Saturday, August 15, 2009

Artikel Ramzamuda - Rerelese 1 , lawat www.ramzissuessolution.blogspot.com

skip to main | skip to sidebar
Ramzamuda 1 Artikel Awam

Malaysia Malaysian issue issues solution directory idea ideas public article
Tuesday, October 14, 2008
Artikel awam 1 Ramzamuda
Senarai direktori artikel Ramzamuda yang sudah siap ;
[ Sila klik interlink yang disediakan ] - Berbanyak ucapan terima kasih kepada pihak akhbar Berita Harian dan akhbar Utusan Malaysia kerana sudi menyiarkan sebahagian artikel saya ini!

Senarai idea kasar..... RamzDirektori^3 [ mula Julai 2007 ] , RamzDirektori^2 , RamzDirektori^1

Terkini......

95-

94-

93-

92-

91- Kerakusan kapitalis Amerika punca keruntuhan ekonomi Amerika Sept 2008 , siap 30-09-2008 .......AmerikaHancur

90- Pelan kontengensi menghadapi bencana elektromagnet melampau daripada matahari bagi mengelakkan kemusnahan data digital dan dunia maya internet, siap 31-08-2008 [ untuk tidak disiarkan ] ....... Emsuria2

89- Risiko tsunami gelombang elektromagnet daripada suria, siap 19-08-2008 ....... EMSuria

88- Kaedah menurunkan kos sara hidup dikala kenaikan harga bahanapi dunia, siap 04-08-2008 ...... TurunKosHidup

87- Malaysia masih mampu menyediakan ruang untuk penanaman bijirin dengan beberapa kaedah, siap 02-08-2008 ....... LonjakBijirin

86- Isu mebina empangan air - pandangan positif disudut pemuliharaan alam sekitar untuk kebaikan jangka masa panjang dan kedudukan teknologi tersebut sebagai teknologi wahyu, siap 01-08-2008 ......... EmpanganSekitar

85- Kerajaan perlu menurunkan kadar faedah pinjaman hartanah untuk kebaikan rakyat dan merangsang ekonomi, siap 29-07-2008 ........ TurunFaedah

84- Penggunaan tenaga sumber biomass perlu dilebih-utamakan daripada penggunaan teknologi nuklear diatas beberapa sebab, siap 24-07-2008 ......... UtamaBiomas

83- Pelan kecemasan penanaman padi negara, siap 05-04-2008 .......BerasKecemasan

82- Hikmah disebalik Pilihanraya 2008, siap 09-03-2008 ........... Hikmah2008

81- Elak negara Malaysia jadi negara boneka Barat, siap 11-02-2008 .......... NegaraBoneka

80- Perencanaan semula bentuk pemberian subsidi dengan kaedah peranjakan paradigma, siap 12-01-2008 ............ Subsidi-Baru

79- Tugas besar menanti Proton selepas pembatalan kerjasama dengan multinasional asing oleh pihak kerajaan Malaysia , siap 24-11-2007 ...........ProtonTugas

78- Pengawasan CCTV perjalanan pilihanraya dan keselamatan peti undi perlu dijadikan agenda berikutnya untuk SPR jalankan, siap pada 16-11-2007 ...... cctvSPR

77- Penggunaan tenaga asing baru diambil dari wilayah Nusantara Utara lebih baik daripada apa yang ada sekarang, siap ditulis 12-11-2007 ....... TenagaAsingBaru

76- Pertanian paradigma baru untuk diamalkan di Malaysia yang mempunyai keluasan tanah tani yang terhad, siap pada 16-10-2007 ....... TaniBaru

75- Menyelamat Proton dengan menjadikannya anak syarikat Petronas dengan wawasan baru, siap pada 10-06-2007 ...... ProtonPetronas

74- Memulihkan Proton dengan penyelarasan imej baru bagi varian lama, siap ditulis pada 03-06-2007, disiarkan di BH 05-06-2007 ...... PulihProton

73- Menyelamatkan industri beras negara dengan kaedah drastik, siap 15-01-2007......Beras2

72- Hidupkan kembali pembinaan landasan berkembar keretapi bagi mencapai matlamat Wawasan 2020, siap pada 25-09-2006 .........LandasanBerkembar

71- Masalah Gula : Simpanan gula mentah Malaysia banyak, siap ditulis pada 27-06-2006 ....... GulaSimpanan

70- Kaedah menang-menang jika tidak bina Jambatan Indah, siap ditulis pada 27-06-2006 ...... JambatanMenang

69- Masalah gula : Beberapa kebaikan disebalik isu, siap ditulis 20-06-2006 .......GulaKebaikan

68- Masalah gula : Meningkatkan sumber bekalan gula mentah dari sumber alternatif pohonan palma, siap ditulis 13-06-2006 ..........GulaPalma

67- Malaysia perlu pro-aktif membina Tebing dan Terusan Selatan bagi elak kesan negatif penambakan di Selat Johor, siap ditulis pada 12-04-2006 .......TebingTerusanSelatan

66- Memulih-semula penggunaan teks Jawi dengan penggunaan bacaan santai di media massa, siap ditulis pada 09-03-2006 ......JawiBacaanSantai

65- Pakej khas menyelamat akhbar Jawi - Utusan Melayu dan Utusan Zaman, ditulis semula pada 08-03-2006 .......UtusanJawiBaru

64- Lonjak pertanian negara dengan bantuan terus kepada petani akar-umbi disegi bantuan jentera, siap pada 18-02-2006. Disiarkan di BH ..........LonjakTani

63- Malaysia perlu membantu negara Afrika mencapai potensi diri, siap 19-11-2005. Disiarkan di BH..........Afrika-potensi

62- Penubuhan Institut Kanser Negara sebagai wadah perangi kanser secara habis-habisan, siap 29-10-2005. Disiarkan di BH .....PerangKanser

61- Alternatif rawatan kanser dengan menggunakan virus rabies, siap 22-10-2005. Rujukan Utusan Malaysia keluaran 23-10-2005 ...........VirusBunuhKanser

60- Proton perlu betul-betul berubah untuk terus kekal relevan di mata rakyat Malaysia, siap 20-10-2005 .........ProtonBerubah

59- Flat Pekeliling boleh diguna semula dengan beberapa langkah baru, siap 15-10-2005........PekelilingSemula

58- Astro patut menyiarkan bahan arkib siaran tempatan untuk lonjak jatidiri dan patriotisme rakyat Malaysia, siap 02-09-2005 ..........AstroSiarArkib

57- Melonjakkan industri tani negara dengan beberapa kaedah paradigma baru, siap 17-08-2005 .......... LonjakTaniNegara

56- Memperkasakan pertanian di negeri Terengganu dengan beberapa kaedah baru, siap 13-08-2005. Rujukan Berita Harian keluaran 15-08-2005 ......PerkasaTaniTRG

55- Bersama perangi jerebu habis-habisan, siap 12-08-2005 .......PerangJerebu

54- Re-release isu rawat dadah songsang no.47, update 18-04-05 ......RawatDadahSongsang

53- Sarikata pintar/berkembar pemangkin rakyat Malaysia berkebolehan multi-bahasa, siap 28-03-2005 .....SarikataBerkembar

52- Majikan prihatin tidak merugikan syarikat, siap 21-02-2005 ....MajikanPrihatin

51- Pengunaan baju pelampung perlu dijadikan budaya di Malaysia apabila berurusan dengan jasad air, siap 30-12-2004. Rujukan Berita Harian dan Utusan Malaysia keluaran Selasa tarikh 04-01-2005 .....BudayaBajuLampung

50- Spesifikasi pusat perlindungan bencana alam di bawah Program NUHH [ Nyawa Umat Untuk Hidup ke masa Hadapan ], siap 29-12-2004 .....P.U.S.B.A_N.U.H.H.

49- Susulan ombak besar akibat gempa-bumi di Sumatera, langkah proaktif menghadapi bencana alam perlu dilaksanakan, siap 27-12-2004. Rujukan Berita Harian keluaran Selasa tarikh 28-12-2004 ....ProAktifBencanaAlam

48- Sokong cadangan kerajaan tubuh bank benih tanaman, siap 12-12-2004. Rujukan Berita Harian keluaran Isnin, 13-12-2004 ....BankBenihTanaman

47- Formulasi paradigma ekstrem perangi dadah, siap 10-12-2004 .......EkstremPerangDadah

46- Kawasan bermasalah bekalan air patut dibina loji air mini, siap 09-12-2004. Rujukan Berita Harian keluaran Selasa, 14-12-2004 .......LojiAirMini

45- Pilihan lain cara membayar saman/denda trafik di Kuala Lumpur dengan membayar nilaian setara tiket/kupon pengangkutan awam rel dan bas, siap 07-12-2004. Rujukan Berita Harian keluaran Jumaat 10-12-2004 ........samantiket

44- Kempen tambang separuh bagi sistem pengangkutan rel dan bas di KL perlu diadakan, siap 06-12-2004 ..........murahrapid

43- Kaedah-kaedah yang boleh dipertimbangkan oleh KL bagi menangani masalah pelupusan sampah, siap 27-11-2004. Rujukan Berita Harian keluaran 29-11-2004 ........ KLsampahLupus

42- Mengurang kemalangan di lebuhraya dengan menurun-taraf lorong kecemasan, siap 21-11-2004. Rujukan Berita Harian keluaran 24-11-2004 .........LorongCemas

41- Penubuhan stesen TV digital terestrial yang baru ( ala Mega-TV ) bagi memikul beban tugas agenda budaya Malaysia, siap 16-11-2004. Rujukan Berita Harian keluaran 18-11-2004 ..........TVdigitalterestrial

40- Potensi biometanol sebagai salah satu produk biopetroleum di Malaysia, siap 06-11-2004. Rujukan Berita Harian keluaran 08-11-2004 ..........BioMetanol

39- Bahanapi alternatif terbaik masa kini - metanol, siap 20-10-2004. Rujukan Berita Harian keluaran 21-10-2004 .............Metanolpilihan

38- Penyalahgunaan sistem pembesar suara untuk azan perlu dihentikan, siap 18-10-2004 ......... PembesarSuara

37- Relevan penubuhan syarikat petroleum kedua negara, siap 16-10-2004 ..........PetrodMalaysia

36- Kaedah undi terbuka dalam perlantikan naib presiden dan majlis tertinggi Umno dilakukan di peringkat cawangan Umno, siap 03-10-2004 ......... UndiTerbukaUmno

35- Ekoran kenaikkan harga minyak melambung di pasaran dunia, Malaysia wajar memajukan sumber tenaga bio, siap 02-10-2004 ............ TenagaBio

34- Mensifar guna tenaga asing dengan strategi guna tenaga kerja yang baru, siap 20-09-2004. Rujukan Berita Harian keluaran Selasa, 28-09-2004 ...........StrategiTenagaKerja

33- Alternatif pilihan keluar kepada makanan ternak import mahal, siap 19-09-2004. Rujukan Berita Harian keluaran Selasa, 21-09-2004 ..........BijirinTernak

32- Langkah tambahan mengelakkan penularan wabak selsema burung dari Kelantan, siap 15-09-2004. Rujukan arkib Berita Harian keluaran Jumaat, 17-09-2004 dan UtMal keluaran Isnin, 20-09-2004 ....... TularWabakAvian

31- Tanah masam punca hasil tani bumiputra rendah, siap 02-09-2004 ..........TanahMasam

30- Senarai produk baru digital keluaran Malaysia, siap 01-09-2004. Sila rujuk arkib Berita Harian keluaran Jumaat, 03-09-2004 ..........ProdukDigital

29- Senarai inovasi baru rancangan di RTM, siap 30-06-2004. Sila rujuk arkib Berita Harian keluaran Jumaat, 02-07-2004 ..........RTMBaru

28- Punca segala gejala masalah dalam masyarakat adalah bahan psikotropik, siap 29-06-2004. Sila rujuk arkib Berita Harian keluaran Khamis, 01-07-2004 .........DadahPulihPunca

27- Langkah proaktif mengurangkan risiko panahan petir kepada orang ramai, siap 05-05-2004. Sila rujuk akhbar Berita Harian keluaran Jumaat, 07-05-2004 ............ BencanaPanahanKilat

26- Negara Islam membantu Palestin dengan melakukan penambakan pintar laut cetek dan pembinaan komplek gergasi Baitul Maqdis Baru, siap 29-04-2004 ..........SempadanBaruPalestin

25- Potensi penanaman kabung dan nipah untuk mengantikan penanaman tebu secara komersil yang mencemarkan alam sekitar , rujuk Arkib BH keluaran Isnin, 19-04-2004 ............KabungNipah

24- Astro disyorkan untuk mengadakan siaran televisyennya secara prabayar, rujuk UtMal keluaran edisi Rabu, 07-04-2004 ........PrabayarAstro

23- Akhbar utama tempatan disyorkan untuk mewujudkan Talian Aduan Terbuka Tingkah-laku pelajar tanpa menyembunyikan identiti asal sekolah mereka, rujuk Arkib BH keluaran Selasa, 06-04-2004 ........AduanTerbukaPelajar

22- Menangani dan mengenalpasti gejala pengundi hantu dengan Sistem Maklumat Ketelusan Tinggi Peribadi Pengundi [MKTPP] oleh SPR, rujuk Arkib BH keluaran Khamis, 25-03-2004 ............PengundiHantu

21- Umno disyorkan menubuhkan dana persendirian [ Dana Bantuan Mikro Umno ] untuk memajukan orang Melayu tanpa perlu lagi 'mekanisme tongkat' tetapi beralih kepada 'mekanisme mata-kail', sila rujuk Arkib BHarian keluaran Jumaat, 09-04-2004 ...........Edisi DBMU 2004 dan ..... Edisi Asal DBMU 2000

20- Cadangan satu sistem pengundian secara elektronik menggunakan internet untuk pilihanraya edisi 2008/2009, rujuk UtMal keluaran Isnin, 08-03-2004 ..............InternetUndi

19- Fasiliti Perwaja Kedah diguna semula untuk memproses kaca dan besi terbuang .........Besi-Kaca

18- Pakej bantuan menyelamatkan Zoo Negara dengan beberapa langkah unik seperti pengwujudan dana tabung warisan, pelancongan murid sekolah dll, rujuk Arkib BH keluaran hari Jumaat, 05-03-2004 ...............ZooNegara

17- Cadangan strategi baru pembangunan Terengganu yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan BN jika berjaya menawan semula Terengganu dalam pilihanraya 2004, rujuk UtMal keluaran Khamis 04-03-2003 ............BNkuasaTerengganu

16- Pembinaan rumah rakyat mampu milik berkos rendah dengan konsep pembinaan rumah nukleus, rujuk UtMal keluaran Rabu, 18-02-2004 .............RumahNukleus

15- Tindakan pro-aktif menangani isu merokok ialah menukarkan fungsi biologikal pokok tembakau sebagai pengeluar produk biokimikal, rujuk Arkib BH keluaran edisi Selasa, 24-02-2004 & UtMal keluaran edisi Rabu, 25-02-2004 ............TembakauBiologi

14- Langkah proaktif yang boleh dibuat oleh rakyat biasa dan kerajaan Malaysia dalam menangani kemungkinan wabak selsema burung melanda [setakat 08 Feb 2004], sila rujuk Arkib BH keluaran edisi Jumaat, bertarikh 30-01-2004 ...........SelsemaBurung

13- Potensi penggunaan gelombang mikro untuk membunuh dan memusnah virus selsema burung, virus Sars, prion penyakit lembu gila dan sebagainya, rujukan UtMal keluaran Rabu, 11-02-2004 ms7 ...........MikroBunuhVirus

12- Orang Melayu boleh menzahirkan kekayaan tersembunyi RM 60 billion yang berupakan simpanan barang kemas peribadi kepada simpanan dana seperti dana ASB,ASN. Rujuk Arkib BH keluaran 22-12-2003, 27-11-2003 ...........EmasDuit

11- Penilaian hukuman kasi perogol disudut perundangan hudud asal .........Hududkasi

10- Formula-formula unik untuk memartabatkan semula Akhbar Utusan Melayu, ditulis siap pada 08-02-2004 ..........UtusanMelayuBaru

09- Menukar Pertubuhan Negara-negara Islam menjadi badan yang praktikal dengan pembentukan pasukan keamanan dan majlis keamanan, rujuk Arkib BH 23-03-2004 ...........PengamanIslam

08- Kerajaan perlu mensaratkan aktiviti riadah anak muda untuk elak gejala lumba motor haram yang semakin berluasa seperti aktiviti bakat bola, tinju siam- Rujuk Arkib BH keluaran 07-02-2004 .................LumbaMotorHaram

07- Harga tiket pengangkutan rel dan bas yang rendah merupakan kata kunci utama penyelesaian masalah kesesakan lalulintas di Kuala Lumpur, rujuk Arkib BH 20-12-2003, 11-12-2003 ............TiketRelBas

06- Mengsifar kemalangan jalanraya dengan penggunaan tag elekronik kenderaan, rujuk Arkib BH edisi 03-12-2003 & UtMal keluaran 24-12-2003 .........TagElektronik

05- Menangani masalah industri beras negara dengan pengenalan dasar beras yang baru dimana harga padi tinggi dan harga beras kawalan amat rendah, rujukan UtMal keluaran 14-01-2004 ..............Beras

04- Penggunaan struktur semi-terowong di kawasan risiko tinggi tanah runtuh, rujuk Arkib BH keluaran edisi bertarikh 16-12-2003, 02-12-2003 & UtMal keluaran 29-12-2003......SemiTerowong

03- Malaysia patut menerajui dunia dalam teknologi bio-diesel yang menggunakan bahan etanol-sawit, rujukan UtMal 30-10-2003 ..............Etanol-sawit

02- Malaysia patut terlibat dalam pembinaan Terusan Segenting Kra, fakta-fakta utama dan rahsia disebalik peranan kuasa barat di rantau Asia Tenggara, rujukan UtMal keluaran 30-07-2003 dan Arkib BH 06-10-2003 .............TerusanKra

01- Pembinaan Terusan Pinggiran gergasi di Kuala Lumpur untuk menangani secara total masalah banjir kilat, rujukan UtMal keluaran 16-06-2003 ..............TerusanPinggiran

Berkongsi Idea Untuk Kesejahteraan Negara Tercintaku........


PEMBINAAN TERUSAN PINGGIRAN KOTA KL SEBAGAI ALTERNATIF KEPADA PROJEK TEROWONG AIR BERKOS TINGGI

Saudara Pengarang,

Cadangan pembinaan terowong bawah tanah yang bernilai lebih sebilion ringgit sememangnya amat dialu-alukan kerana ianya menjanjikan satu lagi pemindahan teknologi tinggi untuk kegunaan negara. Namun ada baiknya terowong tersebut digunakan untuk laluan keretapi bawah tanah untuk kegunaan pengangkutan orang ramai yang murah dan jimat. Apa yang merunsingkan saya ialah sikap manusia yang tinggal di ibukota yang sering membuang sampah akan menyebabkan terowong itu tersumbat, kalau tidak terowong itu yang tersumbat saya bimbangi ialah saluran air yang hendak masuki terowong tersebut yang tersumbat terlebih dahulu maka hasrat untuk menyalurkan air tidak tercapai langsung. Lagi darsyat jika terowong itu sendiri yang tersumbat tentu perlu diadakan pasukan penyelam untuk menyelesaikan masalah tersebut yang berada setengah kilometer di bawah tanah sana atau membelikan sebuah kapal selam untuk menangani masalah itu.

Maka disini saya ingin mengingatkan anda semua akan punca masalah sebenar akan terjadi banjir kilat tersebut;

1- Litupan muka bumi oleh bangunan batu dan jalanraya menyebabkan tanah setempat tidak lagi dapat menerima dan menyerap semaksimum mungkin air hujan yang turun.

2- Hakisan tanah kerana merosotnya litupan hijau di kawasan hulu legihan sungai menyebabkan larian air lebih cepat dan tidak diserap di kawasan hulu. Ianya juga mengakibatkan tanah mendak.

3- Sampah-sarap yang menyekat longkang dan parit melambatkan aliran. Boleh dikatakan hanya kawasan Segitiga-Emas sahaja yang bersih tetapi selain itu anda sendiri yang tahu dan maklum.

4- Sememangnya Kuala Lumpur adalah kawasan lembah yang berasal-usul dari kuala yang berlumpur yang telah disumpah untuk banjir setiap kali hujan.

Daripada empat sebab tersebut hanya yang pertama dan keempat sememangnya tidak boleh dielak dan hanya yang kedua dan ketiga boleh kita atasi iaitu memperbanyakkan lebih litupan pokok hijau dan rumput di kawasan hulu. Dan juga masalah sampah perlu diatasi dengan kadar segera dimana pihak kerajaan melipat-gandakan kempen guna-semula dimana penubuhan kedai (outlet) khas yang menerima dan membeli sisa sampah guna-semula. Manakala syarikat dan kilang yang terlibat memproses bahan guna semula diberikan insentif berganda dan kedudukan yang istimewa.

Bagi menjawap persoalan bagaimana jika banjir kilat masih terus berlaku, kita patut mempertimbangkan satu sistem penyaliran air yang efisien dan kos selenggara yang rendah. Maka di sini saya mencadangan satu alternatif mudah iaitu satu sistem terusan gergasi yang dinamakan sebagai Terusan Pinggiran mengelilingi Bandaraya Kuala Lumpur dan mempunyai laluan terus ke laut. Berikut adalah ciri-ciri kasarnya:

1- Kelebaran melebihi 100 meter dan kedalaman melebihi 15 meter, dibina seakan-akan mengelilinggi Bandaraya Kuala Lumpur, mempunyai beberapa pintu air dan mempunyai outlet langsung terus ke laut

2- Terusan dibina melalui kawasan pinggiran kota menggunakan tanah persendirian, ini mungkin satu pembaziran duit kerajaan kerana melibatkan kos pengambil-alihan tanah mengikut pasaran semasa tetapi kehadiran terusan ini menambah nilai disegi estetika lanskap pinggiran air dan nilai rekreasi.

3- Rekabentuk terusan yang lebar, tidak seberapa lurus(sedikit berlengkang-lengkok) dan luas memberikan pandangan sebuah sungai besar yang indah maka boleh dibinakan;
i) Perumahan berkonsep water-front atau river-front.
ii) Taman rekreasi untuk jogging.
iii) Tempat makan mengadap sungai.
iv) Tapak sukan air dan berkayak

4- Ketika musim hujan monsun, semua pintu air dibuka sepenuhnya dan terusan berfungsi semaksimumnya untuk menerima lebihan air dari hulu, bahagian dari luar KL dan dari dalam bandaraya itu sendiri.

5- Ketika diluar musim banjir kilat, pintu air terusan ditutup dan air dari hulu sungai disalurkan kedalam terusan sehingga memenuhi terusan.

Saya anggarkan ianya mungkin menelan kos yang sama dengan pembinaan terowong tetapi cuba kita fikirkan bersama pembangunan kemanusiaan yang terhasil daripada kehadiran Terusan Pinggiran. Cuba anda bayangkan perbezaan melihat permandangan persimpangan sungai di Masjid Jamek dengan kesayupan permandangan Terusan Pinggiran.


DARIPADA- RAMZAM MUDA, RAWAI , BUKIT PAYUNG, TERENGGANU.
TARIKH : 14 JUN 2003

I/C 740102-11-6391
NAMA SEBENAR : MOHD ZAMRI B- MUDA
ALAMAT : 131 KG RAWAI, BUKIT PAYUNG, 21400 MARANG TERENGGANU
TELEFON : 013 952 29 18

Saudara Pengarang,

SIAPA SEBENAR MALAYSIA DI MATA DUNIA

Pada bulan Julai 1997, Asia kegemparan dan diambang kemuflisan. Penyangak mata wang Barat diketuai oleh Soros menikmati laba berganda berbilion dollar. Era baru Asia hancur musnah, globalisasi dan dunia tanpa sempadan canangan Barat mempunyai agenda tersembunyi. Suara tegas Perdana Menteri kita ketika itu menegak kebenaran diperlecehkan. Namun, satu ubat ajaib tercipta setahun kemudian, Malaysia kembali bangkit bertaring bak harimau baru sembuh dari demam. Dan kini kita bukan sahaja mempunyai Wawasan 2020 tetapi wawasan untuk keadilan ekonomi dunia sejagat. Malaysia kini berani ke depan memperjuangkan dunia tanpa sempadan bagi penhijrahan pekerja dari dunia membangun ke negara maju, penggunaan Dinar Islam, isu Palestin, keganasan antarabangsa dan terkini pengunaan Euro mengantikan Dollar.

Kita bersimpati kepada negara sahabat seperti Thailand dan terutama Indonesia yang masih lagi bergelut untuk bangun semula. Apa lagi kalau disebut nama negara jiran yang jauh sedikit seperti Kemboja, Myammar dan Filipina. Malaysia seharusnya melakukan satu tugas besar untuk memakmurkan jirannya. Tahukah anda bahawa rantau ini adalah rantau yang paling strategik sekali di dunia, kerana itulah pihak asing begitu rakus untuk menjajah kita dengan pelbagai cara.Salah satu caranya ialah pihak kerajaan Malaysia patut turut serta membantu kerajaan Thailand merealisasikan segera pembinaan terusan Segenting Kra. Sebab-sebabnya saya huraikan selepas ini.

Seingat saya, sebelum serangan ekonomi Julai 1997, kerajaan Malaysia dan Indonesia sudah menandatangani perjanjian pembinaan jambatan terpanjang di dunia antara Melaka dan Pulau Sumatera dan Thailand sudah menyatakan hasrat untuk membina terusan Segenting Kra setelah ura-ura
pembinaan terusan sejak setengah abab yang lepas lagi. Ini menunjukkan betapa kuat dan gagahnya ekonomi Harimau-harimau Baru Asia sebelum di'soros'kan. Pada ketika itu, tiga negara ini boleh berdiri sendiri dan berjaya boleh menganggu gugat dua lubuk emas barat iaitu Hong Kong dan Singapura.

Namun kedua-dua lubuk emas ini tidak boleh bertahan lama kerana lubuk emas yang sebenar berada di tempat lain. Tanah Semenanjung Malaysia dan kawasan utara sekitarnya meliputi selatan Filipina, selatan Indochina, selatan Thai, selatan Myammar dan utara Sumatera (Acheh) adalah rantau yang paling berpotensi menjadi rantau yang paling strategik di muka bumi kini kerana kedudukan geografi di tengah-tengah dunia dan menjadi laluan kapal timur dan barat lebih-lebih lagi apabila sebuah terusan pintas di Segenting Kra dibina yang dapat memendekkan perjalanan kapal sejauh kira-kira 1000 batu nautika.

Maka tidak dihairankan kenapa Malaysia begitu dicemburui dan menjadi sasaran untuk kuasa asing untuk campurtangan. Ya samaada kita suka atau tidak negara kita adalah berpotensi menjadi negara yang paling makmur di dunia walau tidak langsung mempunyai emas dan petroleum di perut
buminya. Sedar tak sedar rantau strategik laluan baru kapal tidak stabil, telah dan sedang diganggu gugat seperti selatan Filipina,selatan Indochina,selatan Thai,selatan Myammar dan utara Sumatera (Acheh).Kita tidak pernah terfikirkan campurtangan agen-agen asing dalam pergerakan militan di utara
Sumatera, selatan Thai dan Filipina, pemulauan kerajaan tentera Myammar oleh barat di atas alasan tidak melaksanakan demokrasi, peperangan di Kemboja dahulu dan kejatuhan ekonomi April 1997 di Malaysia, Thailand dan Indonesia bertujuan besar untuk menguasai Tanah di Tengah Dunia ini.

Berbalik tentang pembinaan terusan tersebut, eloklah terusan itu dibina secara berkembar itu dua laluan yang berasingan. Lokasinya ialah merentas Songkla. Rasional pembinaan terusan berkembar membolehkan laluan kapal dari timur dan barat berjalan serentak tanpa perlu mengikut jadual jika dibina terusan tunggal seperti Terusan Suez. Pembabitan Malaysia dalam pembinaan terusan boleh dibuat dalam beberapa cara. Pertama, Malaysia boleh membina terusan tersebut secara sukarela dengan penglibatan syarikat pembinaan tempatan diatas alasan bantuan ehsan kepada Thailand demi
kemajuan rantau ASEAN. Kedua, dengan membiayai sebahagian kos kewangan pembinaan terusan dengan pemberian dana kewangan oleh bank tempatan Malaysia.

Faktor-faktor utama mengapa pembinaan Terusan Berkembar Rentas Songkla amat diperlukan ialah;

1- Untuk memajukan ekonomi kawasan rantau antara Filipina Selatan, Indochina Selatan,Thailand Selatan, Sabah, Utara Semenanjung Malaysia, Selatan Myammar dan Utara Sumatera. Dimana kos buruh rendah sesuai untuk tapak industri baru dan penubuhan pelabuhan entreport bebas.

2- Penutupan Selat Melaka kepada laluan kapal antarabangsa kerana risiko ancaman bencana pencemaran air yang amat darsyat dari tumpahan minyak. Dimana kawasan selat ini amat sempit dan cetek dan kaya dengan khazanah laut perlu dipelihara.

3- Selat Melaka yang tenang lebih sesuai untuk industri akuakultur di tengah laut, kawasan yang cetek boleh ditebusguna untuk pembinaan pulau buatan dan pembinaan kotaraya terapung di atas laut.

Walaupun kegawatan ekonomi Julai 1997 telah membawa negara-negara Harimau Baru Asia tiga puluh tahun ke belakang tetapi disebaliknya telah memberikan satu senjata penting kepada Malaysia untuk terus kehadapan dan berperanan sebagai peneraju dan menulis semula sejarah dunia dengan langkah dengan membina terusan dunia yang baru. Malaysia sudah tidak mempunyai masa terluang lagi untuk hanya duduk memerhati. Malaysia patut fikirkan prospek dirinya sendiri dan negara sahabat yang lain atau menunggu masa sahaja negara barat menjajah secara langsung atau tidak langsung terhadap Tanah di Tengah Dunia ini. Biarkan semua orang tahu siapa Malaysia sebenar di mata dunia.

RAMZAM MUDA, DESA RAWAI, BUKIT PAYUNG, TERENGGANU


Mohd Zamri Muda ( Bc.Sc.Biotech UniPutra Serdang 1998 )
i-c 740102-11-6391
131 Kg.Rawai,Bukit Payung
21400 Kuala Terengganu
Tel : 013 952 29 18
Saudara Pengarang,

Mensifar Kemalangan Dengan Sistem Tag Elektronik Kenderaan

Kejadian maut akibat kemalangan atau kecelakaan di jalanraya amat tidak dialu-alukan untuk berlaku. Jika mengikut hukum pemilihan semulajadi Teori Evolusi, perkara ini tentulah amat baik kerana manusia yang cuai dan tidak memandu berhemat itulah akan lebih pendek umurnya dan akan tersisih dari evolusi manusia berikutnya. Namun hal sebaliknya berlaku, akibat dari kecuaian pemanduan dari seorang manusia sahaja mengakibatkan beberapa nyawa lain yang tidak bersalah melayang begitu sahaja. Mati dan hidup di jalanraya kini hanya bergantung kepada nasib baik sahaja.

Dalam tempoh 10 tahun ini, kita semua berusaha bersungguh-sungguh untuk mengurangkan kecelakaan di jalanraya terutama yang melibatkan kemalangan maut namun semua usaha itu hanya sia-sia sahaja. Mungkin peningkatan jumlah kemalangan maut seiring dengan peningkatan populasi. Bermacam-macam kaedah pernah dilakukan seperti Ops Pacak malah Perdana Menteri kita sendiri merayu agar pemandu memandu dengan penuh berhati-hati. Namun diakhir tempoh musim perayaan, angka-angka statistik tetap mengecewakan.

Kata kunci utama untuk membendung kejadian kecelakaan jalanraya ialah disiplin pemandu itu sendiri. Di Malaysia, pemandu hanya berdisiplin jika mereka berasa diri mereka diperhatikan oleh pihak berkuasa. Bukan kelajuan kereta menjadi ukuran berlakunya kemalangan. Dikatakan di negara Arab Saudi tidak menetapkan had laju tetapi undang-undangnya keras di mana jika berlaku kemalangan maut, si pemandu yang cuai akan dihukum sama seperti nasib si mangsa dan kesannya ialah kematian di jalanraya yang rendah. Tetapi hal ini tidak serasi jika dipraktikkan di Malaysia dan ianya hanya untuk dijadikan kes untuk dikaji sahaja.

