Saturday, May 28, 2011

Perangi inflasi ciptaan kapitalis barat

Bendung inflasi
Saudara pengarang,
Perkara : Membendung inflasi ciptaan kapitalis barat

Bermula zaman industri di Eropah sekitar awal tahun 1800an menandakan berakhirnya zaman pertengahan yang mengutamakan aktiviti perdagangan lebih melibatkan pertanian.
Aktiviti industri moden membolehkan keuntungan dikaut oleh pelabur kapitalis berlipat kali ganda, perkembangan teknologi pengangkutan ,komunikasi dan hiburan digunakan sepenuhnya oleh mereka bagi memenuhi nafsu kekayaan duniawi.
Sistem perdagangan dan perbankan bersandarkan amalan riba sudah tidak cukup memberikan kepuasan untuk mengaut untung maka perdagangan spekulasi saham syarikat dan pertukaran mata wang juga menjadi mangsa sistem kapitalis. Tidak dihairankan akan kemunculan fahaman sosialis, fasis dan komunis kemudiannya yang memberikan alternatif kepada sistem kapitalis di awal tahun 1900an.

Gelembung inflasi yang semakin membesar diakibatkan oleh aktiviti spekulasi pasaran yang dikatakan bebas, nilai barang tidak lagi bersandarkan nilai sebenar tetapi dikatakan akibat permintaan dan penawaran.
Namun satu dunia sudah pun menjadi begitu bobrok dan tidak boleh diselamatkan lagi, sistem sosialis dan komunis pun gagal untuk mengantikan sistem kapitalis kerana mereka juga tidak boleh lari dari naik turun komuniti asas dagangan antarabangsa , mereka juga terpaksa menerima harga yang telah ditetapkan oleh pasaran antarabangsa.
Bagi mengukur betapa teruknya akan gelembung spekulasi, kita boleh mengumpul data akan penetapan nilai harga barang di zaman awal Islam berdasarkan sumber hadis sahih, nilai wang emas dan perak berbanding dengan kurma, susu kambing, beras, gandum, ternakan kambing dan unta contohnya.

Jika kita menghayati dan menyedari apa yang sebenarnya kita hadapi setiap kali harga minyak dunia naik, perbuatan tidak bertanggungjawab menaik harga adalah tidak dapat diterima. Apatah dengan laungan kenaikan gaji untuk kakitangan awam boleh menambah lagi gelombang kenaikan harga.
Kita sepatutnya sebagai orang awam saling bekerjasama membendung kenaikan harga barang, setiap dari kita perlu bertimbangrasa dengan hanya menetapkan harga untung pada kadar yang munasabah.
Diperingkat negara pula, beberapa pendekatan boleh diambil seperti mengadakan perdagangan barter bertukar komuniti asas sesama negara membangun yang lain, memajukan sumber tenaga biomas dan melakukan pelaburan penanaman bijirin di luar negara.

Oleh : Mohd Zamri Muda, Desa Rawai , Marang.

Pantau dna babi dan alkohol dalam makanan

Pantau dna babi

Saudara pengarang,

Keperluan Analisis DNA Babi dan Alkohol Secara Berkala

Menerima beberapa kali e-mel berantai berkenaan makanan seharian yang tidak halal memang menyakitkan hati walhal majoriti makanan tersebut sudahpun berpuluh tahun mempunyai cop halal daripada Jakim. Apa yang amat menyedihkan sekali apakah cop halal tersebut hanyalah kelulusan sekali pakai yang bermaksud sekali sahaja ujian halal dibuat maka mendapat kelulusan untuk digunapakai puluhan tahun kemudian tanpa semakan atau pemantauan semula untuk tempoh tertentu.

Keperluan ujian pengesahan halal kini bukan lagi menjadi proses yang rumit kerana sudah ada teknologi terkini pengesanan DNA babi dan alkohol yang lebih mudah dan amat jitu.

Ujian pengesahan halal disaran dijalankan setiap 3 atau 4 kali setahun manakala laporan lengkap senarai makanan lulus atau tidak, diterbitkan dalam bentuk buku kecil dan di laman web.

