memajukan industri tani disamping mempertimbangkan aspek pemuliharaan ekosistem setempat dan lebih mesra alam.

Tanah sawah padi dan kawasan berpaya terbiar tidak produktif ditukar struktur menjadi unit tanah yang terdiri dari binaan daik dan terusan. Di kawasan berdaik boleh dijadikan kawasan penanaman kekal seperti getah atau kelapa sawit selain untuk aktiviti tani biasa seperti kebun buahan-buahan. Kawasan terusan boleh dijalankan penternakan air tawar atau penanaman rumput paya. Kaedah terusan-daik sesuai digunakan kerana dapat mengelakkan kebakaran gambut disamping dapat memelihara ekosistem fauna flora air setempat dan menjadi ‘reservoir’ air negara.

Tanah pertanian yang terlindung dari kesan banjir perlu dipecahkan kepada petak-petak tanah yang lebih kecil untuk memudahkan pengurusan. Saiz setiap petak tanah yang ideal adalah sekitar 2 hingga 5 ekar. Petak tanah ini dinamakan unit tanah berproduktiviti tinggi.

Di kawasan sempadan utama menganjur dari timur barat ditanam dengan spesies tanaman balak diselangi dengan pokok spesies belukar tempatan. Manakala di bahagian tepian tanah ditanam dengan tanaman kekal seperti getah atau kelapa sawit. Manakala tanah sempadan yang menganjur dari utara-selatan ditanam dengan tanaman kontan atau tanaman kekal yang bersaiz rendah.

Dan satu ruang tanah lapang dibiarkan berada di bahagian tengah boleh berfungsi untuk pelbagai kegunaan mengikut keperluan semasa. Unit tanah produktiviti tinggi mempunyai ciri-ciri unik tersebut kerana mempertimbangkan keseimbangan ekosistem asal dengan aktiviti komersial berbanding dengan sistem monokultur yang mudah kehilangan kesuburan tanah. Pendekatan lain boleh diambil-kira seperti penanaman organik yang mesra alam.

Ruang tanah lapang di setiap unit tanah produktiviti tinggi boleh digunakan untuk penanaman jangka pendek seperti sayur-sayuran, pokok kontan ( nenas, betik,pisang ), kekacang, bijirin, padi huma atau hanya sebagai padang rumput sahaja. Malah padi sawah juga boleh ditanam di tanah kering ini dengan menggunakan kaedah penyiraman basah oleh sistem irrigasi pancuran mekanikal setiap hari di lewat petang atau awal pagi. Musim penanaman diselangi dengan penanaman tanaman bijirin yang lain seperti sekoi dan betari. Kedua jenis bijirin tropika ini amat sesuai untuk diproses dijadikan bijirin makanan ternak yang amat murah dan berkhasiat untuk kegunaan penternakan ayam-itik.

Untuk tanah yang bercerun curam atau berbukit, penamanan monokultur juga tidak digalakkan tetapi hendaklah berkonsepkan integrasi antara tanaman komersial, pokok balak dan tanaman herba. Penanaman secara integrasi dapat mengurangkan hakisan tanah di kawasan bercerun. Tanah pantai yang berpasir sesuai untuk penanaman pokok kelapa dan gelam. Kedua tanaman ini adalah sumber bunga untuk penternakan lebah. Di samping itu, penanaman pokok biomass seperti buluh dan akasia boleh juga dijalankan secara giat di kawasan ini. Pokok sumber biomass boleh digunakan untuk menjana kuasa elektrik yang murah dengan kaedah insinerasi.

Bagi penternakan ruminan seperti lembu, kerbau, kambing dan bebiri, sumber makanan seperti daun kelapa sawit yang diracik halus oleh mesin boleh dijadikan menu utama makanan harian. Maka itu, para pekebun kecil perlu mendapat akses memperolehi dengan mudah mesin tersebut.

Di samping mempraktikkan cara pertanian berparadigma baru, setiap desa yang terlibat dengan industri tani perlu mudah mendapat akses jentera pertanian seperti trak pengangkut, traktor pembajak, jentolak dan jentuai bijirin. Setiap desa seharusnya unit kejuruteraan sendiri yang boleh membaiki jentera yang rosak, golongan belia yang berkemahiran dalam bidang mekanik perlu diberi sokongan modal untuk mendirikan bengkel sendiri. Pendek kata, perusahaan tani di peringkat akar umbi diuruskan bagai sebuah syarikat swasta.

Diharapkan beberapa langkah cara bertanam berparadigma baru boleh dipraktikkan seberapa segera dan dapat melonjakkan industri tani negara ke tahap baru.


-Mohd Zamri Muda, Bukit Payong, Marang.<

Maklumat;
I.c. no. : 740102-11-6391
No. tel : 019 902 50 15
Alamat : Lot 1727, Jalan Rawai-Pasir Tinggi,
Kg. Padang Pak Wan, Bukit Payung,
21400 Marang, Terengganu.
tarikh : 16 okt 2007
Rujukan web : www.geocities.com/ramzamuda

1





Buruh asing

Saudara pengarang,

Per : Mengantikan pekerja asing sedia ada dengan tenaga kerja dari
rantau nusantara utara

Isu pengunaan tenaga kerja asing di Malaysia sudah berlarutan hampir
dua dekad. Jika diawal fenomena ini, penggunaan tenaga asing dari tanah
seberang begitu berluasa sekali. Kemudian di awal tahun 1990an,
pengunaan tenaga asing daripada benua kecil India mula diamalkan oleh para
majikan Malaysia. Sememangnya desakan pembangunan infrastruktur akibat
lonjakan besar pertumbuhan ekonomi negara merupakan faktor utama dasar ini
terpaksa dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Dan kini, negara kita memasuki fasa pembangunan berganda apabila
koridor-koridor pembangunan diperkenal dan diwujudkan oleh pihak kerajaan.
Semestinya pembangunan infrastruktur sebegini masih memerlukan penggunaan
tenaga asing sepertimana sebelum ini. Sekali lagi kita mengulangi
benda yang sama tanpa sebarang perubahan cara perlaksanaan pembinaan
infrastruktur memandang negara kita sudah pun mencapai tahap pra-negara maju.
Kerajaan perlu berbuat sesuatu untuk tidak lagi menggunakan
kaedah-kaedah dunia ketiga tetapi perlu melihat kaedah-kaedah yang dilaksakan
oleh negara sudah maju seperti Jepun, negara Scandinavia, Jerman atau
Peranchis.

Di satu sudut lain pula, penggunaan tenaga asing yang berbeza budaya
juga mendatangkan kesan sampingan yang bukan sedikit. Kita semua sudah
sedia maklum perihal gelagat pekerja asing dari tanah seberang atau dari
benua kecil India ini disegi keselamatan harta benda dan sosial. Dan
sekarang sudah sepatutnya kita perlu beralih angin mencari pilihan tenaga
kerja yang lain pula.

Sekiranya kita masih tidak dapat mencari formula yang sesuai pengunaan
tenaga kerja tempatan dengan sepenuhnya dan masih perlu mengimport
tenaga kerja asing, maka pilihan yang terbaik adalah sumber tenaga kerja
daripada wilayah nusantara utara iaitu orang Melayu Patani di Selatan
Thai, Selatan Vietnam - Kemboja [ Melayu Khmer/Campa ] dan Selatan
Filipina [ Melayu Mindanao ].

Kita sedia maklum bahawa etnik Melayu hidup daif di kawasan-kawasan ini
memerlukan suntikan ekonomi, memberi mereka peluang bekerja di
Malaysia adalah satu cara yang termampu yang boleh kita lakukan untuk membantu
mereka meningkatkan taraf hidup mereka.

Selain itu, budaya etnik Melayu di kawasan ini lebih mirip dengan
Melayu Malaysia. Budaya Melayu Patani dan Campa / Khmer lebih mirip kepada
orang Kelantan manakala etnik Melayu Mindanao mempunyai persamaan dengan
Melayu Sabah. Lagipun etnik Melayu di kawasan tersebut amat
menghormati kita kerana jatidiri mereka lebih dekat dengan kita dimana empayar
Melayu Melaka pernah menaungi tempat-tempat ini atau sekurang-kurangnya
pernah menjadi kerajaan bersekutu di zaman silam.

Oleh : Ramzamuda, Bukit Payung, Marang.

Maklumat penuh;
Mohd. Zamri Bin Muda
740102-11-6391
Alamat : Lot 1727 Kg.Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang.

E-mel : ramzamuda@yahoo.com
Tarikh : 12 - 11 - 2007

1





mula
Cctv webcam

Saudara pengarang,

Per : Penggunaan CCTV untuk Pengawasan Peti Undi dan Pilihanraya

Pertama sekali diucapkan seribu tahniah kepada Badan SPR kerana akan
melaksanakan dua langkah pertama yang akan menunjukkan ketelusan tinggi
perjalanan pilihanraya umum yang akan datang iaitu penggunaan penanda
dakwat india dan juga penggunaan peti undi lutsinar.

Dua langkah ulung ini akan menamatkan tradisi pilihanraya warisan
British kita yang amalkan ssmenjak sebelum merdeka lagi. Sudah pastinya
langkah pertama ketelusan tinggi pilihanraya ini akan disusuli oleh
beberapa langkah sesuai lain yang akan dilaksanakan untuk tahun-tahun yang
mendatang.

Memandangkan demam pilihanraya semakin hampir, suara-suara sumbang
masih lagi kedengaran mempertikaikan ketelusan pilihanraya kita dikala
negeri Kelantan masih lagi dikuasai oleh pembangkang semenjak tahun 1990
dan Terengganu pernah ditawan pembangkang untuk tempoh 1999-2004. Jadi
apakah lagi jenis ketelusan yang diinginkan oleh mereka yang berkenaan.

Gimik-gimik politik murahan dicanang di sana-sini disokong pula oleh
media Barat yang sentiasa 'menangguk di air yang keruh' dengan segala apa
yang berlaku di tanahair kita ini. Maka itu saya ingin mencadangkan
gelombang baru yang lebih hebat untuk menjadikan sistem pilihanraya
negara kita mencatat rekod menjadi paling telus di dunia iaitu dengan
mewajibkan penggunaan CCTV bagi mengawasi perjalanan pengundian dan
keselamatan peti undi.

Penggunaan CCTV pada masa kini tidak lagi membebankan kerana peralatan
digital yang sedia ada di pasaran boleh digunakan. Untuk tujuan
tersebut, cuma beberapa biji web-kam diperlukan untuk merakam manakala
rakaman secara digital boleh dipindah kepada komputer PC untuk tujuan rekod
dan juga rakaman langsung (streaming) melalui internet menggunakan
talian jalur-lebar streamyx yang boleh diakses oleh orang awam.