Dikatakan rakyat Malaysia itu berbudi bahasa dan baik-baik belaka tetapi lainlah halnya apabila disebut akan disiplin mereka di jalanraya, di dalam tandas awam dan cara mereka membuang sampah. Dalam kes untuk menjawab bagaimana untuk mendisiplinkan pemandu-pemandu Malaysia maka satu sistem elektronik setiap kenderaan perlu diadakan. Sistem tag elekronik memudahkan pemantauan pergerakan trafik dan corak pemanduan dapat direkodkan secara digital. Sistem ini seakan-akan 'Black Box' yang cuba dipraktikkan untuk bas ekspres. Tetapi sistem tag elektronik ini tidak memerlukan 'black box' yang mahal membebankan pengguna dipasangkan di kenderaan tetapi mungkin kad elekronik yang hanya memancarkan gelombang radio memberikan pengenalan digital kepada stesen- stesen pengesan yang dibina oleh pihak berkuasa. Para saintis Malaysia boleh mempertimbangkan penggunaan gelombang AM Digital yang dipadatkan atau CAMDf (Compressed AM Digital Frequency) yang menggunakan teknologi rendah dan murah. Pemberian kad elektronik ini mungkin boleh disekalikan dengan lesen memandu atau cukai jalan kenderaan.

Sistem tag elekronik tidak memberikan kos kepada pengguna tetapi kerajaan atau pihak pengurusan lebuhraya perlu mengadakan sistem pemantauan digital. Maka teknologi ini perlu dibangunkan sendiri oleh saintis Malaysia dan diperkembangkan. Data-data pemantauan elekronik boleh digunakan untuk memberi amaran kepada pemandu yang terlebih had laju. Maka mungkin papantanda elekronik dipasang di tepi jalanraya untuk memapar secara automatik- Nombor kereta si anu terlebih had laju. Manakala di simpang trafik, ianya berfungsi untuk menganggarkan kekerapan pertukaran lampu isyarat atau merekodkan kenderaan yang tidak mengikut lampu isyarat. Segala perlakuan pemanduan dapat dipantau secara mudah oleh mekanisasi digital. Jika berlaku kemalangan, simulasi semula secara digital boleh dilakukan berdasarkan data-data pemantauan maka kesilapan boleh dicari dan direkodkan untuk kes mahkamah.

Sistem pengenalan elektronik juga memudahkan kerja untuk mengesan lokasi kenderaan curi atau pengesan penjenayah yang sedang bergerak maka ianya akan memudahkan kerja pihak polis dan trafik. Jika teknologi ini menjadi kenyataan, jika ada satu kenderaan yang tidak memberikan pengenalannya maka tentu ada sesuatu yang tidak kena dengannya. Maka lebih mudah kepada pihak polis untuk mengambil tindakan. Saya hanya mampu mencadangkan satu konsep tetapi pelaksanaannya memerlukan kepakaran para saintis dan bijak pandai teknologi. Ini adalah langkah jauh ke hadapan dan mungkin realiti di tahun 2020.

Nukilan: Ramzam Muda, Desa Rawai, Marang,Terengganu

Maklumat Peribadi:
Nama : Mohd Zamri Bin Muda
Alamat : 131 Kg.Rawai, Bukit Payung,21400 Marang, Terengganu
No. I-C : 740102-11-6391
No. tel : 013 952 29 18
Sila Lawat: www.geocities.com/ramzamuda

Nota: Artikel ini menjawab sedikit sebanyak mengapa negara Malayssia mempunyai kepentingan strategik kepada kuasa besar dunia dan untuk menyedarkan para parti pembangkang agar akibat buruk jika negara kita ditadbir di pihak yang tidak sepatutnya.


DISEBALIK ARTIKEL [tidak disiarkan] - MALAYSIA mampu muncul sebagai kuasa ekonomi dan teknologi dengan penguasaan teknologi mesra alam seperti penghasilan tenaga daripada biomass dan bahanapi etanol-sawit kerana lebih separuh daripada dunia terdiri daripada negara-negara miskin yang masih membangun. Sudah tiba masanya untuk kita sebagai wakil negara membangun menawarkan kuasa tawar-menawar yang baru iaitu pengunaan tenaga lestari [sustainable] tanpa bergantung kepada kuasa barat. Dengan cara ini juga Amerika akan hilang kerakusan untuk menguasai lapangan minyak di Timur-Tengah. Maka peperangan dan penguasaan negara lain akan terhenti dengan sendirinya. Dunia sudah tidak mempunyai masa untuk peperangan kerana terlalu banyak tugas berat menantinya iaitu;
1- Menyediakan makanan secukupnya untuk populasi penduduk yang bertambah.
2- Memulihkan dunia dari pencemaran alam sekitar dengan menanam sebanyak mungkin pokok untuk menyerap gas karbon dioksida.
3- Sudah tiba masanya manusia menumpukan perhatian kepada penjelajahan angkasa seperti projek membumikan Marikh.

Saudara Pengarang,

MALAYSIA WAJAR MENERAJUI TEKNOLOGI BIODIESEL DARIPADA ETANOL-SAWIT

Malaysia baru-baru ini berjaya mengejutkan dunia dengan pengumuman ujian litar kenderaan yang menggunakan bahanapi yang mempunyai unsur campuran stanum iaitu logam timah. Namun begitu sebahagian paten atau hakcipta proses dan rekabentuk mesin dan bahanapi masih kepunyaan satu syarikat teknologi dari Amerika Syarikat. Lagi pula, Malaysia kini sudahpun hilang kepentingan strategik perlombongan timah dan logam tersebut hampir tidak mempunyai nilai kerana pegangan stok penimbal oleh negara barat. Malaysia sebenarnya masih mempunyai alternatif lain yang lebih sesuai membangunkan sumber bahanapi baru iaitu sumber bahan biomass dan minyak kelapa sawit.

Pengumuman yang Malaysia akan membina insinerator mengikut teknologi Jepun di Broga, Selangor merupakan satu langkah yang amat proaktif dalam menangani masalah sampah dan juga memulakan pembangunan satu sumber baru tenaga elektrik. Walaupun satu loji insinerator mencecah kos ribuan juta ringgit, faedah jangka panjang adalah amat berbaloi jika dilihat di sudut penjanaan tenaga elektrik yang mandiri.

Pada pendapat saya, bukan setakat sampah buangan sahaja yang patut ditumpukan sebagai sumber kegunaan loji malah sisa buangan pepejal pertanian juga boleh digunakan seperti sisa daunan, batang pokok dan najis haiwan. Maka penggunaan insinerator mampu mengantikan pembinaan loji hidro-elektrik dan kerajaan perlu menggiatkan lagi aktiviti penanaman pokok penghasil biomass cepat tumbuh seperti pelbagai spesis buluh, pokok petai belalang, akasia mangium malah lalang di kawasan tanah terbiar di seluruh negara.

Bercerita panjang tentang potensi penghasilan tenaga elektrik daripada loji insinerator tidak dapat menjawab persoalan- Apakah pula bahanapi yang sesuai untuk kegunaan kenderaan bermotor dan engin kecil? Alternatif terbaik yang boleh saya cadangkan di sini ialah penggunaan bahanapi etanol dan minyak kelapa sawit atau diringkaskan sebagai etanol-sawit. Namun cadangan saya ini hanya berbentuk teorikal sahaja tetapi berdasarkan beberapa fakta yang kukuh.

Terdapat sebab yang tertentu mengapa saya mencadangkan penggunaan bahanapi hibrid etanol-sawit. Pertama, sememangnya sudah ada teknologi menggunakan minyak sayuran sebagai bahanapi sepenuhnya dengan engin diesel yang direka khas. Tetapi minyak sayuran itu perlu terlebih dahulu ditukar kepada bentuk kimikal metil-ester yang melibatkan proses kompleks dan rumit. Ini melibatkan kos yang amat tinggi dan tidak ekonomik.

Fakta yang kedua, bahanapi etanol tulen boleh digunakan terus mengantikan petrol kerana etanol tulen boleh mudah terbakar setanding dengan petrol. Negara Brazil pernah menggunakan teknologi bahanapi etanol daripada fermentasi gula tebu sebagai respon kepada krisis tenaga lewat 1970an dahulu. Namun penghasilan etanol melibatkan penanaman tebu secara besar-besaran banyak memusnahkan kawasan simpanan hutannya.

Dalam kes Malaysia, tanaman sagu dan ubi kayu boleh digunakan untuk menghasilkan etanol. Terdapat penyelidikan penghasilan etanol menggunakan kanji sagu yang pernah dijalankan oleh pihak UPM dan Mardi boleh dijadikan garis panduan asas. Pokok sagu mempunyai tempoh tuaian yang amat lambat iaitu 15 hingga 30 tahun tetapi kelebihannya ia boleh tumbuh dengan baik di kawasan tanah berpaya. Manakala ubi kayu pula mempunyai tempoh tuaian yang singkat iaitu setengah tahun sehingga kurang satu tahun tetapi tidak boleh ditengelami air.

Fakta yang ketiga, pernah dilaporkan di media akhbar beberapa tahun dulu - akibat kegawatan ekonomi terdapat sekumpulan petani di Thailand menggunakan terus campuran minyak tanah [kerosin] dan minyak masak terpakai untuk mennghidupkan enjin traktor dan enjin pam air diesel tanpa sebarang pengubahsuaian enjin. Fakta ini amat menarik perhatian saya untuk diperkembangkan konsep ini kepada bahanapi biodiesel yang berasaskan etanol-sawit dimana etanol tulen digunakan untuk mengantikan kerosin.

Maka satu bahanapi yang lebih mudah dan murah digunakan dapat dicipta tetapi banyak kajian perlu dibuat seperti mengkaji komposisi optima yang sesuai diantara etanol dan minyak sawit mentah. Ataupun mungkin bahanapi perlu digunakan secara berasingkan dimana etanol digunakan terlebih dahulu untuk memanaskan enjin kepada suhu tertentu (dimana kita semua maklum bahawa minyak masak amat mudah terbakar jika berada pada suhu yang tinggi).

Disebalik semua ini, Malaysia berpeluang untuk menerajui penggunaan satu teknologi yang murah untuk digunakan oleh negara-negara miskin di seluruh dunia. Jika teori ini terbukti berjaya, ini bermakna negara membangun dan miskin mempunyai kuasa kekuatan baru bagi menawarkan sumber tenaga murah. Negara kita Malaysia mempunyai kereta Proton Tiara yang berenjin diesel untuk menjadi bahan ujian litar bahanapi baru biodiesel daripada etanol-sawit. Jika ujian litar itu berjaya maka dunia masa depan tidak akan diganggu-gugat lagi oleh pengeluaran minyak petroleum tetapi memadai dengan usaha penanaman secara besar-besaran kelapa sawit,pokok sagu dan ubi kayu.

Terdapat berjuta hektar tanah tropika dan tanah gurun berpotensi untuk dibangunkan dengan tanaman sumber biodiesel baru di negara membangun di Asia, Afrika dan Amerika Selatan. Malaysia mempunyai tugasan baru iaitu menyebarkan satu wawasan global penggunaan biodiesel mesra alam ke serata dunia. Ini satu cabaran baru untuk semua saintis Malaysia menyahut cabaran ini, tunjukkan siapa sebenar Malaysia di mata dunia- kecil bukan bererti lemah!

Nukilan: Ramzam Muda, Desa Rawai, Bukit Payung, Terengganu

Maklumat Peribadi;
Nama : Mohd Zamri B- Muda
No i/c. : 740102-11-6391
Alamat : 131 Kg Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang Terengganu
No. Tel.: 019 952 29 18


Penggunaan Terowong Letak-Pasang-Timbus Penyelesaian Lereng Cerun Runtuh

Kejadian lereng cerun runtuh kembali terpapar di dada akhbar dan jalan penyelesaian muktamad masih belum dapat dicari. Setakat ini mungkin pemantauan kawasan-kawasan yang sensitif harus diutamakan. Dengan keadaan hujan monsun sekarang tentunya banyak kawasan cerun di lebuhraya di seluruh negara menjadi merbahaya dan berisiko tinggi kepada pengguna.

Inilah risiko yang terpaksa kita hadapi apabila menjalankan pembangunan yang berteraskan kos kontrak yang paling terendah. Memang lebih mudah dan murah kepada para kontraktor jika laluan kawasan berbukit hanya perlu ditereskan dan digondolkan sebahagian bagi membina lebuhraya yang lebih lurus. Namun padahnya mendatang hanya menantikan peluang yang tiba. Jawapannya harta dan nyawa dipertaruhkan.

Walaubagaimanapun, kita tidak boleh mengambil sikap melatah dan menuding jari mencari angkara salah siapa tapi bersama mencari jalan keluar menyelesaikan masalah. Disini, saya ingin mengongsikan cadangan idea saya yang unik untuk mengatasi masalah kejadian tanah runtuh di cerun bukit iaitu membina sistem laluan separa terowong di kawasan berisiko tinggi kejadian tanah runtuh. Idea ini bertitik tolak dari beberapa fakta yang menarik pemerhatian saya sebagai warga negara biasa.
Fakta pertama ialah penekanan konsep penyesuaian pembangunan mengikut mukabumi asal oleh bekas Perdana Menteri kita - Tun Dr. Mahathir. Hal-hal yang terperinci tidak perlu saya huraikan kerana kita tentu sedia maklum akan hal ini sebelum ini. Fakta kedua ialah konsep pembinaan laluan keretapi bawah tanah dan di Putrajaya dan Cyberjaya yang menggunakan struktur terowong pasang-siap dimana tanah dikorek kemudian struktur dipasangkan dan akhirnya sturktur ditimbus. Cara ini amat bijak dimana dapat menjimatkan kos dan memudahkan kerja.
Jika konsep ini diaplikasikan kepada tanah bercerun berisiko tinggi, kita hanya perlu menarah laluan terbabit kemudian dipasangan struktur terowong pasang-siap dan akhirnya cerun yang tidak stabil itu diruntuhkan untuk menimbus struktur terowong. Kaedah ini amat rendah kosnya berbanding jika kita membina sistem terowong menembusi bukit dengan cara korekan mendatar sepertimana Terowong Karak dan apa yang lebih penting ialah mensifarkan risiko tanah runtuh dan kos penselenggaraan yang rendah. Kawasan cerun yang gondol boleh ditanam dengan pokok hutan balak asal. Pokok hutan semulajadi adalah struktur penstabil cerunan yang paling tepat bukannya struktur kontrit atas teres rumput.

Maka tidak perlu lagi kita melihat permandangan cerun berteres yang ditanam dengan rumput dan perlu diselenggara setiap bulan. Kita tidak sanggup lagi melalui kawasan bercerun tinggi dan berasakan diri seolah-olah sang semut halus memanjat gunung tepung. Apakah perasaan anda sendiri apabila melalui kawasan gondol bercerun tinggi di lebuhraya disaat ketika hari hujan lebat. Diharapkan cadangan ini dapat membuka sedikit jalan keluar akan masalah tanah runtuh di lebuhraya. Kajian dan eksperimen perlu diadakan kerana cadangan ini bukan jawapan sempurna kepada permasalahan ini. Saya hanya memberi pendapat sebagai alternatif pilihan sahaja.

Nukilan-Ramzam Muda, Desa Rawai, Marang, Terengganu

Maklumat Peribadi;

Nama : Mohd.Zamri Bin Muda
No.I/c : 740102-11-6391
Alamat : 131 Kg.Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu
No. Tel.: 013 952 29 18

Saudara Pengarang,

MENGGEMPUR MASALAH INDUSTRI BERAS NEGARA DENGAN DIPERKENALKAN DASAR BARU YANG DRASTIK

Isu timbul kembali beberapa bulan lepas berbangkit tentang makanan ruji rakyat Malaysia iaitu beras. Setelah hangat selama seminggu dua ia senyap tanpa tindakan drastik dan tegas yang perlu diambil oleh kerajaan. Saya percaya ketika para penanam padi menuai hasil di beberapa musim akan datang pastinya berkenaan rendahnya jualan padi dan sekali lagi masalah beras seludup akan diperkatakan.Kini dikatakan berlaku pula pegilang padi swasta kelebihan stok beras menyebabkan padi tempatan akan mengalami lambakan.

Maka di sini saya ingin mencadangkan idea yang unik dan drastik bagi menangani permasalahan industri padi dan beras negara. Masalah penyeludupan beras bertitik tolak dari kos yang rendah dan kualiti tinggi yang diperolehi oleh pengguna maka mewujudkan permintaan yang teramat besar kepada beras seludup. Manakala kelebihan stok padi tempatan merupakan rentetan daripada lambakan daripada beras seludup di pasaran. Pendekatan konsep subsidi kepada harga padi mentah dan harga beras jualan dikedai harus diberi perhatian dan ditangani oleh pihak kerajaan secara langsung melalui agensi penuh milik kerajaan kerana beras merupakan aset strategik negara yang teramat penting untuk masa hadapan. Masalah tersebut adalah tempias daripada masalah yang melanda dunia sekarang. Ada segelintir daripada rakyat kita sanggup bersubahat untuk menyeludupkan beras secara haram dan memperoleh keuntungan puluhan juta manakala industri beras negara menjadi tidak berdaya saing akibat daripada perbuatan mereka.

Gejala global sebenar bertitik-tolak daripada peranan kuasa Barat yang mengusai pengeluaran bijirin dunia termasuk beras. Pemberian subsidi kerajaan diamalkan di Amerika Syarikat dan Eropah walaupun negara besar tersebutlah melaungkan konsep globalisasi dan ekonomi pasaran bebas. Ini ibarat ‘lontar batu sembunyi tangan’ atau ‘…mengata orang, dia yang lebih’, maka itu harga pasaran bijirin seperti gandum, jagung dan kacang soya malah beras keluaran Amerika teramat rendah sehinggakan produk tersebut jika dikeluarkan oleh negara membangun di benua Afrika, Amerika Selatan dan Asia tidak akan berdaya-saing. Disebalik pemberian subsidi kerajaan Amerika tersembunyi agenda besar iaitu menguasai monopoli pengeluaran bijirin dunia untuk tujuan politik dunia dan memeras ugut negara kecil dan miskin di masa akan datang. Tidak ada yang merugikan mereka akan nilai subsidi pertanian yang bernilai beberapa puluhan billion dollar dengan keuntungan laba bertrillion dollar pengeksportan mereka diatas nama k-ekonomi, alat teknologi IT dan persenjataan moden.

Berbalik dengan itu, harga beras yang ditawarkan oleh negara jiran kita menjadi lebih murah kerana tekanan penawaran harga bijirin antarabangsa yang dikuasai oleh kuasa unipolar. Dengan beras kualiti tinggi yang sudah diketahui umum, beras tersebut mendapat permintaan ramai yang luar biasa. Untuk itu saya mencadangkan agar satu dasar baru dibentuk iaitu Dasar Beras Negara (DBN) diwujudkan. Kerajaan perlu mewujudkan semula instrumen seperti LPN dan tidak melibatkan penanam beras tempatan dengan sistem komersial kerana ini pasti akan meranap dan memusnahkan aktiviti penanaman padi tempatan untuk jangka masa panjang.

Persoalan kuasa pasaran komersial dan penawaran bukan soalan utama tetapi jaminan hidup dan pendapatan para penanam padi adalah hal yang perlu diutamakan. Kita tentu tidak mahu melihat sawah kosong tidak diusahakan dan negara ini tidak langsung mengeluarkan beras sendiri kerana ianya kurang berdaya-saing atau tidak memberikan pendapatan setimpal dengan kos pengeluaran. Tetapi apakah yang akan berlaku kepada kita jika berlaku bencana alam di luar jangkaan di kawasan penanaman di negara luar atau hasil monopoli beras dunia oleh kuasa asing memberikan kelebihan kuasa kepada mereka untuk mengugut dan mencampuri dasar negara kita.

Beberapa unsur penting dalam DBN ialah skim pemberian subsidi atau essentif harga padi yang tinggi kepada penanam padi, contohnya RM 1.50 setiap sekilogram padi berkualiti tinggi. Subsidi harga yang tinggi ini dapat memberi faktor pendorong penting kepada penanam padi tempatan untuk sentiasa meningkatkan kuantiti dan kualiti padi yang dihasilkan dan seolah-olah memberikan gaji kepada setiap kilogram padi dihasilkan.

Manakala harga jualan kepada pengguna diberi subsidi cuma RM 1 setiap sekilogram beras bagi gred tertinggi. Saya mencadangkan beras yang terlibat dengan skim DBN ini dinamakan sebagai ‘Beras Kampung’ yang cuma mempunyai tiga gred kualiti beras. Dua gred lagi adalah sederhana yang berharga RM0.80 sekilogram dan gred biasa dengan peratus hancur tinggi RM 0.60 sekilogram. Saya percaya penyeludupan beras akan gulung tikar terus. Pengeluaran beras komersial yang lain masih diteruskan harganya seperti biasa.

Tindakan drastik perlu dilakukan oleh kerajaan sekarang, penanam padi tempatan perlu diberikan essentif berganda untuk meningkatkan hasil beras demi untuk ‘survival’ negara di masa akan datang. Kita tentu sekali tidak mahu melihat sawah bendang kosong manakala pembekalan beras negara dimonopoli oleh orang asing. Tidak ada apa yang merugikan negara dengan perolehan pendapatan kasar negara kita Malaysia sebanyak RM400 billion setahun.

Nukilan- Ramzam Muda, Desa Rawai, Bukit Payung, Marang.
11-Januari-2004

Maklumat Peribadi;

NAMA ; MOHD ZAMRI BIN MUDA
I.C ; 740102-11-6391
ALAMAT ; 131 KG RAWAI,BUKIT PAYUNG,21400 MARANG,TERENGGANU.
TEL ; 013 952 29 18




Saudara Pengarang,

Mensifar Kemalangan Dengan Sistem Tag Elektronik Kenderaan

Kejadian maut akibat kemalangan atau kecelakaan di jalanraya amat tidak dialu-alukan untuk berlaku. Jika mengikut hukum pemilihan semulajadi Teori Evolusi, perkara ini tentulah amat baik kerana manusia yang cuai dan tidak memandu berhemat itulah akan lebih pendek umurnya dan akan tersisih dari evolusi manusia berikutnya. Namun hal sebaliknya berlaku, akibat dari kecuaian pemanduan dari seorang manusia sahaja mengakibatkan beberapa nyawa lain yang tidak bersalah melayang begitu sahaja. Mati dan hidup di jalanraya kini hanya bergantung kepada nasib baik sahaja.

Dalam tempoh 10 tahun ini, kita semua berusaha bersungguh-sungguh untuk mengurangkan kecelakaan di jalanraya terutama yang melibatkan kemalangan maut namun semua usaha itu hanya sia-sia sahaja. Mungkin peningkatan jumlah kemalangan maut seiring dengan peningkatan populasi. Bermacam-macam kaedah pernah dilakukan seperti Ops Pacak malah Perdana Menteri kita sendiri merayu agar pemandu memandu dengan penuh berhati-hati. Namun diakhir tempoh musim perayaan, angka-angka statistik tetap mengecewakan.

Kata kunci utama untuk membendung kejadian kecelakaan jalanraya ialah disiplin pemandu itu sendiri. Di Malaysia, pemandu hanya berdisiplin jika mereka berasa diri mereka diperhatikan oleh pihak berkuasa. Bukan kelajuan kereta menjadi ukuran berlakunya kemalangan. Dikatakan di negara Arab Saudi tidak menetapkan had laju tetapi undang-undangnya keras di mana jika berlaku kemalangan maut, si pemandu yang cuai akan dihukum sama seperti nasib si mangsa dan kesannya ialah kematian di jalanraya yang rendah. Tetapi hal ini tidak serasi jika dipraktikkan di Malaysia dan ianya hanya untuk dijadikan kes untuk dikaji sahaja.

Dikatakan rakyat Malaysia itu berbudi bahasa dan baik-baik belaka tetapi lainlah halnya apabila disebut akan disiplin mereka di jalanraya, di dalam tandas awam dan cara mereka membuang sampah. Dalam kes untuk menjawab bagaimana untuk mendisiplinkan pemandu-pemandu Malaysia maka satu sistem elektronik setiap kenderaan perlu diadakan. Sistem tag elekronik memudahkan pemantauan pergerakan trafik dan corak pemanduan dapat direkodkan secara digital. Sistem ini seakan-akan 'Black Box' yang cuba dipraktikkan untuk bas ekspres. Tetapi sistem tag elektronik ini tidak memerlukan 'black box' yang mahal membebankan pengguna dipasangkan di kenderaan tetapi mungkin kad elekronik yang hanya memancarkan gelombang radio memberikan pengenalan digital kepada stesen- stesen pengesan yang dibina oleh pihak berkuasa. Para saintis Malaysia boleh mempertimbangkan penggunaan gelombang AM Digital yang dipadatkan atau CAMDf (Compressed AM Digital Frequency) yang menggunakan teknologi rendah dan murah. Pemberian kad elektronik ini mungkin boleh disekalikan dengan lesen memandu atau cukai jalan kenderaan.

Sistem tag elekronik tidak memberikan kos kepada pengguna tetapi kerajaan atau pihak pengurusan lebuhraya perlu mengadakan sistem pemantauan digital. Maka teknologi ini perlu dibangunkan sendiri oleh saintis Malaysia dan diperkembangkan. Data-data pemantauan elekronik boleh digunakan untuk memberi amaran kepada pemandu yang terlebih had laju. Maka mungkin papantanda elekronik dipasang di tepi jalanraya untuk memapar secara automatik- Nombor kereta si anu terlebih had laju. Manakala di simpang trafik, ianya berfungsi untuk menganggarkan kekerapan pertukaran lampu isyarat atau merekodkan kenderaan yang tidak mengikut lampu isyarat. Segala perlakuan pemanduan dapat dipantau secara mudah oleh mekanisasi digital. Jika berlaku kemalangan, simulasi semula secara digital boleh dilakukan berdasarkan data-data pemantauan maka kesilapan boleh dicari dan direkodkan untuk kes mahkamah.

Sistem pengenalan elektronik juga memudahkan kerja untuk mengesan lokasi kenderaan curi atau pengesan penjenayah yang sedang bergerak maka ianya akan memudahkan kerja pihak polis dan trafik. Jika teknologi ini menjadi kenyataan, jika ada satu kenderaan yang tidak memberikan pengenalannya maka tentu ada sesuatu yang tidak kena dengannya. Maka lebih mudah kepada pihak polis untuk mengambil tindakan. Saya hanya mampu mencadangkan satu konsep tetapi pelaksanaannya memerlukan kepakaran para saintis dan bijak pandai teknologi. Ini adalah langkah jauh ke hadapan dan mungkin realiti di tahun 2020.

Nukilan: Ramzam Muda, Desa Rawai, Marang,Terengganu

Maklumat Peribadi:
Nama : Mohd Zamri Bin Muda
Alamat : 131 Kg.Rawai, Bukit Payung,21400 Marang, Terengganu
No. I-C : 740102-11-6391
No. tel : 013 952 29 18
Sila Lawat: www.geocities.com/ramzamuda


Saudara Pengarang,

Harga Tiket Rendah - Katakunci Utama Kesesakan Lalulintas KL

Penggabungan syarikat-syarikat pengangkutan rel dan bas di bawah pengurusan satu syarikat tunggal memulakan satu era baru pengangkutan awam di Bandaraya Kuala Lumpur yang lebih menyakinkan. Pemimpin kita mempunyai impian untuk melihat keghairahan penduduk menggunakan pengangkutan awam seperti di kotaraya Tokyo, London,Paris, New York dan Armterdams akan tercapai. Namun kemungkinan besar integrasi hanya berjaya setakat memudahkan perjalanan disegi keseragaman tiket dan kesinambungan setiap stesen pengangkutan. Saya percaya masyarakat awam masih kurang menggunakan sistem pengangkutan awam dan kesesakan lalulintas tetap akan menghantui KL.
Ada orang berkata, "Infrastruktur di Malaysia bertaraf dunia maju tetapi penduduknya masih bermentaliti dunia ketiga." Bekas Perdana Menteri kita- Tun Dr Mahathir berkerja keras sebelum ini untuk menyediakan tapak asas yang kukuh untuk negara kita menjadi negara maju tetapi majoriti masyarakat kita masih bermentaliti negara membangun. Memang benar jika dihayati sepintas lalu tetapi tidakkah kita terfikir bahawa adakah penduduk negara kita berpendapatan setaraf dengan mereka di negara maju. Untuk siapakah pengangkutan rel disediakan, apakah untuk pekerja bawahan, surirumah dan budak sekolah dari keluarga kelas menengah dan bawah. Mereka lebih senang menggunakan motorsikal dan prebet sapu. Manakala para pekerja atau keluarga berpendapatan mewah bermentaliti -lebih baik menggunakan kereta sendiri, bajet minyak lebih murah dari harga tiket. Maka mereka lebih rela berada dalam kesesakan jalanraya.
Bagi menangani mentaliti tersebut, sesuatu harus dilakukan untuk diwujudkan mentaliti- lebih baik menggunakan pengangkutan awam, lebih bajet berbanding dengan minyak kenderaan sendiri atau tambang kereta prebet sapu. Maka kajian terperinci harus dijalankan untuk menentukan harga tiket pengangkutan rel yang amat berpatutan kepada orang kebanyakan. Saya percaya harga tiket yang rendah merupakan kata kunci utama untuk menarik orang ramai penggunakan pengangkutan awam di KL. Pengenalan tiket pengangkutan yang murah lebih berkos rendah berbanding dengan jika kerajaan memperuntukan ratusan juta ringgit untuk membina lebuhraya dalam bandar yang baru dan menambah bilangan laluan baru di jalan sedia ada.
Di samping itu, sistem pengangkutan bas mini yang berimej baru harus diperkenalkan semula. Sememangnya bas mini amat diperlukan sebagai pelengkap kepada pengangkutan rel. Idea pengenalan bas mini adalah sebenarnya amat baik tetapi diakhir operasi, imejnya tercemar teruk dengan disiplin pekerja dan memalukan disegi rekabentuknya yang ketinggalan zaman.
Bas mini masih lagi relevan dengan masa kini jika pemandunya dengan konduktornya amat berdisiplin dan rekabentuk bas ultramoden dan berenjin senyap. Kita mempunyai ramai bekas anggota keselamatan yang bersara dimana disiplin kerjanya boleh dipercayai. Tarikan kepada perkhidmatan bas mini boleh ditambah lagi dengan penggunaan tiket separuh harga bagi jarak sangat dekat atau separuh perjalanan. Kita mempunyai Syarikat Inokom boleh ditugaskan untuk merekabentuk bas mini millenia baru dengan pilihan berenjin gas asli, biodiesel atau elektrik yang lebih mesra alam dan berenjin senyap. Para pengguna kereta boleh 'diseksa' dengan cara ditambahkan lagi laluan sehala ( di mana ianya disesuaikan dengan keperluan laluan bas sahaja ) tanpa perlu dijalankan sekatan tertentu sepertimana di negara Singapura atau di Jepun.
Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam. Jika di kotaraya besar, kebanyakan pekerja tinggal di sekitar 100 kilometer daripada pusat bandaraya. Mereka lebih selesa menggunakan keretapi elektrik daripada menggunakan kereta sendiri. Tetapi perkara ini tidak berlaku di negara kita. Kenapa dan mengapa ia terjadi sedemikian… bersamalah kita fikirkan bersama. Diharapkan cadangan saya ini dapat sedikit sebanyak menghuraikan kekusutan permasalahan kesesakan di Bandaraya Kuala Lumpur.
Nukilan- Zamri Muda, Desa Rawai, Bukit Payung, Marang

Maklumat Peribadi:
Nama: Mohd Zamri B- Muda No. i.c. : 740102-11-6391
Alamat : 131 Kg.Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu
No. tel. : 013 952 29 18



Saudara Pengarang,

Saratkan aktiviti anak muda untuk cegah lumba haram berluasa

Sebut sahaja perkataan lumba haram, kita masing-masing masih terkapai-kapai untuk mencari jawapan kepada masalah anak muda remaja sekarang. Hendak dikatakan untuk mengasas bakat sebagai bakal pelumba Formula Satu, kenapa tidak gunakan saja jalan tanah kebun getah atau lorong sawah untuk mengasas bakat. Kalau hendak kata nak tunjuk siapa lebih ‘macho’, lebih baik diadakan pertandingan tinju Siam. Namun permasalahan ini tidak berkesudahan ceritanya.Saya sendiri sudah mati akal untuk memikirkan jalan penyelesaian seperti mana memperkatakan tentang isu dadah, rogol dan penderaan. Hanya formula Masyarakat Utopia sahaja dapat memberi penyelesaian sempurna. Tetapi ianya jauh panggang dari api berbanding dengan masyarakat kita.

