Monday, May 6, 2013

Perlu badan khas lindungi tanah warisan Melayu di bandar

From: Mohd Zamri Muda
Subject: Perlu lindung tanah warisan Melayu di bandar
To: forum@utusan.com.my
Date: Tuesday, 7 May, 2013, 1:18 AM

7-05-2013 lindung hartanah melayu bandar

Perkara : Perlu pembangunan hartanah Melayu di kawasan bandar dilindungi

Perkembangan terkini politik tanahair hasil PRU2013 begitu merisaukan tentang nasib arah tuju keselamatan kepentingan Melayu khasnya dan bumiputera lain amnya dalam geopolitik. Walaupun masih dalam keadaan bertahan namun pendekatan proaktif perlu di ambil segera untuk melindungi dan memperkasakan aset-aset yang dipusakai oleh orang Melayu di kawasan bandar terutamanya.

Di kawasan ibu negeri penulis sendiri iaitu Kuala Terengganu terdapat berpuluh ekar tanah Melayu bandar baru sahaja dikosongkan untuk tujuan pembangunan semula. Dan ini menjadi bahan momokan politik pihak tertentu menyebabkan rakyat menjadi resah dan marah walaupun semua sudah sedia maklum bahawa setiap pemilih tanah sudah mendapat pampasan sewajarnya daripada pihak kerajaan

Namun apa yang lebih merisaukan lagi adalah nasib tanah warisan tersebut apabila tempat itu dibangunkan untuk pembangunan komersial. Begitu juga hal ini boleh diaplikasikan kepada pembangunan semula Kampung Baru di Kuala Lumpur.

Maka itu pihak kerajaan perlu segera menubuhkan satu badan khas yang diamanahkan untuk memegang hakmilik dan melindungi tanah warisan Melayu di bandar. Badan ini boleh dinamakan sebagai Lembaga Pembangunan Tanah Warisan ( LPTW ). Badan khas ini mungkin boleh diletakkan di bawah lindungan Sultan bagi negeri yang beraja manakala di naungan yang Dipertuan Agong bagi Wilayah Persekutuan dan negeri selat. Di Sabah dan Sarawak pula mungkin Lembaga Pembangunan Tanah Adat Anak Negeri boleh ditubuhkan untuk tujuan tersebut.

Jika mekanisme ini tidak dapat dilaksanakan di peringkatr pusat, mungkin diperingkat negeri boleh melaksanakannya. Tugas utama badan khas LPTW adalah untuk menyelaraskan pembangunan semula semua jenis tanah warisan Melayu di kawasan bandar. Maka semua projek pembangunan tanah warisan yang dijalankan oleh kerajaan negeri dipantau oleh LPTW. Apa yang paling penting adalah nasib hartanah tersebut selepas dibangunkan. Jika premis dijadikan ruang niaga maka peniaga bumiputera perlu diutamakan. Bagi yang bukan bumiputera mungkin hanya mendapat hak untuk menyewa pada tempoh maksimum 10-15 tahun sahaja.

Manakala jika dijadikan premis kediaman, hanya pemilikan bumiputera dan pertukaran kepada bumiputera sahaja dibenarkan. Bukan bumiputera yang berpendapatan rendah masih dibenarkan untuk menyewa premis kediaman tersebut jika perumahan itu berkategori rumah rakyat.

Diharapkan cadangan ini dapat dipertimbangkan segera agar nasib tanah warisan Melayu dapat segera dimajukan dan kepentingan perwarisan hartanah dapat dilindungi sepenuhnya.

Oleh : Zamri Muda , Desa Rawai , Marang

Www.ramzamuda.blogspot.com

Info ;

I.c. 740102-11-6391
Alamat - Lot 1727 Padang Pak Wan
Kampung Rawai , Bukit Payong,
21400 Marang Terengganu