Pengawasan sistem CTTV ini melibatkan proses pengundian yang dijalankan
di sebelah siang manakala keselamatan peti undi sebelum penggiraan
undi dijalankan di waktu malamnya. Terima kasih kerana penggunaan peti
undi yang lutsinar memudahkan lagi pengawasan dijalankan maka itu
diharapkan tidak ada lagi permainan 'magik' atau 'silapmata' dijalankan. Untuk
meneluskan lagi rakaman CCTV tersebut maka setiap peti undi ditemankan
dengan jam digital yang mempunyai paparan saat atau ruang bilik
pengundian / bilik simpanan mempunyai paparan jam analog yang mempunyai jarum
saat.

Untuk masa yang mendatang pula, ketelusan pilihanraya boleh
dipertingkatkan lagi dengan penggunaan kad pengenalan ber-cip radio yang hanya
perlu diimbas tanpa sentuh dan tidak lagi menggunakan cip imbas sentuh
seperti mana sekarang yang amat mudah berkarat dan rosak. Sistem
pengenalan diri ini boleh diintegrasi dengan rakaman CCTV dimana paparan
maklumat identiti pengundi yang relevan seperti nama, jantina, umur dan lokasi
tempat tinggal disertakan di dalam video pengawasan untuk tujuan rekod
rasmi. Maka sebarang penyelewengan boleh disiasat dengan secara begitu
terperinci sekali.

Jika langkah ini boleh laksanakan untuk terdekat ini, pastilah terkedu
dan terpaku anasir-anasir luar yang begitu mempertikaikan tentang
ketelusan pilihanraya kita. Jika tidak, jadikanlah ianya satu iltizam baru
SPR untuk dilaksanakan bagi edisi Pilihanraya 2012/2013 nanti.

Oleh : Ramzam Muda, Marang, Terengganu.

Maklumat peribadi;
Nama : Mohd. Zamri Muda
I.c : 740102-11-6391
Alamat : 1727 Kg. Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu.
No. Tel. : 019 902 50 15
Sila lawat webpage www.geocities.com/ramzamuda Untuk keterangan lanjut
Tarikh : 17 - 11 - 2007








Proton-tugas

Saudara pengarang,

Per : Tugas besar menanti Proton

Terlebih dahalu diucapkan ribuan terima kasih kepada pihak kerajaan kerana masih memberi peluang lagi kepada Syarikat Proton untuk memulihkan sendiri dalam perniagaan dan perusahaannya. Peluang ini sepatutnya digunakan sebaik mungkin oleh pihak pengurusan Proton untuk bermuhasabah diri untuk mencari kelemahan dan kekuatan yang ada pada Proton. Pandangan dan pendapat dari pelbagai pihak seperti para pengedar kereta, pemegang saham, pelanggan, pembekal komponen dan pekerja bawahan perlu diambil perhatian wajar untuk menentukan hala tuju syarikat.

Potensi sebenar Proton adalah amat besar kerana Proton sudah mempunyai pakej lengkap sebagai pembuat kereta berdikari iaitu pembekal teknologi dan penyelidikan daripada Lotus manakala ribuan vendor pembekal yang dipayungi oleh Proton menyediakan alat komponen dan alat ganti. Jika Proton mengabaikan pasaran negara maju, Proton sebenarnya masih mampu menguasai pasaran dua pertiga populasi dunia dengan hanya menumpu pasaran negara China, India, negara Teluk, Afrika, Amerika Selatan dan Kepulauan Pasifik. Kekuatan yang ada pada Proton bukan hanya pada kereta tetapi penjualan alat ganti yang dihasilkan oleh para vendornya di Malaysia dan servis selepas jualan.

Selain daripada mengeluarkan model-model baru kereta untuk kegunaan eksekutif, model-model lama seharusnya tidak dilupakan terus. Sewajarnya model-model lama itu terus diperhidupkan dengan perubahan kosmetik yang bersesuaian dan ditumpukan untuk pasaran mampu-milik rakyat Malaysia golongan pertengahan. Seharusnya perubahan kosmetik setiap varian kereta berlaku setiap 3 atau 4 tahun dan bukannya melebihi 10 tahun untuk mengelakkan sindrom jemu dan ketinggalan zaman oleh pembeli kereta. Selain daripada itu, perubahan kosmetik terkini sesuatu model memberikan rasa kebanggaan kepada pengguna kereta lama. Sebagai contoh mudah, katakan model Waja diiktiraf sebagai model Saga generasi ketiga selepas Saga dan Iswara atau Persona sebagai generasi kedua model Wira. Tetapi penghasilan model baru dipisahkan dari kesinambungan model lama menyebabkan Proton telah melepaskan segmen pasaran kereta mampu-milik. Model-model lama yang masih diguna pelanggan Proton juga perlu disediakan assesori kosmetik yang menepati selera semasa seperti mana model kereta mini dan beatle lama.

Selain daripada itu, Proton perlulah prihatin dan proaktif menjalankan penyelidikan penggunaan bahanapi baru dan jenis enjin yang sesuai untuk tujuan itu. Jika tidak mengadakan R&D sendiri, Proton masih boleh berbuat demikian dengan hanya menaja penyelidikan yang dibuat di universiti tempatan.

Dikala kerajaan kita begitu proaktif dalam soal penggunaan tenaga alternatif kenderaan seperti NGV dan biodiesel, tidak ada satupun keluaran edisi terhad atau sekurang-kurangnya satu prototaip dikeluarkan khas untuk tujuan tersebut. Ianya suatu perkara yang amat menyedihkan dan menampakan ketidak-prihatinan Proton melabur untuk masa hadapan.

Begitulah serba sedikit perkara-perkara penting yang perlu diambil-kira oleh pihak Proton untuk terus maju ke masa hadapan. Sebenarnya tugas besar menanti Proton untuk menjadi gah di mata dunia.

Oleh : Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.

Maklumat Peribadi;
Mohd. Zamri Muda
740102-11-6391
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan, Kg.Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang.
Tarikh : 23 Nov 2007
E-mel : ramzamuda@yahoo.com
Laman web:
www.geocities.com/ramzamuda
Artikel ini ditulis untuk menyokong merelevankan keputusan kerajaan mengekalkan proton tanpa rakan asing. Kegagalan proton menerajui pasaran disebabkan lebih tumpuan kepada pengeluar kereta premium dan bukannya sebagai pengeluar kereta rakyat mampu milik seperti mana aspirasi asal penubuhannya.





Saudara pengarang,

Kita perlu merencanakan semula jenis-jenis subsidi kepada rakyat

Kita sekarang menghadapi fenomena gelombang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang tidak ada kesudahan semenjak kebelakangan ini. Kenaikan harga tersebut dikatakan ''disebabkan'' oleh harga kos pengangkutan dikala harga petroleum melambung di pasaran antarabangsa tetapi apakah semua barang tersebut akan diturunkan semula jika harga minyak jatuh semula keparas normal iaitu separuh harga sekarang. Jawapannya pasti sama sekali tidak, apatah lagi disaat kenaikan gaji pekerja kerajaan semenjak pertengahan tahun lepas.

Diharapkan kenaikan gaji menyeluruh kakitangan awam tidak lagi dibenarkan berlaku semata-mata untuk menangani kos sara hidup kerana sudah menjadi rasmi, apabila berlaku kenaikan gaji harga barang keperluan dan perkhidmatan pun turut naik. Strategi yang sepatutnya diguna pakai di alaf baru adalah penurunan menyeluruh kos sara hidup rakyat dari segenap segi penghidupan rakyat seharian dan pemberian subsidi tersebut tidak dapat diseludup keluar kerana tidak berbentuk produk kecil yang boleh diseludup. Maka itu kita memerlukan strategi berparadigma baru untuk menangani permasalahan tersebut.

Strategi penurunan kos sara hidup rakyat tidak lagi perlu lagi melibatkan nilai subsidi harga barang-barang tertentu dan bahanapi tetapi pemberian subsidi yang baru menumpu perhatian kepada penurunan kos-kos lain yang perlu ditanggung oleh rakyat jelata. Kaedah penurunan kos sara hidup diberikan secara terus kepada rakyat jelata secara penilaian penggunaan perkapita dan bayaran insentif pengeluaran kepada pengeluar produk tempatan.

Maka itu, penetapan harga kawalan dan subsidi terhadap produk gula, tepung gandum, minyak masak, bawang, ayam dan bahanapi kenderaan dilupuskan dan mengikut harga pasaran dunia atau setidak-tidaknya lebih mahal 5 sen atau 10 sen daripada harga maksimum negara jiran tetangga [ seperti Indonesia, Thailand dan Fillipina ]. Ini akan memberhentikan segala bentuk penyeludupan keluar barangan tempatan ke negara jiran secara total. Oleh kerana kerajaan tidak perlu lagi menanggung subsidi ( terutama subsidi bahanapi ) maka kerajaan mempunyai peruntukan lebihan tanpa subsidi kira-kira RM 15 billion setahun yang boleh disalurkan kepada pemberian subsidi lain.

Kelayakan untuk menerima pemberian subsidi ditentukan oleh pendapatan bulanan individu atau gabungan pendapatan isirumah dan bilangan tanggungan seseorang atau sebuah isirumah. Katakan sebuah isirumah yang ideal itu mempunyai si suami yang mempunyai gaji bulanan minima sebanyak RM 600 dengan si isteri yang tidak bekerja dan mempunyai dua anak maka pendapatan perkapita isirumah tersebut adalah RM 600 bahagi 4 iaitu RM 150, jika ada keluarga yang mempunyai pendapatan perkapita lebih rendah daripada ini, keluarga ini layak dikategori keluarga termiskin. Maka itu, pendapatan perkapita isirumah pada aras RM 150 sebulan per individu diambil-kira dalam pelbagai bentuk subsidi yang akan dibentangkan di bawah.

Bentuk-bentuk jenis subsidi baru yang boleh dilaksanakan ;

1- Pembayaran cukai jalan, lesen dan insurans yang amat rendah [ untuk mengimbangi harga bahanapi yang mengikut harga pasaran dunia ].

2- Kadar bayaran bil air dan elektrik yang rendah berdasarkan pengunaan perkapita isirumah, jika guna kurang - isirumah hanya perlu membayar kadar separuh dari kadar biasa. Jika guna lebih - isirumah perlu membayar pada kadar biasa.

3- Pemberian kupon makanan percuma kanak-kanak sekolah terutama daripada keluarga yang mempunyai pendapatan perkapita kurang daripada RM 250.

4- Bekalan susu tepung dan buah-buahan segar secara percuma di sekolah, semua kanak-kanak warga negara Malaysia berhak menerimanya.

5- Semua rakyat Malaysia berhak menerima subsidi tambang bas sekolah, bas awam dan perkhidmatan keretapi pada kadar separuh daripada sekarang dimana kerajaan membayar balik lebihan kos dengan pemberian insentif perkhidmatan pengangkutan yang bersesuaian kepada penyedia perkhidmatan berdasarkan bilangan pengguna dan jarak perjalanan.

6- Subsidi harga bahan makanan yang perlu dikekalkan dan diturunkan adalah beras ( makanan ruji ) dan sumber tenusu ( makanan minda ) keluaran tempatan, diharapkan beras gred biasa dapat dibeli pada harga lingkungan 80 sen hingga RM 1.20 sekilogram manakala susu segar atau steril dapat dibeli pada kadar RM 1.50 seliter.

