Monday, August 24, 2009

Bersama Membendungi Hapuskan H1N1

Saudara Pengarang,

Beberapa kaedah untuk membendungi wabak Selsema Babi

Jangkitan selsema babi H1N1 sudah pun mencapai tahap pandemik di peringkat tempatan. Kecenderungan wabak ini mudah dijangkiti kerana partikel virus ini boleh disebarkan dengan mudah melalui medium udara seperti mana demam biasa berbanding dengan SARS dan selsema burung yang hanya boleh dijangkiti dengan sentuhan cecair badan secara langsung.

Namun begitu, virus ini tetap mempunyai kelemahan iaitu ia masih boleh dimusnahkan dengan beberapa kaedah cegah kuman yang biasa diamalkan. Orang ramai pastinya tidak yakin akan penyataan bahan antikuman boleh musnahkan virus memandangkan virus itu bukannya sel hidup. Tetapi kita telah lupa yang mana partikel virus itu juga terdiri daripada molekul kompleks protein yang menjalankan fungsi sebagai enzim atau mekanisme perlekatan kapsul virus kepada dinding sel perumah, contohnya. Maka itu, kemusnahan protein ini dengan tindakan kimia bahan antikuman dapat melumpuhkan fungsi virus pada keseluruhannya seumpama manusia 'pembunuh atau perompak' yang telah kehilangan anggota kaki dan tangan tentunya sangat sukar untuknya beroperasi.

Manakala dos pendedahan kepada partikel virus juga mungkin turut memainkan peranan dalam menentukan seseorang untuk jatuh sakit dan menunjukkan simptom-simptomnya. Seumpama jika seseorang terkena sengatan daripada seekor tebuan, tentunya tidak membawa kemudaratan atau kematian berbanding jika disengat oleh sekumpulan tebuan. Maka itu hanya pada kepekatan dos partikel virus yang tertentu sahaja yang boleh menyebabkan tanda sakit demam muncul. Pada tahap kepekatan rendah, sistem imum badan masih mampu membunuh secara berkesan partikel virus yang hadir asalkan nutrisi pemakanan asas yang cukup seperti vitamin c terutamanya bagi membantu fungsi badan ditahap maksimum.

Bagi memastikan kepekatan dos pendedahan partikel virus H1N1 pada tahap rendah dan tidak membawa kemudaratan, kita hendaklah mulai kini mengamalkan etika pembasmian kuman sebaik mungkin. Walaupun tidak mencapai tahap kebersihan makmal biologi, sekurangnya-kurangnya kepekatan dos partikel virus dapat dikurangkan serendah mungkin.

Maka itu orang awam disarankan untuk meningkatkan langkah-langkah untuk membendungi jangkitan virus baru ini dengan;

1- Membersihkan tempat yang selalu disentuh oleh orang ramai seperti tombol pintu, butang lif, permukaan meja kaunter, meja pameran kaca dengan cara minima kaedah semburan antikuman komersial dan lap. Guna kepekatan yang disyorkan oleh label.

2- Permukaan lantai di premis awam perlu dibersih dengan ditambah larutan kimia peluntur komersial mengikut sukatan labelnya. Peluntur komersial juga boleh bertindak sebagai bahan antikuman yang berkos rendah. Ia juga boleh digunakan untuk mencuci alas-alas kaki dan karpet kaki di tempat-tempat awam pada kadar sekali sehari.

3- Jika berlaku tahap jangkitan tempatan yang lebih serius, setiap premis perlu menyediakan tempat basmi kuman untuk tapak kasut dengan cara minima disediakan kain yang dibasahkan dengan cairan peluntur komersial dan kemudian dipijak-pijak oleh kasut. Pihak berkuasa perlu menyembur cairan antikuman di kawasan awam seperti lorong-lorong pejalan kaki, lobi-lobi premis perniagaan bagi meminimumkan jangkitan.

4- Kaedah-kaedah baru penapisan udara daripada partikel virus perlu dicari segera dan difikirkan bersama. Berkemungkinan konsep kaedah pancaran uv atau filtrasi fizikal boleh digunakan untuk tujuan itu.

Langkah-langkah tersebut tidak berupaya untuk menghapuskan secara total virus H1N1 tetapi setakat untuk mengurangkan risiko jangkitan ke tahap serendah mungkin. Diharapkan wabak ini akan dapat diatasi sepenuhnya menjelang 6 bulan akan datang.


Oleh : Mohd Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.

Tarikh : 25-08-09 2pm

Maklumat tambahan;
No. I/C : 740102-11-6391
No. Tel : 019 902 50 15
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan, Kampung Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu Darul Iman.

No comments:

Post a Comment