Gejala lumba haram berkait rapat dengan aktiviti tidak sihat seperti mengguna pil khayal, ubat batuk, ganja dan dadah. Seterusnya mengheret kepada perbuatan mencuri, melarikan beg tangan wanita, peras ugus duit dan sebagainya. Lumba haram berkait rapat dengan kesalahan melebihi had laju, meningkatkan kemungkinan kemalangan maut dan memandu tanpa lesen. Sepatutnya, hukuman kepada kesalahan lumba haram harus lebih berat seperti penjara sebulan dan denda RM 3000.

Anak muda yang terlibat dengan aktiviti lumba haram boleh dibahagikan kepada dua golongan. Golongan pertama adalah golongan teras yang begitu taksub dengan aktiviti lumba haram. Kehebatan beraksi lumba disertakan dengan penggunaan bahan khayal atau pil psikotropik malah dadah. Mereka inilah yang menjadi bintang utama setiap kali lumba haram diadakan. Manakala kumpulan kedua adalah sekadar mengikuti lumba haram secara suka-suka sahaja. Mereka terdiri daripada remaja-remaja lepasan SPM atau sanak-saudara sekampung dengan kumpulan teras. Kehadiran merekalah yang meramaikan lagi khalayak pelumba haram dan membahayakan aliran trafik.

Bagi membendung dan mengurangkan gejala lumba haram, kerajaan harus mengambil langkah yang lebih proaktif selain menyerahkan kepada pasukan PDRM dalam menangani aktiviti kumpulan teras pelumba haram. Golongan kedua harus diambil perhatian juga di mana pihak kerajaan perlu melakukan sesuatu yang boleh menarik penyertaan mereka ke dalam aktiviti riadah yang lain sebelum mereka bertukar menjadi kumpulan teras. Salah satu cara ialah kerajaan menyediakan aktiviti-aktiviti sosial yang boleh disertai oleh anak muda. Formula saratkan aktiviti anak muda dicadangkan adalah seperti berikut;

I- Pertandingan mencari bakat bola sepak

Pertandingan untuk mencari bakat bola bermula diperingkat desa, mukim dan daerah. Katakan pertandingan ini dinamakan Bakat Bola. Latihan dan pertandingan dicadangkan diadakan di waktu malam. Maka padang bola sekolah atau padang bola awam di desa-desa perlu dicerahkan dengan lampu suar. Setiap peserta diberikan elaun latihan seperti RM 30 untuk latihan peringkat desa, RM 60 untuk peringkat mukim dan RM 90 untuk peringkat daerah. Dalam tempoh setahun pencarian bakat disaring melalui pertandingan di peringkat mukim dan daerah. Bakat bola yang terserlah boleh diserapkan untuk pasukan negeri masing-masing. Aktiviti bakat bola dijalankan setelah waktu maghrib sehingga tengah malam. Maka peserta akan penat dan tidak akan merayau jauh dari kampung mereka.

II- Pertandingan Tinju Siam.

Sepertimana pertandingan mencari bakat bola yang baru, pertandingan liga yang serupa boleh dilakukan terhadap pertandingan tinju siam atau tomoi. Sukan tinju siam sesuai untuk anak muda yang suka kepada aksi fizikal yang sebenarnya. Kehebatan fizikal anak muda yang melibatkan diri dengan perkumpulan gengster boleh menyumbangkan tenaga. Saringan daripada pertandingan ini boleh dijadikan calon untuk pasukan peninju peringkat negeri dan kebangsaan.

III- Kerajaan melalui majlis daerah mengadakan penganjuran perlumbaan motor di saluran yang dibenarkan.

Perlumbaan motor terbahagi kepada dua jenis, pertama ialah perlumbaan jelajah dimana litarnya boleh digunakan jalan ladang atau jalan tanah merah. Jenis perlumbaan motor yang kedua adalah pertandingan litar tertutup. Maka litar lumba mini di setiap daerah perlu dibina oleh pihak berkuasa tempatan. Semasa perlumbaan diadakan, peserta hendaklah memakai pakaian keselamatan untuk berlumba dan mempunyai lesen memandu. Waktu pertandingan dicadangkan diadakan di waktu petang dan pertandingan perlumbaan diadakan seminggu sekali.


IV- Pertandingan sukan rakyat dibanyakkan.

Pertandingan sukan rakyat seperti pertandingan memancing, bermain gasing, sepaktakraw, berdikir barat dan pertandingan wau boleh diadakan dengan lebih kerap lagi untuk menyibukkan lagi anak-anak muda ini.

V- Penubuhan ladang belia atau medan niaga belia untuk belia menganggur.

Bagi setiap desa dan daerah yang mempunyai banyak tanah terbiar, pihak kemajuan setempat boleh menyerapkan tenaga kerja daripada anak muda yang tidak bekerja. Manakala di bandar atau pekan kecil, pihak berkuasa terbabit boleh mengwujudkan medan niaga khusus untuk anak muda berjinak-jinak dengan perniagaan.

Diharapkan cadangan-cadangan tersebut dapat sedikit sebanyak mengurangkan peratusan anak muda kita terlibat dengan aktiviti tidak sihat seperti lumba motor haram. Cara penghukuman keras mungkin hanya dapat memberi kesan jangka pendek tetapi gejala ini berterusan. Dengan cara mengwujudkan budaya yang baru, semoga dapat menghindarkan golongan majoriti anak muda hilang arah tujuan.
Nukilan- Rayan Kalai, Kuala Terengganu.

Maklumat Peribadi;
Nama : Mohd Zamri B- Muda
I/c : 740102-11-6391 No.telefon : 013 952 29 18
Alamat: 131 Kg. Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu


Saudara Pengarang,

MENUKAR OIC MENJADI PERTUBUHAN YANG BERKESAN

Kita semua pernah membaca laporan di dada akhbar tempatan tentang apa yang berlaku di Palestin sekitar bulan November 2003 yang teramat membimbangkan kita sebagai umat Islam. Keangkuhan Israel telah melampaui batasannya. Pasukan tentera udaranya sudah mula berani menceroboh ruang udara negara Syria dan melakukan pengeboman pertama kali semenjak 30 tahun.

Jika sebelum itu bangunan pentadbiran kerajaan Palestin dikepung dan Arafat hendak diusir keluar. Peranan besar Yasser Arafat sebagai penimbal kepada keamanan Palestin diperlekehkan malah pernah pihak Israel bercadang untuk membunuh beliau. Dan kemudian pula sasaran ditukar pula. Apakah pihak zionis lebih senang hati jika militan Palestin bertindak di luar kawalan selepas kematian pemimpin Hamas – Sheikh Ahmed Yassin. Maka dengan mudah dengan atas alasan memerangi keganasan, negara seteru Yahudi – AS dan Britain sekali lagi melakukan penaklukan seperti mana Iraq dan Afghanistan.

Sebagai umat Islam, saya amat berasa simpati apa yang menimpa nasib ke atas nyawa-nyawa manusia yang tidak berdosa di bumi Palestin. Rundingan damai amat lambat prosesnya hinggakan berpuluh tahun. Keselamatan nyawa rakyat Palestin memerlukan pembelaan seberapa segera maka di sini saya mencadangkan agar negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam sahabat yang kini sedang mempengerusikan Pertubuhan OIC melakukan inisiatif menggerak dan menukar peranan Pertubuhan OIC untuk menjadi badan dunia yang pragmatik dan berkesan.

Mekanisma untuk OIC menjadi pertubuhan yang pragmatik ialah dengan cara menaja aktiviti menegak keamanan di negara anggota yang bermasalah. Maka itu OIC wajar menubuhkan Pasukan Pengaman Negara-negara Islam atau dinamakan sebagai Pasukan Keamanan Negara-negara Islam. Mungkin sebelum penubuhan pasukan tersebut perlu diwujudkan Majlis Keselamatan Negara-negara Islam atau Majlis Keamanan Negara-negara Islam bagi menaja pertubuhan pasukan pengaman dan menjalankan prosedur kerja asas penubuhan pasukan tersebut.

Penubuhan organisasi pasukan pengaman daripada negara-negara Islam amat diperlukan kerana jika kita mengharapkan inisiatif daripada PBB adalah amat mendukacitakan. Masih ingatkah lagi kita akan tragedi di Bosnia-Herzegovina [1992-1995] dan Kosovo [1999] dulu. Pertubuhan OIC tidak boleh lagi menjadi tempat untuk melepas cakap dan menyatakan draf resolusi mesyuarat tetapi sebagai pertubuhan yang bergerak di atas nama keselamatan umat Islam dan sebagai kuasa ekonomi dunia yang bersatu.

Jika AS-Britain mengunakan isu memerangi keganasan untuk melakukan peperangan. Maka itu negara-negara Islam dalam OIC wajar menggunakan alasan menegak dan memelihara keamanan negara-negara anggota yang lemah sebagai motif utama. Penempatan Pasukan Pengaman Negara Islam juga relevan ditugaskan di Iraq mengambilalih tugas AS-Britain dalam proses membina semula demokrasi di negara tersebut. Instrumen atau mekanisme asas pasukan pengaman negara Islam ialah melindungi nyawa rakyat awam dan memberikan bantuan kemanusiaan.

Kewujudan pasukan pengaman negara Islam perlu diteruskan selagi keamanan mutlak tidak dicapai. Jika Israel melakukan pencerobohan dan serangan maka ia telah melakukan serangan kepada negara-negara Islam yang lain. Pejuang militan Palestin harus ditandatangani dengan secara wajar oleh Majlis Keselamatan Negara-negara Islam, mungkin patut mereka diekstradisi atau ditempatkan di negara Islam yang berkecuali.

Faktor-faktor yang memungkinkan OIC boleh dan mampu mewujudkan pasukan pengamannya sendiri kerana di ada kalangan negara Islam mempunyai kekuatan modal daripada negara-negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi, Libya, Kuwait dan Bahrain. Kekuatan persenjataan daripada Turki dan negara-negara Islam bekas jajahan Soviet. Manakala kepakaran dan tentera terlatih daripada negara Malaysia, Mesir dan Pakistan. Bersamalah kita berdoa agar sesuatu gagasan yang tegas dapat memelihara keselamatan ummah lahir daripada tempoh waktu Malaysia mempengerusikan Persidangan OIC kini.

Nukilan- Zamri Muda, Desa Rawai, Bukit Payung, Marang.

Sila Lawat: www.geocities.com/ramzamuda

Maklumat Peribadi;
Nama: Mohd Zamri Bin Muda
i-c- 740102-11-6391
Pendidikan : Bachelor Sains Biotechnology, UniPutra Serdang 1998
No. Tel. : 013 952 29 18
Alamat : 131 Kg Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang,Terengganu
Tarikh- 14-12-2003



Saudara Pengarang,

MENUKAR OIC MENJADI PERTUBUHAN YANG BERKESAN

Kita semua pernah membaca laporan di dada akhbar tempatan tentang apa yang berlaku di Palestin sekitar bulan November 2003 yang teramat membimbangkan kita sebagai umat Islam. Keangkuhan Israel telah melampaui batasannya. Pasukan tentera udaranya sudah mula berani menceroboh ruang udara negara Syria dan melakukan pengeboman pertama kali semenjak 30 tahun.

Jika sebelum itu bangunan pentadbiran kerajaan Palestin dikepung dan Arafat hendak diusir keluar. Peranan besar Yasser Arafat sebagai penimbal kepada keamanan Palestin diperlekehkan malah pernah pihak Israel bercadang untuk membunuh beliau. Dan kemudian pula sasaran ditukar pula. Apakah pihak zionis lebih senang hati jika militan Palestin bertindak di luar kawalan selepas kematian pemimpin Hamas – Sheikh Ahmed Yassin. Maka dengan mudah dengan atas alasan memerangi keganasan, negara seteru Yahudi – AS dan Britain sekali lagi melakukan penaklukan seperti mana Iraq dan Afghanistan.

Sebagai umat Islam, saya amat berasa simpati apa yang menimpa nasib ke atas nyawa-nyawa manusia yang tidak berdosa di bumi Palestin. Rundingan damai amat lambat prosesnya hinggakan berpuluh tahun. Keselamatan nyawa rakyat Palestin memerlukan pembelaan seberapa segera maka di sini saya mencadangkan agar negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam sahabat yang kini sedang mempengerusikan Pertubuhan OIC melakukan inisiatif menggerak dan menukar peranan Pertubuhan OIC untuk menjadi badan dunia yang pragmatik dan berkesan.

Mekanisma untuk OIC menjadi pertubuhan yang pragmatik ialah dengan cara menaja aktiviti menegak keamanan di negara anggota yang bermasalah. Maka itu OIC wajar menubuhkan Pasukan Pengaman Negara-negara Islam atau dinamakan sebagai Pasukan Keamanan Negara-negara Islam. Mungkin sebelum penubuhan pasukan tersebut perlu diwujudkan Majlis Keselamatan Negara-negara Islam atau Majlis Keamanan Negara-negara Islam bagi menaja pertubuhan pasukan pengaman dan menjalankan prosedur kerja asas penubuhan pasukan tersebut.

Penubuhan organisasi pasukan pengaman daripada negara-negara Islam amat diperlukan kerana jika kita mengharapkan inisiatif daripada PBB adalah amat mendukacitakan. Masih ingatkah lagi kita akan tragedi di Bosnia-Herzegovina [1992-1995] dan Kosovo [1999] dulu. Pertubuhan OIC tidak boleh lagi menjadi tempat untuk melepas cakap dan menyatakan draf resolusi mesyuarat tetapi sebagai pertubuhan yang bergerak di atas nama keselamatan umat Islam dan sebagai kuasa ekonomi dunia yang bersatu.

Jika AS-Britain mengunakan isu memerangi keganasan untuk melakukan peperangan. Maka itu negara-negara Islam dalam OIC wajar menggunakan alasan menegak dan memelihara keamanan negara-negara anggota yang lemah sebagai motif utama. Penempatan Pasukan Pengaman Negara Islam juga relevan ditugaskan di Iraq mengambilalih tugas AS-Britain dalam proses membina semula demokrasi di negara tersebut. Instrumen atau mekanisme asas pasukan pengaman negara Islam ialah melindungi nyawa rakyat awam dan memberikan bantuan kemanusiaan.

Kewujudan pasukan pengaman negara Islam perlu diteruskan selagi keamanan mutlak tidak dicapai. Jika Israel melakukan pencerobohan dan serangan maka ia telah melakukan serangan kepada negara-negara Islam yang lain. Pejuang militan Palestin harus ditandatangani dengan secara wajar oleh Majlis Keselamatan Negara-negara Islam, mungkin patut mereka diekstradisi atau ditempatkan di negara Islam yang berkecuali.

Faktor-faktor yang memungkinkan OIC boleh dan mampu mewujudkan pasukan pengamannya sendiri kerana di ada kalangan negara Islam mempunyai kekuatan modal daripada negara-negara pengeluar minyak seperti Arab Saudi, Libya, Kuwait dan Bahrain. Kekuatan persenjataan daripada Turki dan negara-negara Islam bekas jajahan Soviet. Manakala kepakaran dan tentera terlatih daripada negara Malaysia, Mesir dan Pakistan. Bersamalah kita berdoa agar sesuatu gagasan yang tegas dapat memelihara keselamatan ummah lahir daripada tempoh waktu Malaysia mempengerusikan Persidangan OIC kini.

Nukilan- Zamri Muda, Desa Rawai, Bukit Payung, Marang.

Sila Lawat: www.geocities.com/ramzamuda

Maklumat Peribadi;
Nama: Mohd Zamri Bin Muda
i-c- 740102-11-6391
Pendidikan : Bachelor Sains Biotechnology, UniPutra Serdang 1998
No. Tel. : 013 952 29 18
Alamat : 131 Kg Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang,Terengganu
Tarikh- 14-12-2003





Ruangan Pendapat Utusan Malaysia.

DISEBALIK ARTIKEL- Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada akhbar Utusan kerana menyiarkan beberapa artikel saya sebelum ini. Saya sebenarnya bukannya seorang penulis yang prolifik dan professional malah saya akui bahawa mutu bahasa saya amat teruk namun semuanya saya cuba juga menulis untuk mengutarakan maksud dan idea kepada semua orang. Samada buah fikiran saya ini pragmatik atau hanya omongan kosong saja, tuhan sahaja yang tahu, namun semoga ianya menjadi satu daripada pemikiran kolektif dalam pembinaan negara. Maka diharapkan artikel yang berikut ini dapat menyelamatkan Akhbar Utusan Melayu.

Saudara Pengarang,

PAKEJ TAMBAHAN UNTUK MENYELAMATKAN UTUSAN MELAYU

Tulisan jawi tidak lagi dominan di hati umat Melayu di Malaysia namun ianya amat diperlukan untuk menunjukkan ciri-ciri Melayu yang asal. Walau ianya tidak akan menjadi tulisan kegunaan seharian, sekurang-kurangnya ianya perlu berada dekat di hati insan bernama melayu. Kelebihan mengunakan jawi boleh dijadikan alat kerahsiaan dalam memperkatakan strategi pemikiran melayu, mengubah dasar ekonomi dan menobatkan umat Melayu sebagai bangsa antara terbaik di dunia.

Pada pendapat saya, Utusan Melayu dan tenaga kerjanya sudah terlalu ‘uzur’ untuk menjadi akhbar harian tetapi sebenarnya kematangan Utusan Melayu dan kakitangasnnya lebih diperlukan untuk memberikan pandangan setiap isu terkini yang melanda. Sebelum tragedi Januari 2003, saya telah mengumpulkan idea-idea unik untuk memartabatkan semula Utusan Melayu semenjak awal tahun 2000 lagi. Berikut adalah strategi baru yang unik untuk mengembalikan semula Utusan Melayu yang bertulisan jawi;

PAKEJ KONSEP UNTUK UTUSAN MELAYU

- Utusan Melayu berfungsi seperti akhbar miingguan tabloid terbitan sekali atau dua kali seminggu, mempunyai ciri penekanan kepada teks yang kaya dan kurang disegi gambar visual, imej gambar majoriti hitam putih dan kecil kurang sesuku daiz tabloid. Harga dicadangkan kurang RM 1.50.

- Akhbar menumpukan pengulasan berita secarra mingguan sementara segmen yang lain menumpukan artikel keilmuan sesegi keagamaan, sejarah, ekonomi, geografi, budaya seni dan sains teknologi.

- Artikel ilmiah disertakan terjemahan Ingggeris yang bertulisan rumi, ini adalah strategi serampang dua mata untuk meningkatkan kebolehan anak muda Melayu berbahasa Inggeris. Saiz teks Inggeris lebih kurang separuh dari teks Jawi. Cara ini juga boleh menarik perhatian bukan Islam atau mualaf memahami teks mengenai Islam tanpa perlu tahu berbahasa Melayu. Tenaga kerjanya boleh diambil para graduan Universiti Islam yang fasih berbahasa Inggeris dan berpendidikan bahasa Arab.

- Manakala iklan dibenarkan dalam tulisan rrumi berbahasa Melayu atau Inggeris, ini untuk meningkatkan nilai komersil dan menghasilkan sumber pendapatan akhbar. Langkah ini hanya untuk sementara, jika jumlah naskah jualan tinggi dan stabil maka iklan boleh digunakan tulisan jawi sepenuhnya.

PAKEJ KONSEP UNTUK UTUSAN ZAMAN

- Utusan Zaman berfungsi sebagai majalah buulanan yang diterbitkan sekali sebulan, pengisian majalah lebih menumpukan kepada pengulasan isu semasa secara bulanan. Artikel-artikel lain menumpukan kepada sosio-budaya Melayu-Islam dimana liputan majalah menumpukankan aspek visual dengan imej gambar yang banyak, besar dan berwarna-warni. Harga dicadangkan dibawah RM 2.

- Yang lain bersamaan dengan Utusan Melayu..

Cadangan Perincian Pengisian Utusan Melayu ;

1- Muka Depan- gambar berwarna memaparkan isu semasa

2- Penterjemahan al-Quran- ruangan tetap, mempunyai terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 2 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 03

3- Penafsiran al-Quran- ruangan tetap, mempunyai terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 2 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 05

4- Hadis Nabi yang sahih- ruangan tetap, mempunyai terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 2 mukasurat. Mukasurat terkumpul – 07

5- Sejarah lengkap Nabi Muhammad- ruangan tetap, mempunyai terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 2 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 09

6- Sejarah Lengkap Nabi dan Rasul lain- ruangan tetap, mempunyai terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 2 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 11

7- Sejarah Lengkap Para Sahabat- ruangan tetap, mempunyai terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 12

8- Sejarah Lengkap Empayar Islam- ruangan tetap, mempunyai terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 2 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 13

9- Sejarah Temadun Manusia secara ringkas- ruangan tetap, mempunyai terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 2 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 15

10- Sejarah Tanah Melayu daripada zaman Melaka- ruangan tetap, mempunyai terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 2 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 17

11- Pengetahuan Geografi setiap Negara Islam- ruangan tetap, mempunyai terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 18

12- Artikel Sains Gunaan seperti kimia,fizik dan biologi secara am- ruangan tetap, mempunyai terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 19

13- Biodata saintis Islam dahulu kala- ruangan tetap, mempunyai terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 20

14- Biodata pemimpin dan negarawan Malaysia zaman pra-merdeka- ruangan tetap, mempunyai terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 21

15- Artikel berkenaan alam-sekitar- ruangan tetap, mempunyai terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 22

16- Artikel berkenaan teknologi terkini- ruangan tetap, mempunyai terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 23

17- Ruangan belajar dengan ringkas bahasa Arab-Mandarin-Tamil-Inggeris-Perancis- peruntukan 1 mukasurat Mukasurat terkumpul - 24

18- Pengalaman dan latar belakang warga emas- peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 25

19- Resepi masakan- peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 26

20- Panduan berkebun dan lanskap- peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 27

21- Hiasan dalaman dan fesyen busana terkini- peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul -28

22- Segmen warisan meliputi alat-perkakas lama- peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 29

23- Lokasi Pelancongan- peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 30

24- Lokasi tempat makan- peruntukan 1 mukasurat. Mukasurat terkumpul - 31

25- Kumpulan hadis lemah disertakan penjelasan dan hujah kelemahan hadis, terjemahan Rumi-Inggeris, peruntukan 2 mukasurat. Mukasurat terkumpul – 33

26- Teks Hikayat Melayu Purba- ruangan tetap, peruntukan 2 mukasurat disertakan terjemahan Rumi-Inggeris. Mukasurat terkumpul - 35

27- Teks Sastera Melayu moden seperti siri novel masyhur yang melebihi usia 30 tahun, ruangan tetap, peruntukan 2 mukasurat dan disertakan terjemahan Rumi-Inggeris. Mukasurat terkumpul - 37

28- Muka belakang sekali- gambar permandangan bertemakan Islam, manusia dan alam sekitar, sumbangan orangramai, berwarna. Mukasurat terkumpul – 36

Maka diharapkan penambahan inovasi ini dapat mengembalikan Utusan Melayu ke majoriti rumah orang Melayu. Saya cuma mencadangkan idea sahaja, terpulanglah kepada pihak pengurusan Utusan Melayu untuk membuat beberapa perubahan demi kelangsungan Utusan Melayu.

Sumbangan – Mohd Zamri Muda, Desa Rawai, Bukit Payung, Terengganu

Maklumat Peribadi:
Nama : Mohd Zamri Bin Muda Sila lawat:www.geocities/ramzamuda/ramz1.html
I/c : 740102-11-6391
Alamat : 131 Kampung Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang Terengganu
No.tel.: 013 952 29 18


Saudara Pengarang,

Hukuman Kasi Perogol Menepati Falsafah Undang-undang Hudud Tulen


Saya sebagai rakyat biasa amat menyetujui perogol dihukum kasi dan bagi saya ianya sedikit-sebanyak menepati falsafah undang-undang hudud yang asal. Undang-undang Hudud yang dimaksudkan oleh saya bukanlah undang-undang hudud dicanang-canang Pas tetapi melihat dan memahami falsafah sebenar disebalik kesalahan jenayah hudud melalui penghukumannya.

Saya juga tidak lupa untuk mengucapkan tahniah kepada Malaysia kerana sudah pun melaksanakan secara tidak langsung dua daripada peruntukan Undang-undang Hudud iaitu jenayah bunuh dibalas bunuh dan juga hukuman bunuh untuk kesalahan memberontak mengancam keselamatan negara seperti mana yang dilakukan oleh Kumpulan Al-Maunah beberapa tahun lepas. Jika anda tidak percaya, rujuklah sendiri undang-undang tersebut yang diwar-warkan oleh Pas dalam akhbar Harakah di tahun 1993. Saya rasa kesalahan potong lidah terhadap orang yang memfitnah patut dimasukkan sama kerana terdapat di dalam Al-Quran menyebut bahawa memfitnah itu lebih teruk dari membunuh.

Apa yang dikatakan menepati falsafah Undang-undang Hudud ialah apabila kita melihat kesan daripada pelaksanaan hukuman walaupun undang-undang kita sekarang hanya ditakrifkan sebagai Undang- undang Takzir atau ‘Commonlaw’. Dua perkara penting timbul selepas pelaksanaan sesuatu hukuman hudud. Pertama, di sudut contoh tauladan agar jenayah tersebut dijauhi untuk dilakukan oleh orang Islam dan kedua ialah disudut pewarisan baka genetik. Perkara yang kedua ini baru sahaja dapat disokong di sudut kajian sains barat walhal perkara ini sudah disentuh di dalam Islam 1400 tahun dahulu lagi.

Sebagai contoh, undang-undang asal Hudud memperuntukkan pasangan teruna dara yang berzina dikenakan hukuman sebat seratus kali manakala pasangan yang berstatus telah berkahwin dikenakan hukuman rejam sampai mati. Kita dapat lihat pasangan yang belum berkahwin masih diberi peluang untuk hidup dan bertaubat (jika berjaya hidup selepas dihukum sebat) manakala yang telah berkahwin dihalalkan nyawanya untuk mati. Lihatlah betapa kerasnya amaran daripada Ilahi terhadap kesalahan ini. Semuanya untuk mengelakkan perwarisan baka suka berzina kepada generasi berikutnya. Jika tiadanya amaran keras ini, akan berlakulah percampuran nasab antara adik-beradik atau anak dengan ibu-bapanya sendiri. Begitulah seterusnya apabila disebut pembawaan baka genetik suka membunuh atau suka mencuri.

Apatah lagi disebut perlakuan rogol yang saya mendefinasikan sebagai melakukan zina paksa ke atas wanita yang lemah dengan mengancam bunuh atau mengancam cedera. Jika disudut falsafah hudud tulen, perogol ini sudah dihalal nyawanya untuk dibunuh dan tidak layak untuk hidup di muka bumi ini. Tetapi hari ini kita masih berlembut hukuman terhadap para perogol dengan pelaksanaan hukuman penjara. Betapa baiknya kita untuk menanggung kos penjara mereka untuk 10,15 atau 20 tahun. Dan apabila mereka keluar penjara kelak orang ramai sudah tidak kenal siapa mereka. Dan sekali lagi perogol tua itu mengunakan ‘senjatanya’.

Maka itu saya amat menyokong hukuman kasi dimana batang dikerat dan buah dibuang itu. Tidak perlu kita menanggung kos penjara lama-lama. Biarlah si pesalah rogol itu merasa semalu-malunya dengan ketiadaan senjatanya. Di sisi Allah, nyawanya telah dihalal untuk dibunuh dan tentunya bakanya tidak boleh diperturunkan.

Rayan Kalai, Kuala Terengganu.

Maklumat;
Nama : Mohd Zamri Muda
Alamat: 131 Kg Rawai, Bukit Payung, Marang.
No. Tel : 013 952 29 18



Saudara Pengarang,

MENZAHIRKAN KEKAYAAN TERSEMBUNYI BUMIPUTRA SEBANYAK RM 60 BILLION KEPADA SIMPANAN DANA SEBELUM 2005

Berikutan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-8 di akhir 2003 lepas, beberapa fakta yang tidak berapa memihak kepada kekuatan ekonomi bumiputra didedahkan kepada umum. Kemudian, beberapa hari selepas itu kita dapat membaca beberapa tajuk akhbar yang mengecewakan. Hal ini tidak begitu menyenangkan hati tetapi sememangnya dijangkakan. Kita harus menerima hakikat yang sebenarnya. Bangsa Melayu dan bumiputra yang lainnya memang amat kurang menabung di dalam bank dan lebih menumpukan untuk berlagak menunjuk kaya dan barang-barang mewah.

Kita harus beramai-ramai menyimpan di dalam dana simpanan yang telah disediakan oleh kerajaan mulai sekarang. Kita mempunyai Permodalan Nasional, Tabung Haji dan bank-bank biasa yang lainnya. Saya berpendapat masa ini masa yang paling sesuai untuk menabung di dalam dana iaitu sebelum bermula perkiraan tahun baru 2005. Ini kerana kebanyakan simpanan dana mengira dividen dari baki terendah dalam akaun bagi tempoh setahun. Simpanlah dalam dana mana-mana duit yang ada walaupun kadar dividen dana simpanan kini kurang dari 10%. Gunakan sepanjang tempoh 2004 ini sebagai tempoh menyimpan duit ke dalam dana simpanan sebanyak mungkin.

Dalam pada berasa terpukul rendah diri akan sikap bangsa sendiri yang begitu rendah pegangan ekonominya. Sikap menunjuk mewah orang Melayu ada satu kelebihan tersembunyi dimana wanita Melayu suka membeli barang kemas seperti emas dan intan permata. Saya berasa inilah masanya wanita Melayu melakukan pengorbanan besar demi masa hadapan anak- anak iaitu dengan menukarkan simpanan emas dan permata kepada simpanan dana sekarang juga. Inilah masanya untuk menzahirkan nilai kekuatan ekonomi sebenar bangsa kita.

Jika dicongak-congak, anda mungkin terkejut. Cuba anda kira sendiri. Kalau bumiputra berjumlah 60% dari lebih kurang 20 juta penduduk Malaysia dan wanita terdiri separuh darinya. Katakan purata nilaian simpanan emas dan permata ialah RM 10 ribu setiap seorang wanita. Anda akan menemui angka RM 60 billion! Ya... itulah nilai wang yang tidak digunakan oleh bangsa kita. Ayuhlah kakak-kakak, makcik-makcik dan adik-adik... beramai-ramailah menukar bentuk tabungan. Inilah masanya ketika harga emas tertinggi di pasaran dunia. Pendamkan perasaan anda untuk bermewah seketika... belilah semula emas ketika harga rendah kelak, tentu sekali dengan duit dividen di tahun depan insya-Allah. Cuba bayangkan, jika anda mempunyai simpanan ASB contohnya sebanyak RM 10 ribu dengan kadar dividen di era ekonomi berprestasi baik. Anda akan mendapat dividen RM 1 ribu dengan begitu mudah. Maka terpulanglah kepada anda semua untuk membuat keputusan sebelum bermula tahun baru 2005. Selamat menabung!

Nukilan- Zamri Muda, Bukit Payung, Marang.

Maklumat Peribadi:
Nama : Mohd Zamri B- Muda
No. i/c : 740102-11-6391
Alamat : 131 Kg Rawai Bukit Payung, 21400 Marang , Terengganu
Pendidikan: Bac.Sc.Biotechnology UPM Serdang 1994-1998
No. Tel : 013 952 29 18
Tarikh: 18-01-2004




Potensi Penggunaan Gelombang Mikro Lampau Tinggi untuk Membunuh dan Memusnahkan Virus SARS, Selsema Burung dan Prion MCD

Kegunaan air mendidih dan wap panas tekanan tinggi untuk membunuh bakteria dan virus telah lama digunapakai oleh manusia moden. Prosedur tersebut telah begitu meluas digunakan ke atas perkakasan hospital dan penyelidikan hayat. Manakala kaedah terkini, gelombang mikro dipercayai dapat membunuh kuman dengan kerana tindakan pemanasannya adalah di peringkat molekular. Gelombang mikro memanaskan air dengan cara menambahkan resonan getaran setiap individu molekul air.