7- Bantuan makanan percuma secara terus kepada fakir miskin menerusi Baitumal, JKKK setempat atau jawatankuasa masjid setempat terutama keluarga yang mempunyai perdapatan perkapita kurang daripada RM 100 sebulan

8- Harga bahan bacaan yang murah seperti suratkhabar harian dan buku bacaan tempatan pada kadar separuh daripada sekarang, kos lebihan diserap melalui insentif percetakan atau penurunan kos bahan asas percetakan seperti kertas dan dakwat cetak. Insentif ini mengalakkan rakyat untuk membaca.

9- Bayaran insentif tahunan perternakan kepada penduduk kampung yang memelihara haiwan ternakan seperti contoh ganjaran RM 200 untuk setiap ekor kerbau, RM 100 untuk setiap ekor lembu dan RM 50 bagi setiap ekor kambing dengan syarat binatang tersebut masih hidup ketika pembayaran dibuat. Insentif ini memberi sedikit bantuan kepada penernak yang sabar menunggu ternakannya membesar.

10- Bayaran insentif ternak lembu tenusu tenusu pada kadar RM 350 setiap ekor setahun manakala kambing tenusu pada kadar RM 150 setiap ekor.

11- Bayaran insentif pengeluaran tenusu seperti 50 sen setiap liter susu dihasilkan. Bayaran diberikan terus kepada penternak.

12- Insentif pengeluaran ternakan air seperti ganjaran RM 1.50 setiap kilogram produk ternak-air tempatan.

13 - Bayaran insentif pemuliharaan alam sekitar seperti penanaman pokok hutan misalnya ganjaran RM 10 jika menanam satu batang pokok hutan dan ganjaran RM 2 jika pokok terus hidup setahun kemudian dan ganjaran itu diganda dua setiap 10 tahun pokok itu tumbuh sehingga pokok berumur 80 tahun. Insentif ini mengalakkan rakyat Malaysia untuk memelihara alam sekitar dan menanam lebih banyak pokok hutan demi masa depan.

14 - Insentif penamanan getah dan kelapa sawit juga diberikan kepada pekebun kecil tetapi pada kadar separuh bayaran insentif penanaman pokok hutan.

15- Insentif pengeluaran padi kepada penanam padi seperti RM 1 setiap kilogram padi dihasilkan dan insentif pemerosesan padi oleh para pengilang sebanyak 50 sen setiap kilogram beras dihasilkan. Maka itu harga pasaran beras boleh diturunkan lagi lalu menyekat penyeludupan masuk beras asing dan petani terus mempunyai motivasi untuk mengerjakan sawah [ penanaman padi merupakan salah satu perusahaan strategik negara ].

16 - Syarikat berkitan kerajaan iaitu SBK perlu melakukan pelaburan besar-besaran di negara Asia Tengah untuk pengeluaran bahan mentah import secara terus seperti jagung, gandum, kapas serta soya, pembiayaan landasan keretapi rentas Asia yang baru bagi memudahkan pengangkutan komoditi ke pelabuhan laut dan pengeluaran makanan ternak bijirin alternatif seperti .sekoi dan betari di benua Afrika.

17 - Harga bahan binaan rumah yang lebih murah seperti simen, kayu dan besi rangka. Insentif pemerosesan diberi terus kepada pengilang. Ini membolehkan rakyat Malaysia dapat membina rumah impian dengan kos lebih rendah dari sebelumnya. Manakala bahan tersebut yang berat dan besar sukar untuk dibawa seludup keluar

Senaraian tersebut hanyalah secebis daripada idea besar paradigma baru yang boleh kita lakukan tanpa sistem subsidi konvensional yang sedang diamalkan oleh negara kita selama ini. Strategi tersebut lebih menyeluruh meliputi segenap lapisan masyarakat tidak kira di kampung maupun di kota.

Oleh : Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.

Maklumat Peribadi;
Mohd. Zamri Muda
740102-11-6391
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan, Kg.Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang.
Tarikh : januari 2008
E-mel : ramzamuda@yahoo.com
Laman web:
www.geocities.com/ramzamuda




Saudara pengarang,

Elak Malaysia jadi negara boneka Barat

Akhir tahun 1999 Masehi merupakan satu titik hitam yang amat payah dilupakan oleh kita semua dimana negara kita hampir-hampir cuba dikuasai oleh pihak Barat melalui gerakan pihak-pihak tertentu yang bertompengkan nama demokrasi. Rakyat majoriti menjadi keliru, terkedu dan tertekan. Isu-isu semasa ketika itu berjaya diputerbelitkan memberi keuntungan berlipat-ganda kepada pihak yang lain pula. Apa yang amat ditakuti adalah 'menang sorak, kampung tergadai' tetapi mujurlah negara kita ketika itu telah pun menjalankan dasar-dasar fizikal yang kebal dari serangan penyangak ekonomi luar.

Manakala tahun 2004 kemudian pula membawa pengertian pemulihan semula keyakinan dikalangan rakyat majoriti dan kekukuhan ekonomi negara. Keyakinan rakyat kepada pemerintahan sedia-ada terus mantap walaupun sekali-sekala dilanda isu-isu remeh. Dikala negara lain dilanda peperangan, rusuhan, malapetaka alam dan ancaman bom, negara kita pula heboh berbicara pasal tidak cukup bekalan gula, tepung gandum dan minyak masak. Ini menunjukkan kita sebenarnya sudah mencapai tahap 'negara yang selesa' walaupun infrastruktur dan minda rakyat belum mencapai tahap negara maju.

Kita sebenarnya tidak mempunyai masa untuk memperjudikan nasib masa hadapan negara di tangan pihak tertentu kerana kita teramat kesuntukan masa untuk mencapai cita-cita menjadi negara maju pada tahun 2020. Apa sahaja isu dan polemik semasa boleh diselesaikan secara 'dalaman' iaitu melalui kritikan-kritikan positif yang membina atau secara pemesyuaratan diantara pelbagai pihak. Sememangnya kehidupan kita sebagai sebuah negara akan menghadapi pelbagai masalah dan rintangan semasa kerana peralihan masa, teknologi dan perubahan corak gaya kehidupan masyarakat kita.

Apa yang perlu ditekankan disini adalah nasib dan halatuju negara ditentukan oleh kita sendiri tanpa perlu pihak luar masuk campur atau kita hanya menjadi pak turut sahaja asalkan periuk nasi sendiri terbela manakala maruah dan jatidiri bangsa kita tergadai. Tidak kira daripada mana-mana kaum, kita adalah satu iaitu terdiri dari satu bangsa yang bernama Bangsa Asia. Maka corak demokrasi negara kita perlulah dibina dengan kerangka acuan budaya dan cara hidup kita sendiri bukannya mengikut momokan solekan kosmetik demokrasi negara Barat tertentu. Janganlah kita menjadi Pak Kaduk pergi bersabung ayam, menang sorak tapi kampung tergadai.

Oleh : Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.

Maklumat Peribadi;
Mohd. Zamri Muda
740102-11-6391
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan, Kg.Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang.
Tarikh : 11 Februari 2008
E-mel : ramzamuda@yahoo.com
Laman web:
www.geocities.com/ramzamuda




Hikmah disebalik keputusan Pilihanraya 2008

Hikmah pertama, menunjukkan SPR telus menjalankan tugasya tanpa perlu pengawasan antarabangsa malah tidak pun perlu prosedur dakwat India.

Hikmah yang kedua, pengajaran daripada keputusan rakyat sendiri tanggung untuk tempoh 4 tahun lagi. Rakyat di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor akan menjalani sendiri secara praktik.

Mempertimbangkan keputusan pilihanraya terkini, satu rumusan baru boleh diterjemahkan;

1- Kemerosotan sokongan rakyat kepada Gerakan menjunam, membolehkan UMNO untuk mengetuai sendiri kerajaan negeri Pulau Pinang dimasa akan datang dengan mengunakan alasan tersebut, berikan kerusi Parlimen yang banyak kepada Gerakan dan MCA, manakala kerusi Adun lebih kepada UMNO. Pemerintahan oleh orang Melayu sendiri amat diperlukan oleh rakyat Pulau Pinang setelah sekian lama Melayu Penang hidup "tertekan dan terpinggir" di tanahair sendiri. Berkemungkinan rakyat Melayu menyatakan undi protes kepada UMNO yang tidak membela nasib mereka.

2- Rakyat Kelantan kembali kepada sentimen selesa dibawah Pas sepertimana di tahun 1990 dan 1995, manakala bahan isu 1999 yang dimainkan dan berkumandang semula tidak diperangi habis-habisan diperingkat akar-umbi menyebabkan kehilangan sokongan atas pagar. Faktor politik pembangunan ekonomi tidak menarik perhatian rakyat Kelantan kerana mereka anggap pembangunan tetap datang di Kelantan walau di bawah PAS.

3- Kemenangan pembangkang di negeri Pulau Pinang, Perak dan Selangor terutamanya akan mengundang pada ekonomi yang amat dahsyat dimana berkemungkinan besar para pelabur langsung akan menarik pelaburan mereka jika mereka berasa tidak selesa dengan dasar-dasar kerajaan tempatan yang akan dilaksana kelak. Ini akan menyebabkan kilang-kilang ditutup secara besar-besaran kerana pelabur beralih arah ke negara lain. Dan ini akan mengakibatkan risiko pengangguran pekerja sehingga 2 juta orang dimana termasuklah juga rakyat Kelantan yang bekerja di pantai Barat. Gejala ini memberikan kesan domino yang amat ditunggu-tunggu dan diminta oleh oleh rakyat.

Strategi jangka masa panjang yang sesuai diambil oleh kerajaan BN untuk tempoh piliharaya akan datang;

1- Untuk menyelesaikan kemungkinan ruduman ekonomi akibat pelabur lari dan berlaku pengangguran yang teruk, biarkan ia berlaku untuk tempoh lebih satu tahun kemudian perkenalkan dasar pengambilan pekerja asing sifar dengan peruntukan undang-undang, kerajaan tidak patut lagi mengambil pendekatan kemakmuran ekonomi dijana oleh pelabur sebaliknya menekankan "siapa yang sanggup bekerja, dia dapat kerja".

2- Isu berkaitan tahun 1999 seharusnya ditangani dengan telus dengan mengunakan kebebasan media untuk menyelongkar apa-apa penyelewengan moral. Oleh kerana tiada lagi kes mahkamah berkaitan dengan Anwar, pihak media perlu mengunakan kebebasan suara media untuk menyelongkar apa-apa penyelewengan atau cerita dibelakang tabir berkaitan isu tersebut , maka perlu dilakukan "Mahkamah Media" begitu juga dengan Kes Video Hakim ( jika ia tidak benar ) perlu diselongkar siasat secara bebas oleh media setelah tiada lagi kes dibicarakan oleh suruhanjaya.