Kita sudah terlampau penat dengan momokan isu halal haram makanan ini seolah-olah tiada kesudahan, pihak kerajaan harus segera mengambil proaktif dan tepat untuk menangani isu halal ini pada hal pada ketika yang sama mewawarkan mahu menjadikan Malaysia pusat makanan halal sedunia.

Oleh : Mohd Zamri Muda, Desa Rawai , Marang.

Alamat : Lot 1727 , Kampung Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang , Terengganu.

No i/c : 740102-11-6391

No tel :019 902 50 15

e-mel : ramzamuda@gmail/yahoo.com

Laman web: ramzamuda.blogspot.com

Sampah sebagai sumber

Sampah sumber

Saudara pengarang,

Perkara : Sampah Adalah Sumber Kekayaan

Melihatkan timbunan sampah membusuk di depan mata kita sendiri dengan deria bau begitu meloyakan sekali. Apatah lagi dengan ribuan ekor ulat berengga berpesta makan dan jutaan lagi serangga terbang berupa lalat,agas dan langau juga bertumpu di tempat yang sama dan kemudiaannya menjadi makanan percuma kepada burung-burung yang layang-melayang bebas di angkasa.

Jenis-jenis sampah adalah berbagai daripada kereta buruk, pecahan binaan rumah, sisa makanan, perkakas letrik rosak, sisa daunan, bahan kaca, aneka jenis logam dan plastik.

Kebanyakan dari kita mencemik dan meremehkan peranan sampah walhal ia merupakan sumber yang boleh diguna semula, malah menjadi rezeki kekayaan kepada mereka yang rajin berusaha.

Bahan sisa logam, kertas, plastik dan kaca boleh diguna semula oleh industri kilang. Manakala sisa makanan dan daunan boleh dijadikan baja kompos yang berharga tinggi di pasaran.

Pecahan batu rumah boleh diguna semula sebagai pemenuh ruang kawasan pembinaan rumah baru. Sisa berkayu pula boleh menjadi bahan bakar kepada janakuasa biomass. Jika kita mengabungkan semua sumber sisa kelapa sawit, penanaman padi, getah dan sisa kayu perabut barangkali mampu untuk menjana separuh dari jumlah tenaga elektrik negara.


Oleh : Mohd Zamri Muda, Desa Rawai , Marang.

Alamat : Lot 1727 , Kampung Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang , Terengganu.

No i/c : 740102-11-6391


Tuesday, May 17, 2011

Wajar wujudkan semula stesen MegaTV stail baru


Saudara pengarang ,

Wujudkan semula khidmat stesen MegaTV tapi bentuk baru

Dikala rakyat Malaysia disarankan menyahut cabaran untuk menjadi masyarakat bermaklumat tanpa sempadan, namun terdapat monopoli ketara di segi siaran kandungan televisyen antarabangsa, rakyat kebanyakan tidak mempunyai pilihan alternatif dalam melanggani siaran tersebut. Ramai yang terhimpit, apatah lagi dengan kos-kos kehidupan lain yang semakin meningkat manakala penyedia perkhidmatan tv satelit mengubah semula pakej langganan dengan semakin meningkat dan bukannya menurun tidak seiring dengan kuantiti pelanggan baru yang bertambah.

Maka itu perlunya diwujudkan semula perkhidmatan siaran MegaTV sebelum ini tetapi dalam bentuk baru yang lebih kompetitif dan menarik. Bentuk baru konsep perhidmatan siaran MegaTV adalah seperti berikut;

a) Kaedah langganan dan pembayaran secara prabayar, disarankan aktivasi siaran untuk sebulan cuma pada RM 20 sebulan manakala caj langgan siaran pada kadar 20 sen setiap jam.

b) Spektrum siaran MegaTV dianggarkan boleh memuatkan sehingga 30 saluran TV yang mungkin juga boleh digunakan sebagai saluran komunikasi digital dua hala atau sebagai jalur lebar internet juga.

c) Disarankan satu saluran di stesen menumpukan siaran semula bahan arkib siaran tv tempatan secara berjadual tetap yang mana ia boleh merangsang pembudayaan dan patriotisme dikalangan generasi muda.