Pemanasan air di peringkat molekular lebih berkesan daripada penggunaan air panas mendidih dan wap tekanan tinggi untuk membunuh kuman yang berada tersembunyi di dalam bahan makanan mentah seperti daging ayam atau lembu kerana kuman masih terlindung selamat jika berada di dalam tulang atau tengkorak kepala. Pemanasan peringkat molekular menjamin kematian dan kemusnahan struktur kuman kerana tindakan haba yang melampau boleh menyah-asli secara langsung atau tidak langsung struktur protein dan bahan genetik [DNA] yang terkandung oleh organisma hayat. Pemahaman proses nyah-asli boleh dibuat contoh umpama telur yang direbus, kandungan protein yang masak menyebabkan embrio ayam dalam telur tersebut tidak lagi hidup dan mati.

Pemanasan gelombang mikro memungkinkan kita untuk menghapus dan memusnahkan organisma hayat yang merbahaya seperti bakteria, virus dan zarah prion. Sebagai contoh masakini, wabak virus SARS dan virus Selsema Burung begitu diperkatakan. Begitu juga wabak penyakit lembu gila-MCD [ Mad Cow Disease ] yang juga hangat diperkatakan kerana disebabkan oleh zarah prion MCD yang berupakan molekular kompleks zarah protein dimana memainkan fungsi menyebabkan keradangan otak kepada ternakan lembu dan juga manusia. Ketiga-tiga organisma hayat tersebut mengandungi struktur protein yang boleh dinyah-asli dengan menggunakan gelombang mikro.

Namun, pengkajian khusus perlu dilakukan oleh para penyelidik di universiti dan institut penyelidikan bagi mengenalpasti keberkesanan teknik pemanasan gelombang mikro yang sesuai. Tetapi langkah penggunaan gelombang mikro boleh digunakan oleh orang awam sebagai tindakan proaktif walaupun negara kita tidak menghadapi ancaman wabak secara langsung.

Secara mudahnya, semua sumber makanan daripada haiwan boleh dipanaskan secara maksimum dengan menggunakan fungsi memanggang kentuhar gelombang mikro. Langkah melakukan pra-masak setiap sumber haiwan dapat mengelak bukan sahaja untuk menangani masalah wabak virus semasa tetapi memberi faedah tidak langsung bagi menghapuskan virus hepatitis, kuman taun dan sebagainya. Selain itu, langkah pra-masak menjamin ketahanan sumber makanan dan boleh disimpan di dalam peti sejuk lebih lama lagi. Kita harus menerima kaedah pra-masak sebagai sebahagian daripada amalan biasa kerana zat mineral dan vitamin bahan mentah makanan adalah amat rendah berbanding dari sumber buah dan sayur-sayuran. Kita harus menanam paradigma apa yang kita mahu dapat daripada sumber daging hanyalah untuk protein sahaja.

Dalam pada menghadapi tempoh genting akan penularan wabak virus Selsema Burung maka saya mencadangkan agar pengeluar komersial juga membekalkan daging ayam atau daging lembu yang telah dipra-masak dengan gelombang mikro sebelum diedarkan. Sumber-sumber lain seperti ikan, udang, ketam dan kerang-kerangan juga patut dipra-masak terlebih dahulu sebelum dijual kepada orang awam. Langkah penggunaan gelombang mikro tidak dianggap membebankan orang ramai kerana kos seunit kentuhar gelombang mikro kini setara dengan kos sebuah telefon bimbit sahaja.

Sumbangan: Mohd. Zamri Muda, Jabatan Bioteknologi, Uniputra Serdang.
Tarikh: 07 Februari 2004

Sila lawat;www.geocities.com/ramzamuda/ramz1.html untuk senarai idea.


Saudara Pengarang,

Langkah Proaktif Mencegah Wabak Selsema Burung di Malaysia

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pelbagai variasi penyakit baru yang boleh membawa maut muncul. Setelah penyakit AIDS diketahui umum setelah kematian bintang Hollywood- Rock Hudson di pertengahan 1980an, berpuluh jenis jangkitan virus dan bakteria telah pun muncul melanda dunia.

Sepertimana virus HIV, kuman penyakit baru sebenarnya telah wujud sejak ribuan malah jutaan tahun dahulu lagi. Tempat dan mangsa asalnya penyakit ini ialah daripada alam semulajadi dan binatang-binatang liar. Sebenarnya, penyakit ini sudahpun mempunyai equilibrium [keseimbangan] dengan hos asalnya tetapi oleh kerana campurtangan manusia kepada ekosistem maka manusia akan terdedah kepada jangkitan wabak apabila kuman penyakit mengalami sedikit perubahan mutasi genetik sahaja dan boleh membawa maut. Ambil contoh virus HIV yang telah termutasi daripada virus SIV dari hos asalnya-chipanzi di hutan Afrika.

Kini kita di Asia menghadapi ancaman wabak selsema burung yang teramat merbahaya dan dikatakan burung liar penghijrah [migratory birds] adalah pembawa kuman penyakit. Saya tidak pasti akan tahap ketahanan virus ini. Adakah jangkitan berlaku akibat perhubungan langsung seperti melalui bendalir badan binatang atau secara tidak langsung melalui air atau udara. Tetapi apa yang pasti, pembangunan pertanian di kawasan tanah paya atau tanah bencah tempat asal burung penghijrah singgah memainkan peranan utama punca wabak boleh berlaku.

Selain kemungkinan burung penghijrah berhubungan langsung dengan haiwan ternakan dan menyebabkan berlaku jangkitan.Kita tidah boleh menolak kemungkinan berlaku pencemaran bekalan air minuman ternakan oleh virus wabak. Kita boleh mengandaikan air daripada tanah bencah tempat kontaminasi asal mengalir masuk ke kolam atau telaga bekalan air untuk ternakan. Dan inilah kemungkinan yang sedang berlaku di negara ASEAN kini.

Berikutan wabak selsema burung di negara-negara jiran, saya ingin mencadangkan beberapa langkah proaktif yang boleh dilakukan oleh kita sebagai rakyat biasa dan juga pihak berkuasa tempatan bagi bersama-sama menangani epidemik ini;

a- Ternakan ayam-itik yang dibela oleh orang persendirian hendaklah dikurung di reban yang sesuai dan tidak dibenar merayau ketika tempoh wabak kini.
b- Reban ternakan hendaklah mempunyai sekatan seperti jejaring mata punai bagi mengelak burung liar menghampiri ternakan.
c- Rakaman suara burung hantu atau burung helang mungkin boleh digunakan untuk menghalau burung liar daripada kawasan perkampungan dan penternakan.
d- Air bekalan ternakan seboleh-bolehnya dimasak untuk memusnahkan virus wabak atau sekurang-kurangnya mengunakan air bekalan paip jalan.
e- Penternak ayam-itik komersial terpaksa memilih kaedah perternakan tertutup yang menggunakan pendingin-hawa dimana dikatakan kaedah terbaik mengelak daripada jangkitan.
f- Makanan dari sumber haiwan dicadangkan dimasak terlebih dahulu dengan kentuhar gelombang mikro yang saya percaya dapat membunuh dan memusnahkan virus di peringkat molekular kerana ia menyahasli struktur DNA dan protein virus. Gunakan fungsi maksimum untuk memanggang. Ketuhar gelombang mikro kini semurah harga telefon bimbit yang baru.

Diharapkan cadangan ini sedikit-sebanyak dapat membantu untuk mengurangkan risiko jangkitan wabak selsema burung di negara kita. Jika kita dapat melalui tempoh genting ini dengan jayanya, kita harus mempertimbangkan semula tanggungjawab kita sebagai manusia yang telah banyak menganggu keseimbangan alam sekitar.

Oleh : Mohd Zamri Muda, Desa Rawai, Bukit Payung, Marang.

Maklumat Peribadi;
I/c : 740102-11-6391
Alamat : 131, Kg Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu
No. Tel. : 013 952 29 18
e-mel : ramzamuda@yahoo.com



Saudara Pengarang,

Menukar Fungsi Tanaman Tembakau

Memperkatakan kempen tidak merokok menjadi tidak lengkap jika kita tidak membincangkan peranan, fungsi dan masa depan penanaman tembakau oleh para pekebun kecil kita. Dalam pada usaha tidak menggalakkan orang ramai untuk merokok, penanaman tembakau tradisional masih lagi digalakkan entah untuk tujuan apa.

Sebagai warganegara biasa yang mempunyai sedikit pengetahuan mengenai sains biologi, saya cuba untuk mencari jalan alternatif kepada penanaman tembakau. Akhirnya pendekatan terbaik dapat dicari ialah dengan cara menukarkan fungsi tanaman tembakau kepada pengeluaran bahan biokimikal yang mempunyai pasaran tinggi seperti bioracun anti-serangga, ester haruman dan bahan biodisintefan anti-kuman.

Maka sekarang terpulang kepada institut pengajian tinggi dan pusat penyelidikan universiti untuk melakukan pengkajian segera untuk menukar fungsi tanaman tembakau. Diharapkan kegunaan baru pokok tembakau membolehkan pekebun masih boleh meneruskan usaha mereka tanpa menyumbang kegunaan tembakau untuk dijadikan tembakau rokok.

Nukilan- Ramzam Muda, Desa Rawai, Bukit Payung, Marang.

Maklumat Peribadi;
Nama : Mohd Zamri Bin Muda
Alamat : 131 Kg. Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu.
No. i/c : 740102-11-6391
No. tel. : 013 952 29 18


Saudara Pengarang,

Membina Rumah Rakyat Mampu Milik Dengan Konsep Rumah Nukleus

Setiap daripada warga negara Malaysia mempunyai impian tersendiri untuk mempunyai rumah sendiri tidak kira daripada golongan mana, pastinya ada memasang angan-angan. Majoriti daripada kita adalah golongan berpendapatan rendah dan sederhana pastinya menghadapi masalah kerana terhadnya bilangan projek pembangunan perumahan mampu milik. Kalau ada pun, pastinya terpaksa menunggu bertahun-tahun untuk siap malah kerapkali projek perumahan rakyat sebegini terbengkalai disebabkan oleh pemaju perumahan yang tidak bertanggungjawab. Maka ramai lebih selesa menjadi penghuni rumah setinggan. Bagaimanakah caranya kerajaan pusat menangani masalah penempatan setinggan ini?

Pemaju perumahan di bandar besar pula amat memang kurang membangunkan projek rumah mampu milik untuk golongan majoriti kerana ianya tidak menjamin margin keuntungan yang besar. Kalau ada pun, kos sebuah rumah adalah melebihi RM 35 ribu. Maka tanggungjawab menyediakan rumah mampu milik adalah terpikul di bahu kerajaan sepenuhnya. Apabila kerajaan mengeluarkan tender pembinaan rumah mampu milik sekarang, rumah yang dibina perlu memenuhi ciri spesifikasi minimum dan ini memberikan tekanan penjimatan kos kepada sub-kontraktor. Jangkaan kos terpikul oleh kontraktor adalah lebih RM 25 ribu dan keatas. Seterusnya ini tentunya akan memberikan kesan kepada mutu pembinaan.

Maka disini saya ingin mencadangkan pihak kerajaan agar membina rumah mampu milik dengan konsep baru iaitu konsep rumah nukleus. Apa yang dikatakan rumah nukleus itu ialah pihak kerajaan hanya menyediakan tapak dan struktur rumah yang minimum tetapi boleh ditokok-tambah kemudian oleh pemilik rumah sendiri. Dengan cara ini kerajaan dapat menjimatkan kos pembinaan manakala pemilik rumah boleh menambah ruang rumah apabila mempunyai kemampuan kewangan.

Sebagai bonus kepada pemilik rumah konsep nukleus ini ialah ruang tapak tanah adalah 25% hingga 50% lebih luas berbanding saiz biasa tapak rumah sekarang ini. Keluasan yang lebih ini memungkinkan penghuni untuk menanam sayuran untuk kegunaan sendiri. Struktur rumah yang dikatakan nukleus itu ialah struktur asas rumah meliputi dinding sempadan antara rumah, lantai, dinding belakang rumah dan dinding depan rumah yang dibuat daripada struktur kontrit pasang siap. Manakala bilik-bilik sempadan dalaman rumah dibina dengan kepingan asbestos atau papan lapis tebal dan atapnya mungkin atap zink sahaja. Dengan itu pemilik rumah lebih mudah untuk melakukan pengubahsuaian apabila mempunyai kemampuan kewangan. Kos pembinaan di pihak kontraktor dianggarkan di antara RM 10 ribu hingga RM 15 ribu. Maka rumah ini boleh dijual kepada orang awam dibawah harga RM 25 ribu termasuk tapak tanah. Tempoh pembinaan lebih singkat iaitu sekitar 2 tahun sahaja berbanding sistem yang ada sekarang boleh menjangkau 5 tahun.

Selain tempoh pembinaan lebih singkat, kerajaan dapat menjimatkan peruntukan bajet perumahan rakyat dimana jika projek perumahan dilaksanakan secara rumah nukleus, dua projek rumah nukleus boleh dibina berbanding satu projek rumah secara sistem sedia ada. Di pihak pembeli rumah, bayaran balik pinjaman perumahan dikenakan diantara RM 100 hingga RM 200 sebulan dapat membantu mereka mengurangkan kos sara hidup. Walaupun secara sepintas lalu, pembinaan rumah nukleus tidak menguntungkan. Tetapi secara jangka panjang, kita akan dapat keuntungan di segi perbelanjaan tambahan pengubahsuaian dan peningkatan daya beli penduduk. Perumahan nukleus secara tidak langsung boleh memangkinkan pembangunan ekonomi setempat dan penubuhan bandar-bandar baru.

Pembinaan secara konsep nukleus boleh menggalakkan ciri-ciri budaya tradisi perumahan tempatan dan menambah warna-warna Malaysia yang berbilang bangsa. Setiap keluarga kini mempunyai peluang untuk mendapat rumah impian sendiri. Maka tidak perlu lagi mereka berasak-rasakkan membina rumah setinggan dan menghadapi pelbagai risiko bahaya. Perumahan nukleus amat sesuai dibina di pinggir bandar-bandar kecil tetapi untuk bandar-bandar besar seperti KL, perumahan nukleus boleh dibina jauh dari KL iaitu di sepanjang laluan berkembar keretapi komuter. Maka rakyat boleh menikmati kos sara hidup lebih rendah apabila tinggal jauh dari pusat bandaraya. Untuk itu, kos tiket pengangkutan rel keretapi berkembar diharapkan dapat diturunkan lagi bagi membolehkan rakyat yang bekerja di bandaraya menikmati kos pengangkutan yang rendah. Projek perumahan nukleus boleh ditambah lagi apabila landasan keretapi berkembar dari KL dan Ipoh siap dibina kelak.

Semoga konsep ini dapat mempercepatkan proses setiap rakyat untuk mempunyai rakyat sendiri dan dapat mengurangkan bajet perumahan rakyat di pihak kerajaan.

Nukilan : Mohd. Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.

Maklumat;
Alamat : 131, Kg.Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang , Terengganu
No. i/c : 740102-11-6391
No. Tel : 013 952 29 18
Sila lawati www.geocities.com/ramzamuda/ramz1.html untuk senarai idea.



Saudara Pengarang,

Senarai Cadangan Strategi Pembangunan Baru Negeri Terengganu Jika Kerajaan BN Berjaya Mengambil-alih Semula Tampuk Pemerintahan di Terengganu

Pilihanraya di hujung 1999 yang lepas telah banyak memberikan kesan mendalam dari segenap sudut terhadap kehidupan rakyat terutamanya di Terengganu. Akibat gelombang hebat isu ‘mata lebam’, hampir separuh daripada kekuatan parti Umno runtuh memudahkan parti Pas mengambil kesempatan mengaut keuntungan politik. Cita-cita untuk menjadikan negeri Terengganu gemilang di segi pembangunan ekonomi dan rakyatnya musnah. Ironisnya, berakhirnya era gemilang BN Terengganu di kala tepat tempoh dua dekad selepas menikmati pembangunan hasil pacuan duit minyak.

Namun disebaliknya, pilihanraya 1999 banyak memberikan pengajaran berguna untuk dijadikan panduan kepimpinan Umno negeri dalam mengenalpasti siapakah ‘gunting dalam lipatan’ atau ‘sayap-sayap yang dipasang’ selama ini. Selain daripada isu ‘mata lebam’, pilihanraya 1999 adalah manifestasi pilihan rakyat akibat rasa tidak puas hati dengan cara pembangunan negeri Terengganu yang tidak dapat dinikmati secara lansung oleh rakyat kebanyakan. Apatah lagi ketidakpuasan rakyat Terengganu berkenaan dengan pengagihan wang hasil minyak yang kononnya patut mendapat hak lebih banyak dan sepatutnya menerima agihan wang minyak kepada rakyat seperti elaun bulanan seperti mana dengan rakyat Negara Brunai.

Maka strategi pembangunan rakyat dan ekonomi yang lebih menyeluruh dan memberikan kesan langsung kepada majoriti rakyat harus dicari dan digubal bagi memastikan rakyat Terengganu betul- betul berasa puas hati dengan pembangunan negeri memberikan sumbangan kepada mereka. Diantara berikut adalah beberapa strategi pembangunan yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan BN jika berjaya mengambilalih Terengganu di pilihanraya akan datang;

a) Menyusun semula penempatan penduduk di kawasan bandar

Penempatan penduduk kampung di kawasan bandar tidak mencerminkan taraf negeri penghasil petroleum dengan perolehan wang ihsan minyak yang diterima daripada Petronas sekitar RM 800 juta setahun ( nilaian pada tahun 1999 ) Walaupun di Terengganu tidak mempunyai perumahan setinggan tetapi penempatan penduduk kampung di kawasan bandar adalah amat daif dan tidak tersusun. Maka penempatan penduduk di kawasan bandar sepatutnya dibangunkan secara tersusun. Tanah penempatan penduduk dan tanah wakaf di kawasan bandar seharusnya diambil-alih oleh kerajaan negeri untuk dibangunkan. Penduduk asal bukan setakat mendapat gantirugi dalam bentuk wang tetapi juga akan mendapat gantirugi sejumlah keluasan tanah yang sama di kawasan lain di luar bandar di samping setiap satu keluarga mendapat satu lot rumah di perumahan pangsa yang dibina kelak.

Kawasan yang diambil-alih bolehlah dibinakan perumahan rumah pangsa mampu milik dan juga rumah kedai bertingkat. Pembinaan perumahan rakyat hendaklah berupakan rumah pangsa separa tinggi dan berekabentuk rumah tradisional Terengganu yang pelbagai corak. Manakala di kawasan pinggir bandar besar yang lain di Terengganu sesuai dibina perumahan kos rendah berbentuk rumah sederet satu tingkat.

b) Memberi pinjaman mikro kepada kumpulan tertentu

Kumpulan sasaran seperti pelajar IPT tempatan, pekebun, penternak dan peniaga kecil wajar mendapat pinjaman mikro yang dipermudahkan untuk mereka dimana disyaratkan pemohon adalah anak jati negeri Terengganu. Apa yang dikategorikan sebagai mikro itu ialah nilaian pinjaman kurang dari RM 30 ribu. Maka kerajaan negeri harus menubuhkan yayasan khas bagi mengendalikan setiap pinjaman mikro iaitu untuk pembiayaan pelajaran, perusahaan kecil, perniagaan kecil dan perumahan.

c) Bantuan kepada petani diperingkat akar-umbi

Kerajaan negeri perlu membantu para petani di peringkat bawah dengan menyalurkan secara terus keperluan petani diperingkat akar umbi di setiap kampung dan desa seperti jentera pembajak, jentolak serbaguna, jentera penuai padi, pagar, baja dan lain-lain melalui saluran organisasi kerajaan peringkat terendah seperti JKKK kampung. Kerajaan negeri juga perlu menggalakkan para petani untuk mengusahakan pertanian integrasi di kawasan getah dan kelapa sawit seperti penternakan lembu-kambing secara kandang, ayam-itik dan penanaman herba.

Kawasan tanah penanaman padi yang tidak produktif kerana bersaiz kecil perlu digalakkan untuk diusahakan penternakan akuakultur air tawar seperti tilapia dan jelawat. Kawasan pinggiran pantai perlu digalakkan penanaman kelapa dan pokok gelam dimana berpotensi untuk penternakan lebah madu sepanjang tahun. Penggalakkan pertanian membolehkan Terengganu untuk muncul sebagai pengeluar makanan halal terbesar di Malaysia.

d) Menggalakkan aktiviti pelancongan

Negeri Terengganu mempunyai liputan pasir pantai yang terpanjang sesuai untuk aktiviti pelancongan. Kawasan pantai merupakan aset kekal yang dimiliki dan harus dipelihara untuk menjana pendapatan negeri apabila sumber petroleum kehabisan kelak. Maka kawasan pantai perlu dijaga alam sekitarnya agar tidak tercemar dan ditambah kandungan lanskap tanaman seperti kelapa, pokok ru dan pokok gelam. Selain daripada itu, penduduk setiap desa yang berada kawasan pantai perlu diberi bantuan dan galakan untuk mengusahakan penginapan pelancong. Manakala penempatan penduduk asal di kawasan pantai harus disusun semula. Produk kraftangan dan makanan tempatan juga perlu diberikan perhatian untuk dimajukan.

Demikianlah serba sedikit yang dapat saya utarakan akan perkara-perkara yang harus diberikan perhatian utama oleh BN jika berjaya dapat menawan Terengganu kembali di pilihanraya akan datang. Kemakmuran hasil dari minyak seharusnya memakmurkan rakyat jelata negeri Terengganu. Tetapi sumber minyak akan kehabisan dalam tempoh beberapa dekad lagi. Maka itu, pemantapan aktiviti ekonomi rakyat diperlukan untuk menjamin kemakmuran yang berkekalan.

Nukilan- Mohd.Zamri B- Muda, Bukit Payung, Marang.

Maklumat Peribadi;
Alamat: 131, Kg.Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu
No. Telefon : 013 952 29 18


Saudara Pengarang,

Senarai Cadangan Strategi Pembangunan Baru Negeri Terengganu Jika Kerajaan BN Berjaya Mengambil-alih Semula Tampuk Pemerintahan di Terengganu

Pilihanraya di hujung 1999 yang lepas telah banyak memberikan kesan mendalam dari segenap sudut terhadap kehidupan rakyat terutamanya di Terengganu. Akibat gelombang hebat isu ‘mata lebam’, hampir separuh daripada kekuatan parti Umno runtuh memudahkan parti Pas mengambil kesempatan mengaut keuntungan politik. Cita-cita untuk menjadikan negeri Terengganu gemilang di segi pembangunan ekonomi dan rakyatnya musnah. Ironisnya, berakhirnya era gemilang BN Terengganu di kala tepat tempoh dua dekad selepas menikmati pembangunan hasil pacuan duit minyak.

Namun disebaliknya, pilihanraya 1999 banyak memberikan pengajaran berguna untuk dijadikan panduan kepimpinan Umno negeri dalam mengenalpasti siapakah ‘gunting dalam lipatan’ atau ‘sayap-sayap yang dipasang’ selama ini. Selain daripada isu ‘mata lebam’, pilihanraya 1999 adalah manifestasi pilihan rakyat akibat rasa tidak puas hati dengan cara pembangunan negeri Terengganu yang tidak dapat dinikmati secara lansung oleh rakyat kebanyakan. Apatah lagi ketidakpuasan rakyat Terengganu berkenaan dengan pengagihan wang hasil minyak yang kononnya patut mendapat hak lebih banyak dan sepatutnya menerima agihan wang minyak kepada rakyat seperti elaun bulanan seperti mana dengan rakyat Negara Brunai.

Maka strategi pembangunan rakyat dan ekonomi yang lebih menyeluruh dan memberikan kesan langsung kepada majoriti rakyat harus dicari dan digubal bagi memastikan rakyat Terengganu betul- betul berasa puas hati dengan pembangunan negeri memberikan sumbangan kepada mereka. Diantara berikut adalah beberapa strategi pembangunan yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan BN jika berjaya mengambilalih Terengganu di pilihanraya akan datang;

a) Menyusun semula penempatan penduduk di kawasan bandar

Penempatan penduduk kampung di kawasan bandar tidak mencerminkan taraf negeri penghasil petroleum dengan perolehan wang ihsan minyak yang diterima daripada Petronas sekitar RM 800 juta setahun ( nilaian pada tahun 1999 ) Walaupun di Terengganu tidak mempunyai perumahan setinggan tetapi penempatan penduduk kampung di kawasan bandar adalah amat daif dan tidak tersusun. Maka penempatan penduduk di kawasan bandar sepatutnya dibangunkan secara tersusun. Tanah penempatan penduduk dan tanah wakaf di kawasan bandar seharusnya diambil-alih oleh kerajaan negeri untuk dibangunkan. Penduduk asal bukan setakat mendapat gantirugi dalam bentuk wang tetapi juga akan mendapat gantirugi sejumlah keluasan tanah yang sama di kawasan lain di luar bandar di samping setiap satu keluarga mendapat satu lot rumah di perumahan pangsa yang dibina kelak.

Kawasan yang diambil-alih bolehlah dibinakan perumahan rumah pangsa mampu milik dan juga rumah kedai bertingkat. Pembinaan perumahan rakyat hendaklah berupakan rumah pangsa separa tinggi dan berekabentuk rumah tradisional Terengganu yang pelbagai corak. Manakala di kawasan pinggir bandar besar yang lain di Terengganu sesuai dibina perumahan kos rendah berbentuk rumah sederet satu tingkat.

b) Memberi pinjaman mikro kepada kumpulan tertentu

Kumpulan sasaran seperti pelajar IPT tempatan, pekebun, penternak dan peniaga kecil wajar mendapat pinjaman mikro yang dipermudahkan untuk mereka dimana disyaratkan pemohon adalah anak jati negeri Terengganu. Apa yang dikategorikan sebagai mikro itu ialah nilaian pinjaman kurang dari RM 30 ribu. Maka kerajaan negeri harus menubuhkan yayasan khas bagi mengendalikan setiap pinjaman mikro iaitu untuk pembiayaan pelajaran, perusahaan kecil, perniagaan kecil dan perumahan.

c) Bantuan kepada petani diperingkat akar-umbi

Kerajaan negeri perlu membantu para petani di peringkat bawah dengan menyalurkan secara terus keperluan petani diperingkat akar umbi di setiap kampung dan desa seperti jentera pembajak, jentolak serbaguna, jentera penuai padi, pagar, baja dan lain-lain melalui saluran organisasi kerajaan peringkat terendah seperti JKKK kampung. Kerajaan negeri juga perlu menggalakkan para petani untuk mengusahakan pertanian integrasi di kawasan getah dan kelapa sawit seperti penternakan lembu-kambing secara kandang, ayam-itik dan penanaman herba.

Kawasan tanah penanaman padi yang tidak produktif kerana bersaiz kecil perlu digalakkan untuk diusahakan penternakan akuakultur air tawar seperti tilapia dan jelawat. Kawasan pinggiran pantai perlu digalakkan penanaman kelapa dan pokok gelam dimana berpotensi untuk penternakan lebah madu sepanjang tahun. Penggalakkan pertanian membolehkan Terengganu untuk muncul sebagai pengeluar makanan halal terbesar di Malaysia.

d) Menggalakkan aktiviti pelancongan

Negeri Terengganu mempunyai liputan pasir pantai yang terpanjang sesuai untuk aktiviti pelancongan. Kawasan pantai merupakan aset kekal yang dimiliki dan harus dipelihara untuk menjana pendapatan negeri apabila sumber petroleum kehabisan kelak. Maka kawasan pantai perlu dijaga alam sekitarnya agar tidak tercemar dan ditambah kandungan lanskap tanaman seperti kelapa, pokok ru dan pokok gelam. Selain daripada itu, penduduk setiap desa yang berada kawasan pantai perlu diberi bantuan dan galakan untuk mengusahakan penginapan pelancong. Manakala penempatan penduduk asal di kawasan pantai harus disusun semula. Produk kraftangan dan makanan tempatan juga perlu diberikan perhatian untuk dimajukan.

Demikianlah serba sedikit yang dapat saya utarakan akan perkara-perkara yang harus diberikan perhatian utama oleh BN jika berjaya dapat menawan Terengganu kembali di pilihanraya akan datang. Kemakmuran hasil dari minyak seharusnya memakmurkan rakyat jelata negeri Terengganu. Tetapi sumber minyak akan kehabisan dalam tempoh beberapa dekad lagi. Maka itu, pemantapan aktiviti ekonomi rakyat diperlukan untuk menjamin kemakmuran yang berkekalan.

Nukilan- Mohd.Zamri B- Muda, Bukit Payung, Marang.

Maklumat Peribadi;
Alamat: 131, Kg.Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu
No. Telefon : 013 952 29 18



Saudara Pengarang,

Pakej Menyelamat Zoo Negara

Zoo Negara adalah salah satu ikon negara yang dikenali ramai. Penubuhannya hampir setengah abab amat dikagumi kerana ia adalah antara tempat warga Malaysia mendekati dan mengenali alam fauna dari serata ceruk dunia. Apa yang menakjubkan ialah di awal kewujudannya, Zoo Negara mendapat peruntukkan yang mencukupi walaupun negara kita ketika itu tidaklah semewah sekarang. Tetapi yang amat dikesalkan, mengapakah nasib institusi negara ini terbiar dan menjadi begitu daif sekali sekarang ini. Kedudukan lokasi Zoo Negara kini dihimpit dengan pembangunan perumahan komersial, seolah-olah Zoo Negara "melukut di tepian gantang" atau pengemis jalanan walhal Zoo Negara adalah perintis penerokaan tanah di tempat tersebut.

Namun demikian, Zoo Negara masih mempunyai harapan untuk diselamat dan dipulihkan reputasinya. Diantara kaedah-kaedah cadangan saya untuk menyelamatkan Zoo Negara adalah seperti berikut;

a) Kerajaan perlu menubuhkan Tabung Warisan Zoo Negara dimana segala derma orang ramai dan peruntukan kerajaan boleh dikumpulkan.

b) Pihak Zoo Negara boleh meminta tajaan komersial syarikat swasta setiap binatang yang dipelihara, sebagai timbal balas maka bolehlah kawasan pagar, dinding atau atap dipaparkan lambang dan nama syarikat yang menaja, begitu juga cenderamata seperti baju-T boleh diletakkan nama-nama pihak penaja.

c) Sebagai intitusi yang terlibat secara tidak lansung dengan proses pembelajaran, pihak Zoo Negara boleh bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk mengatur pakej lawatan bajet rendah pelajar sekolah dari seluruh negara.

d) Lebih lengkap jika lawatan para pelajar itu lebih dari sehari, maka pihak Zoo Negara boleh menyediakan pakej penginapan bajet rendah untuk lawatan pelajar.

e) Penginapan bajet rendah boleh dibina di kawasan bukit dan hutan yang masih dimiliki oleh Zoo Negara dengan konsep pembangunan penginapan mesra alam. Selain daripada pelajar, para pelancong juga boleh menyertai pakej ini yang boleh dinamakan Program Melancong dan Menginap di dalam Zoo Negara.

Diharapkan cadangan tersebut dapat memberi sedikit harapan kepada salah satu simbol negara yang kini kian dilupakan. Jika Zoo Negara dapat dibantu dan dibangunkan semula, tidak hairan kalau suatu hari nanti Zoo Negara boleh bangkit menjadi zoo yang bertaraf antarabangsa.

Nukilan- Mohd. Zamri Muda, Bukit Payung, Marang.

Maklumat Peribadi;
Alamat : 131, Kg Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang
No. Telefon : 013 952 29 18
Tarikh : 24 Februari 2004



Saudara Pengarang,

Menukar Fungsi Fasiliti Perwaja Untuk Memproses Semula Besi dan Kaca Terbuang

Memperkatakan kempen guna-semula, hanya kertas dan tin aluminium buangan mendapat permintaan tinggi untuk dijual tetapi tidak kepada sisa tin buangan dan sisa kaca. Padahal sisa buangan jenis ini meliputi separuh daripada lambakan sampah jenis tidak mereput. Jika sisa berkayu boleh dibakar diguna semula untuk menjana tenaga elektrik (sekiranya loji insinerator di Broga siap kelak) dan sisa organik makanan boleh dijadikan baja kompos tetapi tin buangan dan sisa berkaca teramat kurang mendapat permintaan kerana tiadanya syarikat pemerosesan yang terlibat langsung.