3- Sokongan mendadak daripada pengundi atas pagar kerana terlalu banyak bahan kempen "cakap kedai kopi" dan kempen individu ke individu yang menyalahkan pihak kerajaan manakala pihak kerajaan hanya menjawab hanya melalui hebahan media, tiada lagi serangan balas secara peringkat akar-umbi mewakili pihak kerajaan.

4- Memanggil balik khidmat dua bekas Menteri Besar yang "jatuh" berkemungkinan dijatuhkan oleh "konspirasi" Anwar iaitu Tans Sri Muhd Taid dan A.Rahim Thamby Chik untuk bersama mengempur (memasukkan dalam kabinet).

5- Memanggil tokoh tidak dicalonkan seperti Datuk Mashitah ( Kedah ) dan Datuk Abdul Rahman ( Terengganu ) untuk berkhidmat dalam kabinet sebagai menteri.

6- Bagi Kelantan, kerajaan tidak perlu lagi menggunakan pendekatan politik pembangunan tetapi gerak-gempur secara akar-umbi menjawab setiap isu yang diungkit oleh pembangkang. Gunakan calon yang popular dan ada kekuatan pendidikan agama dan agenda pembangunan berteraskan pendidikan agama.

7- Perlantikan calon-calon wakili BN untuk dua pilihanraya akan datang perlulah berdasarkan populariti dikalangan anak daerah atau mukim, ini untuk memancing undi sebanyak mungkin undi rakyat dan juga untuk pemulihan semula kekuasaan BN semaksimum mungkin. Tiada lagi eksperimen!!

8- Aspek mengenal sejarah juga penting kerana ia sudah tidak relevan di mata rakyat bandar kerana dibuai keselesaan hidup maka subjek Sejarah Malaysia perlu dijadikan agenda wajib dalam pengajaran peringkat tinggi di IPT dan peperiksaan awam. Disamping itu, pendedahan secara media terbuka juga perlu diakan mengenai latar belakang perjalanan politik negara terutama di kaca TV. Manakala setiap filem dan telefilem perlu menyelitkan unsur patriotik sepertimana Amerika terhadap produk filemnya.

Ramzamuda 2pm 09-03-2008


Tambahan pemikiran....

- Kemasukkan UMNO menguasai kerajaan negeri Pulau Pinang dilakukan di atas alasan ia adalah kaedah menang-menang dimana kekuasaan sementara 10 tahun Umno bagi membolehkan pembangunan semula orang Melayu Penang selepas itu barulah diberi semula ke parti komponen BN lain.

- Perlantikan tugas sebagai menteri tidak laagi ditentukan oleh kedudukan sebagai YB Parlimen tetapi lebih diutamakan kerajinan bekerja untuk negara. Maka berkemungkinan 25% daripada kabinet terdiri daripada individu yang dipilih untuk bekerja keras menjayakan matlamat kerajaan.

- Pemberian kontrak projek mega hendaklah teelus di mata pandangan rakyat daripada sindron kronisme dan nepotisme, sekiranya ada kaum keluarga menteri yang terlibat dalam bisnes tersebut hendaklah mereka mencari kontrak ke luar negara atau kontrak swasta yang tidak melibatkan kerajaan negeri atau pusat.

- Pendekatan "Mahkamah Media" atau "Penyiasaatan Media" perlu diberi penekanan untuk menangani isu-isu skandal yang masih sehingga kini belum terjawab atau menjadi teka-teki rakyat, pendekatan menyerang semberono tidak sesuai tetapi pendekatan pembuktian fakta secara video-audio, foto gambar sahih, transkrip ucapan penuh dan penyataan saksi yang benar.


- Faktor terlalu "selesa" hidup di Malaysia menyebabkan ramai yang sudah tidak patriotik kerana pengundi atas pagar lebih mempercayai dakyah omongan pembangkang, "pembetulan ekonomi" yang diramalkan akan berlaku melanda Penang, Perak dan Selangor akan memberikan pengajaran sepadan dengan akibat pilihan mereka sendiri.

- Pembetulan ekonomi yang paling dekat berlaaku adalah kejatuhan indeks pasaran saham, KLCI akan menurun dan stabil sekitar 300 mata sahaja dalam tempoh beberapa minggu pertama kemudian untuk tempoh dua tahun kemudian, pelabur langsung pula akan mulai menarik pelaburan mereka maka akan banyaklah kilang-kilang akan ditutup.

catatan 10-03-2008 10pm




Saudara pengarang,

Malaysia perlu melancarkan Pelan Kecemasan Pengeluaran Padi Negara

Kenaikan harga beras dunia yang naik secara mendadak dan berkemungkinan akan terus menunjukkan kenaikan lagi jika harga petroleum dunia terus melonjak naik. Suasana harga pasaran semasa petroleum kini berlegar sekitar USD 100 bagi setong dan apa yang amat membimbangkan kita adalah kenaikan harga petroleum sekitar USD 100 hingga USD 150 setong malah lebih daripada itu. Bukan setakat harga pasaran beras malah harga komoditi makanan lainnya seperti gandum, soya dan jagung. Keadaan ini pastinya akan menyebabkan inflasi terutama kepada negara Asia Timur yang menjadikan beras sebagai makanan ruji kerana sebahagian daripada negara tersebut bergantung kepada beras import yang murah. Dan kini, negara pengeluar utama beras mula mengehadkan pengaliran beras eksport mereka untuk mengimbangkan kuantiti beras kegunaan sara diri mereka.

Kita bertuah kerana pengeluaran sara-diri beras negara sudah mencapai ke tahap 70% keperluan negara. Malaysia amat bernasib baik kerana telahpun menjalankan dasar-dasar penanaman padi yang positif terutamanya sejak 5 tahun kebelakangan ini walaupun penanaman padi secara giat hanya dijalankan di kawasan tertentu sahaja. Tetapi tahap penggunaan beras tempatan menyebabkan stok simpanan beras negara hanya boleh bertahan kurang daripada dua bulan. Walaupun kita tidak menghadapi masalah segetir negara Filipina yang tidak langsung dapat menjamin perolehan bekalan beras ke tahap meyakinkan kepada rakyatnya, kita tidak boleh berasa selamat kerana ketidaktentuan harga minyak dunia di masa hadapan. Seharusnya kita perlu merangka pelan kecemasan khas untuk menjamin bekalan beras negara sekiranya situasi bekalan beras dunia terus meruncing.

Maka itu saya ingin mencadangkan negara kita agar segera merangka pelan kecemasan pengeluaran padi negara yang perlu menumpukan kepada dua strategi utama iaitu pengeluaran di kawasan penanaman padi tidak aktif dan penanaman padi alternatif secara kering. Strategi yang pertama iaitu pengeluaran padi di kawasan penanaman padi secara tradisional yang kini tidak lagi aktif terutamanya di kawasan -kawasan kampung yang tidak mempunyai sisttem pengairan dan hanya mengharapkan bekalan air banjir di musim hujan. Sememangnya penanaman padi di kawasan ini tidak lagi aktif kerana saiz bendang amat kecil ( akibat pembahagian harta pusaka ) dan kos tidak lagi praktikal untuk dilakukan secara persendirian. Justeru itu, pertubuhan petani peringkat kampung atau daerah perlu menyatu dan mengusahakannya secara pengurusan bersepadu atau lebih dikenali sebagai konsep berkelompok. Pemilik tanah asal mendapat perolehan mengikut keluasan bendang mereka setelah ditolak semua kos pengurusan.

Strategi kedua penanaman padi adalah penggunaan jenis padi alternatif iaitu jenis padi bukit atau lebih dikenali sebagai padi huma. Padi bukit merupakan tanaman bijirin asli Asia Tenggara dimana mempunyai sejarah pembiak-bakaan selama 2 ribu tahun. Kelemahan utama baka ini adalah tempoh penanamannya mencecah sehingga 6 bulan dan penghasilan bijirin pada kadar separuh daripada padi baka komersial.Kita sebenarnya tidak tahu kemampuan sebenar baka padi ini kerana ia ditanam dikawasan tanah masam yang bernutrien rendah dan hanya bergantung kelembapan daripada air hujan sahaja. Buat masa kini tidak ada satu pun penghasilan baka komersial dari jenis padi bukit walhal baka ini menjanjikan beberapa kelebihan iaitu sebagai makanan kesihatan ( kandungan anti-oksidan tinggi ), bijirin organik ( untuk pasaran negara maju ) dan tanaman bijirin masa depan yang menjimat penggunaan air.

Penanaman padi bukit secara besar-besaran boleh diaplikasikan dengan sistem penyiraman air mekanikal, penggunaan baja kimia dan perawatan tanah masam dengan menggunakan kapur pertanian. Berkemungkinan penghasilan bijirin boleh mencapai ke tahap 70% pengeluaran padi biasa. Penanaman padi bukit secara komersial mampu menjimatkan penggunaan air di tahap 25% ( anggaran kasar ) berbanding dengan padi biasa. Selain itu, penanaman padi baka alternatif ini membuka satu dimensi baru penanaman padi dimana kita boleh menanam padi di kawasan tanah-tanah terbiar yang tidak mempunyai sistem saliran untuk penanaman padi biasa atau di kawasan sawah bendang biasa di musim kemarau. Jika kita mengambil-kira keluasan kawasan penanaman semula atau kawasan baru ditanam kelapa sawit dan getah ( mungkin sekitar 10% dari keluasan getah dan kelapa sawit ), potensi pengeluaran padi bukit di kawasan ini adalah amat besar memungkinkan kita mampu mencapai tahap sara diri melebihi 100%.


Oleh : Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.

Maklumat Peribadi;
Mohd. Zamri Muda
740102-11-6391
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan, Kg.Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang.
Tarikh : 05-04-2008 11.30pm
E-mel : ramzamuda@yahoo.com
Laman web:
www.geocities.com/ramzamuda




Saudara pengarang,

Fenomena kenaikan harga minyak yang terlalu membebankan penduduk dunia termasuklah kebanyakan rakyat di negara kita mengheret seluruh dunia ke arah merudumnya ekonomi sejagat kerana kenaikan harga minyak bermakna kenaikan kos semua perkara dalam kehidupan manusia.

Kenaikan kos sejagat dan penurunan kadar pengeluaran makanan dunia akibat cuaca dunia yang tidak menentu menambahkan lagi ketidakstabilan ekonomi dunia kerana harga makanan asas telah meningkat berkali-ganda mencetuskan inflasi yang tidak boleh dielakkan lagi.

