Friday, April 30, 2010

Jadikan Jalur Sedan Mampu Milik

Ke Ramz's Issues Solution



Saudara Pengarang,

Per : Jadikan jalur sedan mampu milik

Dalam keghairahan negara kita mengejar matlamat kadar peratusan tinggi isirumah celik teknologi maklumat, namun masih terdapat segolongan besar penduduk negara kita yang ketinggalan jauh kerana ketidak-mampuan ekonomi mereka. Golongan ini meliputi penduduk kawasan luar bandar dan juga golongan rakyat berpendapatan rendah di kawasan bandar.

Cuba kita bayangkan sebuah isirumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM 1000 sebulan, mampukah mereka untuk melanggan pakej jalur lebar yang puratanya berkos sekitar RM 100 sebulan. Maka demikian, perlunya satu inisiatif jangka pendek yang membolehkan golongan rakyat bawahan dapat turut sama menyertai kem masyarakat celik teknologi maklumat. Oleh itu, saya cadangkan akses jalur sederhana atau jalur sedan gprs boleh dilanggan secara prabayar dengan kadar aktivasi untuk sebulan cuma berkos RM 20. Manakala caj penggunaan cuma dikenakan kos RM 1 setiap jam. Kos berkenaan amat berpatutan dan amat mampu dibayar oleh golongan berpendapatan rendah jika dibandingkan rangkaian akses internet 3g jalur lebar kini ada yang ditawarkan sehingga serendah RM 48 dibayar bulanan. Kadar ini juga bersamaan dengan penggunaan jalur sedan secara terus menerus selama 48 jam jika mengikut formula kos penggunaan yang dicadangkan. Tetapi dianggarkan jumlah jam penggunaan
internet oleh golongan berpendapatan rendah adalah kurang daripada sejam sehari.

Jika inisiatif ini dapat dilaksanakan, maka ramai daripada rakyat golongan bawahan dapat merasa tempias akses maklumat maya disamping dapat mengelakkan prasarana jalur sedan gprs atau 2.5g menjadi gajah putih. Jika ada diantara kita tidak mengetahui apa itu jalur sedan ini, akses gprs ini sudah tersedia ada dalam pancaran komunikasi telefon bimbit. Kelajuan akses internet gprs boleh dikatakan lebih laju sedikit daripada akses dial-up talian telefon.

Selain daripada telefon bimbit, akses internet melalui gprs boleh juga dilakukan pada komputer peribadi, yang mana sim-kad 2.5g boleh digunakan pada modem usb 3g jalur lebar. Sudah tentu, capaian jalur sedan gprs tidak dapat melaksanakan sidang video secara langsung seperti mana jalur lebar 3g,3.5g atau 4g wimax.

Namun jalur sedan ini masih mampu melakukan panggilan suara voip kualiti rendah secara langsung atau khidmat pesanan video berkualiti rendah format 3gp. Penggunaan jalur sedan yang mampu dilanggan juga boleh merangsang pembelian besar-besaran komputer peribadi pc berbajet rendah atau netbook murah. Dan seterusnya merangsang ekonomi negara.

Sekiranya operator komersial jalur sedan gprs masih keberatan untuk memperkenalkan pakej mampu milik seperti yang dicadangkan, pihak kerajaan boleh melakukan inisiatif bersendirian bagi menyediakan jalur lebar alternatif yang murah dengan menyediakan khidmat siaran wifi awam di kawasan kampung dan perumahan. Alat pemancar wifi awam tersebut pula menyambungkan data secara terus kepada operator 4g wimax atau kepada rangkaian grid elektrik terubah-suai untuk menyalur data jalur lebar. Kadar bayaran dan pengunaan juga adalah mengikut sepertimana yang dicadangkan sebelum ini.

Kita perlu menggunakan seberapa maksimun mungkin kemudahan prasarana yang ada bagi mengelakkan berlakunya pembaziran infrastruktur sepertimana kemerosotan langganan talian telefon tetap. Diharapkan juga kadar celik ict di negara kita dapat dilonjakkan ke tahap 95% daripada populasi rakyat kita jika inisiatif ini dapat dilaksanakan.

Oleh : Mohd Zamri Muda, Desa Rawai, Marang.

Tarikh : 19-04-10 11pm

Maklumat tambahan;
No. I/C : 740102-11-6391
No. Tel : 019 902 50 15
Alamat : Lot 1727, Padang Pak Wan, Kampung Rawai, Bukit Payong, 21400 Marang, Terengganu Darul Iman.
Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web : www.ramzamuda.blogspot.com