Maka itu, saya ingin mencadangkan agar pihak kerajaan mempertimbangkan agar fasiliti loji Perwaja di negeri Kedah yang dikatakan tidak beroperasi ditukarkan fungsi untuk memproses besi buangan dan botol kaca terpakai. Pemerosesan bahan tersebut tidak perlu kepada penghasilan produk bermutu tinggi tetapi memadai dengan memproses produk kegunaan pertanian. Maka produk guna-semula daripada loji Perwaja itu kelak boleh ditawarkan dengan harga amat rendah kepada para petani atau dimasukkan dalam skim subsidi bantuan pertanian.

Antara produk yang boleh dihasilkan daripada tin besi buangan dan sisa logam bukan aluminium;
- kawat pagar berduri
- kawat mata punai
- tiang pagar besi
- pintu pagar rangka besi
- tiang dan rangka rumah kaca

Antara produk yang boleh dihasilkan dari botol kaca dan lain-lain sisa kaca terbuang;
- atap rumah kaca jika guna-semula kaca warna jernih
- bekas takungan hidroponik jika guna-seemula kaca berwarna

Diharapkan cadangan ini dapat mengurangkan lambakan sampah di negara kita dan seterusnya mencapai matlamat pengurusan sampah sifar. Selain daripada itu dapat memberikan sumber pendapatan tambahan kepada orang ramai yang terlibat dalam aktiviti mengumpul barang buangan.

Nukilan: Ramzam Muda, Bukit Payung, Marang.

Maklumat Peribadi:
Nama : Mohd Zamri B- Muda
No. i/c : 740102-11-6391
Alamat : 131 Kg Rawai Bukit Payung, 21400 Marang , Terengganu
Pendidikan: Bac.Sc.Biotechnology UPM Serdang 1994-1998
No. Tel : 013 952 29 18
Tarikh: 10-04-2004




Saudara Pengarang,

Sistem Pengundian Secara Elektronik Menggunakan Internet

Debaran Pilihanraya 2004 kian terasa, ianya pasti menjadi topik hangat dalam kehidupan seharian masa kini. Dalam pada memperkatakan patutkah setiap pengundi diwajibkan untuk mengundi, persoalan lain harus dipertimbangkan ialah bagaimana pula dengan pengundi yang bekerja/belajar di luar kawasan kampung/mukim asalnya yang berjarak ratusan kilometer jauhnya. Katakan si A bekerja syarikat swasta di KL tetapi kampung asalnya di Perlis. Bagaimanakah untuknya mengundi jika tidak dapat memohon cuti balik kampung. Manakala si B pula belajar di Sabah tetapi tempat mengundi asalnya di Johor Bahru. Itu belum lagi mempertimbangkan segolongan pekerja yang bertugas ‘out-station’ terikat dengan kontrak kerja tidak kira swasta atau kerajaan sebagai contoh mudah para ‘salesman’ dan pengedar barang yang membawa lori atau van.

Maka terdapat keperluan untuk diwujudkan sistem pengundian secara elektronik yang lebih mudah untuk pilihanraya penggal yang akan datang 2008/2009. Saya mencadangkan kemudahan internet digunakan untuk membuang undi dan ini memerlukan penyelarasan data SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara. Seeloknya alamat di dalam kad pengenalan dijadikan kelayakan lokasi mengundi secara automatik dalam menentukan perwakilan dewan undangan negeri dan kerusi parlimen.

Pengenalan sistem pengundian secara elektronik melibatkan beberapa perkara;

a- Seseorang boleh memilih untuk mengundi secara digital jika tidak berada di kawasan asalnya
b- Pengundian elektronik hanya boleh dilakukan oleh pusat pengundian SPR yang mempunyai saksi dari wakil parti bertanding.
c- Lokasi pengundian elektronik diutamakan dalam pusat bandar, pusat IPT dan kawasan kilang.
d- Pengundian hanya boleh dibuat sekali sahaja.
e- Status kelayakan automatik untuk mengundi sebaik sahaja capai usia 21 tahun di masa pilihanraya.

Selain daripada itu, pemantauan pendaftaran pengundi hantu harus diambil perhatian berat. Maka satu
sistem data automatik untuk mengesan pemindahan pengundi yang tidak wajar perlu diwujudkan. Pemindahan pengundi boleh dikategori oleh beberapa fenomena;

i- Pemindahan keluar pengundi berlaku di kawasan majoriti menang besar parti pemerintah.
ii- Pemindahan masuk pengundi ke kawasan parti pemerintah menang majoriti kecil.
iii- Jumlah pemindahan masuk pengundi baru menyamai atau lebih sedikit dari jumlah undi majoriti.

Diharapkan cadangan saya ini dapat memberikan satu alternatif baru untuk menggalakkan orang ramai terutama golongan muda untuk turut serta mengambil bahagian bagi memilih kepimpinan negara yang baru. Perkara ini harus dilaksanakan terlebih dahulu sebelum negara mewajibkan pengundian.

Nukilan – Mohd. Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.

Maklumat Peribadi;
Nama penuh: Mohd. Zamri B. Muda
I/c : 740102-11-6391
No. Tel : 013 952 29 18
Alamat: 131 Kg Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu



DBMU Edisi September 2000 [Unpublish]

Saudara Pengarang,

Memorandum Terbuka Untuk UMNO;
Tajuk : Wujudkan Dana Bantuan Mikro Umno [DBMU] Untuk Bumiputra

Rentetan daripada temubual bernas Utusan Malaysia dengan Prof. Ungku Aziz pada 20 Ogos 2000 yang lalu. Saya berasa begitu terpanggil untuk berkongsi satu idea cadangan bagi menjawab persoalan terakhir dalam temubual tersebut. Sebenarnya idea saya ini telah lama tercetus di benak pemikiran saya iaitu apabila berlakunya ungkitan isu Hak Istimewa Orang Melayu yang kini sudah reda diperkatakan. Terima kasih juga diucapkan kepada Perdana Menteri kerana memberi kata-dua yang tegas kepada pertubuhan Suqiu ketika ucapan Hari Kebangsaan tempoh hari dan penerusan dasar pro-DEB iaitu Dasar Pembangunan Wawasan [DPM] bagi 2000 hingga 2010.

Menyentuh tentang mengapa isu hak orang Melayu dibangkitkan, pada pendapat saya ini disebabkan oleh pihak MPEN2 yang akan bersidang bagi merangkakan Rancangan Jangka Panjang yang ke-3 untuk tempoh 10 tahun lagi (2000- 2010) yang kini telah diberikan nama dan ciri-cirinya sebagai DPW. Satu persoalan utama timbul iaitu – apakah bentuk formulasi ekonomi selepas ini selepas perlaksanaan DEB (1970-1990) dan Wawasan 2020 (1991-2020) nanti. Ia cukup menjadi tandatanya apabila ianya melibatkan nasib anak-cucu kita semua terutamanya kepada bangsa Melayu selepas 2020 nanti.

Walau apa pun yang berlaku (selepas tahun 2020 nanti), Umno sebagai tulang belakang utama bangsa Melayu harus mengambil tindakan yang lebih pro-aktif bagi membebaskan sepenuhnya bangsa Melayu dari taraf masyarakat termiskin dan miskin kepada berpendapatan sederhana tanpa melalui instrumen subsidi yang disediakan oleh kerajaan. Cuba kita membayangkan satu persoalan – bagaimanakah caranya kita untuk membantu bangsa kita tanpa bantuan sebarang subsidi seperti bantuan baja subsidi, bantuan bulanan kebajikan masyarakat, skim TEKUN, Projek Pembangunan Rakyat Termiskin, Skim Prosper, tabung pinjaman biasiswa PTPTN dan sebagainya seperti mana yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan Malaysia selama ini ( bagi tempoh 1970-2000 ).

Maka ini, saya ingin mencadangkan Umno untuk menubuhkan satu dana persendirian bagi mengambil-alih tugas yang dibebankan kepada kerajaan Malaysia selama ini. Dana ini boleh dinamakan sebagai Dana Bantuan Mikro Umno ( DBMU ). Dana ini pada prinsipnya adalah pemberian bantuan pinjaman tanpa faedah yang paling fleksibel dan tidak menekan para peminjamnya. Dana ini ditujukan khas kepada masyarakat akar umbi Melayu kita yang tinggal di kampung-kampung dan juga kakitangan kerajaan yang berpendapatan rendah.

Konsep DBMU ini timbul dengan mengambil contoh masyarakat Cina dan India di negara kita dimana golongan yang kaya memayungi golongan kurang berada untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka terutama disegi bantuan modal kapital. Maka DBMU dalam erti kata yang sama memayungi masyarakat akar umbi bangsa Melayu kita iaitu golongan rakyat termiskin, miskin dan golongan pekerja kerajaan berpendapatan rendah.

DBMU ini dicadang diuruskan sepenuhnya oleh pihak parti Umno diperingkat akar umbi, maka tiada masalah birokrasi dan penjanaan dana ini datangnya dari sumbangan derma syarikat bumiputra (yang dilahirkan oleh dasar DEB ). Satu persoalan, mahukah mereka memberi sumbangan kapital? Maka ini saya mencadangkan agar undang-undang tertentu digubal dengan dua alternatif. Pertama dengan menetapkan secara automatik minima 10% daripada 29% cukai syarikat bumiputra adalah untuk DBMU ( ini bermakna; 10% cukai adalah untuk DBMU manakala cuma 19% cukai untuk kerajaan ). Alternatif kedua ialah dengan cara inisiatif pengecualian cukai. Contohnya, katakan setiap 1% daripada keuntungan syarikat disumbangkan kepada DBMU, syarikat itu akan mendapat 1.5% mata pengecualian cukai dan dihadkan 10% pendermaan adalah takat maksimum. Ini bermakna jika satu syarikat mendermakan 10% daripada keuntungannya kepada DBMU maka kerajaan Malaysia hanya akan mengutip 14% sahaja [ 29% - 15%(mata pengecualian)], syarikat akan menndapat semula 5% keuntungannya.

Alternatif lain sumber kapital dana datangnya dari derma oleh golongan korporat negara, derma dari negara Arab dan penyaluran sepenuhnya wang hasil minyak oleh Petronas bagi kawasan Semenanjung Malaysia. Jika penggunaan wang hasil minyak diguna sepenuhnya maka ianya lebih adil kepada negeri lain selain Teregganu merupakan cara lebih baik dari konsep wang ehsan.

Berikutnya, saya ingin mengemukakan konsep asas pelaksanaan DBMU. Dana ini seperti yang telah ditekankan sebelum ini adalah bertujuan untuk membantu masyarakat akar-umbi Melayu dari terus dibelenggu kemiskinan. DBMU memberi peluang seluas-luasnya kepada orang Melayu untuk;
i- Mengusahakan projek pertanian atau
ii- Perniagaan kecil,
iii- Perusahaan kecil,
iv- Pembinaan rumah,
v- Pembiayaan pelajar ke IPT dan
vi- Malah untuk membiayai pembelian komputer untuk anak-anak.

Permohonan bantuan pinjaman Dana Bantuan Mikro Umno (DBMU) adalah amat mudah dan tiada cagaran diperlukan seperti mana pinjaman institusi kewangan konvensional. Apa yang berlaku disini ialah ianya diberi diatas dasar kepercayaan sesama bangsa atau diatas konsep amanah janji sesama Islam. Tentu terlintas di benak pemikiran anda sekarang akan istilah “Janji Melayu”. Maka ini, konsep “Janji Melayu Baru” boleh dipraktiskan dengan pelaksanaan DBMU.

Jika bangsa kita benar-benar berjiwa Melayu Islam yang tulen dan ikhlas, tentunya istilah Janji Melayu Baru ini akan dapat memberi tamparan hebat kepada sarjana Barat yang pernah melabel bangsa kita sebagai bangsa yang pemalas dan tidak menepati janji. Ini juga akan dapat menjadi contoh tauladan kepada bangsa-bangsa kecil yang terpinggir di lain benua. Dan oleh kerana DBMU melibatkan para pemohon yang terdiri daripada golongan masyarakat akar-umbi dan pengurusan permohonan dana diuruskan oleh parti Umno di peringkat rendah (samada cawangan atau bahagian), maka komitmen dan keboleh-percayaan adalah berada dalam keadaan tinggi.

Manakala cara permohonan pinjaman DBMU adalah amat mudah dan ringkas sahaja. Dicadangkan apa yang diperlukan cuma maklumat berikut iaitu;
i- Latar belakang pemohon
ii- Tandatangan pemohon
iii- Tandatangan penjamin sekurang-kurangnya 3 ahli keluarga terdekat sebagai penyokong dan saksi
iv- Satu surat sokongan ketua kampung atau penghulu
v- Satu surat ringkasan latar-belakang projek atau latar-belakang pengajian di IPT [ tidak kira IPTA atau IPTS ]

Borang permohonan dana ini boleh diberi nama sebagai “Surat Amanah Janji DBMU”. Jika apa yang saya bincangkan sebelum ini kurang lagi dapat memuaskan hati banyak pihak, berilah saya peluang untuk mengemukakan contoh perlaksanaan projek DBMU dengan 4 peringkat dalam masa 20 tahun iaitu bagi tempoh 2000-2020 [jika DBMU dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini].

Fasa 1, bagi tempoh 2000 hingga 2005. Penjanaan sumbangan dari syarikat Bumiputra terlibat dianggarkan sekitar RM 500 juta setahun [atau hampir RM 1.5 billion jika termasuk pendapatan ‘royalti’ hasil minyak Semenanjung]. Pada ketika ini, DBMU hanya menjalankan aktiviti mengumpul dana dan urusan peminjaman sahaja. Penyaluran kapital pinjaman disalurkan terus melalui kaun peribadi pemohon di Bank Simpanan Nasional [BSN] atau di akaun ASB/ASN di PNB.

Matlamat utama DBMU dalam tempoh ini ialah untuk menghapuskan golongan rakyat termiskin dan menukarkan taraf penduduk miskin dan pekerja kerajaan berpendapatan rendah kepada berpendapatan sederhana. DBMU juga juga dicadangkan menjadi penyelesai pembayaran semula pinjaman graduan IPT yang menjadi mangsa zaman kegawatan ekonomi iaitu graduasi 1997, 1998, 1999 dan 2000.

Kita tentu tidak mahu melihat golongan ini tersepit diantara dilema memilih kerja atau berasa begitu tertekan hidupnya kerana memikirkan soal pembayaran balik pinjaman mereka. Fenomena tekanan hidup yang melampau kini sudah mulai menular di negara Asia yang maju seperti Jepun, Korea Selatan, Hong Kong dan Singapura. Indikator langsung yang dikaitkan dengan gejala ini ialah bilangan kejadian membunuh diri. Sebagai contoh di Jepun, telah berlaku kejadian membunuh diri seramai 30,000 orang di tahun 1999.Di Malaysia umumnya, kejadian kecelakaan di jalanraya serta kelakuan buli para pemandu di jalanraya boleh dijadikan indikator tekanan hidup.

Julat nilai pinjaman yang boleh dipohon dari DBMU adalah antara RM 5,000 hingga RM 25,000 [ pecahan RM 5,000 , RM 8,000 , RM 10,000 , RM 15,000 , RM 18,000 , RM 20,000 dan RM 25,000 ] . Manakala julat tempoh wajib bayar balik berkadar terus dengan setiap ribu wang yang dipohon iaitu 5 tahun hingga 25 tahun. Dicadangkan penyaluran dana adalah sekali gus melalui akaun PNB atau BSN tanpa sebarang kerenah birokrasi.

Fasa 2, bagi tempoh 2006-2010. Aktiviti DBMU ditambah dimana dana ini mula membuat pelaburan [dengan 10% peruntukan dari dana]. Sasaran pelaburan DBMU dihadkan kepada syarikat-syarikat IKS milik Bumiputra sahaja. Matlamat ekonomi DBMU ialah penukaran sepenuhnya masyarakat akar-umbi ke taraf berpendapatan sederhana.

Julat pinjaman maksimum dalam tempoh ini ditambah dua kali ganda iaitu RM 5,000 hingga RM 50,000 tetapi julat tempoh bayaran balik bagi Fasa 2 dikurangkan iaitu julat 5 tahun hingga 20 tahun. Dianggarkan di hujung tempoh ini iaitu tahun 2010, jumlah dana DBMU yang terkumpul mencapai jumlah Dana KWSP dan Permodalan Nasional.

Pada ketika ini, pihak kerajaan bolehlah mengugurkan semua subsidi untuk Bumiputra. Contoh subsidi adalah pembelian baja subsidi padi/getah/kelapa sawit,bantuan kebajikan masyarakat, Skim Tekun, PPRT dan pinjaman biasiswa untuk pelajar IPT. Ini kerana pada ketika ini, dianggarkan semua petani dan peladang bergerak atas dasar komersial. Diakhir tempoh Fasa 2 ini, dijangkakan lebih 50% pinjaman akan kembali semula kepada DBMU. Penguasaan ekonomi negara oleh orang Melayu dijangkakan mencecah 30%.

Fasa 3, tempoh 2010-2015. DBMU mula menukar nama dari Dana Bantuan Mikro kepada Dana Bantuan Modal. Matlamat ekonomi DBMU bagi tempoh ini ialah meningkatkan taraf masyarakat bumiputra Melayu dari taraf berpendapatan sederhana kepada berpendapatan pertengahan. DBMU juga dicadangkan untuk membuat pelaburan sebanyak 25% dari jumlah dananya. Sasaran pelaburan DBMU pada ketika itu ialah syarikat IKS Melayu dan syarikat mega milik Melayu. Julat maksimum pinjaman DBMU mencecah RM 100,000. Manakala tempoh bayar balik 5 tahun hingga 20 tahun. Penguasaan ekonomi orang Melayu pada ketika ini dianggarkan sekitar 30% hingga 50%.

Fasa 4, tempoh 2015-2020. Dalam tempo ini, dicadangkan DBMU memperuntukkan 50% dari tabungan untuk kegunaan pelaburan eksklusif terhadap syarikat mega Melayu malah DBMU pada ketika ini berkemampuan untuk membeli syarikat-syarikat bukan bumiputra dan juga syarikat asing di luar negara. Julat maksimum pinjaman mencecah RM 500,000. Tahap ekonomi masyarakat Melayu majoriti bertukar kepada golongan pertengahan sepenuhnya. Jumlah anggaran nilai dana DBMU di tahun 2020 mungkin adalah RM 500 ribu juta. Tahap penguasaan ekonomi orang Melayu pada ketika itu dianggarkan melebihi 50%. Formulasi bahagian penguasaan ekonomi bagi Bumiputra: Bukan Bumiputra: Rakyat Asing berkisar pada nilai 50:25:25

Sebagai penutup, saya ingin meminjamkan satu pepatah orang Tiong Hwa berbunyi-“Jika hendah ditolong orang miskin… jangan beri makanan tetapi lebih baik diberikan mata kail.” Mungkin teori konsep DBMU yang telah saya bentangkan di sini tidak dapat berjaya 100% tetapi berjaya hanya sedikit. Maka saya amat berharap agar rasional penubuhan DBMU ini dapat dipertimbangkan oleh segenap lapisan orang Melayu untuk dicuba.

Dasar-dasar pro-DEB ( termasuk DPW ) mungkin masih relevan untuk diteruskan bagi tempoh 2010-2020 tetapi apakah nasib orang Melayu akan berubah dengan drastik. Perlukah dasar pro-DEB terus-menerus dilaksanakan dan mengulit orang Melayu dengan mimpi-mimpi indah? Sampai bila harus begini? Maka pelaksanaan DBMU boleh dijadikan instrumen alternatif terbaik dalam perlaksanaan DPW 2000-2010.

Kini masanya sudah tiba untuk kerajaan Malaysia melepaskan beban (sepatutnya pada tahun 1990 lagi) dengan tidak lagi menaungi masyarakat akar-umbi Melayu dengan bantuan-bantuan subsidi. Dengan adanya instrumen keramat seperti DBMU, kerajaan Malaysia hanya perlu menumpukan tugasnya kepada penyediaan infrastruktur negara sahaja dan juga menaungi syarikat mega-korporat Malaysia bagi merebut peluang untuk bersaing dalam pasaran bebas dunia global. Akhirnya dapat saya simpulkan di sini ialah DBMU relevan dengan Dasar Pembangunan Wawasan 2000-2010, Wawasan 2020 dan cara hidup orang Melayu selepas 2020 nanti.

Nukilan: Ramzam Muda, Desa Rawai, Marang.

P/s ; Edisi Asal September 2000 [ tidak pernah diterbitkan]

Maklumat Peribadi;
Nama : Mohd. Zamri B- Muda
I/c : 740102-11-6391
Alamat : 131, Kg.Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang.
No. Tel. : 013 952 29 28




DBMU Edisi 2004

Saudara Pengarang,

Memorandum Terbuka Untuk UMNO;

Tajuk : Wujudkan Dana Bantuan Mikro Umno [DBMU] Untuk Bumiputra

Dasar DEB yang mula diperkenal pada tahun 1970an telah banyak mengubah struktur ekonomi dan corak kehidupan orang Melayu berbanding dengan keadaan pada tahun 1960an dan sebelumnya. DEB merupakan satu daripada ‘mekanisme sementara’ untuk memberi peluang kepada orang Melayu mengambil bahagian dalam aktiviti ekonomi atau dalam kata lain ia adalah mekanisme “tongkat” untuk menolong orang Melayu. Penerusan konsep dasar DEB diteruskan dalam Pelan Jangka Panjang ke-2 iaitu Wawasan 2020 tetapi apakah bentuk dasar ini masih relevan selepas tahun 2020. Seharusnya pada ketika itu fenomena “tongkat” sudah tidak lagi wujud.

Rancangan Jangka Panjang yang ke-3 untuk tempoh 10 tahun ( tempoh 2000- 2010) yang kini berjalan diberikan nama dan ciri-cirinya sebagai Dasar Pembangunan Wawasan (DPW). Satu persoalan utama timbul iaitu – apakah bentuk formulasi ekonomi selepas ini selepas perlaksanaan DEB (1970-1990) dan Wawasan 2020 (1991-2020) nanti. Ia cukup menjadi tandatanya apabila ianya melibatkan nasib anak-cucu kita semua terutamanya kepada bangsa Melayu selepas 2020 nanti.

Walau apa pun yang berlaku (selepas tahun 2020 nanti), Umno sebagai tulang belakang utama bangsa Melayu harus mengambil tindakan yang lebih pro-aktif bagi membebaskan sepenuhnya bangsa Melayu dari taraf masyarakat termiskin dan miskin kepada berpendapatan sederhana tanpa melalui instrumen subsidi yang disediakan oleh kerajaan. Cuba kita membayangkan satu persoalan – bagaimanakah caranya kita untuk membantu bangsa kita tanpa bantuan sebarang subsidi seperti bantuan baja subsidi, bantuan bulanan kebajikan masyarakat, skim TEKUN, Projek Pembangunan Rakyat Termiskin, Skim Prosper, tabung pinjaman biasiswa PTPTN dan sebagainya seperti mana yang telah dan sedang dilakukan oleh kerajaan Malaysia sebelum ini ( bagi tempoh 1970-2000 ).

Maka ini, saya ingin mencadangkan Umno untuk menubuhkan satu dana persendirian bagi mengambil-alih tugas yang dibebankan kepada kerajaan Malaysia selama ini. Dana ini boleh dinamakan sebagai Dana Bantuan Mikro Umno ( DBMU ). Dana ini bukan berkonsep “mekanisme tongkat” tetapi berkonsep “mekanisme mata-kail” untuk memajukan orang Melayu. Dana ini pada prinsipnya adalah pemberian bantuan pinjaman tanpa faedah yang paling fleksibel dan tidak menekan para peminjamnya. Dana ini ditujukan khas kepada masyarakat akar umbi Melayu kita yang tinggal di kampung-kampung dan juga kakitangan kerajaan yang berpendapatan rendah.

Konsep DBMU ini timbul dengan mengambil contoh masyarakat Cina dan India di negara kita dimana golongan yang kaya memayungi golongan kurang berada untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka terutama disegi bantuan modal kapital. Maka DBMU dalam erti kata yang sama ialah sebuah organisasi persendirian yang memayungi masyarakat akar umbi bangsa Melayu kita iaitu golongan rakyat termiskin, miskin dan golongan pekerja kerajaan berpendapatan rendah.

DBMU ini dicadang diuruskan sepenuhnya oleh pihak parti Umno diperingkat akar umbi, maka tiada masalah birokrasi dan penjanaan dana ini datangnya dari sumbangan derma syarikat bumiputra (yang dilahirkan oleh dasar DEB ). Satu persoalan, mahukah mereka memberi sumbangan kapital?

Maka ini saya mencadangkan agar undang-undang tertentu digubal dengan dua alternatif;

- Pertama dengan menetapkan secara automatikk minima 10% daripada 29% cukai syarikat bumiputra adalah untuk DBMU

Ini bermakna; 10% cukai adalah untuk DBMU manakala cuma 19% cukai untuk kerajaan.

- Alternatif kedua ialah dengan cara inisiattif pengecualian cukai. Contohnya, katakan setiap 1% daripada keuntungan syarikat disumbangkan kepada DBMU, syarikat itu akan mendapat 1.5% mata pengecualian cukai dan dihadkan 10% pendermaan adalah takat maksimum.

Ini bermakna jika satu syarikat mendermakan 10% daripada keuntungannya kepada DBMU maka kerajaan Malaysia hanya akan mengutip 14% sahaja [ 29% - 15%(mata pengecualian)], syarikat akan menndapat semula 5% keuntungannya.

- Alternatif lain sumber kapital dana datanggnya dari derma;

a- Oleh golongan korporat negara
b- Derma dari negara Arab
c- Dan penyaluran sepenuhnya wang hasil minyak oleh Petronas bagi kawasan Semenanjung Malaysia. Jika penggunaan wang hasil minyak diguna sepenuhnya maka ianya lebih adil kepada negeri lain selain Teregganu merupakan cara lebih baik dari pengagihan yang ada sekarang.

Berikutnya, saya ingin mengemukakan konsep asas pelaksanaan DBMU. Dana ini seperti yang telah ditekankan sebelum ini adalah bertujuan untuk membantu masyarakat akar-umbi Melayu dari terus dibelenggu kemiskinan.

DBMU memberi peluang seluas-luasnya kepada orang Melayu untuk;

i- Mengusahakan projek pertanian atau
ii- Perniagaan kecil,
iii- Perusahaan kecil,
iv- Pembinaan rumah,
v- Pembiayaan pelajar ke IPT dan
vi- Malah untuk membiayai pembelian komputer untuk anak-anak.

Permohonan bantuan pinjaman Dana Bantuan Mikro Umno (DBMU) adalah amat mudah dan tiada cagaran diperlukan seperti mana pinjaman institusi kewangan konvensional. Apa yang berlaku disini ialah ianya diberi diatas dasar kepercayaan sesama bangsa atau diatas konsep amanah janji sesama Islam. Tentu terlintas di benak pemikiran anda sekarang akan istilah “Janji Melayu”. Maka ini, konsep “Janji Melayu Baru” boleh dipraktiskan dengan pelaksanaan DBMU.

Jika bangsa kita benar-benar berjiwa Melayu Islam yang tulen dan ikhlas, tentunya istilah Janji Melayu Baru ini akan dapat memberi tamparan hebat kepada sarjana Barat yang pernah melabel bangsa kita sebagai bangsa yang pemalas dan tidak menepati janji. Ini juga akan dapat menjadi contoh tauladan kepada bangsa-bangsa kecil yang terpinggir di lain benua. Dan oleh kerana DBMU melibatkan para pemohon yang terdiri daripada golongan masyarakat akar-umbi dan pengurusan permohonan dana diuruskan oleh parti Umno di peringkat rendah (samada cawangan atau bahagian), maka komitmen dan keboleh-percayaan adalah berada dalam keadaan tinggi.

Manakala cara permohonan pinjaman DBMU adalah amat mudah dan ringkas sahaja. Dicadangkan apa yang diperlukan cuma maklumat berikut iaitu;

i- Latar belakang pemohon
ii- Tandatangan pemohon
iii- Tandatangan penjamin sekurang-kurangnya 3 ahli keluarga terdekat sebagai penyokong dan saksi
iv- Satu surat sokongan ketua kampung atau penghulu
v- Satu surat ringkasan latar-belakang projek atau latar-belakang pengajian di IPT [ tidak kira IPTA atau IPTS ]

Borang permohonan dana ini boleh diberi nama sebagai “Surat Amanah Janji DBMU”. Jika apa yang saya bincangkan sebelum ini kurang lagi dapat memuaskan hati banyak pihak, berilah saya peluang untuk mengemukakan contoh perlaksanaan projek DBMU dengan 4 peringkat dalam masa 20 tahun iaitu bagi tempoh 2005-2025 [jika DBMU dapat dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini].

Fasa 1, bagi tempoh 2005 hingga 2010.

- Penjanaan sumbangan dari syarikat Bumiputrra terlibat dianggarkan sekitar RM 500 juta setahun [atau hampir RM 1.5 billion jika termasuk pendapatan ‘royalti’ hasil minyak Semenanjung].
- Pada ketika ini, DBMU hanya menjalankan akktiviti mengumpul dana dan urusan peminjaman sahaja.
- Penyaluran kapital pinjaman disalurkan terrus melalui kaun peribadi pemohon di Bank Simpanan Nasional [BSN] atau di akaun ASB/ASN di PNB.
- Matlamat utama DBMU dalam tempoh ini ialahh untuk menghapuskan golongan rakyat termiskin dan menukarkan taraf penduduk miskin dan pekerja kerajaan berpendapatan rendah kepada berpendapatan sederhana.
- DBMU juga juga dicadangkan menjadi penyeleesai pembayaran semula pinjaman graduan IPT.

Kita tentu tidak mahu melihat golongan ini tersepit diantara dilema memilih kerja atau berasa begitu tertekan hidupnya kerana memikirkan soal pembayaran balik pinjaman mereka. Fenomena tekanan hidup yang melampau kini sudah mulai menular di negara Asia yang maju seperti Jepun, Korea Selatan, Hong Kong dan Singapura. Indikator langsung yang dikaitkan dengan gejala ini ialah bilangan kejadian membunuh diri. Di Malaysia umumnya, kejadian kecelakaan di jalanraya serta kelakuan buli para pemandu di jalanraya boleh dijadikan indikator tekanan hidup.

- Julat nilai pinjaman yang boleh dipohon daari DBMU adalah antara RM 5,000 hingga RM 25,000 [ pecahan RM 5,000 , RM 8,000 , RM 10,000 , RM 15,000 , RM 18,000 , RM 20,000 dan RM 25,000 ] .
- Manakala julat tempoh wajib bayar balik beerkadar terus dengan setiap ribu wang yang dipohon iaitu 5 tahun hingga 25 tahun.
- Dicadangkan penyaluran dana adalah sekali gus melalui akaun PNB atau BSN tanpa sebarang kerenah birokrasi.

Fasa 2, bagi tempoh 2010-2015.

- Aktiviti DBMU ditambah dimana dana ini mulla membuat pelaburan [dengan 10% peruntukan dari dana].
- Sasaran pelaburan DBMU dihadkan kepada syaarikat-syarikat IKS milik Bumiputra sahaja.
- Matlamat ekonomi DBMU ialah penukaran sepeenuhnya masyarakat akar-umbi ke taraf berpendapatan sederhana.
- Julat pinjaman maksimum dalam tempoh ini dditambah dua kali ganda iaitu RM 5,000 hingga RM 50,000 tetapi julat tempoh bayaran balik bagi Fasa 2 dikurangkan iaitu julat 5 tahun hingga 20 tahun.
- Dianggarkan di hujung tempoh ini iaitu tahhun 2015, jumlah dana DBMU yang terkumpul mencapai jumlah Dana KWSP dan Permodalan Nasional.
- Pada ketika ini, pihak kerajaan bolehlah mmengugurkan semua subsidi untuk Bumiputra.
- Contoh subsidi adalah; Pembelian baja subssidi padi/getah/kelapa sawit,bantuan kebajikan masyarakat, Skim Tekun, PPRT dan pinjaman biasiswa untuk pelajar IPT.
- Ini kerana pada ketika ini, dianggarkan seemua petani dan peladang bergerak atas dasar komersial.
- Diakhir tempoh Fasa 2 ini, dijangkakan lebbih 50% pinjaman akan kembali semula kepada DBMU.
- Penguasaan ekonomi negara oleh orang Melayyu dijangkakan mencecah 30%.