Maka itu pengurangan kebergantungan kepada sumber tenaga minyak sedang hangat diperdebatkan dimana tenaga nuklear adalah diantara yang dipertimbangkan. Penghasilan elektrik daripada tenaga nuklear sememangnya bersih tetapi terdapat risiko tinggi yang perlu ditanggung iaitu risiko kebocoran radioaktif dan sekiranya berlaku pengulangan ''Peristiwa Chernobyl'', kesan liputan pencemaran adalah bersaiz Asia Tenggara ini dan akan mengambil masa setengah abad untuk pulih sepenuhnya. Disamping itu kos bahan mentah seauns adalah lebih mahal dari emas atau berlian manakala kos pembinaan loji tenaga juga amat tinggi dan mengambil masa yang lama untuk dibina. Bahan mentah uranium juga agak terhad dan amat sukar diperolehi. Dianggarkan sumber tenaga nuklear hanya bertahan kurang 50 tahun sahaja sekiranya semua sumber mentahnya digunakan semua negara dunia. Tenaga nuklear lebih diperlukan untuk tujuan penyelidikan dan perlu disimpan untuk kegunaan masa
hadapan ( untuk pengembaraan angkasa lepas atau sebagai pertahanan bumi dimana boleh diguna untuk melindungi daripada ancaman luar jangka hentaman asteroid atau komet ).

Namun begitu terdapat sumber tenaga lain yang lebih praktikal untuk negara kita yang beriklim tropika ini iaitu sumber tenaga biomass. Tenaga biomass adalah sumber tenaga yang tertua yang pernah manusia ketahui. Penemuan penggunaan api daripada pembakaran kayu untuk memasak makanan membezakan manusia dengan makhluk tuhan yang lain di muka bumi.

Sumber tenaga biomass juga amat mudah diperolehi disamping ia adalah sumber yang murah dan sentiasa diperolehi. Jika kita mengungkitkan tentang pencemaran akibat pengunaan bahan bakar biomass, pada hakikatnya keseimbangan karbon dioksida adalah sifar kerana setiap gas karbon dioksida dihasil diserap-semula oleh tanaman biomass. Manakala pembakaran biomass adalah semulajadi, bebas dioksin dan tiada bahan CFC.

Sumber bahan biomass yang sedia ada di negara kita contohnya adalah sampah organik bandaran ( mestilah bebas daripada bahan plastik dan getah terubah-suai ) , jerami padi, sisa kilang kelapa sawit, sisa ladang getah dan ladang kelapa sawit.

Kaedah penghasilan elektrik daripada tenaga biomass boleh disepadukan dengan operasi insinerator seperti mana yang banyak terdapat di negara Jepun. Malah industri tenaga biomass boleh mengembangkan industri sampingan yang lain seperti aktiviti penanaman ladang biomass dan aktiviti pengasingan sampah. Penggunaan sumber biomass secara komersial akan menambah kualiti alam sekitar kerana penanaman pokok biomass yang lebih banyak akan menyerap lebih banyak gas karbon dioksida.

Penanaman pokok sumber biomass boleh dibuat di kawasan tanah terbiar, tepian jalanraya dan kawasan pantai terbiar. Manakala jenis pokok sumber biomass cepat tumbuh yang sesuai ditanam adalah seperti beberapa spesies buluh, rhu , akasia mangium malah rumput lalang pun boleh digunakan.

Model ujian loji tenaga biomass secara kecil-kecilan boleh dilaksanakan seberapa segera dengan berpandukan teknologi dari Jepun sebelum dinaiktaraf kepada loji yang lebih besar apabila kita lebih berpengalaman.

Penguasaan teknologi biomass juga membolehkan kita mengeksport semula kepakaran teknologi tersebut ke negara-negara membangun yang lain. Teknologi tenaga biomass jika dilaksanakan secara besar-besaran di peringkat global akan turut menyumbang keseimbangan alam sekitar yang lebih baik. Ia juga menjanjikan masa depan planet bumi yang lebih aman, makmur dan bahagia.
Oleh : Mohd Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.

Maklumat tambahan;
No. I/c : 740102-11-6391
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan, Kg. Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang.
Laman web : www.geocities.com/ramzamuda

Tarikh : 24-07-2008 12.50pm





Turunkan kadar faedah pinjaman perumahan rangsang ekonomi

Saudara pengarang,

Kelembapan ekonomi dunia yang terjadi akibat kesan langsung kenaikan harga minyak begitu dapat dirasai oleh kita semua, setiap orang kini perlu berfikir panjang untuk berbelanja terutamanya mereka yang sudah mendirikan rumah-tangga dan sudah mempunyai beberapa orang anak. Bebanan hidup yang semakin bertambah walaupun kini sudah menjadi kebiasaan pasangan suami-isteri bekerja menyebabkan ramai daripada mereka kini tidak boleh lagi menyimpan hasrat untuk mempunyai rumah sendiri atau memakai kenderaan yang lebih selesa.

Maka itu, penurunan kadar faedah pinjaman perumahan diharapkan dapat mengurangkan beban kepada bakal pembeli dan seterusnya dapat menarik minat lebih ramai orang untuk membeli hartanah dikala pasaran kurang menarik minat kini.

Insentif pengurangan kadar faedah pinjaman perumahan untuk rumah baru buat atau rumah sudah siap dicadangkan pada sekitar purata di bawah 6% dan juga dicadangkan dilakukan kelonggaran pemanjangan tempoh bayar balik 25 tahun hingga 40 tahun, dimana pembayaran boleh diambil-alih oleh keluarga terdekat seperti anak atau cucu atau mengikut pembahagian harta pusaka.

Diharapkan cadangan-cadangan ini dapat dipertimbangkan dilaksanakan dengan seberapa segera mungkin dapat juga merangsang pengembangan ekonomi negara secara positif dimana lebih ramai rakyat mampu membuat pinjaman perumahan.

Kadar faedah yang tinggi sekarang ini adalah kadar lama yang telah ditetapkan dikala kos sara hidup kita 5 tahun sebelum ini yang jauh lebih rendah manakala lebih banyak rumah dibeli bermakna lebih banyak perbelanjaan akan dilakukan untuk mengubahsuai semula rumah, pembelian barang kelengkapan rumah baru dan merangsangan lebih banyak rumah untuk disewa ( apabila penyewa asal berpindah rumah sendiri ).

Maka itu, pasangan suami-isteri yang baru sahaja berkahwin akan dapat pula peluang hidup di rumah sendiri dan tidak lagi menumpang di rumah ibu-bapa mereka. Kadar bayaran untuk perumahan yang lebih rendah juga dapat merangsang rakyat untuk berbelanja lain iaitu membeli kenderaan tambahan seperti kereta kedua atau motorsaikal tambahan atau sekurang-kurangnya dapat memberi peluang isirumahnya untuk pergi melancong di dalam negara dan seterusnya juga dapat menyumbang sedikit-sebanyak terhadap ekonomi negara.

Oleh : Mohd Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.

Tarikh : 30 Julai 08, 3.15am

Maklumat tambahan;
No. I/C : 740102-11-6391
No. Tel : 019 902 50 15
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan, Kampung Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu Darul Iman.
Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web : www.geocities.com/ramzamuda

1












Bina empangan hidro tindakan pro alam sekitar

Saudara pengarang,

Pembangunan negara memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit daripada rakyat adalah sesuatu yang amat berat untuk kita terima, terutamanya bagi mereka yang sendiri mengalaminya seperti kehilangan tempat tinggal atau kebun tempat mereka bercucuk tanam. Pembangunan yang dimaksudkan itu adalah seperti pembinaan lebuhraya, kawasan perumahan baru, bandar baru dan termasuklah pembinaan empangan. Dan apabila berlaku pertembungan diantara kepentingan rakyat dan masa depan negara, Malaysia adalah diantara negara membangun yang kerap dikambing-hitamkan sebagai negara yang tidak prihatin kepada alam sekitar dan banyak memusnahkan hutan dara.

Tohmahan-tohmahan tersebut adalah tidak benar sama sekali apabila mengaitkan pembangunan ( terutamanya pembinaan empangan hidro ) yang dilakukan di negara Malaysia sebagai bersifat memusnahkan alam sekitar. Ini kerana pembinaan empangan hidro sama ada untuk tujuan penyimpanan air pukal atau janakuasa hidroelektrik hanya dibuat di bahagian pertengahan sungai dan bukannya di kawasan hulu sungai. Kawasan hulu sungai atau sungai muda boleh ditakrifkan sebagai bahagian aliran sungai sebelum terjadinya air terjun dimana terdapat perbezaan ketinggian tanah yang ketara.

Apabila kita membuat pemerhatian ini, kita akan dapati di Malaysia boleh dikatakan tidak ada satu pun kawasan air terjun ditenggelami oleh air empangan. Ini menunjukkan, kawasan hutan dara ( dimana sungai muda melaluinya ) yang mempunyai kepelbagaian spesies flora dan fauna tetap terpelihara. Kawasan sungai pertengahan yang menjadi ''mangsa'' kepada empangan adalah sebenarnya kawasan hutan sekunder kerana telah diteroka ( melalui teknik pertanian pindah ) sejak ratusan tahun lepas oleh penduduk pribumi Malaysia.

Jika dibandingkan dengan negara barat, mereka telah pun bertindak memusnahkan kawasan hutan asal mereka sehingga kepuncak gunung dengan menjalankan pembalakan intensif sehinggakan kawasan tersebut menjadi gondol dan hanya sesuai untuk menjadi padang ragut yang tidak subur dan amat mudah terhakis, cubalah bertanya kepada mereka ke manakah perginya kepelbagaian spesies dan alam sekitar yang mereka selalu sahutkan kepada kita.

Langkah manusia membina empangan air bukannya satu usaha yang remeh-temeh atau menurut nafsu semata-mata tetapi ianya adalah salah satu teknologi manusia yang tertua, mampu mengubah kemampuan manusia untuk bercucuk-tanam dan berdaya-tahan menghadapi kemarau panjang. Teknologi pembinaan empangan sebenarnya adalah teknologi wahyu yang tidak boleh dipertikaikan akan kebaikannya kepada umat manusia. Masihkah anda ingat kisah Nabi Yusuf dengan Raja Firaun, dimana terbinanya Empangan Aswan yang pertama kira-kira 4,500 tahun dahulu.

Pembinaan sebuah empangan juga merupakan satu hadiah yang paling indah untuk diwariskan kepada anak cucu kita kerana apabila sebuah empangan dibina, satu pakej lengkap pusat perlindungan atau santuari alam sekitar telah digazetkan dengan rasminya. Kita sedia maklum bahawa kawasan hutan yang menjadi legih sungai kepada empangan tidak boleh diteroka, maka kehidupan flora-fauna asalnya tidak terjejas, berbanding jika tidak ada pembinaan empangan, kawasan rendah tersebut pastinya akan diteroka jua oleh manusia untuk tujuan komersial ( sama ada secara sah atau haram ) dan seterusnya akan ''berjangkit'' ke kawasan hutan dara di kawasan lebih tinggi.

Maka itu, kita dapat saksikan sendiri beberapa empangan gergasi di seluruh negara seperti Kenyir, Pedu dan Temenggor bukan sahaja menjadi tempat simpanan hidro tetapi sebagai santuari alam sekitar yang sangat kaya dengan flora dan fauna untuk diwariskan kepada generasi akan datang. Sedikit pengorbanan di masa kini memberikan ganjaran kebaikan yang berpanjangan untuk tempoh beribu tahun akan datang.