Jika spektrum siaran MegaTV yang dahulu sudah tidak releven untuk diguna pada keadaan sekarang, maka pendekatan baru boleh digunakan seperti teknologi siaran Wimax tanpa memerlukan perantaraan satelit. Jika negara kita mengubahsuai talian grid elektrik kepada talian hibrid maklumat boleh mencapai kecekapan gentian optik, ia boleh diselaraskan untuk menjadi perantaraan pusat server maklumat dengan stesen pemancar Wimax.

Pendekatan ini juga boleh digunakan oleh pihak RTM dalam usaha menyahut cabaran penyiaran secara digital. Diharapkan kewujudan semula sebuah stesen ala MegaTV tetapi dalam bentuk yang tidak membebankan pelanggan dapat menyumbang sedikit jasa memudahkan rakyat memperolehi hiburan dan maklumat.

Oleh : Mohd Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.

Maklumat tambahan;
No. I/C : 740102-11-6391
No. Tel : 019 902 50 15
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan, Kampung Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu Darul Iman.
Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web : www.ramzamuda.blogspot.com

Monday, May 16, 2011

Menangani masalah lebihan populasi monyet bandar

Saudara pengarang,

Menangani masalah gangguan monyet di kawasan bandar

Terdapat banyak kawasan perumahan baru di pinggir bandar besar di negara kita dibina di kawasan hutan asal, hutan sekunder atau bekas ladang getah yang mana sebelum ini menampung populasi hidupan liar termasuklah monyet dan beruk.

Kebanyakkan haiwan liar lain akan melarikan diri ke kawasan lain namun spesies berukera mempunyai ketahanan untuk bertahan di kawasan habitat asalnya kerana mereka mempunyai naluri survivaliti dan amat kreatif untuk menangani masalah baru. Lebih-lebih lagi jiran baru kepada populasi berukera ini mempunyai sumber makanan baru kepada mereka, dengan keadaan tiada haiwan pemangsa semulajadi untuk mengawal seperti harimau , ular dan beruang maka populasi berukera di kawasan itu berganda dan mengancam keselamatan manusia pula.

Kaedah membunuh populasi berukera atau memindah sebahagian populasi tidak akan dapat menyelesaikan masalah tersebut untuk jangka masa panjang kerana sisa populasi ia yang masih tinggal akan menyesuaikan diri dengan keadaan malah seolah berdendam melakukan lebih kerosakan kepada jiran manusia, maka pendekatan lebih holistik dan bijak perlu diambil bagi menangani masalah secara total tanpa masalah di masa akan datang.

Maka itu dicadangkan agar pemindahan populasi berukera itu dijalankan sepenuhnya oleh pihak berkuasa demi kesejahteraan orang awam walaupun ini akan mendatangkan kos operasi yang tinggi. Pemindahan total itu hendaklah dijalankan secara bersepadu dengan kerjasama semua pihak seperti ahli Jkkk setempat, anggota rela dan pihak majlis bandaran.

Selain melakukan pemindahan total populasi berukera itu, lokasi 'rumah' baru mereka hendaklah jauh dari populasi manusia. Lokasi hutan sekunder, pulau berhutan terpencil atau hutan simpan yang telah direzabkan boleh dijadikan calon penempatan baru untuk berukera itu.

Pemindahan populasi berukera itu juga perlu dipastikan juga wujudnya populasi pemangsa semulajadi bagi mengawal populasi berukera itu. Senarai pemangsa semulajadi adalah harimau belang, harimau kumbang, harimau akar, ular sawa dan beruang.

Jika tempat baru itu tidak mempunyai pemangsa semulajadi, maka pihak berkuasa perlu memasukkan haiwan pemangsa itu diambil dari zoo atau haiwan pemangsa yang ditangkap di tempat lain juga disebabkan oleh masalah terlebih populasi juga. Maka itu populasi berukera tersebut akan berada dalam bilangan keseimbangan semulajadinya.


Oleh : Mohd Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.

Maklumat tambahan;
No. I/C : 740102-11-6391
No. Tel : 019 902 50 15
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan, Kampung Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu Darul Iman.
Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web : www.ramzamuda.blogspot.com