Fasa 3, tempoh 2015-2020.

- DBMU mula menukar nama dari Dana Bantuan MMikro kepada Dana Bantuan Modal.
- Matlamat ekonomi DBMU bagi tempoh ini ialaah meningkatkan taraf masyarakat bumiputra Melayu dari taraf berpendapatan sederhana kepada berpendapatan pertengahan.
- DBMU juga dicadangkan untuk membuat pelabuuran sebanyak 25% dari jumlah dananya.
- Sasaran pelaburan DBMU pada ketika itu iallah syarikat IKS Melayu dan syarikat mega milik Melayu.
- Julat maksimum pinjaman DBMU mencecah RM 1100,000. Manakala tempoh bayar balik 5 tahun hingga 20 tahun.
- Penguasaan ekonomi orang Melayu pada ketikka ini dianggarkan sekitar 30% hingga 50%.

Fasa 4, tempoh 2020-2025.

- Dalam tempoh ini, dicadangkan DBMU memperuuntukkan 50% dari tabungan untuk kegunaan pelaburan eksklusif terhadap syarikat mega Melayu malah DBMU pada ketika ini berkemampuan untuk membeli syarikat-syarikat bukan bumiputra dan juga syarikat asing di luar negara.
- Julat maksimum pinjaman mencecah RM 500,0000.
- Tahap ekonomi masyarakat Melayu majoriti bbertukar kepada golongan pertengahan sepenuhnya.
- Jumlah anggaran nilai dana DBMU di tahun 22020 mungkin adalah RM 500 ribu juta.
- Tahap penguasaan ekonomi orang Melayyu pada ketika itu dianggarkan melebihi 50%.
- Formulasi bahagian penguasaan ekonomi bagii Bumiputra: Bukan Bumiputra: Rakyat Asing berkisar pada nilai 50:25:25

Sebagai penutup, saya ingin meminjamkan satu pepatah orang Tiong Hwa berbunyi-“Jika hendah ditolong orang miskin… jangan beri makanan tetapi lebih baik diberikan mata kail.” Mungkin teori konsep DBMU yang telah saya bentangkan di sini tidak dapat berjaya 100% tetapi berjaya hanya sedikit. Maka saya amat berharap agar rasional penubuhan DBMU ini dapat dipertimbangkan oleh segenap lapisan orang Melayu untuk dicuba.

Dasar-dasar pro-DEB ( termasuk DPW ) mungkin masih relevan untuk diteruskan bagi tempoh 2010-2020 tetapi apakah nasib orang Melayu akan berubah dengan drastik sekali. Perlukah dasar pro-DEB terus-menerus dilaksanakan dan mengulit orang Melayu dengan mimpi-mimpi indah? Sampai bila harus begini? Maka pelaksanaan DBMU boleh dijadikan instrumen alternatif sampingan yang terbaik dalam perlaksanaan DPW 2000-2010.

Kini masanya sudah tiba untuk kerajaan Malaysia melepaskan beban (sepatutnya pada tahun 1990 lagi) dengan tidak lagi menaungi masyarakat akar-umbi Melayu dengan bantuan-bantuan subsidi. Dengan adanya instrumen keramat seperti DBMU, kerajaan Malaysia hanya perlu menumpukan tugasnya kepada penyediaan infrastruktur negara sahaja dan juga menaungi syarikat mega-korporat Malaysia bagi merebut peluang untuk bersaing dalam pasaran bebas dunia global. Akhirnya dapat saya simpulkan di sini ialah DBMU relevan dengan Dasar Pembangunan Wawasan 2000-2010, Wawasan 2020 dan cara hidup orang Melayu selepas 2020 nanti.

Nukilan: Ramzam Muda, Desa Rawai, Marang.

Maklumat Peribadi;
Nama : Mohd. Zamri B- Muda
I/c : 740102-11-6391
Alamat : 131, Kg.Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang.
No. Tel. : 013 952 29 28

P/s ; Edisi ini adalah diubahsuai semula daripada Edisi Asal September 2000 [ tidak pernah diterbitkan]





Saudara Pengarang,

Kaedah-kaedah Mengenalpasti Pengundi Hantu

Setiap kali berlakunya pilihanraya di negara kita, isu pengundi hantu kerapkali dikaitkan dengan kekalahan calon. Tidak kira ketika Pilihanraya Umum atau Pilihanraya Kecil, tuduh-menuduh pasti berlaku dan yang selalu menjadi mangsa adalah Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR).

Ketelusan SPR selalu menjadi pertikaian dalam menangani kewujudan fenomena pengundi hantu. Pada pendapat saya, SPR tidak boleh dipersalahkan 100% kerana prosedur dan cara kerja SPR mewarisi sistem negara British yang telah berusia hampir seabad.

Bagi menangani masalah pengundi hantu, sistem pendaftaran baru harus diperkenalkan untuk mensifarkan pengundi hantu. Apa yang perlu dilakukan ialah penambahan maklumat peribadi pengundi. Di waktu ini, maklumat peribadi pengundi yang berada dalam senarai pendaftaran pengundi adalah terlampau sedikit dan mudah disalahgunakan. Maka maklumat tambahan perlu dimasukkan bagi memudahkan rujukan untuk menentukan ketulenan status pengundi.

Maklumat-maklumat tambahan tersebut merupakan maklumat lokaliti tertentu dimana memerlukan penyelarasan maklumat digital diantara SPR dan jabatan kerajaan yang lain. Senarai maklumat pengundi ini boleh dinamakan sebagai Maklumat Ketelusan Tinggi Peribadi Pengundi atau MKTP. Maka MKTP inilah yang perlu dipamerkan bersama daftar pengundi biasa untuk rujukan orang awam.

Berikut adalah ciri-ciri Maklumat Ketelusan Tinggi Peribadi Pengundi (MKTP) ;

i- Alamat pengundi mengikut alamat kad pengenalan ( rujukan Jabatan Pendaftaran Negara )
ii- Alamat tempat kelahiran ( rujukan Jabatan Pendaftaran Negara )
iii- Alamat tempat kerja ( rujukan KWSP ) atau alamat perniagaan ( rujukan LHDN )

Ketelusan maklumat-maklumat berikut membolehkan parti-parti politik yang terlibat membuat penyiasatan di peringkat bawahan bagi mengenalpasti ketulenan status pengundi tersebut. Sebagai contoh, pekerja parti boleh menyiasat perkaitan kekeluargaan di tempat tersebut atau taraf pengundi sebagai pemastutin tetap atau pengundi tinggal berhampiran dengan tempat kerja.

Maka sebarang keraguan ketulenan pengundi itu boleh diketengahkan oleh parti-parti terlibat untuk dibuat bantahan kepada SPR untuk dilakukan penyiasatan lebih lanjut atau dibawa kes ke mahkamah.

Dicadangkan juga maklumat MKTP ini perlu dipamerkan kepada umum dan dikemaskini setiap 6 bulan. Saya percaya gejala pengundi hantu dapat dibanteras sepenuhnya. Selain daripada itu, sistem maklumat berketelusan tinggi ini memungkinkan negara kita untuk menjadi negara pertama di dunia melaksanakan sistem pengundian secara elektronik sepenuhnya dimana warga negara yang berada jauh daripada kawasan mukim asalnya boleh memilih untuk mengundi secara ‘online’ melalui internet. Tidak mustahil peratusan pengundian tinggi sekitar 90-95 peratus dapat dicapai.

Nukilan : Mohd.Zamri B- Muda, Desa Rawai, Marang.

Maklumat Peribadi;
Nama: Mohd Zamri Bin Muda
i-c- 740102-11-6391
Pendidikan : Bachelor Sains Biotechnology, UniPutra Serdang 1998
No. Tel. : 013 952 29 18
Alamat : 131 Kg Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang,Terengganu
Tarikh- 23-03-2004





Saudara Pengarang,

Wujudkan Aduan Terbuka Tingkah-Laku Pelajar di Akhbar Utama

Berikutan kes buli pelajar sekolah yang telah menyebabkan kematian baru-baru ini maka saya mencadangkan agar akhbar-akhbar tempatan menyediakan satu talian aduan khas untuk orang-ramai membuat aduan tentang sebarang tingkah-laku pelajar-pelajar sekolah.Talian khas ini boleh dinamakan sebagai Talian Aduan Terbuka Tingkah-laku Pelajar, ringkasnya TATP. Setiap aduan di talian akan disiarkan di ruangan khas akhbar untuk tatapan umum. Perlakuan buruk pelajar yang boleh dimasukkan dalam TATP meliputi;

a- Kegiatan membuli atau ‘raging’ pelajar baru/junior di asrama atau ketika sesi akademik.
b- Kegiatan perkumpulan samseng di dalam atau di luar sekolah.
c- Ponteng sekolah.
d- Merokok di luar dan di dalam kawasan sekolah.
e- Sebarang aktiviti menyalahi moral dan akhlak pelajar.

Pendekatan yang amat ketara dalam laporan TATP ialah pihak akhbar tidak akan menapis atau menyembunyikan nama sekolah atau lokasi kegiatan pelajar terlibat. Sebarang kes tidak akan lagi dianggap sebagai kes terpencil kerana kini sudah tiba masanya gejala tingkah-laku pelajar ini perlu ditangani secara terbuka kerana perkara ini sudah menjadi begitu kritikal dan amat serius.

Penyelesaian secara tertutup pelajar-pelajar yang bermasalah umpama mengundang padah kerana benda yang dipendam atau disembunyi akan meletup suatu hari nanti seumpama bom jangka.Ianya juga boleh diibaratkan luka calar di kulit telah merebak menjadi barah yang tidak boleh diubati lagi. Mana-mana insiden perlakuan pelajar di dalam atau diluar sekolah harus ditangani dengan tegas tanpa sebarang kata-dua. Tidak ada lagi amaran pertama atau kedua. Sebarang insiden berlaku perlu ditangani secara bersama oleh guru dan ibubapa terlibat.

Di peringkat sekolah pula, pelajar-pelajar terlibat dengan perlakuan yang bertentangan dengan kod etika disiplin di sekolah perlu didedahkan di khayalak pelajar ketika perhimpunan utama sekolah. Jika tahap kesalahan yang boleh melayakkan hukuman sebatan juga patut diperlakukan sedemikian juga. Konsep hukuman terbuka ini boleh memberikan pengajaran besar kepada mereka yang terbabit. Lagipun, orang Melayu dahulu kala sudah pun mengamalkan hukuman sebegini. Ibarat kalau merawat luka, kita perlu membersih dan meletakkan ubat terus ke kulit dan bukannya membalutnya dengan kain setebal mungkin.

Kita tidak perlu lagi berfalsafah atau berteori pasal psikologi berjela-jela tetapi apa yang kita perlukan sekarang adalah kaedah-kaedah praktikal untuk menangani sebarang masalah pelajar. Saya hanya mampu memberikan satu cadangan yang boleh dipertimbangkan, saya percaya ramai lagi mempunyai idea-idea yang lebih baik yang boleh kita kongsikan bersama bagi menangani masalah ini. Kita harus melakukan peranjakan paradigma besar untuk mencari jalan penyelesaian. Kaedah penyelesaian konvensional sudah lapuk dan sudah tidak boleh diguna-pakai lagi di alaf baru ini.

Falsafah pendidikan yang melampau hebat yang digembar-gemburkan di pertengahan 1980an hanya menghasilkan gejala bohsia dan buang bayi sepuluh tahun kemudiannya. Setiap guru dan murid sekolah tentu boleh menyebutnya satu-persatu. Kemana perginya ‘masyarakat madani’ dan penghayatan kehidupan berakhlak tinggi dan beragama.Manakala kini perlakuan buli, gengterisme dan lain-lain masih lagi menghantui kita. Marilah kita bersama-sama mencari jalan keluar bagi menangani masalah ini.

Oleh : Rayan Kalai, Kuala Terengganu.

Maklumat peribadi;
Nama: Mohd Zamri B- Muda
No.i/c : 740102-11-6391
No. Tel : 013 952 29 18

Rujukan Lanjut, sila lawat; www.geocities.com/ramzamuda/ramz1.html




Saudara Pengarang,

Astro disyor memperkenalkan pakej siaran prabayar

Kehidupan rakyat Malaysia kini kian makmur dan moden. Tetapi semakin makmur dan moden masyarakat, semakin banyak pula benda yang akan menuntut penambahan kos sara hidup. Ini termasuklah keperluan pengangkutan, berpakaian, berkomunikasi dan mendapatkan hiburan. Maka penyiaran televisyen berbayar Astro bertepatan dengan tuntutan gaya hidup masakini tetapi kos bil bulanan masih lagi menjadi faktor penghalang untuk golongan majoriti rakyat Malaysia untuk menonton siaran berbayar ini. Walaupun kos sejam siaran Astro amat rendah berbanding dengan siaran satelit di negara barat, contohnya katakan ditawar - Pakej RM88 sebulan [ianya berkos 12.22sen setiap jam] manakala Pakej RM55 sebulan [ianya berkos 7.64sen setiap jam] tetapi syarikat Astro masih mempunyai peluang untuk mengandakan jumlah pengguna jika diperkenalkan perkhidmatan siaran secara prabayar sama seperti telefon prabayar.

Peluang ini harus disegerakan kerana ramai rakyat Malaysia tentu sekali tidak sabar-sabar melanggan Astro jika kosnya lebih berpatutan sesuai dengan taraf ekonomi mereka. Kebaikan-kebaikan prabayar tidak perlu saya nyatakan satu-persatu kerana pengalaman rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan prabayar telefon boleh dijadikan bandingan. Saya rasa ramai tidak keberatan jika kos siaran prabayar Astro ditawarkan pada julat sekitar 15 sen hingga 35 sen setiap jam. Selain daripada itu tempoh luput kredit dicadangkan lebih panjang sekitar 6 bulan hingga satu tahun manakala tiada had akses setiap saluran Astro kerana langganan adalah berdasarkan kepada tempoh masa tontonan. Saya rasa ini adalah lebih adil kepada pengguna siaran berbayar.

Prospek adalah amat luar-biasa jika pihak Astro dapat menjadikan pakej prabayar sebagai kenyataan, berkemungkinan separuh daripada penduduk Malaysia akan mendapatkan peluang untuk menonton siaran Astro. Saya rasa ramai yang tidak keberatan untuk membeli pakej permulaan walaupun ditawarkan pada harga RM 499 atau RM 599 contohnya. Apa yang perlu kini ialah pihak Astro harus mengubahsuai semula program kotak ‘set-top’nya untuk disuaikan dengan pakej prabayar. Dengan kaedah prabayar juga memudahkan Astro medapatkan pelanggan di luar Malaysia khususnya di sekitar Asia Tenggara. Manakala jika dilakukan penambahan satelit siaran, tidak mustahil siaran Astro boleh ditonton di tujuh benua. Diucapkan selamat berjaya kepada Astro!

Oleh: Mohd.Zamri Muda, Bukit Payung, Marang.

Maklumat peribadi;
Nama: Mohd Zamri B- Muda
No.i/c : 740102-11-6391
No. Tel : 013 952 29 18

Rujukan Lanjut, sila lawat; www.geocities.com/ramzamuda/ramz1.html





Saudara Pengarang,

Potensi pokok kabung dan nipah sebagai penghasil gula mentah

Gula memainkan peranan penting dalam pemakanan masyarakat kita seharian tetapi penggunaan gula berlebihan boleh membawa mudarat kepada kesihatan manusia. Di sini saya tidak akan mengulas lebih lanjut tentang baik-buruk kegunaan gula kepada kita tetapi saya cuba berkongsikan idea baru yang boleh digunakan sebagai pilihan alternatif untuk mengantikan penanaman tebu komersial sedia ada sekarang. Sepertimana yang kita maklumi sebelum ini, penuaian tebu memerlukan proses pembakaran ladang secara terbuka yang mencemarkan alam sekitar. Hal ini menjadikan penghasilan gula komersil oleh petani tempatan dihambat persoalan pencemaran indeks udara. Memandangkan saiz tanah pertanian negara amat kecil, penanaman komersil tebu negara tidak lagi sesuai dijadikan tanaman ladang.

Sebenarnya negara kita amat bertuah kerana dianugerahkan dengan kepelbagaian biologi dimana ada di antara spesies tanaman tempatan juga mampu menghasilkan manisan gula yang boleh dijadikan sebagai bahan gula mentah untuk perusahaan gula pasir. Dua spesies tumbuhan tempatan yang amat berpotensi untuk diketengahkan adalah pokok kabung dan pokok nipah.

Pokok kabung merupakan tumbuhan palma yang boleh hidup kurang cahaya dibawah naungan pokok lain dan tumbuh berumpun. Sesetengah spesies kabung mempunyai ketinggian yang rendah memberikan kelebihan berbanding jika kita menggunakan pokok kelapa sebagai penghasil nira manisan. Dengan beberapa kelebihan ini, pokok kabung boleh dijadikan tanaman selingan diantara pokok getah, pokok buah-buahan atau pokok kelapa sawit. Jika pokok kabung dijadikan sebagai tanaman utama, kawasan lapang diantara pokok boleh diusahakan penanaman rumput atau pokok herba. Ini memberikan pendapatan sampingan kepada pengusaha gula kabung. Manakala tuaian air niranya boleh dilakukan beberapa kali dalam setahun.

Pokok nipah pula merupakan pokok palma yang tumbuh secara semulajadi di kawasan muara sungai yang berair payau di negara kita. Maka jika dilakukan penanaman nipah secara komersial, kawasan tanah pantai yang tidak produktif boleh diusahakan tetapi kawasan tersebut mesti disalirkan air payau. Kawasan paya bakau dan lagun air payau juga berpotensi untuk diusahakan tanaman nipah secara komersial.

Tuaian air nira daripada kedua-dua spesies palma tersebut boleh dilakukan beberapa kali dalam setahun. Tetapi teknik penuaian air nira perlu diperbaiki dan dimodenkan. Berbanding dengan penuaian tebu yang memerlukan pembakaran terbuka yang menghasilkan asap tebal dan kemusnahan alam sekitar. Penanaman nipah dan kabung tidak memerlukan proses tersebut. Berbanding dengan penghasilan nira oleh kelapa, penggunaan pokok kabung dan nipah lebih memudahkan penuaian manual. Apa yang perlu ialah petani mengutip nira dan melakukan pra-pemerosesan iaitu memasak air nira menukar kepada ketulan gula-merah atau dipanggil sebagai molases mentah. Molases mentah ini boleh disimpan lama dan dikumpulkan dahulu sebelum dijual kepada kilang pemerosesan gula. Kilang pemerosesan gula sedia ada boleh digunakan untuk memproses molases mentah ini sama prosesnya dengan molases mentah tebu. Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah penghasilan gula putih yang setaraf kualitinya dengan penggunaan gula tebu kerana dikatakan gula kabung dan nipah sedikit pahit. Maka penyelidikan intensif dan komprehensif oleh institut dan universiti tempatan perlu dilakukan dengan segera.

Jika kaedah penulenan gula mentah kabung dan nipah dapat dicari, potensi penanaman pokok-pokok tersebut untuk mengantikan tanaman tebu adalah amat cerah. Dianggarkan jika penanaman kabung dan nipah dijalankan di seluruh negara, jumlah pengeluaran gula mungkin tiga kali ganda daripada pengeluaran gula tebu sekarang bonus dengan tiada berlakunya pembakaran terbuka yang memusnahkan alam sekitar. Selain daripada itu, penggunaan pokok palma tempatan ini memberikan daya tahan dan perlindungan tambahan kepada kekuatan ekonomi Malaysia. Masihkah anda ingat lagi ketika tempoh kegawatan ekonomi 1997 dahulu dimana harga tepung dan gula melambung tinggi. Seterusnya Malaysia boleh memperkembangkan tanaman produk baru ini ke negara-negara jiran terdekat dan seterusnya ke negara membangun lain di Asia, Afrika dan Amerika Selatan.

Nukilan : Ramzam Muda, Desa Rawai, Marang.

Maklumat Peribadi:
Nama : Mohd Zamri B- Muda
No. i/c : 740102-11-6391
Alamat : 131 Kg Rawai Bukit Payung, 21400 Marang , Terengganu
No. Tel : 013 952 29 18

P/s ; Saya hanya mahu mengongsikan idea sahaja untuk kepentingan survivaliti negara Malaysia di masa akan datang. Sila lawati www.geocities.com/ramzamuda/ramz1.html untuk senarai idea.




Saudara Pengarang,

Membina Sempadan Baru Negara Palestin

Perkembangan terbaru isu Palestin adalah pembinaan tembok pemisah oleh pihak regim zionis dan pembunuhan sewenang-wenangnya pemimpin-pemimpin kanan Hamas. Fenomena ini mengulangi peristiwa Tembok Berlin yang terkenal itu. Sememangnya pembinaan tembok dan pembunuhan pemimpin tersebut tidak diiktiraf dan dikutuk sekeras-kerasnya oleh negara kita dan negara Islam yang lain. Namun rakyat Palestin masih mempunyai harapan untuk mempunyai tanahair sendiri walaupun Israel mendapat sokongan suku-sakatnya dari puak Anglo-Amerika untuk menindas mereka. Selain penyelesaian pelan damai yang tiada kesudahan akan perlaksanaannya, penyelesaian alternatif lain dimana umat Islam sedunia boleh menolong rakyat Palestin ialah dengan membina sempadan negara baru Palestin iaitu dengan melakukan penambakan tanah gurun ke kawasan cetek laut yang berhampiran. Manakala perebutan Baitul Maqdis boleh diselesaikan dengan pembinaan kompleks raksaksa bertingkat Baitul Maqdis Baru.

Penyelesaian alternatif yang dikemukakan ini adalah langkah-langkah terakhir yang boleh diambil jika penyelesaian pelan damai terus dihantui jalan buntu. Pembinaan sempadan baru negara Palestin secara dilakukan penambakan tanah gurun merupakan salah satu cara penyelesaian masalah yang bersifat berkecuali tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak dan tidak menggugat mana-mana kedaulatan mana-mana negara. Penambakan tanah laut yang dicadangkan bukannya penambakan keseluruhan ( total ) tetapi memadai dengan pembentukan beting tanah yang berkelebaran seminimum 2 kilometer. Jenis penambakan ini boleh dikatagorikan sebagai penambakan pintar kerana melibatkan beberapa aspek yang unik. Kewujudan beting tanah tiruan ini bermula di Semenanjung Gaza dan berakhir di muara delta Sungai Nil di Mesir. Maka tanah dan batu dari Semenanjung Sinai, Mesir boleh digunakan untuk tujuan ini. Selain beting tanah ini berfungsi sebagai tanah baru Palestin, ianya boleh digunakan untuk mengepung air muara Sungai Nil yang kemudiannya boleh digunakan untuk tujuan pertanian di sekitarnya.

Pembinaan beting tanah tersebut melibatkan laluan utama Terusan Suez, maka itu perlu diwujudkan pintu kawalan air untuk kapal keluar-masuk. Kewujudan beting tanah baru tidak boleh dijadikan alasan kelambatan aliran perkapalan Terusan Suez, malah aliran perkapalan antarabangsa di Terusan Suez boleh dipertingkatkan dengan membina satu lagi terusan baru selari dengan terusan lama menjadikan Terusan Suez berfungsi sebagai terusan berkembar dimana aliran keluar masuk berjalan serentak tanpa perlu mengikut giliran jadual perjalanan. Pembinaan tanah tambak pintar ini mempunyai dua keuntungan. Selain kawasan baru ini diisytiharkan menjadi tanah baru negara Palestin, ianya boleh digunakan untuk mengumpul air tawar dari muara Sungai Nil. Seterusnya air ini digunakan untuk tujuan pertanian di kawasan tanah baru, Semenanjung Sinai, Semenanjung Arab dan kawasan gurun Sahara. Kawasan penambakan pintar boleh dikatakan berfungsi sebagai empangan air tawar di lautan. Penghijauan kawasan tanah gurun tersebut dijangkakan dapat menurunkan sedikit suhu panas dunia.

Penyelesaian secara berkecuali untuk Bandar Baitul Maqdis yang menjadi perebutan itu mungkin perlu diisytiharkan sebagai bandaraya berkecuali antarabangsa dengan OIC sebagai pentadbirnya. Kompleks gergasi yang bertingkat perlu dibina bagi mengantikan struktur penempatan dan tempat ibadah sedia-ada. Struktur bangunan asal tidak dimusnahkan tetapi dipindah semula ke dalam kompleks gergasi ini. Maka semua penganut agama berbeza dapat menjalani aktiviti ibadah mereka tanpa menganggu di antara satu sama lain di berlainan tingkat. Sebagai contohnya, bangunan masjid Al-Aqsa boleh dipindahkan ke tingkat atas kompleks gergasi ini. Manakala tapak ibadah agama lain berada di tingkat bawah kompleks besar ini. Satu-satunya tapak dilindungi sepenuhnya oleh orang Islam ialah kawasan batu tergantung yang berkait rapat dengan sejarah Nabi Muhammad S.A.W. Kawasan lain di Baitul Maqdis lebih berkait dengan pensejarahan Yahudi, maka lebih elok dibuat kajian arkeologi lebih lanjut. Kajian arkeologi ini amat penting kepada umat Islam juga kerana hampir 50% nabi dan rasul yang utama diutuskan kepada bangsa itu. Fakta-fakta sejarah nabi-nabi perlu ditentusahkan agar nas-nas dari teks Al-Quran dapat dibuktikan kebenarannya. Selain daripada itu, pentarikhan peristiwa-peristiwa penting kenabian dapat menyokong fakta bahawa manusia bukannya hasil daripada evolusi biologi di muka bumi ini.

Penyelesaian berkecuali ini sememangnya diluar jangkaaan kemampuan manusia masa kini. Hambatan kekusutan konflik Israel-Palestin perlu diselesaikan secepat mungkin. Semua ini bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan pemimpin-pemimpin negara Islam untuk menyelesaikannya.

- Mohd. Zamri Muda, Bukit Payung, Marangg.

Maklumat Peribadi;
I/c no . : 740102-11-6391
Alamat : 131, Kampung Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu
No. Tel. : 013 952 29 18
Tarikh : 29-04-2004

P/s : Idea ini sememangnya tidak mungkin dapat dilaksanakan pada masa sekarang tetapi jika keadaan di Palestin berterusan dirundung malang, generasi umat Islam akan datang mungkin boleh merealisasikan impian ini.

Akan datang;
Senarai inovasi baru di RTM
Produk digital inovasi baru keluaran Malaysia.




PetirBencana

Saudara Pengarang,

Melindungi keselamatan orang ramai daripada panahan petir

Kejadian panahan petir merupakan salah satu daripada kejadian alam biasa yang boleh membawa ancaman keselamatan nyawa kepada manusia. Peristiwa menyedihkan di Gunung Rajah, Chamang, Pahang baru-baru ini adalah risiko musibah terburuk apabila kejadian alam ini menimpa. Kejadian sedih di Pahang ini memberi peringatan kepada kita semua tentang betapa alpanya kita akan mengambil langkah-langkah keselamatan tambahan untuk melindungi diri kita dan keluarga walaupun negara Malaysia merupakan negara yang berisiko rendah menghadapi ribut petir kerana berada di khatulistiwa tidak seperti negara jiran seperti Taiwan, Thailand dan Bangladesh yang menghadapi magnitud lebih besar dan berkuasa panahan petir kerana berada di kawasan tropika.

Diantara langkah-langkah keselamatan proaktif yang boleh menurunkan risiko panahan petir adalah seperti berikut;
- Alat pengalir kilat perlu dipasang di rumah-rumah kampung, perumahan setingkat atau bangunan flat kediaman.
- Bangunan-bangunan persendirian, masjidd dan bangunan kerajaan juga perlu diwajibkan pemasangan alat pengalir kilat.
- Menara kecil yang di khaskan untuk mennerima panahan petir juga perlu dibina di kawasan rekreasi awam seperti tepian pantai, puncak bukit, kawasan perkhemahan dan sebagainya.

Langkah-langkah berikut tidak dapat mensifarkan risiko malapetaka panahan petir tetapi sekurang-kurangnya dapatlah mengurangkan sedikit peratusan risikonya dan tahap kekuatan elektrik yang ada pada panahan petir yng boleh membawa maut atau kecederaan.Pengajaran besar daripada insiden Gunung Rajah ini mengingatkan kita- apakah tahap keselamatan di rumah kita sendiri mencukupi bagi melindungi risiko disambar kilat. Kita seharusnya sentiasa waspada dan sedar bahawa risiko panahan petir sentiasa ada walau di mana kita berada. Sebahagian daripada kita seringkali memandang enteng akan risiko malapetaka alam ini kerana dibuai keselesaan hidup tanpa bencana alam di Malaysia bertuah ini.
Nukilan: Ramzam Muda, Desa Rawai, Marang.

Maklumat Peribadi;
Nama penuh: Mohd.Zamri Muda
No. I/C: 740102-11-6391
Alamat: 131 Kg Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang,Terengganu.
No. Tel: 013 952 29 18

P/s: Terimalah sedikit idea daripada saya untuk menangani risiko panahan petir kepada orang ramai.





Akar umbi masalah sosial dalam masyarakat adalah bahan psikotropik

Separuh daripada masalah sosial yang melanda negara kita sekarang mempunyai perkaitan rapat dengan bahan psikotropik. Manakala punca utama yang menjerumuskan anak muda kita dengan bahan psikotropik ialah keruntuhan institusi keluarga dan tekanan perasaan berkait rapat dengan kemiskinan hidup. Sebut sahaja gejala lumba haram, gengterisme, ragut, bunuh, rogol, kecurian dan rompakan. Kesemuanya mempunyai pertalian secara tidak langsung dengan penggunaan bahan tersebut.

Saya tidak perlu menghurai satu-persatu berkenaan fungsi dan peranan bahan psikotropik tersebut terhadap setiap satu gejala yang melanda anak muda remaja. Apa yang ingin saya tekankan di sini adalah kaedah yang sesuai perlu dicari semula untuk memulihkan anak muda sepenuhnya daripada penagihan bahan psikotropik. Pemulihan di pusat serenti tidak menjamin sepenuhnya pemulihan minda penagih bahan psikotropik. Maka formula-formula baru harus digubal bagi menangani sepenuhnya keberkesanan pemulihan semula. Katakunci utama ialah tahap keseriusan penagihan dan pengulangan semula penagihan selepas pemulihan.

Pemulihan penagih perlu diasingkan mengikut beberapa tahap keseriusan seperti permulaan ( tahap 1 ), pertengahan ( tahap 2 ) , teruk ( tahap 3 ) dan amat kritikal dan kronik ( tahap 4 ). Manakala formula tempoh tahanan pusat pemulihan dicadangkan seperti berikut; 2 bulan, 4 bulan, 6 bulan, 1 tahun, 3 tahun, 5 tahun, 10 tahun. Jika diperhatikan, penagih peringkat permulaan diberikan peluang untuk bebas semula bagi tempoh yang singkat walau diulangi lebih daripada 2 kali bagi mengelakkan pengaruh penagih yang lebih senior maka ‘pengalaman’ mereka kurang dikongsikan bersama.

Pernah dipaparkan di dada akhbar akan cadangan warga awam yang prihatin yang mencadangkan para penagih dipulihkan di kawasan pulau terpencil dan hidup berdikari tetapi kemudian dibantah diatas alasan kemanusiaan dan kasih-sayang keluarga kononnya. Pada pendapat saya, pemulihan di kawasan pulau terpencil amat relevan untuk pemulihan penagih bahan psikotropik yang amat kronik dan pengulangan penagihan semula yang tinggi. Penahanan penagih diperingkat ini boleh dikatakan melebihi 5 tahun. Tiada yang perlu dikasihani akan mereka kerana golongan inilah adalah kumpulan teras utama yang banyak terlibat dalam aktiviti jenayah- kecurian, rompakan, ragut, rogol dan peras-ugut.


Pemulihan penagih di tahap lebih tinggi iaitu 2 dan 3 juga perlu dijalankan di tempat terpencil terasing daripada orang ramai. Biarkan mereka bekerja dan hidup berdikari dalam persekitaran yang terkawal. Mereka tidak boleh lagi dibiarkan berkeliaran dalam masyarakat dan menjahanamkan keselamatan orang ramai. Hanya mereka yang mempunyai reputasi baik bagi tempoh tertentu boleh bebas dengan tempoh percubaan ‘parol’ terlebih dahulu.