Oleh : Mohd Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.

Tarikh : 02-08-2008 2am

Maklumat tambahan;
No. I/C : 740102-11-6391
No. Tel : 019 902 50 15
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan, Kampung Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu Darul Iman.
Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web : www.geocities.com/ramzamuda 1




Melonjakkan pengeluaran tanaman makanan di Malaysia

Saudara pengarang,

Fenomena kenaikan harga minyak yang menyebabkan kenaikan kos bahan makanan dunia sememangnya tidak boleh dielakkan lagi, keadaan ini boleh dibendung dengan kita sendiri menghasilkan bahan mentahnya. Tanaman makanan meliputi tanaman bijirin ruji dan juga tanaman bijirin ternak untuk binatang ternak. Bukan setakat penanaman padi malah tanaman bijirin tropika lain seperti sekoi,padi huma, betari, jagung, kacang hijau, kacang kuda dan kacang soya.

Namun timbul pula persoalan iaitu adakah kita mampu menyediakan ruang tanah yang mencukupi bagi menampung penanaman tanaman bijirin tersebut. Jawapan masih ya kerana kita sebenarnya masih mempunyai kawasan tanah yang bersesuaian untuk tujuan tersebut iaitu kawasan baru tanaman semula kelapa sawit, getah dan kawasan tanah terbiar. Kawasan kosong di antara pokok muda boleh diguna untuk tempoh 2 atau 3 tahun sebelum pokok komoditi menutup kanopi. Dan apabila dicongak-congak, keluasan tanah tersebut boleh mencapai 30% dari jumlah keseluruhan tanah pertanian negara.

Untuk langkah jangka masa panjang, jumlah keluasan itu sebenarnya boleh ditambah lagi tanpa mengorbankan rezab hutan kita dengan kaedah tanaman sistem berpagar dimana pokok tanaman komoditi ditanam rapat dalam satu barisan mengunjur dari timur ke barat tetapi dijarakkan sejauh 10 hingga 20 meter antara barisan menghasilkan satu ruang tanah lapang bercahaya yang sesuai untuk aktiviti tani sepanjang tahun.

Cara tersebut memang mengurangkan bilangan tanaman komoditi per hektar tetapi ia mampu memberi kesan lebih baik untuk jangka panjang iaitu tahap kesuburan tanah yang berkekalan kerana tidak wujud kesan tanah mati akibat kekurangan flora fauna semulajadi, fenomena terlebih baja dan penggunaan racun akibat penanaman tanaman komoditi terlalu rapat.

Kaedah ini juga membolehkan para peladang tanaman komoditi mendapat pendapatan sampingan lebih banyak kerana tidak perlu lagi bergantung kepada tanaman komoditi utama. Manakala ruang lapang tersebut boleh ditukar fungsi atau jenis penanaman mengikut keperluan ekonomi semasa. Selain daripada tanaman bijirin, mereka boleh menanam tanaman kontan, pokok herba, sayur-sayuran dan malah sebagai padang ternak sahaja.

Diharapkan beberapa cadangan tersebut dapat merungkai sedikit ruang buntu di fikiran kita semua dalam pada menghadapi masalah semasa iaitu kekurangan ruang tanah untuk penanaman tanaman makanan.

Oleh : Mohd Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.

Maklumat tambahan;
No. I/C : 740102-11-6391
No. Tel : 019 902 50 15
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan, Kampung Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu Darul Iman.
Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web : www.geocities.com/ramzamuda 1



Melonjakkan pengeluaran tanaman makanan di Malaysia

Saudara pengarang,

Fenomena kenaikan harga minyak yang menyebabkan kenaikan kos bahan makanan dunia sememangnya tidak boleh dielakkan lagi, keadaan ini boleh dibendung dengan kita sendiri menghasilkan bahan mentahnya. Tanaman makanan meliputi tanaman bijirin ruji dan juga tanaman bijirin ternak untuk binatang ternak. Bukan setakat penanaman padi malah tanaman bijirin tropika lain seperti sekoi,padi huma, betari, jagung, kacang hijau, kacang kuda dan kacang soya.

Namun timbul pula persoalan iaitu adakah kita mampu menyediakan ruang tanah yang mencukupi bagi menampung penanaman tanaman bijirin tersebut. Jawapan masih ya kerana kita sebenarnya masih mempunyai kawasan tanah yang bersesuaian untuk tujuan tersebut iaitu kawasan baru tanaman semula kelapa sawit, getah dan kawasan tanah terbiar. Kawasan kosong di antara pokok muda boleh diguna untuk tempoh 2 atau 3 tahun sebelum pokok komoditi menutup kanopi. Dan apabila dicongak-congak, keluasan tanah tersebut boleh mencapai 30% dari jumlah keseluruhan tanah pertanian negara.

Untuk langkah jangka masa panjang, jumlah keluasan itu sebenarnya boleh ditambah lagi tanpa mengorbankan rezab hutan kita dengan kaedah tanaman sistem berpagar dimana pokok tanaman komoditi ditanam rapat dalam satu barisan mengunjur dari timur ke barat tetapi dijarakkan sejauh 10 hingga 20 meter antara barisan menghasilkan satu ruang tanah lapang bercahaya yang sesuai untuk aktiviti tani sepanjang tahun.

Cara tersebut memang mengurangkan bilangan tanaman komoditi per hektar tetapi ia mampu memberi kesan lebih baik untuk jangka panjang iaitu tahap kesuburan tanah yang berkekalan kerana tidak wujud kesan tanah mati akibat kekurangan flora fauna semulajadi, fenomena terlebih baja dan penggunaan racun akibat penanaman tanaman komoditi terlalu rapat.

Kaedah ini juga membolehkan para peladang tanaman komoditi mendapat pendapatan sampingan lebih banyak kerana tidak perlu lagi bergantung kepada tanaman komoditi utama. Manakala ruang lapang tersebut boleh ditukar fungsi atau jenis penanaman mengikut keperluan ekonomi semasa. Selain daripada tanaman bijirin, mereka boleh menanam tanaman kontan, pokok herba, sayur-sayuran dan malah sebagai padang ternak sahaja.

Diharapkan beberapa cadangan tersebut dapat merungkai sedikit ruang buntu di fikiran kita semua dalam pada menghadapi masalah semasa iaitu kekurangan ruang tanah untuk penanaman tanaman makanan.

Oleh : Mohd Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.

Maklumat tambahan;
No. I/C : 740102-11-6391
No. Tel : 019 902 50 15
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan, Kampung Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu Darul Iman.
Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web : www.geocities.com/ramzamuda 1





Artikel : Kaedah menurunkan kos sara hidup dikala kos bahanapi tinggi

Formula baru pengagihan subsidi bahanapi baru-baru ini yang mula dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia, sedikit-sebanyak dapat mengurangkan pengaliran keluar bahanapi subsidi ke negara jiran. Jika tidak tentunya negara akan kehilangan lebih banyak kebocoran sumber wang cukai rakyat untuk kegunaan orang luar yang tidak berhak.

Memandangkan kita menghadapi kenaikan harga bahanapi yang tertinggi di dalam sejarah dunia, tentunya mengubal dasar yang bersesuaian untuk menangani permasalahan ini adalah sukar sekali. Kita tidak pernah dibayangi harga kos minyak dunia melebihi US $100, maka itu perubahan dasar secara drastik amat dialu-alukan oleh kita semua.

Perubahan dasar bagi menangani permasalahan penyeludupan bahanapi dan barang-barang kawalan yang lain ke luar negara secara jangka panjang amat diperlukan. Kaedah menurunkan kos sara hidup dengan cara pengagihan barang keperluan asas berkos rendah bukan lagi jawapan yang tepat untuk mengatasi masalah tersebut, penurunan kos sara hidup perlu diformulasi semula dimana melibatkan barangan sudah siap atau harga perkhidmatan yang berkos lebih rendah.

Kita semua tentunya sudah maklum bahawa negara yang mempunyai kos sara hidup tinggi tidak semestinya tidak boleh menghasilkan produk yang lebih murah, ambil contoh negara Jepun dan Korea Selatan yang mana mampu menghasilkan kereta yang amat murah walaupun menggunakan bahan mentah pada harga pasaran semasa. Ataupun mencontohi negara jiran seperti Thailand yang mampu menghasilkan produk makanan segar atau ditinkan pada harga yang jauh lebih kompetitif daripada kita walau harga kos bahanapi mereka adalah mengikut pasaran dunia.

Maka itu beberapa perkara masih kita terlepas pandang dimana kita perlu ketengahkan dalam memformulasikan dasar-dasar yang bersesuaian untuk tujuan tersebut. Kos sara hidup tetap boleh diturunkan walaupun harga bahan asas lebih mahal iaitu dengan cara kita merendahkan kos pengangkutan awam, caj-caj perkhidmatan awam atau swasta seperti harga borang manakala rakyat termiskin dan berpendatan rendah mendapat bantuan secara langsung daripada kerajaan.

Manakala para pengeluar bahan mentah tempatan seperti di bidang pertanian, penternakan dan perikanan perlu diberikan ganjaran insentif bersesuaian dengan pengeluaran mereka.

Pihak swasta juga boleh berperanan bersama-sama untuk merendahkan kos hidup rakyat dengan menurunkan harga barang [ bukan jenis bahan makanan ] dan perkhidmatan seperti kadar sewa hotel, khidmat gunting rambut dan sebagainya. Ini akan secara langsung akan meningkatkan bilangan pelanggan walaupun pada kadar untung lebih rendah.

Langkah-langkah tersebut diharapkan dapat mengurangkan sedikit kesan-kesan kenaikan harga bahanapi dunia.

Oleh : Mohd Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.

Maklumat tambahan;
No. I/C : 740102-11-6391
No. Tel : 019 902 50 15
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan, Kampung Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu Darul Iman.
Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web : www.geocities.com/ramzamuda 1






Art6-Tsunami angin solar

Saudara pengarang,

Bersedia menghadapi bencana tsunami gelombang elekromagnet daripada matahari

Dunia hari ini menjadi semakin canggih dengan produk digitalnya, hampir keseluruhan hidup seharian kita berkaitan dengan alat digital dan elektronik, bermula dari saat bangun dari tidur dikejutkan oleh penggera dari jam digital atau telefon tangan sehinggalah menutup lampu tidur automatik dengan arahan suara.

Penggunaan alat digital dalam kehidupan seharian bukan lagi untuk tujuan menunjuk mewah tetapi merupakan gaya hidup semasa yang mementingkan keselesaan dalam menguruskan kehidupan seharian. Namun demikian, penggunaan sepenuhnya kepada peralatan digital menyumbangkan satu risiko yang lain pula iaitu ancaman gelombang elektromagnet yang berpunca daripada matahari.

Sememangnya kita tidak boleh nafikan bahawa kita lebih selesa menyimpan memori kehidupan seharian seperti foto, video dan catitan diari dengan menggunakan alat digital seperti telefon pda, laptop atau komputer pc daripada menyimpannya dalam format analog kerana perbezaan kos dan aspek mudah-guna. Dan kebanyakkan daripada kita sudahpun menukar cara hidup kepada digital sepenuhnya tanpa menyedari akan risiko kehilangan semua simpanan data digital mereka sekiranya risiko ancaman gelombang elekromagnet matahari ini menjadi realiti sebenar.