Apa yang saya cuba saya ungkitkan di sini ialah perlunya kita sebagai warga Malaysia sama-sama memikirkan akan formula-formula praktikal untuk membanteras akan gejala-gejala buruk dalam masyarakat secara total dengan jayanya. Kita tidak perlu berteori panjang berjela tetapi cetuskan sesuatu yang berkesan dalam menangani ibu punca segala masalah dalam negara kita iaitu bahan psikotropik.

Cetusan- Rayan Kalai, Bukit Payung, Terengganu.

Maklumat Peribadi;

Nama: Mohd Zamri B- Muda
Alamat: 131 Kg.Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang.
No.i/c : 740102-11-6391
No. Tel : 013 952 29 18

Rujukan Lanjut, sila lawat; www.geocities.com/ramzamuda/ramz1.html




Saudara Pengarang,

Senarai Idea Baru Inovasi di RTM

Rentetan daripada perlantikan menteri baru penerangan, pada hemat saya kementerian tersebut akan melalui sedikit transformasi ke arah yang lebih produktif terutamanya sayap utama kementerian iaitu RTM. Sebagai salah satu organisasi yang memikul tanggungjawab besar untuk membentuk acuan pemikiran rakyat yang patriotik dan bernilai positif, RTM menjadi ketinggalan zaman dan lapuk jika dibandingkan dengan stesen tv swasta yang lain. Rakyat lebih terpikat dengan stesen baru kerana lebih mengikut trend terkini dan lebih canggih kaedah penyampaiannya.

Namun, apabila saya imbas kembali zaman kanak-kanak saya ( di awal 1980an ) di mana RTM merupakan satu-satu stesen tv yang beroperasi. Kualiti program-program penyiarannya adalah padat dan berkesan walaupun tempoh siarannya adalah lebih singkat. Rencana yang mengandungi ilmu pengetahuan dan filem sains fiksyen banyak disiarkan memotivasikan generasi saya untuk meminati sains dan teknologi. Hasilnya generasi saya yang kini berusia 30an menguasai majoriti pekerja di bidang IT dan teknologi. Begitu juga program keluaran tempatan yang terhad seperti drama pendek mingguan, rancangan hiburan nyanyian, rancangan ‘game-show’, drama bersiri dan pertunjukan seni budaya dapat memberikan kesan mendalam kepada majoriti penonton. Tetapi kini walaupun rancangan keluaran tempatan banyak berbondong-bondong, namun pengisiannya adalah kosong dan hambar.

Rencana sains dan filem sains fiksyen sepatutnya diutamakan untuk merangsang minda anak kecil dan para remaja meminati bidang sains dan teknologi. Rencana-rencana sains evolusi yang bercanggah dengan Islam ( Tabo evolusi kehidupan – manusia berasal dari beruk ) boleh diselaraskan dengan kefahaman Islam
melalui cara melabel makhluk manusia yang hidup lebih dari 10 ribu tahun dahulu sebagai orang-orang, manu-manu atau kemaluk ( manusia serupa kera-beruk ). Dengan cara ini evolusi kehidupan makhluk serupa manusia sebelum kedatangan Nabi Adam dan Hawa di muka bumi dapat diasingkan.

Rancangan filem, drama atau rencana yang diimport luar ( tidak mengira bahasa ) perlu dibuat sarikata berkembar iaitu tambahan sarikata perkataan asal dalam tulisan rumi selain daripada sarikata Bahasa Melayu. Maka rakyat akan mudah mempelajari dan menguasai bahasa asing dengan lebih mudah.

Berita Perdana boleh dipendekkan kepada setengah jam dengan disiarkan cara disiarkan laporan berita-berita tempatan mengikut wilayah setengah jam lebih awal. Rancangan berita ini boleh dipanggil sebagai Laporan Wilayah.

Untuk tujuan pembinaan negara dan minda masyarakat, RTM harus menyusun strategi baru penjadualan baru rancangan-rancangan yang ada dan menambahkan program-program memupuk ilmu. Utamakan masa utama iaitu 5.30 malam hingga 12.30 malam bagi mengisi agenda nasional. Pada pendapat saya, pengisian masa diantara 5 petang sehingga 12 tengah malam harus diberikan perhatian utama kerana tempoh inilah sebahagian isirumah menumpu perhatian kepada siaran TV. Oleh kerana RTM mempunyai dua saluran maka strategi menyeimbangkan 2 kumpulan sasaran berbeza.

Berikut saya mencadangkan garis-panduan am bentuk-bentuk program yang boleh disiarkan mengikut tempoh jam ;

i- Jam 5-6 p.m.
TV1 : Rancangan kartun kanak-kanak.
TV2 : Rencana sains am, perkomputeran, komunikasi, sosiologi dan sebagainya dari luar negara.

ii- Jam 6-8 p.m.
TV1 : Rancangan agama dan keluarga. ( Laporan Wilayah 7.30-8.00p.m. )
TV2 : Drama untuk bukan-Melayu.

iii- Jam 8-8.30 p.m.
TV1 & TV2 : Slot berita seperti biasa

iv- Jam 8.30-10.30 p.m.
TV1 : Diselang-seli rancangan game-show, drama keluarga, hiburan seni budaya dan filem Melayu.
TV2 : Rancangan import pelbagai bidang seperti sejarah tamadun manusia, tamadun Islam, ekspedisi, arkeologi, pengetahuan geografi dan rencana berkaitan isu Malaysia.

v- Jam 10.30-11.30 a.m.
TV1 : Rancangan berkait seni-budaya Malaysia dan hiburan semasa.
TV2 : Rancangan bersiri sains-fiksyen.

vi- Jam 11.30 ke tengah malam.
TV1 : Tayangan semula [ retro ] rancangan hiburan terbitan RTM seperti drama, HMI, puspawarna dan sebagainya.
TV2 : Filem import pelbagai genre seperti sains-fiksyen, epik sejarah dan biodata pemimpin.
( Bagi tempoh selain daripada 5 p.m. hingga 12.30 a.m., RTM boleh meneruskan program seperti sedia ada. )

Saya mengharapkan formulasi yang dibentangkan ini dapat menolong sedikit sebanyak memulihkan semula reputasi RTM sebagai penyiar utama di negara kita. Kewujudan stesen-stesen baru memang mengkagumkan tetapi rancangan pengisiannya menggugat jati-diri budaya sendiri.

- Mohd Zamri Muda, Bukit Payung, Terengganu..

Maklumat peribadi;
Nama: Mohd Zamri B- Muda
No.i/c : 740102-11-6391
No. Tel : 013 952 29 18
Alamat : 131 Kg. Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu.

Rujukan Lanjut, sila lawat; www.geocities.com/ramzamuda/ramz1.html




Saudara Pengarang,

Senarai Idea Baru Inovasi di RTM

Rentetan daripada perlantikan menteri baru penerangan, pada hemat saya kementerian tersebut akan melalui sedikit transformasi ke arah yang lebih produktif terutamanya sayap utama kementerian iaitu RTM. Sebagai salah satu organisasi yang memikul tanggungjawab besar untuk membentuk acuan pemikiran rakyat yang patriotik dan bernilai positif, RTM menjadi ketinggalan zaman dan lapuk jika dibandingkan dengan stesen tv swasta yang lain. Rakyat lebih terpikat dengan stesen baru kerana lebih mengikut trend terkini dan lebih canggih kaedah penyampaiannya.

Namun, apabila saya imbas kembali zaman kanak-kanak saya ( di awal 1980an ) di mana RTM merupakan satu-satu stesen tv yang beroperasi. Kualiti program-program penyiarannya adalah padat dan berkesan walaupun tempoh siarannya adalah lebih singkat. Rencana yang mengandungi ilmu pengetahuan dan filem sains fiksyen banyak disiarkan memotivasikan generasi saya untuk meminati sains dan teknologi. Hasilnya generasi saya yang kini berusia 30an menguasai majoriti pekerja di bidang IT dan teknologi. Begitu juga program keluaran tempatan yang terhad seperti drama pendek mingguan, rancangan hiburan nyanyian, rancangan ‘game-show’, drama bersiri dan pertunjukan seni budaya dapat memberikan kesan mendalam kepada majoriti penonton. Tetapi kini walaupun rancangan keluaran tempatan banyak berbondong-bondong, namun pengisiannya adalah kosong dan hambar.

Rencana sains dan filem sains fiksyen sepatutnya diutamakan untuk merangsang minda anak kecil dan para remaja meminati bidang sains dan teknologi. Rencana-rencana sains evolusi yang bercanggah dengan Islam ( Tabo evolusi kehidupan – manusia berasal dari beruk ) boleh diselaraskan dengan kefahaman Islam
melalui cara melabel makhluk manusia yang hidup lebih dari 10 ribu tahun dahulu sebagai orang-orang, manu-manu atau kemaluk ( manusia serupa kera-beruk ). Dengan cara ini evolusi kehidupan makhluk serupa manusia sebelum kedatangan Nabi Adam dan Hawa di muka bumi dapat diasingkan.

Rancangan filem, drama atau rencana yang diimport luar ( tidak mengira bahasa ) perlu dibuat sarikata berkembar iaitu tambahan sarikata perkataan asal dalam tulisan rumi selain daripada sarikata Bahasa Melayu. Maka rakyat akan mudah mempelajari dan menguasai bahasa asing dengan lebih mudah.

Berita Perdana boleh dipendekkan kepada setengah jam dengan disiarkan cara disiarkan laporan berita-berita tempatan mengikut wilayah setengah jam lebih awal. Rancangan berita ini boleh dipanggil sebagai Laporan Wilayah.

Untuk tujuan pembinaan negara dan minda masyarakat, RTM harus menyusun strategi baru penjadualan baru rancangan-rancangan yang ada dan menambahkan program-program memupuk ilmu. Utamakan masa utama iaitu 5.30 malam hingga 12.30 malam bagi mengisi agenda nasional. Pada pendapat saya, pengisian masa diantara 5 petang sehingga 12 tengah malam harus diberikan perhatian utama kerana tempoh inilah sebahagian isirumah menumpu perhatian kepada siaran TV. Oleh kerana RTM mempunyai dua saluran maka strategi menyeimbangkan 2 kumpulan sasaran berbeza.

Berikut saya mencadangkan garis-panduan am bentuk-bentuk program yang boleh disiarkan mengikut tempoh jam ;

i- Jam 5-6 p.m.
TV1 : Rancangan kartun kanak-kanak.
TV2 : Rencana sains am, perkomputeran, komunikasi, sosiologi dan sebagainya dari luar negara.

ii- Jam 6-8 p.m.
TV1 : Rancangan agama dan keluarga. ( Laporan Wilayah 7.30-8.00p.m. )
TV2 : Drama untuk bukan-Melayu.

iii- Jam 8-8.30 p.m.
TV1 & TV2 : Slot berita seperti biasa

iv- Jam 8.30-10.30 p.m.
TV1 : Diselang-seli rancangan game-show, drama keluarga, hiburan seni budaya dan filem Melayu.
TV2 : Rancangan import pelbagai bidang seperti sejarah tamadun manusia, tamadun Islam, ekspedisi, arkeologi, pengetahuan geografi dan rencana berkaitan isu Malaysia.

v- Jam 10.30-11.30 a.m.
TV1 : Rancangan berkait seni-budaya Malaysia dan hiburan semasa.
TV2 : Rancangan bersiri sains-fiksyen.

vi- Jam 11.30 ke tengah malam.
TV1 : Tayangan semula [ retro ] rancangan hiburan terbitan RTM seperti drama, HMI, puspawarna dan sebagainya.
TV2 : Filem import pelbagai genre seperti sains-fiksyen, epik sejarah dan biodata pemimpin.
( Bagi tempoh selain daripada 5 p.m. hingga 12.30 a.m., RTM boleh meneruskan program seperti sedia ada. )

Saya mengharapkan formulasi yang dibentangkan ini dapat menolong sedikit sebanyak memulihkan semula reputasi RTM sebagai penyiar utama di negara kita. Kewujudan stesen-stesen baru memang mengkagumkan tetapi rancangan pengisiannya menggugat jati-diri budaya sendiri.

- Mohd Zamri Muda, Bukit Payung, Terengganu..

Maklumat peribadi;
Nama: Mohd Zamri B- Muda
No.i/c : 740102-11-6391
No. Tel : 013 952 29 18
Alamat : 131 Kg. Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu.

Rujukan Lanjut, sila lawat; www.geocities.com/ramzamuda/ramz1.html





Saudara Pengarang,

Bentuk Produk Baru Digital Berpotensi Tinggi Keluaran Malaysia

Dunia moden masa kini dihujani dengan produk-produk baru digital yang begitu mengujakan para pengguna. Namun begitu, sebahagian besar daripada produk teknologi terkini dikeluarkan oleh syarikat gergasi multi-nasional dari negara maju terutama daripada negara Jepun, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan negara-negara Scandinavia. Persaingan untuk menghasilkan produk pengguna yang paling terkini adalah amat sengit menyebabkan dari masa ke semasa syarikat besar akan memperkenalkan produk baru dengan format yang baru. Namun begitu pada hemat saya, terdapat banyak lagi peluang untuk syarikat dan para teknologis Malaysia mencelah dalam menghasilkan produk teknologi baru untuk bersaing di pasaran dunia. Kebanyakan produk tersebut yang dicadangkan merupakan revolusi konvergen teknologi sedia-ada dan potensi pasaran global yang tinggi kerana ianya berciri mampu-milik oleh pengguna di negara membangun.

Di antara berikut adalah bentuk teknologi produk baru yang boleh dimajukan oleh teknologis Malaysia;

i- Penggunaan gelombang AM digital.

Potensi penggunaan semula gelombang primitif AM tetapi dalam bentuk digital yang dipadatkan menjanjikan satu cabang teknologi jalur-lebar ( broad-band ) baru yang menakjubkan. Gelombang AM adalah lebih selamat digunakan oleh manusia manakala pendigitalan gelombang ini membuka peluang kegunaan baru dalam bidang multi-media dan komunikasi yang baru. Maka tidak perlu lagi siaran satelit bagi kegunaan tersebut di mana menara komunikasi sedia-ada boleh digunakan malah boleh juga digunakan menara-menara masjid sedia-ada sebagai menara mikro pemancar gelombang.

Di antara perkhidmatan yang boleh disediakan oleh teknologi baru AM digital:

a- Komunikasi siaran telefon bimbit.
b- Siaran radio digital dan televisyen digital interaktif.
c- Penyaluran internet jalur-lebar.
d- Sistem pengesanan pergerakan ( manusia atau kenderaan ) setempat atau terestrial GPS.


ii- Alat perakam kaset digital serbaguna.

Pita audio kaset biasa merupakan satu format rakaman audio yang sudah diperkenalkan semenjak akhir tahun 1960an dan masih relevan digunakan hingga ke hari ini. Kemunculan format pita video kaset VHS untuk rakaman video tidak dapat menandingi ketahanan format audio kaset kerana faktor saiz dan kurang kemudah-gunaan berbanding dengan rakaman cakera optikal.

Pita audio kaset sebenarnya boleh diperkembangkan lagi untuk digunakan dalam beberapa produk elektronik tetapi disebabkan kepentingan syarikat gergasi untuk menguasai pasaran produk baru maka format rakaman baru diperkenalkan untuk menjaga kepentingan mereka. Pita audio kaset boleh digunakan bagi kegunaan produk seperti merakam video dari televisyen, kamera digital, kamera video atau rakaman audio mp3. Maka terpulanglah kepada teknologis tempatan untuk menghasilkan produk tersebut tetapi mestilah berteraskan dua falsafah iaitu amat mampu-milik dan mudah digunakan. Kegagalan menepati dua ciri itu akan mengagalkan usaha ‘revival’ semula teknologi format lama ini.

iii- Alat perakam cakera padat berkos rendah.

Cakera padat optikal –CD merupakan format rakaman yang paling popular sekarang walaupun ianya sudahpun beransur diambil-alih oleh format DVD. Media CD boleh rakam dijual dengan harga amat rendah di pasaran tetapi alat perakamnya ( unit kendiri ) boleh mencecah harga RM 2,000 atau pengguna perlu membelanja tambahan membeli komputer peribadi jika ingin membuat rakaman ke atas CD.

Kerja-kerja rakaman video atau audio memerlukan penyimpanan untuk jangka masa panjang di mana format CD adalah paling sesuai digunakan. Maka terdapat ruang pasaran yang luas untuk para teknologis Malaysia bagi menghasilkan alat perakam kendiri cakera padat yang boleh dibeli setara dengan harga sebuah pemain DVD yang paling murah.

iv- Kotak PC-multimedia.

Penggunaan komputer peribadi di Malaysia dan negara-negara membangun dianggarkan masih lagi rendah dan mempunyai ruang untuk berkembang. Faktor penghalang utama ialah kosnya masih lagi diluar kemampuan pendapatan isirumah. Di pasaran kini harga unit komputer peribadi termurah adalah sekitar RM 1,000 hingga RM 1,500. Maka terdapat peluang pasaran untuk unit komputer peribadi yang berharga kurang daripada RM 300. Unit komputer peribadi mampu-milik ini berbentuk seperti satu dek pemain VCD biasa dengan pemain CD, perakam disket dan sambungan internet. Televisyen biasa boleh dijadikan monitor komputer.

v- Mesin taip elektronik berciri PC.

Mesin taip elektronik merupakan alat teknologi lepas yang menerima pukulan hebat daripada perkembangan industri perkomputeran terutamanya dengan penciptaan komputer riba. Namun ianya masih boleh digunakan apabila dilakukan penambahan skrin paparan elektronik dan fungsinya sama seperti sebuah komputer riba. Ciri yang membezakan mesin taip elektronik adalah fungsi cetaknya yang masih lagi mengekalkan penggunaan ribon nilon seperti mana asalnya mesin taip mekanikal terdahulu. Mesin ini mampu melaksanakan tugasan asas penulisan biasa, akses internet, mengumpul data dan mencetak.

vi- Perisian Ala-Malaysia

Kewujudan produk baru yang diperkatakan sebelum ini memerlukan sistem perisian untuk mengemudikan kefungsiannya. Maka ianya satu peluang baru untuk kita bagi mencipta perisian bebas dari kongkongan gergasi perisian antarabangsa sedia-ada. Nilai pasaran mungkin berbilion ringgit.

Apa yang diperkatakan disini hanyalah berbentuk teorikal sahaja maka terpulanglah kepada syarikat teknologi tempatan dan para teknologis Malaysia untuk melihat sebarang kemungkinan. Dan seterusnya melakukan penyelidikan dan membangunkan produk tersebut. Diucapkan selamat berjaya!

Nukilan : Mohd Zamri Bin Muda, Bukit Payung, Marang.

Maklumat Peribadi:
Nama : Mohd Zamri B- Muda
No. i/c : 740102-11-6391
Alamat : 131 Kg Rawai Bukit Payung, 21400 Marang , Terengganu
No. Tel : 019 902 50 15
Tarikh: 01-09-2004



Saudara Pengarang,

Senarai Idea Baru Inovasi di RTM

Rentetan daripada perlantikan menteri baru penerangan, pada hemat saya kementerian tersebut akan melalui sedikit transformasi ke arah yang lebih produktif terutamanya sayap utama kementerian iaitu RTM. Sebagai salah satu organisasi yang memikul tanggungjawab besar untuk membentuk acuan pemikiran rakyat yang patriotik dan bernilai positif, RTM menjadi ketinggalan zaman dan lapuk jika dibandingkan dengan stesen tv swasta yang lain. Rakyat lebih terpikat dengan stesen baru kerana lebih mengikut trend terkini dan lebih canggih kaedah penyampaiannya.

Namun, apabila saya imbas kembali zaman kanak-kanak saya ( di awal 1980an ) di mana RTM merupakan satu-satu stesen tv yang beroperasi. Kualiti program-program penyiarannya adalah padat dan berkesan walaupun tempoh siarannya adalah lebih singkat. Rencana yang mengandungi ilmu pengetahuan dan filem sains fiksyen banyak disiarkan memotivasikan generasi saya untuk meminati sains dan teknologi. Hasilnya generasi saya yang kini berusia 30an menguasai majoriti pekerja di bidang IT dan teknologi. Begitu juga program keluaran tempatan yang terhad seperti drama pendek mingguan, rancangan hiburan nyanyian, rancangan ‘game-show’, drama bersiri dan pertunjukan seni budaya dapat memberikan kesan mendalam kepada majoriti penonton. Tetapi kini walaupun rancangan keluaran tempatan banyak berbondong-bondong, namun pengisiannya adalah kosong dan hambar.

Rencana sains dan filem sains fiksyen sepatutnya diutamakan untuk merangsang minda anak kecil dan para remaja meminati bidang sains dan teknologi. Rencana-rencana sains evolusi yang bercanggah dengan Islam ( Tabo evolusi kehidupan – manusia berasal dari beruk ) boleh diselaraskan dengan kefahaman Islam
melalui cara melabel makhluk manusia yang hidup lebih dari 10 ribu tahun dahulu sebagai orang-orang, manu-manu atau kemaluk ( manusia serupa kera-beruk ). Dengan cara ini evolusi kehidupan makhluk serupa manusia sebelum kedatangan Nabi Adam dan Hawa di muka bumi dapat diasingkan.

Rancangan filem, drama atau rencana yang diimport luar ( tidak mengira bahasa ) perlu dibuat sarikata berkembar iaitu tambahan sarikata perkataan asal dalam tulisan rumi selain daripada sarikata Bahasa Melayu. Maka rakyat akan mudah mempelajari dan menguasai bahasa asing dengan lebih mudah.

Berita Perdana boleh dipendekkan kepada setengah jam dengan disiarkan cara disiarkan laporan berita-berita tempatan mengikut wilayah setengah jam lebih awal. Rancangan berita ini boleh dipanggil sebagai Laporan Wilayah.

Untuk tujuan pembinaan negara dan minda masyarakat, RTM harus menyusun strategi baru penjadualan baru rancangan-rancangan yang ada dan menambahkan program-program memupuk ilmu. Utamakan masa utama iaitu 5.30 malam hingga 12.30 malam bagi mengisi agenda nasional. Pada pendapat saya, pengisian masa diantara 5 petang sehingga 12 tengah malam harus diberikan perhatian utama kerana tempoh inilah sebahagian isirumah menumpu perhatian kepada siaran TV. Oleh kerana RTM mempunyai dua saluran maka strategi menyeimbangkan 2 kumpulan sasaran berbeza.

Berikut saya mencadangkan garis-panduan am bentuk-bentuk program yang boleh disiarkan mengikut tempoh jam ;

i- Jam 5-6 p.m.
TV1 : Rancangan kartun kanak-kanak.
TV2 : Rencana sains am, perkomputeran, komunikasi, sosiologi dan sebagainya dari luar negara.

ii- Jam 6-8 p.m.
TV1 : Rancangan agama dan keluarga. ( Laporan Wilayah 7.30-8.00p.m. )
TV2 : Drama untuk bukan-Melayu.

iii- Jam 8-8.30 p.m.
TV1 & TV2 : Slot berita seperti biasa

iv- Jam 8.30-10.30 p.m.
TV1 : Diselang-seli rancangan game-show, drama keluarga, hiburan seni budaya dan filem Melayu.
TV2 : Rancangan import pelbagai bidang seperti sejarah tamadun manusia, tamadun Islam, ekspedisi, arkeologi, pengetahuan geografi dan rencana berkaitan isu Malaysia.

v- Jam 10.30-11.30 a.m.
TV1 : Rancangan berkait seni-budaya Malaysia dan hiburan semasa.
TV2 : Rancangan bersiri sains-fiksyen.

vi- Jam 11.30 ke tengah malam.
TV1 : Tayangan semula [ retro ] rancangan hiburan terbitan RTM seperti drama, HMI, puspawarna dan sebagainya.
TV2 : Filem import pelbagai genre seperti sains-fiksyen, epik sejarah dan biodata pemimpin.
( Bagi tempoh selain daripada 5 p.m. hingga 12.30 a.m., RTM boleh meneruskan program seperti sedia ada. )

Saya mengharapkan formulasi yang dibentangkan ini dapat menolong sedikit sebanyak memulihkan semula reputasi RTM sebagai penyiar utama di negara kita. Kewujudan stesen-stesen baru memang mengkagumkan tetapi rancangan pengisiannya menggugat jati-diri budaya sendiri.

- Mohd Zamri Muda, Bukit Payung, Terengganu..

Maklumat peribadi;
Nama: Mohd Zamri B- Muda
No.i/c : 740102-11-6391
No. Tel : 013 952 29 18
Alamat : 131 Kg. Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu.

Rujukan Lanjut, sila lawat; www.geocities.com/ramzamuda/ramz1.html






Saudara Pengarang,

Kemasaman Tanah Punca Pengeluaran Pertanian Rendah

Semenanjung Malaysia dan Pulau Borneo dipercayai sudah pun wujud sebelum kewujudan dinasour lagi iaitu sebelum benua-benua utama masih lagi bercantum membentuk satu tanah besar yang dinamakan Pangea. Dengan ketiadaan sistem gunung berapi yang memuntahkan lahar yang beralkali maka tidaklah dihairankan tanah-tanih di negara kita mempunyai nilai keasidan yang tinggi.

Majoriti tanah pertanian orang Melyu yang ada sekarang berasal daripada tanah lanar berair dan paya gambut yang telah dikeringkan maka itu paras keasidan yang tinggi memang dijangkakan. Ini menyebabkan pengeluaran pertanian negara jauh agak rendah dan kurang produktif jika berbanding dengan negara lain. Keasidan tanah menyebabkan tanaman kurang kebolehan untuk menyerap bahan galian penting dari baja kimia atau tanah tidak mampu memegang bahan galian di mana ianya mudah dibawa mendap ke bawah bumi dan seterusnya mencemarkan sistem saliran dan lautan.

Daya pengeluaran pertanian negara kita terutamanya petani bumiputera sebenarnya masih boleh diperbaiki lagi jika langkah-langkah tertentu diambil sewajarnya bagi menangani masalah tanah masam. Kos penggunaan baja boleh diturunkan dengan banyaknya kerana kuantiti baja digunakan berkurangan. Tanaman pula boleh tumbesar dan mengeluarkan hasil yang maksimum. Manakala masalah mendapan bahan galian ke dalam sistem saliran dan seterusnya mencemarkan laut boleh dikurangkan.

Negara kita amat bernasib baik kerana mempunyai simpanan longgokan galian batu kapur yang boleh digunakan untuk tujuan peneutralan tanam masam tersebut. Maka sekarang terpulanglah kepada kementerian dan pertubuhan terbabit untuk mengatur usaha membantu petani tempatan bagi menangani masalah kemasaman tanah tersebut.

Nukilan : Mohd. Zamri B- Muda, Bukit Payung, Marang.

Maklumat Peribadi;
No. i/c : 740102-11-6391
Alamat : 131, Kg Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu.
No. Telefon : 019 902 50 15
22-12-2004


1


Saudara Pengarang,

Langkah tambahan menghadapi penularan selsema burung daripada Kelantan

Kejadian kes selsema burung yang berlaku di Kelantan terjadi kerana kecuaian manusia kerana melakukan perkara-perkara yang tidak patut dilakukan ketika wabak tersebut berluasa di Selatan Thailand. Penyeludupan dan pembelian ayam hidup atau ayam sudah diproses dari luar haruslah diberhentikan sama-sekali oleh pihak awam tanpa perlu menanti ianya dibanteras dan disekat oleh pihak berkuasa. Individu-individu yang mengaut sedikit keuntungan dari aktiviti penyeludupan haruslah memikirkan kepentingan masyarakat setempat, kepentingan diri haruslah diletak terkemudian daripada kepentingan awam keseluruhannya.

Apa yang sudah berlaku, tidak boleh dielakkan lagi. Kejadian beberapa kes selsema burung yang berlaku di negeri Cik Siti Wan Kembang perlu diambil langkah lebih pro-aktif daripada pihak awam baik di negeri Kelantan sendiri malah negeri-negeri berjiran. Walaupun wabak sudah berlaku, kita haruslah mengecilkan lagi risiko penularan dengan beberapa langkah berikut;

1- Haiwan ayam-itik di kawasan sekitar rumah haruslah diperkecilkan bilangannya, biarlah tinggal beberapa ekor untuk tujuan baka. Bilangan ternakan boleh ditambah semula selepas wabak betul-betul berakhir.
2- Ternakan ayam-itik yang masih ada tidak dibenarkan berkeliaran, setiap rumah haruslah menyediakan tempat kurungan dan diberi air minuman yang bersih daripada paip ataupun telah dimasak dan bukannya air sawah atau parit (mengelakkan pencemaran air oleh virus).
3- Setiap ayam-itik yang telah disembelih walaupun tidak berpenyakit haruslah dimasak terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti-sejuk. Cara yang paling baik untuk memusnahkan sebarang pencemaran patogen penyakit ialah memasak dengan fungsi memanggang ketuhar gelombang mikro. Bagi yang tidak berkemampuan, mereka boleh memilih cara merebus atau mengukus lebih masa.
4- Sisa najis ternakan atau sisa sembelihan haruslah dibakar bersama dengan sampah.
5- Burung-burung liar perlu dihalau jauh dari kampung dengan cara letupan atau rakaman suara burung pemangsa seperti helang dan burung hantu.

Diharapkan beberapa langkah kecil tersebut dapat membantu sedikit sebanyak kepada orang awam bagi mengurangkan risiko penularan wabak selsema burung di negara kita.

Oleh : Mohd. Zamri Muda, Bukit Payong, Terengganu.

Maklumat Peribadi;
Alamat: 131 Kg.Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu.
No. Tel. : 013 902 50 15
No.ic : 740102-11-6391

Sila lawati www. Geocities. Com/ramzamuda untuk senarai idea



Saudara Pengarang,

Alternatif keluar kepada makanan ternak import mahal

Pengalaman kegawatan ekonomi Asia yang bermula pertengahan Ogos 1997 banyak memberi pengajaran berguna kepada rakyat Malaysia. Selain daripada kelahiran formulasi baru kekebalan ekonomi Malaysia, fenomena kenaikan harga barang import merupakan pengalaman berguna kepada kita untuk digunakan dikemudian hari. Ekoran pencerobohan bumi Iraq tahun lepas, harga petroleum mentah dunia telah melonjak naik dan ini menambahkan kos pengangkutan laut dan darat. Diantara bahan import yang mengalami kenaikan mendadak adalah makanan bijirin ternak kerana ianya bukan barangan kawalan. Di saat tempoh genting penularan selsema burung, kos makanan ternak memberikan kesan negatif kepada para penternak tempatan terutama bagi penternakan unggas seperti ayam, itik, angsa dan puyuh. Ini menyebabkan ramai penternak tempatan gulung tikar dan matlamat menghasilkan produk makanan sendiri, apatah lagi untuk mengeksport ke luar negara tidak akan tercapai.

Namun demikian, kita masih lagi mempunyai beberapa pilihan untuk berbuat sesuatu kerana Malaysia kini mempunyai sedikit kekuatan ekonomi dan teknologi bagi menangani masalah ini. Maka itu, saya ingin mengemukakan beberapa idea baru yang boleh dipertimbangkan untuk tujuan tersebut. Terdapat dua jalan penyelesaian iaitu penyelesaian untuk jangka masa panjang dan penyelesaian untuk jangka masa pendek. Untuk penyelesaian jangka masa panjang, ahli korporat Malaysia atau mana-mana syarikat mega seharusnya membuat pelaburan di luar negara bagi pengeluaran bijirin seperti soya dan jagung di negara-negara dunia ketiga di Afrika, Amerika Selatan atau negara Islam bekas Soviet. Selain daripada itu, kajian mendalam terhadap potensi penggunaan sisa isirong kelapa sawit, sisa kilang padi dan juga mendakan-teraktif ( activated-sludge ) rawatan sisa kilang sawit sebagai sumber makanan ternak baru patut dilakukan.

Untuk penyelesaian jangka masa pendek, penanaman bijirin baru untuk makanan ternak perlu diperkenalkan. Ruang tanah untuk penanaman bijirin baru sememangnya ada apabila diambil kira ruang tanah penanaman padi diluar musim menanam, kawasan penanaman semula kelapa sawit dan getah, kawasan tanah kampung terbiar, kawasan tanah beris terbiar dan juga kawasan penanaman tembakau. Tanaman bijirin baru yang boleh memberikan kandungan makanan lengkap adalah seperti padi huma, sekoi, bunga matahari dan juga sorghum. Namun kejayaan penanaman bijirin tersebut amat bergantung kepada faktor tiadanya berlaku banjir sepanjang pertumbuhan tanaman dan juga musim kering tanpa hujan ketika musim menuai. Bijirin tersebut hanya perlu diracik atau dihancurkan dengan mesin khas sebelum diberikan kepada ternakan. Selain daripada itu, pasir halus, baja abu bakar dan garam mineral boleh ditambah untuk mempertingkatkan nutrien dan sistem penghadaman unggas.

Manakala tanaman ubi kayu ( tapioka ) dan kacang hijau merupakan dua tanaman yang boleh digabungkan sebagai makanan ternak lengkap. Ubi kayu menyumbangkan sumber karbohidrat, manakala kacang hijau menyumbangkan sumber protein. Penanaman kacang hijau sebagai tanaman sumber protein lebih sesuai berbanding dengan kacang soya kerana ianya lebih berdaya tahan terhadap penyakit dan cuaca di Malaysia. Manakala ubi kayu merupakan tanaman sumber kanji yang paling efisien dan kos penyelenggaraan terendah. Untuk pengeluaran komersial, ubi kayu perlu ditukarkan menjadi tepung kering terlebih dahulu. Tetapi bagi peringkat pengeluaran kecil di desa, ubi kayu boleh disimpan lama dengan cara digoreng dengan minyak ( sama seperti membuat kerepek ). Untuk kegunaan mengoreng, sumber minyak sawit yang belum ditapis berharga rendah boleh diperolehi daripada kilang sawit. Pilihan lain, ubi kayu boleh direbus sebelum diberikan kepada ternakan. Manakala kacang hijau boleh diperlakukan sama seperti tanaman bijirin dibincangkan sebelum ini.

Diharapkan idea-idea tersebut dapat memberi sedikit jalan keluar bagi menangani persoalan kenaikan kos makanan ternak import tetapi jangan pula bila harga makanan ternak turun kita terus lupa akan kesusahan masa lalu. Kita tidak boleh leka apabila berada dalam keadaan ekonomi negara yang selesa, Malaysia mempunyai tugas besar untuk menyebarkan wawasan dan teknologinya kepada negara membangun yang lain agar tidak lagi diperkotak-katikkan oleh kuasa barat yang kini menguasai pasaran bijirin dunia.

Oleh : Mohd. Zamri Muda, Bukit Payung, Terengganu.

Terima kasih kerana menyiarkan idea merapu saya ini dengan gaya bahasa saya yang teruk ini dan juga berbanyak terima kasih kerana menyiarkan artikel pendapat saya sebelum ini.

Maklumat Peribadi;
Alamat: 131 Kg.Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu.
No. Tel. : 013 902 50 15
No.ic : 740102-11-6391

Berkongsi idea untuk kesejahteraan negara tercinta...

Sila lawati www. Geocities. Com/ramzamuda untuk senarai idea



Saudara Pengarang,

Strategi baru guna tenaga kerja di Malaysia / Mensifar pendatang asing dengan strategi guna tenaga yang baru

Laporan terkini berkenaan guna tenaga kerja di negara kita amat membimbangkan. Lambakkan tenaga kerja asing di negara kita lebih banyak memberikan kesan negatif terutama di segi keselamatan warga penduduk Malaysia. Tujuan asal pengisian tenaga asing disebabkan oleh ketiadaan tenaga kerja tempatan melakukan kerja-kerja yang kurang diminati oleh orang tempatan. Sebenarnya Malaysia mempunyai tenaga kerja yang mencukupi bagi melakukan kerja-kerja yang dilakukan oleh tenaga kerja asing.

Tenaga kerja tempatan khasnya para belia tidak berminat melakukan kerja-kerja yang dilakukan oleh pendatang asing kerana mereka mempunyai matlamat kerjaya kehidupan yag sebegitu tinggi dimana mereka mahu mempunyai impian peribadi contohnya mahukan sebuah rumah sendiri, kereta sendiri atau sebidang tanah sendiri. Bukannya seperti pendatang asing yang bekerja semata-mata untuk mendapat sedikit pendapatan bagi meneruskan hidup keluarga di negara asal mereka.

Tekanan untuk berjaya dan mempunyai harta menyebabkan belia tempatan lebih rela duduk menganggur di rumah daripada melakukan sebarang kerja. Ketiadaan sikap fleksibeliti menyebabkan majoriti belia lebih suka memilih kerja makan gaji atau bekerja dengan kerajaan. Maka itu satu dasar baru guna tenaga kerja perlu dilaksanakan oleh pihak kerajaan bagi menangani kegunaan tenaga kerja tempatan sepenuhnya tanpa perlu mengimport tenaga kerja asing.

Secara ringkas, dasar tersebut mendekati formula tertentu seperti penetapan had minima umur lebih tinggi untuk kelayakkan kerja dengan kerajaan dan melanjutkan tempoh persaraan bekerja dengan kerajaan. Dua elemen tersebut memainkan peranan penting bagi menjana lebihan berganda tenaga kerja di Malaysia. Tentu sekali ada sesetengah pihak akan melenting dan melatah jika diungkitkan perkara tersebut tetapi kita mestilah terdahulu mempertimbangkan dahulu rasional disebaliknya. Peranjakan paradigma dan juga pemikiran lateral ( lateral thinking ) seharusnya perlu dilakukan sebelum menolak bulat-bulat idea yang baru.

Dasar pertama dicadangkan penetapan umur minima 30 tahun dan maksima 35 tahun sebagai kelayakkan umur baru kemasukkan pekerja baru kerajaan tetapi ianya tidak perlu dibuat secara total. Bagi perkhidmatan kritikal atau berkepakaran tinggi tiada had umur perlu dilaksanakan contohnya perkhidmatan keselamatan ( polis, tentera ), kesihatan ( doktor, jururawat ), pendidikan ( guru ) atau mana-mana jawatan memerlukan kepakaran dalam bidang tertentu.

Pelaksanaan dasar tersebut membolehkan anak muda Malaysia mempunyai tempoh ‘honeymoon’ selama 12 tahun ( jika tidak melanjutkan pelajaran selepas SPM ). Pada tempoh tesebut, mereka tidak mepunyai tekanan untuk memilih pekerjaan. Maka mereka tidak akan keberatan untuk mengisi perkhidmatan dalam bidang pertanian, perumahan atau mana-mana sektor perkhidmatan berkolar rendah walaupun mempunyai kelayakkan akademik yang tinggi. Dalam tempoh itu juga, para belia boleh menimba pelbagai pengalaman dengan pelbagai jenis kerja yang pernah dilakukannya. Ini akan membentuk minda dan kemahiran tinggi dikalangan belia.

Kepada golongan belia yang melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi kini boleh belajar dengan lebih seronok tanpa memikirkan akan kerjaya selepas graduasi atau tekanan untuk mencapai impian hidup. Kemungkinan besar graduan yang dihasilkan lebih berjaya dan mempunyai keyakinan tinggi. Bagi golongan wanita pula, dasar pekerjaan yang baru memberikan ruang kepada mereka memilih untuk menumpukan kepada rumahtangga terlebih dahulu. Apabila anak-anak besar sedikit, iaitu ketika wanita tersebut berusia awal 30an. Maka mereka tidak mempunyai sebarang sekatan untuk mempunyai kerjaya.

Manakala usia persaraan sudah patut dianjakkan kerana purata jangka hayat penduduk Malaysia sudahpun meningkat berbanding dengan 30 tahun yang lalu. Di segi kekuatan fizikal, penambahan 5 tahun adalah relevan bagi semua jawatan manakala bagi jawatan yang hanya memerlukan kepakaran dan pengalaman boleh dilanjutkan sehingga 10 atau 15 tahun.

Diharapkan cadangan-cadangan tersebut dapat memberikan sedikit jalan keluar dalam menangani masalah guna tenaga kerja di Malaysia tercinta. Saya tidak menjamin cadangan tersebut merupakan jawapan sempurna bagi menjawab permasalahan tersebut. Anggaplah cadangan saya hanyalah salah satu pilihan alternatif yang boleh diambil. Saya percaya ada seseorang di Malaysia ini yang boleh memberikan cadangan yang lebih baik bagi menjawab masalah tersebut.

Oleh : Mohd. Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.

Maklumat Peribadi;

No. i/c : 740102-11-6391
Alamat : 131, Kampung Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu.
No. Telefon : 019 902 50 15

Sila lawati : www.geocities.com/ramzamuda untuk salinan edisi on-line



Saudara Pengarang,

Segera majukan sumber tenaga bio

Kenaikkan mendadak harga minyak dunia baru-baru ini telah pun menampakkan kesan-kesannya terhadap kos pengangkutan, makanan dan perkhidmatan di negara kita secara amnya. Gara-gara pergolakkan di bumi Iraq, harga minyak tetap melambung naik walaupun negara OPEC telah melakukan pengeluaran berlebihan. Kemungkinan pasaran minyak dunia telah dimanipulasikan oleh kuasa barat tidak boleh ditolak. Malaysia sebagai negara kecil yang mempunyai sedikit sumber asli dan teknologi perlu mengambil langkah terkehadapan bagi menangani isu tenaga ini dengan segera memajukan sumber-sumber tenaga bio. Malaysia perlu melawan arus dengan penggunaan tenaga bio yang sentiasa berkekalan dan bukannya sumber petroleum yang terhad dimana mudah dimanipulasi harganya oleh kuasa barat.

Sumber tenaga bio terbahagi kepada tiga kategori iaitu biomass, biopetroleum dan biogas. Sumber biomass seperti sisa daunan, tandan dan batang pelepah pokok kelapa sawit boleh digunakan sebagai bahan bakar untuk stesen janakuasa elektrik. Sementara itu, sisa berkayu dari pembuangan sampah domestik juga boleh digunakan manakala ladang-ladang tanaman biomass seperti pokok buluh, rhu, akasia dan eukaliptus perlu diwujudkan di kawasan tanah kampung dan tanah pantai terbiar. Kewujudan stesen janakuasa daripada biomass boleh mengantikan penggunaan stesen janakuasa hidro dimana negara kita sudah kekurangan rezab legih sungai yang sesuai lagipun khazanah biodiversiti negara tidak lagi boleh dikorbankan di kawasan tersebut.

Sumber biopetroleum adalah etanol dan biodiesel diperbuat daripada minyak sawit atau gabungan diantara kedua bahan itu. Bahanapi etanol yang mempunyai kuasa membakar sama seperti minyak petrol boleh dihasilkan daripada penapaian bahan berkanji seperti kanji sago dan ubi kayu. Penghasilan besar-besaran tanaman sago dan ubi kayu bagi menghasilkan biopetroleum boleh mengantikan bahan bakar kenderaan konvensional. Manakala sumber biogas adalah seperti sisa organik mudah reput daripada sampah domestik, sisa kumbahan dan mendapan kolam rawatan sisa kilang kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan gas metana.

Alternatif lain yang boleh dilakukan oleh Malaysia bagi mengatasi krisis kenaikkan harga minyak untuk tempoh jangka pendek adalah meluaskan penggunaan gas asli tempatan. Jika kenaikkan harga minyak tidak boleh dielak di atas alasan kesemua minyak domestik menggunakan sumber petroleum import dan bukannya sumber tempatan. Manakala gas asli adalah keluaran tempatan sepenuhnya boleh digunakan untuk menjana kuasa kenderaan. Seumpama menanam pisang di belakang rumah sendiri, harga setandang pisang boleh dijual pada harga berapapun. Begitu juga dengan simpanan gas asli tempatan yang boleh dijual serendah-rendahnya. Apabila berharga rendah, maka ianya lebih relevan untuk digunakan sebagai bahan tenaga pilihan untuk pengangkutan awam dan kereta persendirian. Kita sudah tidak sanggup lagi menyaksikan drama kenaikkan harga tambang bas awam, bas ekspress dan bas sekolah.

Namun simpanan gas dan petroleum tempatan hanya boleh bertahan untuk tempoh kurang 80 tahun lagi. Maka itu, Malaysia tidak boleh leka dan alpa dengan keselesaan yang ada pada masa kini. Malaysia harus mempersediakan diri dengan memajukan teknologi sumber bio sebelum terlambat atau tunduk sahaja dengan membeli sumber tenaga luar. Dengan memajukan sumber tenaga bio, Malaysia akan mempunyai kelebihan berbanding dengan negara lain tetapi Malaysia mempunyai tanggungjawab besar untuk memperkembangkan teknologi tenaga bio kepada negara sahabat di Asia Tenggara, Afrika dan Amerika Selatan. Jika sumber tenaga bio diusahakan sepenuhnya oleh negara membangun, negara membangun akan mempunyai kuasa tawar-menawar dan tidak lagi akan ditindas oleh kuasa barat.

Nukilan : Mohd. Zamri Muda, Desa Rawai, Marang

Maklumat Peribadi;
No. i.c. : 740102-11-6391
Alamat : 131, Kg.Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu
No. telefon : 019 902 50 15
Web rujukan : www. Geocities.com/ramzamuda

1



Saudara Pengarang,

Pemilihan pimpinan Umno melalui pengundian terbuka di peringkat cawangan

Keributan isu politik wang berlegar kencang di PWTC yang tidak boleh dibendung lagi. Seluruh negara berada di dalam keadaan amat tertanya-tanya apakah sebenarnya berlaku di dalam dewan besar itu tempoh hari.

Keadah pengundian tertutup teramat mudah disalah-gunakan kerana pengundi yang memangkah itu boleh dipersoalkan akan kewibawaannya dimana dia boleh membuat pilihan peribadi atau terikat dengan ‘imbuhan’ dan janji-janji kesenangan yang akan diperolehi jika calon yang disokong itu mendapat jawatan.

Dalam kekeliruan dan kebingungan akan satu masalah yang tidak berkesudahan, terdapat satu alternatif baru bagi mengelakkan perkara tersebut berulang lagi dengan melakukan pemilihan pucuk kepimpinan secara undi terbuka di peringkat akar umbi iaitu setiap cawangan Umno.

Pengundian secara terbuka ini lebih telus daripada kaedah pengundian rahsia dengan kaedah undi individu. Sokongan undi terbuka di peringkat cawangan juga membuktikan sokongan merit setiap pemimpin yang betul-betul berkebolehan, berbakat dan berketerampilan.

Di samping itu, beberapa cawangan harus dikecualikan daripada mengundi dimana penyandang jawatan presiden atau timbalan presiden bermukim.

Pengundian terbuka mungkin secara dicalonkan terlebih dahulu gabungan kombinasi 3 nama bagi naib presiden atau 10 nama bagi jawatan majlis tertinggi. Kemudian pencalonan kombinasi nama itu akan diundi secara terbuka oleh ahli Umno cawangan tersebut.

Kaedah ini amat telus kerana setiap keputusan boleh disemak berulang kali tanpa perlu dipertikaikan akan kewibawaan keputusan. Kaedah pengundian terbuka selaras dengan konsep ‘mesyuwarah’ atau ‘syura’ ( kalau tidah silap saya ) sepertimana kaedah pemilihan khalifah selepas kewafatan nabi.

Nukilan : Mohd. Zamri Muda, Desa Rawai, Kuala Terengganu.

Maklumat Peribadi;
No. i.c. : 740102-11-6391
Alamat : 131, Kg.Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu
No. telefon : 019 902 50 15
Web rujukan : www. Geocities.com/ramzamuda




Saudara Pengarang,

Relevan penubuhan syarikat petroleum kedua negara

Anggaran simpanan minyak mentah Malaysia dianggarkan hanya cukup untuk kegunaan selama kurang daripada seratus tahun. Sementara menunggu simpanan minyak mentah negara habis, Malaysia sepatutnya mempersiapkan dirinya terlebih dahulu dengan sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti pengunaan sumber tenaga bio dan sumber tenaga solar. Menuju ke arah matlamat tersebut, fenomena ketidaktentuan turun-naik harga minyak dunia begitu banyak mempengaruhi kos sara hidup rakyat terbanyak.Setiap kali kenaikan harga minyak berlaku maka berlakulah tindakbalas domino menyebabkan kenaikan harga barang lain tetapi yang hairannya apabila berlaku kejatuhan teruk harga minyak dunia, tidak pula berlaku penurunan kos barang dan perkhidmatan yang naik sebelum itu.
<> <>Malaysia sebagai negara contoh kepada negara membangun yang lain harus melakukan sesuatu yang luarbiasa bagi menangani fenomena ini kerana Malaysia mempunyai kelebihan sumber sendiri. Maka itu, penubuhan syarikat petroleum kedua negara ( boleh dinamakan sebagai PETROD ) amat relevan bagi menguruskan khazanah petroleum dan gas asli negara untuk kegunaan domestik. Penubuhan syarikat petroleum kedua negara bukannya untuk memperkecilkan PETRONAS sebagai syarikat minyak negara yang terunggul kerana bebannya amat berat jika dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan pengeluaran minyak dan gas domestik.

Pengunaan sumber minyak domestik sepenuhnya juga boleh mengurangkan kadar pencemaran negara kerana minyak tempatan berkualiti tinggi rendah kandungan sulfur berbanding dengan sumber minyak mentah yang diimport daripada negara Asia Barat.

Seharusnya pengasingan pengeluaran untuk kegunaan domestik dan eksport adalah perlu kerana pengeluaran minyak domestik tidak bertujuan untuk keuntungan dan tidak terlibat dengan naik-turun harga minyak dunia. Manakala PETRONAS sebagai syarikat terunggul negara boleh terus mengorak langkah untuk menjadi satu satu entiti korporat dunia dengan menambahkan lagi usaha carigali di negara asing dan membiayai penggunaan sumber-sumber tenaga baru negara.
<>

Diharapkan kaedah penyelesaian isu bahanapi di negara ini boleh direalisasikan dengan seberapa segera mungkin. Apakah Malaysia sudah bersedia mengubah dasar untuk itu atau meneruskan corak amalan lama? Jawapan yang pasti adalah simpanan minyak negara adalah terhad tetapi tidakkah rakyat jelata juga berhak untuk menggunakannya dengan harga yang setimpal. Gunakanlah kekayaan sumber yang sedikit itu untuk kesejahteraan generasi masa depan dengan melakukan pelaburan sumber baru.
<>Nukilan : Mohd.Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.

Maklumat Peribadi;
<>No. i.c. : 740102-11-6391

No. telefon : 019 902 50 15

Alamat : 131, Kg.Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu

Laman Web Rujukan, sila lawat : www.geocities.com/ramzamuda


Saudara Pengarang,

Penyalahgunaan pembesar suara azan masjid harus dihentikan

Setiap kali berkumandang seruan azan di corong pembesar suara dari bangunan menara masjid, semua orang tidak kira muslim atau bukan muslim merasai ketenangan. Kepada umat Islam, seruan azan melambangkan bahawa negara ini adalah penaung dan pelindung agama suci Islam yang tidak perlu dipertikaikan lagi. Malah penghayatan Islam di negara kita begitu menyeluruh sekali melebihi daripada negara Arab sendiri. Namun hari demi hari, penanda seruan syariat yang begitu mendamaikan jiwa itu tercemar kerana berlaku penambahan yang tidak sepatutnya.

Penambahan selain seruan azan yang boleh dikatakan wajar adalah penyiaran ayat suci Al-Quran selama 5-10 minit atau apa-apa pengumuman penting untuk pengetahuan masyarakat setempat. Tetapi jika satu acara sembahyang, satu kandungan kuliah subuh atau apa-apa ceramah sesudah sembahyang fardu, penyiaran bacaan Al-Quran berjam-jam malah satu acara sembahyang terawih ( mengambil masa lebih sejam ) juga diperdengarkan dengan menggunakan sistem pembesar sura untuk azan. Ini tentunya menjadi sesuatu perkara yang amat tidak wajar. Kepada yang bukan muslim, bunyi-bunyi sebegitu dianggap bunyi bising yang mengganggu kehidupan mereka.

Perkara sebegini mungkin dianggap tidak mengapa oleh masyarakat Islam setempat kerana ianya berkaitan dengan pengajaran agama maka diatas nama agama hal ini tidak dibantah. Tetapi jika perkara ini diperhalusi di sudut keterbukaan dan pendekatan penuh berhemah yang ada di dalam pengajaran Islam tentunya penyalahgunaan sistem pembesar suara adalah perkara tidak sepatutnya dilakukan.

Penyalahgunaan kemudahan pembesar suara azan ini berakar-umbi daripada sesetengah golongan dalam masyarakat yang berselindung di sebalik unsur agama bermula awal 1980an dahulu. Mulai sejak itu, fenomena penggunaan pembesar suara secara tidak wajar menjadi ikutan ramai. Jika dibuat perbandingan ajaran Islam yang sebenar, pernah tersebut di dalam hadis dimana dilarang membaca Al-Quran di dalam masjid dengan nada kuat kerana dikhuatiri menganggu kekusyukkan jemaah lain untuk menjalani ibadat lain. Maka hal ini boleh diaplikasikan dengan fenomena penyalahgunaan pembesar suara. Jika membaca al-Quran di dalam masjid tidak dibenarkan bersuara kuat sehinggakan mengganggu jemaah lainnya beribadat inikan pula penggunaan pembesar suara yang melampau sehingga didengari seisi kampung.

Sebagai contoh mudah, jika satu kuliah subuh diperdengarkan kepada satu khalayak kampung. Bagaimanakah dengan individu atau isirumah berdekatan dengan masjid yang memilih untuk menunaikan fardu subuh di rumah sahaja. Khusyukkah sembahyang mereka. Dengan kuliah subuh yang berlarutan sehingga matahari hampir terbit, patutkah ianya menyebabkan ibadat orang lain di kampung itu terganggu dan hilang kekusyukkannya. Soal menyebarkan dakwah Islamiah bukannya perlu dibuat secara sebegitu. Nabi sendiri tidak pernah diriwayatkan pernah melakukan pengajaran agama dengan secara melaung daripada menara masjid tetapi baginda melakukannya secara tertutup di dalam masjid. Laungan yang kuat kedengaran di Kota Madinah hanyalah suara panggilan azan oleh Billal Bin Rabah.

Dibimbangkan jika perlakuan melebih-lebihkan penggunaan pembesar suara daripada azan menjadi sesuatu yang bidaah. Sekiranya ia disalahguna dengan tujuan tersembunyi tentunya ia sudah tidak memberi pahala malah bertukar hukum lain pula. Tetapi yang amat dibimbangi sekali adalah para jemaah yang hadir dalam masjid itu dilanda akan perasaan riak dan takabbur kerana merasakan diri mereka lebih Islam daripada orang yang berada di luar masjid.

Sesungguhnya agama Islam itu adalah agama suci yang sempurna, yang penuh toleransi bersederhana dan penuh berhemah di setiap pengajarannya. Tetapi janganlah keindahan dan keharmonian yang ada dalam agama kita diconteng dengan hal-hal yang jumud, ekstremis,fanatik dan keterlaluan angkara agenda tersembunyi puak-puak yang bertopengkan agama.

Oleh : Rayan Kalai, Kuala Terengganu.

Nota : Hal tersebut adalah sesuatu yang sensitif tetapi ianya tidak boleh dibiarkan menjadi yang tidak sepatutnya. Saya percaya- kesederhanaan itulah yang terbaik!

Maklumat Peribadi;

Nama : Mohd Zamri Bin Muda

Alamat : 131, Kampung Rawai, Bukit Payung , 21400 Marang, Terengganu.

I.C. No : 740102-11-6391

No. Telefon ; 019 902 50 15

Laman web rujukan : www.geocities.com/ramzamuda

18-10-2004




Saudara pengarang,

Bahanapi metanol- pilihan baru terbaik!

Dalam pada saat isu kenaikan harga minyak begitu hangat diperkatakan sekarang, rupa-rupanya terdapat satu jawapan paling sempurna muncul dipenghujungnya. Saya sebelum ini pernah mencadangkan beberapa pilihan alternatif bagi menangani krisis bahanapi negara, semua cadangan tersebut adalah berdasarkan daripada pembacaan ilmiah di majalah dan suratkhabar. Nampaknya cadangan penggunaan gas asli adalah pilihan paling terdekat yang boleh diaplikasikan untuk itu. Namun pengunaan gas asli dalam bentuk NGV masih mempunyai kelemahan iaitu bebanan kos pemasangan alat khas, tempoh masa pengisian bahanapi yang panjang dan bentuk fizikal yang sukar dilihat jika berlaku kebocoran.

Maka, saya cuba mencari jalan keluar kepada masalah itu dengan mempertimbangkan kemungkinan gas asli itu boleh ditukarkan kepada bahanapi cecair yang murah seperti etanol dengan melakukan carian di internet menggunakan kata kunci ‘natural gas convert ethanol’. Dan diantara carian berkaitan yang dijumpai adalah sejenis lagi bahanapi yang kurang dikenali ramai iaitu bahanapi metanol. Metanol adalah sama keluarga dengan etanol tetapi lebih ringan dan lebih kuasa membakar. Dengan beranggapan proses penghasilan industri metanol adalah mahal maka etanol lebih dilihat sebagai pilihan terbaik kerana ianya boleh dihasilkan daripada proses fermentasi. Tetapi hal sebenar adalah sebaliknya. Di dalam proses perindustrian, kos penghasilan metanol adalah jauh lebih murah dan mudah dari penghasilan etanol.

Penghasilan etanol secara industri menggunakan bahan mentah kanji tumbuhan melalui proses fermentasi organisma hidup manakala proses penghasilannya secara kimikal adalah kompleks dan tidak efisien. Tetapi berlainan dengan metanol yang amat mudah dihasilkan secara kimikal dengan menggunakan pelbagai sumber karbon seperti arang-kayu, lignin, arang-batu, gas asli malah selulosa kayu biasa! Dapatkah anda bayangkan betapa besarnya potensi bahanapi ini. Nampaknya kita sudah mendapat satu jawapan bahanapi baru untuk digunakan di masa hadapan. Anda boleh membuat rujukan artikel berkaitan di www.deltastate.gov.ng/powerenergy271102b.htm

Nukilan : Mohd. Zamri Muda, Marang, Kuala Terengganu.

Maklumat Peribadi;

No. i.c. : 740102-11-6391

Alamat : 131, Kg.Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu

No. telefon : 019 902 50 15

Web rujukan : www. Geocities.com/ramzamuda
1



Saudara Pengarang,

Tajuk : Potensi penghasilan bahan api praktikal - biometanol daripada sisa sampah domestik dan sisa biomass sebagai salah satu produk biopetroleum di Malaysia.

Berikutan daripada perangkaan simpanan minyak mentah Malaysia hanya boleh bertahan kurang daripada 50 tahun. Malaysia perlu mempersiapkan diri lebih awal bagi menghadapi krisis guna tenaga dengan membuat kajian dan pelaburan dalam bidang penghasilan tenaga baru. Sumber-sumber tenaga baru adalah seperti tenaga suria, tenaga hidro dan sumber biopetroleum. Salah satu bahan api praktikal yang boleh dipertimbangkan adalah penghasilan biometanol daripada sisa sampah domestik dan sisa biomass tempatan.

Biometanol boleh ditakrifkan sebagai metanol yang dihasilkan daripada tindakbalas kimia rantai karbon yang berasal daripada bahan organik seperti sisa sampah domestik atau sisa biomass perladangan. Sebab-sebab utama bahan api biometanol dianggap paling sesuai dijadikan bahan api pilihan adalah seperti berikut:

- Bentuk fizikal biometanol yang praktikal iaitu dalam bentuk bahan api cecair memudahkan proses pengangkutan dan penyimpanan.

- Biometanol tulen berkemungkinan boleh mengantikan petrol untuk menghidupkan enjin kereta biasa.

- Campuran biometanol dengan minyak kelapa sawit berkemungkinan boleh menghidupkan enjin diesel.

- Proses penghasilan biometanol lebih murah dan mudah berbanding dengan penghasilan secara kimia bahan api etanol.

Selain daripada itu, biometanol tulen mempunyai permintaan komersial yang tinggi dipasaran dunia bagi kegunaan bahan api sel iaitu penghasilan elektrik secara langsung untuk kegunaan telefon bimbit atau computer riba malah untuk kereta tenaga hibrid.

Kajian lanjut tentang kesesuaian biometanol sebagai bahan api enjin kenderaan haruslah disegerakan oleh pihak institusi penyelidikan. Begitu juga dengan teknologi pemerosesan dan penghasilan biometanol daripada sumber biomass dan sisa sampah domestik boleh dipertimbangkan sebagai bidang kajian utama manakala kos penyelidikan dan pembangunan elok kiranya ditaja oleh Proton dan Petronas.

Penghasilan biometanol daripada biomass dan sisa sampah domestik memberi sedikit jawapan kepada masalah pengurusan sampah negara. Selain itu, operasi penghasilan biometanol boleh disepadukan dengan operasi logi insinerator. Sampah domestik kategori sisa berkayu boleh diproses secara terus menjadi arang dan kemudian ditukar menjadi biometanol manakala sampah sisa bahan plastik atau tayar getah boleh dipertimbangkan juga untuk diproses dan ditukarkan menjadi metanol. Gas beracun seperti dioksin yang terhasil daripada penguraian plastik atau getah boleh dilupuskan oleh insinerator dengan suhu lampau tinggi.

Bagi sisa organik mudah reput dan sisa kumbahan domestik pula perlu menjalani proses fermentasi anaerobik bagi menghasilkan gas metana yang kemudiannya boleh ditukarkan menjadi cecair biometanol. Maka kitaran penghasilan tenaga negara boleh mencapai tahap sempurna dimana pencemaran yang berlaku hanyalah penghasilan gas karbon dioksida.

Pencemaran gas karbon dioksida boleh dikurangkan dengan menambahkan lagi liputan hijau mukabumi negara. Kempen penanaman pokok cepat membesar untuk sumber biomass dan juga sebagai penyerap karbon perlu digerakkan ke seluruh negara. Contoh tanaman biomass tersebut adalah seperti buluh, petai belalang, rhu, akasia, eukaliptus dan kenaf.

Diharapkan cadangan ini memberi sedikit jalan keluar kepada beberapa isu negara seperti krisis kenaikan harga minyak, simpanan petroleum negara yang hampir kehabisan dan masalah pengurusan sampah domestik.


Nukilan : Mohd. Zamri Muda, Desa Rawai, Marang

Maklumat Peribadi;
No. i.c. : 740102-11-6391
Alamat : 131, Kg.Rawai, Bukit Payung, 21400 Marang, Terengganu
No. telefon : 019 902 50 15
Web rujukan : www. Geocities.com/ramzamuda
06-11-2004
1













































































































































































































































Posted by Ramzamuda at 10:22 PM
Labels: malaysian issues solution public article isu malaysia
0 comments:

Post a Comment
Newer Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Followers
Blog Archive

* ► 2009 (1)
o ► January (1)
+ Bantu Palestin dengan pertahankan sempadan dan bin...

* ▼ 2008 (4)
o ► November (1)
+ Keamanan Seribu Tahun Bermula.....
o ▼ October (3)
+ Ramzamuda Direktori Senarai Idea 1,2
+ Artikel awam 2 Ramzamuda
+ Artikel awam 1 Ramzamuda

About Me
My Photo

Ramzamuda
Writing public articles

View my complete profile

2 comments:

  1. Adakah anda sedang mencari pemberi pinjaman swasta? Adakah anda memerlukan pinjaman segera? Adakah anda mempunyai kredit yang buruk? Adakah bank anda gagal? Saya boleh membantu anda mendapatkan pinjaman. Tiada jaminan diperlukan.
    Saya seorang pelabur swasta yang mengkhusus dalam menyediakan semua jenis dana pelaburan, termasuk dana bersama, pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan, pinjaman hartanah, kombinasi pinjaman, pinjaman penyatuan, pinjaman komersial dan Tiada penipuan, lebih lagi.

    Tiada permainan, perniagaan sahaja
    Jumlah Pinjaman: Minimum $ 1,000 sehingga jumlah pinjaman maksimum $ 50,000,000.00 Dan nilai mata wang lain
    Kadar faedah pinjaman: 2%
    Kawasan pinjaman: di seluruh dunia
    Tempoh maksimum: sehingga 25 tahun
    Tiada penalti prabayar

    Pembiayaan segera selepas dokumentasi dan kelulusan yang betul.
    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui mesej melalui e-mel peribadi kami di gloryloanfirm@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.

    Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.

    Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.

    Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.

    Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut

    ReplyDelete