Ancaman gelombang elekromagnet matahari sememangnya sudah diketahui oleh para saintis semenjak awal penggunaan satelit komunikasi sekitar 1960an dan 1970an lagi. Dimana ia boleh mendisfungsi satelit untuk tempoh sementara atau kekal. Namun setakat tempoh era moden ini, masih belum lagi terjadi kejadian gangguan elekromagnet matahari melampau yang boleh mengancam peralatan digital di permukaan bumi. Kalau tidak silap saya, ia dinamakan sebagai ems [ untuk electro-magnetic-shock ].

Kestabilan aktiviti dipermukaan matahari menjadi kunci utama terhadap pembentukkan fenomena gangguan gelombang elekromagnet. Seringkali para saintis akan memantau petunjuk awal iaitu pembentukan titik hitam pada matahari dimana kawasan ini merupakan tempat tersejuk di permukaan suria. Tompok hitam dan julangan bahana suria [ diumpama seperti lava di bumi ] boleh mempengaruhi pembentukan angin suria. Kalau tidak silap saya, angin suria adalah plasma matahari yang terlepas daripada graviti matahari dan bergerak laju ke mana-mana arah dalam sistem suria termasuklah ke planet kita, bumi.

Walau bagaimanapun demikian, bumi masih mampu mengurangkan kesan ancaman kerana mempunyai atmosfera yang tebal dan medan magnetnya yang tersendiri.

Seumpama sebuah dinamo pada sebuah basikal, angin suria dianggap seperti kuasa memutarkan dinamo itu dan dinamo itu sendiri adalah planet bumi dengan medan magnetnya. Jika kuasa putarannya terlebih kuat, maka arus lebih besar dan kalau berlebihan akan boleh melampau beban mentol, seterusnya mentol terbakar. Inilah perumpamaan yang tepat bagi menerangkan kesan ems.

Dua kategori fenomena ems boleh berlaku kepada alatan digital iaitu lampau arus elektrik pada litar elektronik atau pada mikrocipnya dan aruhan terus kuasa magnet yang sangat besar boleh merosak secara langsung simpanan data pada cakera keras atau pada memori ''flash''. Sedikit sahaja kerosakkan pada data menyebabkan data keseluruhan tidak boleh dibaca.

Maka itu, bakal risiko yang akan dihadapi adalah amat berat untuk ditempuhi oleh kita semua apabila bergantung sepenuhnya kepada dunia digital. Kita tidak tahu bilakah akan berlaku bencana ini secara tepatnya, barangkali dalam tempoh masa 50 tahun, seratus, seribu tahun atau bulan depan, hanya Tuhan Maha Pencipta sahaja yang tahu.

Namun kita masih lagi boleh mengurangkan risiko dengan membuat beberapa salinan analog atau mencetaknya jika dalam bentuk teks atau foto pegun. Beberapa teknologi format lama dan baru yang kalis ems boleh digunakan secara terus atau diubahsuai semula bagi menyimpan format digital.

Pertama, penggunaan filem seluloid untuk menyimpan video. Namun begitu teknologi filem seluloid adalah teknologi kuno kerana bahan plastik seluloid hanya boleh bertahan disimpan sehingga 50 tahun sahaja. Seharusnya perlu dibuat kajian baru bagi mencari bahan plastik generasi terbaru yang lebih sesuai untuk menyimpan dalam format filem. Manakala penyimpanan audio analog secara optik pada filem boleh dikembang teknologinya bagi menyimpan kandungan digital secara optikal. Barangkali teknologi filem plastik optikal generasi baru boleh berbentuk seperti pita kaset mini tetapi boleh menyimpan kandungan digital sebesar 1 terabait.

Kedua, penggunaan pita video atau pita kaset audio bagi menyimpan video atau audio secara analog. Ketahanan format pita magnetik ini berdurasi kira-kira 20 tahun. Kajian baru juga boleh dibuat dengan menggunakan format lama ini bagi menyimpan kandungan multimedia secara digital.

Ketiga, penggunaan piring hitam. Format piring vinil merupakan medium paling berdaya-tahan dengan peredaran zaman dan boleh tahan sehingga seratus tahun jika dijaga dengan baik. Anda tentunya tidak akan percaya bahawa piring juga pernah digunakan untuk menyimpan kandungan video. Maka itu masih ada ruang untuk kajian baru bagi format piring hitam untuk menyimpan kandungan multimedia dalam bentuk digital atau menghasilkan piring hitam yang boleh dirakam sendiri dengan mengabungkan penggunaan laser contohnya.

Keempat, penggunaan kristal untuk menyimpan data merupakan teknologi yang masih diawal peringkat kajiannya. Setakat ini masih lagi tiada produk komersial di pasaran menggunakan teknologi ini. Dikatakan teknologi ini menggunakan cahaya laser untuk membentuk imej holografik pada kristal yang mewakili data digital.

Kelima, ukiran nano pada granit atau kristal dengan menggunakan cahaya laser. Teknologi ini hanya sesuai bagi menyimpan kandungan teks atau gambar foto berbentuk ukiran monowarna sepertimana corak pada wang kertas masakini. Teknologi ini adalah ubahsuai konsep ukiran hieroglif Mesir Purba dan Babilon.

Diharapkan kita semua tidak akan dilanda tsunami ems dari sang suria untuk tempoh hayat kita ini tetapi langkah-langkah awal perlu diambil bagi mengelakkan generasi akan datang tidak dapat berkongsi cebisan memori dan kebijaksanaan generasi kita ini.

Oleh : Mohd Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.

Tarikh : 19-08-08 11pm

Maklumat tambahan;
No. I/C : 740102-11-6391
No. Tel : 019 902 50 15
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan, Kampung Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu Darul Iman.
Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web : www.geocities.com/ramzamuda





Saudara pengarang,


Pelan kecemasan menghadapi risiko tsunami gelombang elekromagnet daripada matahari

Fenomena gangguan elekromagnet daripada matahari sememangnya sudah diketahui oleh para saintis. Pada tempoh tertentu, aktiviti yang tidak menentu pada permukaan matahari akan melepaskan plasma ke ruang angkasa dan seterusnya menjadi angin solar, angin solar merupakan bahan yang berbahaya. Jika angin solar ini merempuh planet bumi, atmosfera dan medan magnetnya akan mengurangkan kesannya. Namun begitu, angin solar yang terdiri daripada partikel-partikel bercas dan gelombang elekromagnet bertenaga tinggi boleh menyebabkan kerosakkan litar elektrik kerana kesan lampau beban arus berganda. Fenomena ini diistilahkan sebagai emp [ Electro Magnetic Pulse ] atau lebih tepat lagi sebagai ems [ Electro Magnetic Shockwaves ]. Selain daripada sumber semulajadi, ems juga boleh berlaku apabila satu bom nuklear berimpak tinggi diletupkan di permukaan bumi.

Pada era moden ini, gangguan ketara semujadi pertama kali dapat dikesan pada tahun 1859 iaitu ketika komunikasi telegraf mula digunakan dengan meluas di Amerika Utara. Gangguan ketara yang kedua berlaku pada tahun 1989 yang menyebabkan kabel grid elektrik di Kanada terpelantik dan rentetan berikutnya menyebabkan kerosakan mikrocip pada Bursa Saham Toronto di tahun yang sama.

Dua peristiwa tersebut tidak disedari kesannya terhadap masyarakat biasa yang menganggapnya ia adalah fenomena alam yang jarang-jarang berlaku dan tiada perkaitan dengan mereka. Peristiwa gangguan pada 1989 telah menyebabkan negara-negara di Amerika Utara dan Eropah membuat rangka pelan khas bagi menangani masalah tersebut. Namun apa yang amat dibimbangkan adalah masalah risiko gangguan luar jangka yang bermagnitud berkali-ganda lebih kuat daripada yang pernah dialami oleh manusia sebelum ini. Selain itu, saiz litar elektronik bersaiz mikro masa kini yang semakin kecil memungkinkan risiko kerosakan berkali-ganda berbanding litar elektrik dahulu-kala manakala menjelang 20 tahun akan datang, litar bersaiz nano akan menjadi kelaziman menambahkan lagi risiko kerosakan tersebut.

Kesemua litar elektronik masa kini digunakan dalam perkakasan alat rumah dan juga perkakasan digital yang banyak menyimpan data teks, audio dan visual yang mana suatu masa dahulu kita lebih gemar menyimpan dalam bentuk foto analog, rakaman audio pada piring hitam atau tape analog dan video pada pita video atau filem.

Mempertimbangkan aktiviti matahari adalah stabil semenjak berbilion tahun dahulu lagi dan berulang-kali pada kadar yang tetap, maka tempoh masa gangguan utama ems suria yang pernah dikesan di era moden iaitu pada tahun 1859 dan tahun 1989 dijadikan perkiraan utama, meletakkan jarak tempoh masa 130 tahun menjadi panduan utama untuk meramal kejadian yang akan berlaku di masa depan. Maka itu, tahun 2119 boleh dijadikan ''deadline'' atau tarikh akhir utama bagi menyelesaikan masalah ini. Kita tidak dapat meramalkan masa dengan tepat akan kesan dan magnitud ems yang akan berlaku tetapi kita perlu bersedia lebih awal daripada itu bagi mengelakkan kesan lebih teruk dari menimpa kepada kemanusiaan.

Maka itu, beberapa langkah proaktif perlu dilakukan di pelbagai peringkat demi mengurangkan risiko kerosakan.

Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut;

1- Di peringkat kerajaan boleh menetapkan dasar untuk melindungi data digital dengan penubuhan pusat data digital yang boleh berlindung dari kesan ems suria ataupun dari kesan emp letupan nuklear. Pusat data ini boleh disekalikan dengan pusat perlindungan luar jangka seperti menghadapi bencana nuklear tahap satu. Teknologi perlindungan ini sudah pun sedia ada di negara barat. Penyimpanan data digital tersebut dikenakan caj yang rendah dan mampu biayai oleh orang awam.

2- Penggunaan alat digital kegunaan awam yang kebal kesan ems. Teknologi kebal kesan ems sudahpun dilakukan pada kelengkapan satelit tentera dan peralatan digital tentera negara-negara Barat untuk kegunaan masa perang. Penggunaan secara komersial mungkin kurang mendapat sambutan kerana menyebabkan kosnya amat mahal.

3- Penyelidikan baru bagi mengembangkan teknologi format lama dan baru yang kalis dan kebal kesan ems seperti teknologi filem plastik, pita audio video, piring hitam, memori kristal dan ukiran nano.

Dimensi kajian, adalah seperti berikut;

Pertama, penggunaan filem seluloid untuk menyimpan video. Namun begitu teknologi filem seluloid adalah teknologi kuno kerana bahan plastik seluloid hanya boleh bertahan disimpan sehingga 50 tahun sahaja. Seharusnya perlu dibuat kajian baru bagi mencari bahan plastik generasi terbaru yang lebih sesuai untuk menyimpan dalam format filem. Manakala penyimpanan audio analog secara optik pada filem boleh dikembang teknologinya bagi menyimpan kandungan digital secara optikal. Barangkali teknologi filem plastik optikal generasi baru boleh berbentuk seperti pita kaset mini tetapi boleh menyimpan kandungan digital sebesar 1 terabait.

Selain itu, teknologi lama filem gambar segera polaroid boleh juga dikembang semula untuk kegunaan penghasilan filem generasi baru atau
menyimpan data digital secara optikal dengan mengabungkan dengan teknologi laser.

Kedua, penggunaan pita video atau pita kaset audio bagi menyimpan video atau audio secara analog. Ketahanan format pita magnetik ini berdurasi kira-kira 20 tahun. Kajian baru juga boleh dibuat dengan menggunakan format lama ini bagi menyimpan kandungan multimedia secara digital.

Ketiga, penggunaan piring hitam vinil. Format piring vinil merupakan medium paling berdaya-tahan dengan peredaran zaman dan boleh tahan sehingga seratus tahun jika dijaga dengan baik. Anda tentunya tidak akan percaya bahawa piring juga pernah digunakan untuk menyimpan kandungan video. Maka itu masih ada ruang untuk kajian baru bagi format piring hitam untuk menyimpan kandungan multimedia dalam bentuk digital atau menghasilkan piring hitam yang boleh dirakam sendiri dengan mengabungkan penggunaan laser contohnya.

Keempat, teknologi baru penggunaan kristal untuk menyimpan data merupakan teknologi yang masih diawal peringkat kajiannya. Setakat ini masih lagi tiada produk komersial di pasaran menggunakan teknologi ini. Dikatakan teknologi ini menggunakan cahaya laser untuk membentuk imej holografik pada kristal yang mewakili data digital.

Kelima, ukiran nano atau mikro pada granit atau kristal dengan menggunakan cahaya laser. Teknologi ini hanya sesuai bagi menyimpan kandungan teks atau gambar foto berbentuk ukiran monowarna sepertimana corak pada wang kertas masa kini. Teknologi ini adalah ubahsuai konsep ukiran hieroglif tamadun Mesir Purba dan tamadun Babilon.

Oleh : Mohd Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.

Maklumat tambahan;
No. I/C : 740102-11-6391
No. Tel : 019 902 50 15
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan, Kampung Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu Darul Iman.
Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web : www.geocities.com/ramzamuda 1






Saudara pengarang,

Amerika merudum kerana terlalu rakus


Runtuhnya Tembok Berlin pada akhir 1980an dan Kesatuan Soviet pada awal 1990an menandakan bermulanya satu sahaja entiti tunggal empayar dunia baru Amerika yang bertunjangkan kerakusan sistem kapitalis yang bertopengkan alasan demokrasi dan keamanan. Manakala dunia di awal 1990an merupakan tempoh yang amat makmur bagi negara-negara Asia Timur dimana enjin pembangunan yang berasaskan industri perkilangan menjadi penggerak utama menjana kekayaan baru Asia.

Kemakmuran Asia setelah pulih daripada kemelesetan ekonomi dunia pada pertengahan 1980an sedikit tergugat dengan campurtangan Amerika dalam Perang Teluk yang pertama telah mengakibatkan gelombang kenaikan harga minyak ketika itu kerana kebimbangan spekulasi perang.

Namun pada ketika itu, Asia Timur dan dunia masih mampu menghadapi gelombang kenaikan harga minyak ketika itu kerana harga bahan makanan ruji pula masih rendah dan tidak menjejaskan keupayaan ekonomi semua negara-negara kecil.

Cubaan sistem kapitalisme untuk menguasai ekonomi dunia melalui alasan peperangan menemui kegagalan kerana negara-negara kecil dunia mulai dapat mencium taktik tersebut dan mereka mulai menwawarkan pendedahan usaha Amerika untuk menjadi Polis Dunia atau Order Dunia Baru Unipolar. Setelah usaha kapitalis Amerika atau lebih tepat lagi usahawan kapitalis barat yang berpengkalan di Amerika didedah taktik dan terbongkar, mereka beralih strategi dengan mencanangkan konsep dunia tanpa sempadan atau proses globalisasi.

Di sebalik konsep globalisasi dagangan, sebenarnya tersembunyi mekanisme tertentu yang membolehkan syarikat tempatan dikuasai oleh syarikat negara asing di atas nama liberalisasi dagangan. Selain itu, globalisasi juga membolehkan negara kuasa besar seperti Amerika memonopoli pengeluaran bahan makanan seperti gandum, jagung, padi, kekacang dan kapas untuk pasaran dunia dimana mereka menyekat negara miskin untuk mensubsidi pengeluaran makanan kepada petani tempatan tetapi petani Amerika sendiri menikmati bantuan subsidi tinggi yang mengakibatkan harga produk lebih rendah di pasaran dunia. Dalam masa yang sama kerugian pemberian subsidi yang sedikit itu ditampung dengan keuntungan berganda bertrillion dollar hasil perdagangan senjata dan peralatan teknologi maklumat mereka.

Kemuncak kepada cubaan penguasaan ekonomi negara dunia oleh kapitalis barat adalah usaha menjatuhkan beberapa negara Asia Timur yang strategik di segi ekonomi dan geografi. Suatu tarikh telah dipilih iaitu pada pertengahan 1997, berkemungkinan juga penyatuan semula Hong Kong kepada tanah besar China pada tahun itu boleh dijadikan kambing hitam untuk disalahkan mengakibatkan ekonomi Asia runtuh.

Kerakusan kapitalis barat di atas perbuatan jahat itu diselindungkan dengan media massa barat memomokkan secara terancang isu kronisme, rasuah dan nepotisme sebagai punca keruntuhan ekonomi negara-negara tersebut. Strategi penarikan modal jangka pendek secara besar-besaran mendedahkan kelemahan perdagangan secara maya dan membolehkan nilai mata wang sesebuah negara dijatuhkan dengan teruknya.

Sekali lagi, perbuatan buruk kapitalis barat yang bertopengkan nama globalisasi didedahkan kepada masyarakat dunia sebagai satu usaha penjajahan ekonomi bentuk baru secara tegas disuarakan oleh Malaysia di persidangan-persidangan antarabangsa.

Selepas tahun 1997, usaha kapitalis barat tidak terhenti setakat itu sahaja. Usaha mereka untuk menguasai sepenuhnya negara-negara baru industri di Asia tidak kesampaian kerana taktik terbaru itu telah didedahkan dengan berani oleh mantan Perdana Menteri kita ketika itu malah beberapa negara pernah mengugut untuk menggunakan formula Malaysia sekiranya ekonomi mereka diserang.

Peluang keemasan bagi pihak kapitalis barat untuk mengaut keuntungan berganda pun tiba dengan tercetusnya Perang Teluk Kedua akibat momokan memerangi keganasan. Strategi mereka kali ini adalah spekulasi dagangan harga minyak dunia. Ketidak-stabilan akibat perang dijadikan alasan utama oleh mereka untuk rakus memeras kekayaan negara-negara penguna minyak yang rata-ratanya negara miskin dan sedang membangun.

Kenaikan harga minyak dunia semenjak pencerobohan Amerika terhadap negara Afghanistan dan Iraq begitu dimanipulasikan sehingga mencecah ke tahap US$150 setong pada Julai tahun 2008 disertai dengan kenaikan melampau harga bahan komoditi makanan begitu menjerut ekonomi negara-negara dunia ketiga. Pernah disatu ketika, dikala negara Opec mengumumkan penambahan pengeluaran minyak mentah di musim panas, namun harga minyak tetap mengalami kenaikan akibat spekulasi tersebut.

Laba keuntungan berganda yang dikaut melalui kenaikan harga minyak dan komoditi makanan bukanlah satu keuntungan jangka panjang yang terus berkekalan kerana kemelut kenaikan tersebut telah mengakibatkan majoriti negara di dunia mengamalkan dasar berjimat-cermat kerana lebih menumpukan kepada perbelanjaan bahanapi dan makanan. Secara tidak langsung permintaan dunia terhadap penawaran barangan bukan makanan, elektrik, teknologi maklumat dan persenjataan telah jatuh merudum dengan teruk sekali sekaligus menguncupkan ekonomi Amerika secara tidak disedari.

Sekalipun, segelintir kapitalis barat mendapat keuntungan besar di bidang industri bahanapi dan bijirin makanan tetapi perolehan keuntungan di bidang lain yang menjadi punca pendapatan majoriti penduduk Amerika yang lainnya adalah sebaliknya jatuh merudum kerana dunia mula 'mengikat perut' untuk berbelanja. Maka itu, penyusutan ekonomi Amerika itu menukar bentuk atau dizahirkan dengan kemuflisan bidang subprima gadaian rumah majoriti rakyat Amerika kerana keupayaan ekonomi rakyat Amerika itu sendiri telah jatuh merudum dengan teruknya disamping pengamalan sistem riba yang tidak sihat.

Begitulah serba sedikit rentetan peristiwa-peristiwa utama yang berhubung-kait rapat dengan usaha kapitalis barat yang penuh kerakusan mengaut keuntungan tanpa memikirkan kebajikan manusia sejagat dan akhirnya menjerut diri mereka sendiri. Melakukan perbuatan terkutuk spekulasi harga minyak dan bahan makanan dunia membawa padah yang bukan kepalang kepada kapitalis yang tamak dan kini mereka semua hanya menunggu masa untuk dikuburkan dalam lipatan sejarah manusia sahaja. Mereka hanya untuk untung besar untuk seketika sahaja tetapi ruginya ditanggung sepanjang zaman. Dan kini media barat hanya tahu menutup malu mereka dengan melabelkan kejatuhan ekonomi mereka sebagai Krisis Ekonomi Dunia dan bukannya Akibat Aku Yang Rakus.

Oleh : Mohd Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.

Maklumat tambahan;
No. I/C : 740102-11-6391
No. Tel : 019 902 50 15
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan, Kampung Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu Darul Iman.
Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web : www.geocities.com/ramzamuda
09-10-2008 1.30pm




































































































































































































































































































Posted by Ramzamuda at 6:10 AM
Labels: ramzamuda world article isu malaysia solution
0 comments:

Post a Comment
Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Followers
Blog Archive

* ► 2009 (1)
o ► January (1)
+ Bantu Palestin dengan pertahankan sempadan dan bin...

* ▼ 2008 (4)
o ► November (1)
+ Keamanan Seribu Tahun Bermula.....
o ▼ October (3)
+ Ramzamuda Direktori Senarai Idea 1,2
+ Artikel awam 2 Ramzamuda
+ Artikel awam 1 Ramzamuda

About Me
My Photo

Ramzamuda
Writing public articles

View my complete profile

No comments:

Post a Comment